Monday, February 16, 2015

Udon Thani to Loei

Hampir 1 jam lebih perjalanan, akhirnya kami sampai di Udon Thani.

Mulanya pakcik songtheaw berhentikan kami di depan hotel yang kami duduk malam tadi. Padahal dah bagitau nak ke stesen bus. Puaslah pulak kami tunjuk isyarat nak suruh dia hantar kami ke stesen bus. Nasib baik faham. Sebenarnya kami minta dia hantar ke stesen bus untuk kami ke Loei sebab ada 2 stesen bus di Udon Thani ni. Tapi disebabkan pakcik tu tak faham, masing-masing redha je di hantar ke stesen bus yang yang turun semalam walaupun instinct masing-masing kuat menyatakan kami diturunkan di stesen bus yang salah. 

Perkara sama seperti semalam berulang. Sekali lagi kami diserbu oleh driver tuk-tuk. Naik rimas dibuatnya. Sampaikan kami terpaksa berjalan keluar dari stesen. Tapi disebabkan masing-masing clueless, terpaksa jugak masuk balik. Asalnya kami dah deal dengan pakcik teksi untuk hantar kami ke bus terminal 2. Tapi bila kami gerak ke depan, driver tuk-tuk buat hal. Sampai tinggikan suara marahkan pakcik teksi. Masing-masing cuak, tak tahu apa yang berlaku. Saya agak, driver tuk-tuk tuduh pakcik teksi rampas penumpang dia. Sampai nak bertumbuk. Mujur pakcik teksi mengalah. Last-last kami ber'5 sekali dengan beg-beg yang besar dipaksa naik tuk-tuk yang tak berapa nak besar tu. Bayaran 100 baht dikenakan untuk sampai ke terminal bus 2.

Info : Stesen bus di Udon Thani ada 2 :
  • Central Bus Terminal (terminal 1) - dari/ke Bangkok, Korat etc
  • Northern Bus Terminal (terminal 2) - dari/ke Chiang Mai, Chiang Rai, Loei, Nong Khai etc

So, jangan jadi macam kami sebab distance antara kedua-dua stesen bus jauh. Terminal 1 di tengah-tengah bandar, manakala terminal 2 di pinggir bandar.

"If you end up at station 1 and want to go to station 2, there is a songthaew for 10 baht (it may be slow as it picks up other riders) or you can catch a tuk-tuk into town for around 80 baht. But you have to flag down the songthaew #6 or 7 on the main street, not in the bus station 1" - wikitravel

Ganas gila driver tuk-tuk bawa tuk-tuknya. Sudahlah terlebih muatan, merempit tak hingat dunia. Mulut sama laju dengan tuk-tuknya. Sabar jelah. Tak sempat sampai terminal 2, kami diberhentikan di tepi jalan. Kebetulan bus ke Loei lalu dan driver tuk-tuk terus tahan bas. Letak beg di perut bus, kami semua naik bas. fuh... lega. 

Tambang 150 baht/person, perjalanan lebih kurang 2 jam. Bas berhenti di beberapa hentian. Kami turun di stesen terakhir - Loei bus terminal. Itupun atas bantuan konduktor bas. Tunjuk kertas booking hotel di Loei, konduktor bus terus telefon pemilik guesthouse. Syukur. Kata konduktor, bila sampai di stesen Loei, pemilik guesthouse suruh telefon balik dan dia akan datang jemput kami di stesen bus. Lega. Selesai satu lagi masalah.

Loei bus terminal - kecil saja stesen bus ni. Tapi keadaan di sini lebih 'aman' berbanding di Udon Thani. Pemandu tuk-tuk lebih peramah dan menghormati kami. 

Lewat petang kami sampai di Loei. Sementara menunggu pemilik The Stay Guest House sampai, Zilla dan saya bercadang nak cari 7 eleven atau mana-mana supermarket berhampiran. Tengah kami melilau-lilau, kami disapa seorang driver tuk-tuk. Lagi mengharukan beliau seorang muslim dan boleh berbahasa Melayu walaupun sikit. Dia tanya kami hendak ke mana dan dia boleh hantarkan. Percuma pulak tu! Pucuk dicita, ulam mendatang. Terus kami minta pakcik bawa kami ke supermarket yang paling dekat. Tak jauh, tak sampai 5 minit, tapi kalau jalan kaki berpeluh jugak kot.

Kata pakcik itu, komuniti muslim di Loei sangat sedikit. Jadi agak susah untuk dapatkan makanan halal. Rezeki kami, 7 eleven, lotus express dan pasar awam Loei terletak di tempat yang sama. Mulanya kami masuk 7 eleven, tapi tak ada makanan basah halal. Lintas jalan masuk lotus express, masing-masing teruja! Ada satu peti khas untuk makanan basah halal. Apa lagi, capai ayam, telur, sayur, beras, gandum etc. Borong sakan sebab murah! Membeli secara express sebab takut pemilik guesthouse tunggu kami pulak. 

Simpang dari jalan ke Loei bus terminal. Di kanan ialah pasar awam, di kiri pula 7 eleven dan di depannya lotus express. 

Selesai membeli, pakcik tuk-tuk bawa kami balik ke stesen bus. Nasib baik, John - pemilik guesthouse datang ambil dengan kereta. Jadi dia angkut kami ber'5 dua kali sebab tak muat nak angkut sekaligus. 

Kami akan menginap di The Stay Guest House satu malam. Lokasi sedikit jauh dari pusat bandar (15-20 minit dari stesen bus), tapi bilik di sini sangat selesa! Untuk info boleh refer di booking.com. Sampai di guesthouse, selesaikan urusan check in, kami minta izin untuk gunakan dapur. Terima kasih pada John dan wifenya sebab izinkan kami guna dapur mereka siap dengan peralatan untuk kami memasak. Makan besar kami semua malam tu. Ganti balik breakfast dan lunch sekali dengan dinner sekaligus!

Menu makan malam kami malam itu - asam pedas ayam, tom yam sayur dan ayam goreng. Habis sekilo beras kami masak! Licin periuk dan pinggan masing-masing. hiks

Plan asal kami akan bermalam di Loei semalam saja. Esoknya kami akan bertolak ke Phu Kradueng dan berkhemah di sana untuk 2 malam. Tapi lepas dapatkan beberapa maklumat penting dari John, yang mana maklumat macam tu memang tak akan jumpa di internet seperti tempat-tempat menarik yang lain di sekitar Loei, trek ke Phu Kradeung yang agak mencabar, cuaca di Loei terutamanya di Phu Kradeung yang sejuk gila masa itu, akhirnya kami ubah plan. Berkhemah satu malam di Phu Kradeung, dan selepas itu menginap lagi satu malam di guesthouse John. Jadi secara tak langsung kami boleh tinggalkan beg kami yang besar dan berat tu di sini dan hanya bawa daypack untuk mendaki Phu Kradeung. Setel!

Selesai semua urusan, masa untuk berehat selepas menempuh hari yang panjang. Esok kena bangun awal sebab nak kejar bas seawal pagi.

Selamat malam Loei!

~ bersambung

Phu Foi Lom, Udon Thani

Lepas layan red lotus di Kumphawapi, kami minta pakcik songtheaw terus ke Phu Foi Lom. Mulanya pakcik songtheaw tak faham apa yang kami cakap. Nasib baik ada tulisan Thai yang dah ditulis oleh pemilik hotel dan kami tunjukkan pada pakcik. Nasib baik jugak pakcik boleh membaca. Lepas angguk-angguk kepala, kami bertolak.

Idea untuk ke Phu Foi Lom muncul malam tadi selepas bertanya kepada pemilik hotel tentang plan kami untuk melihat red lotus dan seterusnya ke Phu Phrabat Historical Park terpaksa dibatalkan sebab tempat tu jauh - lebih kuran 60km dari Udon Thani. Itupun kami sendiripun tak tahu apa yang menariknya Phu Foi Lom tu. Hanya ikut saja cadangan yang diusul pemilik hotel.

Perjalanan sangat jauh! Dekat sejam lebih, lepas jalan lurus, naik bukit, turun bukit barulah sampai!

Sampai je, masing-masing tak tahu nak ke mana. Pemandangan depan mata kelihatan kurang menarik di mata kami. Maklumlah, pagi tadi dah puas layan red lotus. Bila pandang bunga-bunga yang biasa ada di mana-mana, perasaan excited tu tak muncul-muncul. 

Tapi layankan jugak. Dah jalan jauh-jauh, rugilah tak turun kan?

Jom tengok apa ada di sini.

Peta lokasi : kawasan ini sebahagian daripada Pan Don Pa Ko National Park 

Ada trekking trail. Mula-mula kami tak ada niatpun nak trekking sebab tengok macam tak menarik je. Tapi bila kami patah balik beberapa kali pakcik songtheaw suruh kami masuk. Dah alang-alang masuk, trekking saja la. Mujur trek tak berapa mencabar. Tapi penat jugak masing-masing panjat dan turun tangga. phew!!

Selepas beberapa kali di suruh pakcik songtheaw trekking di Pha Yiap Lok Trekking Trail, kami ber'4 akhirnya menuruni tangga menuju ke trek. Nik saja yang kebal hati tak nak ikut trekking. Agak luas kawasan ni. Ada rumah hijau. tapi kami lalu je tak singgah pun. Yang pasti seluruh kawasan penuh dengan replika dinasour dan haiwan-haiwan liar serta termasuk replika pembentukan manusia daripada zaman batu hingga ke zaman kini. 

Kreatif, tapi macam tak kena tempat je letak replika macam ni. Sampaikan satu gambar replika pun saya tak ambik. haha. 

Sebahagian tanaman dan bunga-bungaan yang terdapat di sini
Trek mendaki. Bertangga tapi santai. Mengah jugak nak sampai puncak
Pemandangan dari puncak - keadaan berkabus, jadi pandangan agak terbatas. Yang pasti tak ada yang membuatkan kami terasa tempat ini wow pun. Tak jauh beza dengan hutan-hutan di Malayag. Bolehlah sekadar untuk beriadah.

Lebih kurang setengah jam jugak kami ambil masa untuk trekking. Dari situ kami berjalan ke depan. Di kanan ada cafe dan di sebelah kiri jalan ada mini zoo. Kecik je. Haiwan-haiwan di letak dalam sangkar-sangkar kecik. Sekali lagi pakcik songtheaw panggil ajak tengok arnab dan ayam. Kali ni JM dan saya yang kena panggil. Layankan ajelah pakcik. Haha.

Lawa je batu penunjuk KM. Tapi satu pun tak faham kecuali angka. 

Terakhir, kami singgah di taman berhampiran Botanical Garden. Ambil gambar lebih kurang je. Panas terik walaupun udara sejuk masih terasa. Tapi pancaran terik matahari tetap tak mampu buat kami bertahan.

Botanical Garden yang dibina khas untuk permaisuri raja sempena sambutan harijadi yang ke 60. Kami lalu je, tak masukpun dalam taman tu. Lagipun keadaan di sekitar agak sunyi dan tak ada orang.
Sebahagian daripada lanskap yang terdapat di luar taman botani
Mana-mana kami pergi banyak landskap berunsur Belanda dan Eropah. Suka benor diorg dengan landskap barat.
Ini saja pengunjung yang datang ke sini. Gigih diaorang bergambar tengah-tengah panas!

Dah puas jalan, kami ke songtheaw. Ajak pakcik balik ke pekan Udon Thani. Masing-masing kepenatan, kelaparan dan dahaga. Walaupun awal lagi, kami rasa eloklah balik saja ke Udon Thani. Lagipun masalah komunikasi memang satu masalah besar bagi kami untuk berhubung dengan pakcik songtheaw.

Dah jom balik!

~ bersambung

Saturday, February 14, 2015

Talay Bua Daeng a.k.a Red Lotus Lake, Kumphawapi in Udon Thani

Hari baru di Udon Thani.

Kena paksa rela bangun awal. Masing-masing take turn bersiap dan berkemas.

Hari ini kami nak layan red lotus di Kumphawapi yang merupakan salah satu tarikan utama pelancong dan orang tempatan yang berkunjung ke Udon Thani pada musim sejuk iaitu sekitar bulan November - Februari. Kira ini antara highlight trip kami kali ini selain ke Jim Thompson Farm - nak layan teratai mekar di Kampung Ban Diem. hiks. 

Seawal jam 5.30 pagi masing-masing dah siap. Kami akan ke Kumphawapi yang terletak kira-kira 50km dari Udon Thani. Perjalanan yang jauh, jadi kami kena gerak awal sebab kalau lambat nanti tak boleh naik bot. Sebabnya dari informasi yang kami baca di internet perkhidmatan bot untuk layan red lotus hanya pada waktu pagi hingga pukul 12.00 pagi. Kalau datang lewat, dah tak boleh naik bot sebab teratai dah layu dan tak cantik. Dalam masa yang sama mereka jugak nak memelihara bunga-bunga teratai yang tumbuh secara semulajadi. Jadi mungkin itu salah satu cara untuk mengawal jumlah pelawat yang datang ke tempat itu. Dan saya kira ia sesuatu tindakan yang baik untuk memelihara kelestarian sesuatu tempat. 

Selesai urusan check out, Zilla dan En, AB berjalan kaki ke stesen Songtheaw yang terletak tak jauh dari hotel. Sementara kami ber'3 tunggu di hotel sambil jaga beg. Langkah bijak untuk elak daripada memikul beg kami yang berat gila tu. hiks. 

Lebih kurang 20 minit Zilla dan En, AB datang bersama songtheaw. Mereka dapat deal sewa songtheaw untuk satu hari sebanyak 1,500 baht dengan pakcik songtheaw - tak pasti mahal atau murah untuk rate ini. Yang pasti sewa sebanyak ini mampu bayar kalau kami ber'5 bayar bersama-sama. Kalau bayar sorang-sorang memang tak mampu la kan? 

Sebenarnya memang ada songheaw yang untuk ke Kampung Ban Diem, tapi songtheaw ini mula beroperasi pukul 7.00 pagi dan hanya akan bergerak bila penumpang dah penuh. Memang kami tak boleh tunggu sebab kami plan nak sampai ke Ban Diem seawal yang boleh. Hasil deal Zilla dan En. AB dengan bahasa 'ayam itik' yang memang susah nak faham, dapatlah kami bergerak seawal jam 6.00 pagi. Itupun puaslah mereka duk cuba terangkan. Tapi kali ni driver songtheaw kami tu satu apa pun tak faham English, bercakap jauh sekali. Lain kami cakap, lain yang dia faham dan kadang-kadang tak faham langsung. Haha.

Mujur jugak ada budak lelaki yang jadi pemudah bahasa. Dialah yang bantu kami, walaupun dia sendiripun guna google translate nak bercakap dengan kami. Tapi sudah cukup membantu kami semua. Perjalanan untuk ke Ban Diem mengambil masa hampir 1 jam setengah. Rasa-rasanya boleh sampai 1 jam, tapi pakcik songtheaw drive ala-ala bersiar-siar dalam kampung. Bertabah ajelah. Geram je nak tolong tekan minyak biar laju sikit, biar cepat sampai. hahaha.

Selain Songtheaw, pilihan pengangkutan awam yang lain ialah bas dan train.

- Bas : ambil bas ke Wangsammo untuk ke Kumphawapi di terminal 1. Perjalanan 1 jam, tambang 30 baht. Perkhidmatan bas setiap 1 jam - ini berdasarkan info yang kami dapati dari internet. (terdapat 2 terminal bas di Udon Thani, jadi kalau nak naik bas, pastikan anda tak tersalah terminal)

- Train : stesen keretapi paling hampir di Huay Sam Phat, lebih kurang 30km sebelum stesen Udon Thani melalui perjalanan dari route Bangkok - Udon Thani.   

ATAU

Kalau tak nak rush, cuba menginap satu malam di sekitar Ban Diem atau Kumphawapi bagi yang ada masa atau tempoh perjalanan yang panjang. Jadi bolehlah enjoy layan red lotus dan melawat tempat-tempat menarik sekitar Kumphawapi. 

Suasana pagi di Udon Thani, nyaman dan aman. Sempat layan sunrise sepanjang perjalanan. Tapi maaflah gambar tak ada sebab saya duduk di seat bertentangan dengan sunrise. Jadi semua pemandangan tu biarlah disimpan dalam kotak ingatan je. 

Untuk ke tasik red lotus, kami melalui kawasan kampung. Sawah padi di kiri kanan. Sayang padi semua dah dituai, bayangkan kalau padi tengah menguning atau masih menghijau, mesti lawa. Pandangan sawah padi seluas mata memandang! Sepanjang perjalanan di Kumphawapi memang banyak jumpa signboard Talay Bua Daeng.

Sedikit info tentang Red Lotus Lake :
  • Nama red lotus terkenal dengan gelaran Talay Bua Daeng oleh penduduk tempat.
  • Terletak di pekan Kumphawapi, di BanDiem Village. 50 km dari pekan Udon Thani
  • Musim teratai bermula dari Disember - Mac setiap tahun
  • Boat tour bermula seawal jam 6.00 pagi - 12.00 tengahari. Petang tutup. Jadi rancang perjalanan supaya sampai awal di Kumphawapi.
  • Lagi info boleh baca di SINI, SINI dan SINI

Sampai di tasik Nong Han, lepas pakcik songtheaw parking songtheawnya, kami bergerak ke tepi tasik. Ada kaunter untuk beli tiket bot. Sewa sebuah bot 500 baht, tapi kebetulan ada locals yang sama-sama nak naik bot ajak kongsi bot, jadi sewa bot dibahagi dua. Jimat!

Pemandangan matahari terbit dari tasik, kaunter tiket.

Selesai urusan tiket dan bot, apa lagi jomlah kita naik bot! Masing-masing dah teruja tengok tasik yang luas di depan mata. Dari jauh nampak warna pink, biasan warna red lotus. 

Jom lah layan gambar red lotus. Saya main ketik ke kamera, tak tahu nak amik gambar tang mana. Semua lawa! Tinggal hasil gambar aje yang tak berapa nak lawa. Haha. Tapi, kalau dapat tengok sendiri dengan mata kasar memang 100 kali lawa! Jadi akhir tahun ni, kalau ada sesiapa yang nak ke Thailand, jangan lupa masukkan Udon Thani dan Red Lotus Lake sebagai salah satu destinasi untuk disinggahi. Memang tak menyesal! Cantiknya Subhanallah!

Pemandangan sekitar tasik
Bot-bot yang membawa pengunjung. Dah ada laluan untuk bot. Boat tour ini mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Hamparan red lotus
Bot akan berhenti di beberapa tempat. Jadi ambillah gambar sebanyak yang mungkin. Tapi kadang-kadang bila kita dah tengok pemandangan yang lawa depan mata, kita tak tahu nak ambil gambar macamana kan? Last-last, layan saja apa yang terhidang depan mata tanpa mengetik kamera...
Nama red lotus, tapi sebenarnya warna bunga pink.
Bangau duk bersantai di atas lotus


Tengah duk syok ambil gambar, Zilla cakap di nak terkucil. Alamak! Macamana nak patah balik ni. Mujur pakcik bot faham, dia bawa bot ke satu kawasan seperti pulau kecil di tengah tasik. Ada pondok dan di situ ada tandas. Nasib baik! Kalau tak ada jugak yang terkencing dalam bot kang. hiks.

Selesai masalah Zilla, kami di bawa keliling tasik lagi. Berhenti di beberapa kawasan teratai dan hampir 1jam, bot kembali ke jeti. Kalau sebelum ini kami naik di jeti lain, balik kami diturunkan di jeti yang lain. Tapi tak jauhpun, sebelah-sebelah je.

'sihat-sihat' belaka!
Matahari tengah naik, berkilau warna air dengan hamparan lotus kat atas air.

Balik ke jeti, sempat kami semua singgah toilet dan jalan-jalan di sekitar kawasan tasik. Ada gerai-gerai menjual. Kami lalu je. Awal pagi lagi, tak banyak gerai yang buka.

Untuk akhirnya, jom layan video tak seberapa. Durasi pendek je tak sampai 1 minit. hiks


~ bersambung

Friday, February 13, 2015

Udon Thani

Entry pendek. Tanpa gambar.

Perjalanan dari bandar Korat ke Udon Thani mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Kondisi bas selesa. Siap dengan bekalan roti dan air mineral. Kami bebas memilih seat yang kami suka. Bas bergerak mengikut waktu yang tertulis di tiket dan masing-masing layan mata sepanjang perjalanan. Penat kot seharian suntuk berjalan. Penat tido, makan kudapan, lepas tu sambung tidur balik. Haha.

Lebih kurang jam 9.00 malam bas sampai di stesen bas Udon Thani. Kami turun dalam keadaan blur - ngantuk dan penat masih bersisa. Jejak tanah Udon Thani, sejuk sampai ke tulang! Tak tahu pulak suhu di Udon Thani sesejuk ini! Udon Thani, pekan kecil, sunyi dan masih belum membangun sepenuhnya seperti Bangkok. Stesen bus pun kecil saja. Tapi jangan sangka ia pekan kecil dan sunyi tak ada gangguan. 

Kami turun-turun dari bas terus kena serbu dengan pemandu tuk-tuk dan songtheaw. Masing-masing berebut-rebut nak entertain kami semua. Haha. Mulanya kami tolak dengan baik. Sebab asalnya kami memang tak ada plan untuk bermalam di sini. Kononnya nak naik bas paling last di Korat, sampai di Udon Thani pagi dan kami teruskan tour di bandar ini. Tapi dah sampai awal, cuaca pulak sejuk mencengkam tulang, tak boleh jadi ni... ada jugak yang beku malam ni!

Cara terbaik ialah cuba cari hostel/hotel/guesthouse berhampiran. Tapi dek kerana sejuk ditambah pulak rimas dengan 'ulat-ulat' yang duk mengganggu, kami sepakat untuk mencari hostel/hotel dengan budget murah tapi selesa. Kami minta pemandu tuk-tuk hantar kami ke hotel berhampiran. Yang penting kena bagitau mereka budget hotel yang kita mahu, tahulah mereka nak hantar kita ke hotel mana.

Kami di hantar ke Hotel Thailand. Terletak di tengah-tengah pekan Udon Thani, tak jauh mana dari stesen bus. Tapi exact location saya sendiri tak pasti sebab malam. Nampak semua jalan dan lorong sama je. Harga bilik memang murah, bilik ber'4 berharga 320 baht/ sebilik dan standard room pulak 270 baht/sebilik. Bilik kemas, besar dan selesa. Yang penting da hot shower. Bolehlah nak bermalam untuk semalaman kan? 

Sebelum masuk ke bilik, Zilla dan Nik sempat mencari 7 eleven, tapi jauh. Alih-alih mereka bawak balik sayur - tomato dan kobis untuk masak. Gila murah sayur kat Thai ni, seplastik seringgit je, berhari-hari kami guna untuk masakpun tak habis-habis. Haha. Sebelum itu, kami sempat bertanya dengan pemilik hotel untuk dapatkan songtheaw pada esok hari. Komunikasi memang out sebab tauke hotel tak tahu dan faham english. Cakap ayam itik la jawabnya. Nasib kami baik sebab jumpa dengan orang yang baik dan membantu. Tauke hotel walaupun bermuka ketat, tapi hati baik. Dia siap bawak en.AB naik motor untuk tunjukkan tempat songtheaw. Mujur jugak tak berapa jauh, jadi esok senang nak teruskan plan kami bila dah tahu arah tuju ni. hehe.

Selesai semua, masuk bilik di tingkat 3. Masing-masing kelaparan, sayur dah ada, masuk bilik agak-agak line clear, buka dapur berkhemah, nyalakan lilin askar, kamipun masak spagetti carbonara. Sayur je yang ada, belasah je masukkan tomato dan kobis. Jadilah spagetti carbonara sayur.

Dah siap masak, makan sama-sama. Alhamdulillah kenyang! Maklumlah last kami makan tengahari tadi, mestilah masing-masing kelaparan kan?

Santai punya santai, dekat pukul 2.00 pagi baru masing-masing tertidur. Hari yang panjang dengan perjalanan yang panjang. Macam-macam kami tempuh sepanjang hari ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Moga esok juga adalah hari yang baik untuk kami semua ^_^

~ bersambung hari baru di Udon Thani.


p/s : Takziah buat keluarga Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga beliau ditempatkan di antara orang-orang yang dikasihi oleh-Nya. Al-Fatihah...