Lepas layan red lotus di Kumphawapi, kami minta pakcik songtheaw terus ke Phu Foi Lom. Mulanya pakcik songtheaw tak faham apa yang kami cakap. Nasib baik ada tulisan Thai yang dah ditulis oleh pemilik hotel dan kami tunjukkan pada pakcik. Nasib baik jugak pakcik boleh membaca. Lepas angguk-angguk kepala, kami bertolak.
Idea untuk ke Phu Foi Lom muncul malam tadi selepas bertanya kepada pemilik hotel tentang plan kami untuk melihat red lotus dan seterusnya ke Phu Phrabat Historical Park terpaksa dibatalkan sebab tempat tu jauh - lebih kuran 60km dari Udon Thani. Itupun kami sendiripun tak tahu apa yang menariknya Phu Foi Lom tu. Hanya ikut saja cadangan yang diusul pemilik hotel.
Perjalanan sangat jauh! Dekat sejam lebih, lepas jalan lurus, naik bukit, turun bukit barulah sampai!
Sampai je, masing-masing tak tahu nak ke mana. Pemandangan depan mata kelihatan kurang menarik di mata kami. Maklumlah, pagi tadi dah puas layan red lotus. Bila pandang bunga-bunga yang biasa ada di mana-mana, perasaan excited tu tak muncul-muncul.
Tapi layankan jugak. Dah jalan jauh-jauh, rugilah tak turun kan?
Jom tengok apa ada di sini.
Peta lokasi : kawasan ini sebahagian daripada Pan Don Pa Ko National Park |
Selepas beberapa kali di suruh pakcik songtheaw trekking di Pha Yiap Lok Trekking Trail, kami ber'4 akhirnya menuruni tangga menuju ke trek. Nik saja yang kebal hati tak nak ikut trekking. Agak luas kawasan ni. Ada rumah hijau. tapi kami lalu je tak singgah pun. Yang pasti seluruh kawasan penuh dengan replika dinasour dan haiwan-haiwan liar serta termasuk replika pembentukan manusia daripada zaman batu hingga ke zaman kini.
Kreatif, tapi macam tak kena tempat je letak replika macam ni. Sampaikan satu gambar replika pun saya tak ambik. haha.
Sebahagian tanaman dan bunga-bungaan yang terdapat di sini |
Trek mendaki. Bertangga tapi santai. Mengah jugak nak sampai puncak |
Lebih kurang setengah jam jugak kami ambil masa untuk trekking. Dari situ kami berjalan ke depan. Di kanan ada cafe dan di sebelah kiri jalan ada mini zoo. Kecik je. Haiwan-haiwan di letak dalam sangkar-sangkar kecik. Sekali lagi pakcik songtheaw panggil ajak tengok arnab dan ayam. Kali ni JM dan saya yang kena panggil. Layankan ajelah pakcik. Haha.
Lawa je batu penunjuk KM. Tapi satu pun tak faham kecuali angka. |
Terakhir, kami singgah di taman berhampiran Botanical Garden. Ambil gambar lebih kurang je. Panas terik walaupun udara sejuk masih terasa. Tapi pancaran terik matahari tetap tak mampu buat kami bertahan.
Botanical Garden yang dibina khas untuk permaisuri raja sempena sambutan harijadi yang ke 60. Kami lalu je, tak masukpun dalam taman tu. Lagipun keadaan di sekitar agak sunyi dan tak ada orang. |
Sebahagian daripada lanskap yang terdapat di luar taman botani |
Mana-mana kami pergi banyak landskap berunsur Belanda dan Eropah. Suka benor diorg dengan landskap barat. |
Ini saja pengunjung yang datang ke sini. Gigih diaorang bergambar tengah-tengah panas! |
Dah puas jalan, kami ke songtheaw. Ajak pakcik balik ke pekan Udon Thani. Masing-masing kepenatan, kelaparan dan dahaga. Walaupun awal lagi, kami rasa eloklah balik saja ke Udon Thani. Lagipun masalah komunikasi memang satu masalah besar bagi kami untuk berhubung dengan pakcik songtheaw.
Dah jom balik!
~ bersambung
nice sharing...tq
ReplyDeletewah,bestnya dapat pergi thailand :-)
ReplyDeleteCantik pemandangan sekitarnya.
ReplyDelete