Tuesday, January 31, 2012

Le Tour de Pangkor : Concur an island in one day!

Day 2 : 22 January 2012

Pagi ni semua bangun awal. Lepas solat subuh masing-masing dah bersiap sedia dengan baju mandi. Sarapan pagi simple je, pekena roti dengan butter memang sedap. Semangat ni nak mandi laut. Seawal jam 7.00 pagi dah keluar jalan-jalan. Suasana nyaman dan keadaan Teluk Nipah masih sunyi lagi. Kali ni kami jalan jauh sikit, nak mandi dekat sebelah Teluk Nipah. Pantai kat situ landai dan air pun jernih. Tapi cuaca hari tu agak mendung... dapat nak capture gambar langit membiru...


Hampir 2 jam masing-masing berendam. Memang tak puas-puas mandi. Kata boatman yang bawak kami pergi Coral island semalam, pagi ni kalau air betul-betul surut kita boleh berjalan dari tepi pantai ke Coral Island. Tak payah naik bot. Air pun paling tinggi sampai paras lutut je. Sebab kat situ ada satu tempat ombak bertembung menyebabkan pasir pantai naik, jadi air kat tempat tu akan jadi sangat cetek. Apa lagi, kami semua tak lepas peluang, sambil jalan sambil menyelam. Hehehe. Tapi ombak boleh tahan jugak kuat menyebabkan kami tak berani nak jalan ke depan lagi. Saya kalau tak fikirkan camera ni mahunya saya menyelam je. kahkahkah.


air surut besar : boleh jalan sampai pulau tu


Dah penat mandi, hujan pun dah mula turun... sebelum hujan makin lebat, lebih baik kami balik dulu. Elok sampai chalet je hujan turun. Lebat!!!! Dan mandi dan bersiap, hujan kat luar masih lebat, nak keluar makan tak boleh, jadi masing-masing makan roti lagi. Layan HBO dan semua sambung tido. Kiranya cuti kali ni memang betul-betul berehat, asyik tido je...

Tengahari hampir zohor baru masing-masing bangun. Solat zohor dan masing-masing bersiap. Perut dah berkerongcong. Kat luar pun hujan dah reda. Cuaca dah cerah balik. Panas ceng ceng! Kami keluar, singgah kedai cari makan. Lepas dah isi perut semua, kami cari van. Hari ni nak round pulau. Niat hati nak bawak motor keliling pulau. Tapi memandangkan orang yang pandai bawak motor dengan yang x pandai bawak x ramai, terpaksalah batalkan hasrat nak naik motor. Pergi cari van, kautim punya kautim driver van mintak RM80 untuk bawak keliling satu pulau. Ok la... kami akan dibawa melawat kilang perusahaan sumber perikanan, perkampungan nelayan, tengok orang buat bot, tokong dan kubu belanda.



hasil perikanan


perkampungan nelayan di pekan Pangkor


tokong cina


mereka dah sampai 'tembok besar cina'!


kubu belanda

Pulau Pangkor ni tak besar manapun.... jadi dalam 3 jam selamat concur semua tempat-tempat yang menarik kat sini. Otw balik lalu pantai Teluk Ketapang, tapi tak singgah pun. Kat sini orang agak kurang berbanding Teluk Nipah. Nak singgah tengok sun set pun tak sesuai sebab masa masih awal. Waktu cun untuk tengok sun set dalam pukul 7-7.30 pm. Jadi balik sampai Teluk Nipah, kami balik chalet. Rest kejap dan masing-masing tukar baju. Nak turun mandi laut lagi.

Memandangkan petang tu langit tak biru dan agak mendung... tak dapat la saya capture gambar langit yang membiru di Teluk Nipah. Kempunan.... Jadi godek-godek camera, terjumpa satu function kat camera yang boleh copy dan paste color dan tukar-tukar color gambar yang kita amik. Hahaha... setelah hampir setahun beli camera sekarang baru ada masa nak godek kan? iskhhh...

So... layan!!!



* malam tu kami makan besar! Makan seafood... ok la

* sambung lagi...

Friday, January 27, 2012

Edisi menghentam dinding


Biasanya seminggu sekali, hari Rabu wajib hentam dinding
Ni salah satu xtvt menyihatkan... badan dan minda
Agak-agak kalau stress kerja lagi syok hentam dinding ni
Hentam sambil membayangkan muka-muka orang yang buat kita stress
Wah! memang release!
Kalau betul-betul kena hentam dinding ni 15 minit dah berpeluh
Peluh sampai ke keting!

Dan xtvt ni kalau sorang-sorang pun jadi
Tak perlu partner pun takpe
Tapi... kalau berdua lagi best
Sambil hentam sambil bergossip
Orang tak ramai
Tempat pun tertutup
Jadi kebarangkalian untuk terkena hujan dan panas memang takde

Agak-agak nak joint tu moh la kita!

Wednesday, January 25, 2012

Le Tour de Pangkor : Journey to the island

Lokasi : Pulau Pangkor, Perak
Tarikh : 21- 23 Jan 2012 (3 days 2 night trip)

Setelah sekian lama merancang, akhirnya masanya sudah tiba. Trip kali ni dengan adik bongsu, budak-budak rumah dan kawan-kawan sepejabat, total 7 orang semuanya. Idea nak ke Pangkor sebenarnya dah lama, cuma tunggu masa je yang tak berapa sesuai. Bila dah jumpa masa yang terbaik, saya confirm sape yang availabledan nak joint, terus saya booking chalet kat booking.com. Nasib baik tarikh yang dipilih masih ada kekosongan dan harga chaletpun berpatutan. Maklumlah, waktu trip kami tu tgh cuti CNY, mesti orang berpusu-pusu nak bercuti kan?

Dah lama saya tak menjejak pulau sejak dah kerja ni. Xtvt air pun dah lama tak buat. Yang kelakarnya, banyak-banyak pulau, pulau Pangkor saya tak sampai lagi. Padahal sikit punya dekat nak pergi kalau nak dibandingkan dengan pulau-pulau lain. Kapas, Perhentian, Redang, Mabul, Sipadan, Manukan, Tioman, Payar, waima Pulau Besar kat Melaka yang berkeramat tu pun saya dah sampai. Tapi tu cerita lama, kisah zaman belajar dulu... Kalau diberi keizinan oleh-Nya, saya nak repeat balik pulau-pulau yang dah saya pergi dulu... InsyaAllah...

Seawal pagi semua dah bersiap. Niat hati nak bertolak seawal 6.45 pagi, tapi biasalah kalau dah berjalan ramai-ramai ni "yang ditunggu dan menunggu" adalah perkara biasa. Lastly, dalam 7.30 pagi gerak secara konvoi dengan 2 buah kereta. Plan asal nak lalu highway, tapi entah macamana silap teknikal terguna jalan dalam. Lalu ikut LATAR Highway terus ke Kuala Selangor dan langsung ke Lumut. Nasib baik guna jalan dalam, highway Utara-Selatan sesak teruk!!!

Dalam perjalanan, sempat berhenti singgah sarapan. Teruskan perjalanan dan sampai di Lumut lebih kurang 11.30 pagi. Masa tu orang tak berapa ramai lagi, jadi semua urusan berjalan lancar. Lepas, punggah beg dan barang-barang, parking kereta di tempat yang selamat dan beli tiket untuk feri ke Pangkor, perjalanan diteruskan. Sebelum tu, saya dah siap tapau nasi ayam untuk kami ber'7. Senang, nanti dah sampai kat pulau boleh terus makan dan rest. Perkhidmatan feri setiap 30 minit sekali menawarkan tambang hanya RM10.00 (dewasa) dan RM6.00 (kanak-kanak) bagi perjalanan pergi balik dari Lumut ke Pangkor.


Pemandangan Pulau Pangkor dari jeti Lumut

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Lumut dan perhentian pertama ialah di jeti Sg. Pinang Kecil iaitu di perkampungan nelayan. Bagi pelancong, kebanyakan mereka akan singgah di perhentian kedua iaitu di jeti Sg. Pinang Besar. Sampai di jeti, kami ambil van untuk ke Teluk Nipah. Tambang van RM20.00 terus ke Nipah BayVilla.




Sampai Nipah BayVilla, selamat check in dan masuk bilik. Saya booking bilik untuk 4 orang. Ada 2 katil queen, bilik air, dan kelengkapan lain. Bilik ok la. Datang waktu pack season tak boleh nak expect nak dapat bilik yang best dgn harga yang murah. Tapi yang bestnya, depan bilik ada ruang makan siap dgn pantri. Dan kat luar tu pun ada 2 bilik air extra. Jadi senanglah nak makan dan kumpul tak payah nak bersesak kat dalam bilik.

Siap berkemas, solat, salin baju, kami menjamu selera. Rest kejap lepas makan dalam pukul 5.00 petang kami keluar ke pantai. Petang tu kami nak ronda-ronda pulau dan snorkelling. Untuk xtvt air seperti kayak, snorkeling, pusing pulau, banana boat, jet ski etc, pakej boleh didapati di tepi pantai. Banyak booth dibuka yang menawarkan pakej dengan harga yang berpatutan. Petang tu kami nak snorkeling di Coral Island. Kos adalah RM15.00/person termasuk bot, snorkel, life jacket dan pusing pulau.

Coral Island terletak betul-betul di depan Teluk Nipah. Jarak dari darat ke pulau tu tak jauhpun, +- dalam 500 meter je. Boatman tu cakap, kalau waktu pagi, terutamanya masa CNY air surut paling rendah akan berlaku, kita boleh jalan je dari pantai sampai ke pulau tu. Masa pusing keliling pulau, macam-macam bentuk batu kat situ ada, ada bentuk paus, penyu dan buaya. Kejadian Allah...

Kami diberi masa lebih kurang 2 jam untuk mandi dan snorkelling kat situ. Nanti kalau dah puas mandi boatman suruh call je kalau nak balik. Dia siap bagi roti untuk bagi ikan makan. Dah sampai ape lagi, terjunlah!!!! Dari pemerhatian saya... dasar laut dah tak ada apa-apa. Kebanyakan coral dah mati dan ikan pun kurang. Yang ada cuma bangkai-bangkai karangan yang mati dan air laut pun agak keruh. Mungkin disebabkan orang terlalu ramai dan kebetulan cuaca pada hari itu agak mendung.

Sebagai seorang individu yang belajar tentang ilmu laut dan hidupan laut, ikhlas saya katakan saya sedih tengok keadaan tu. Hidupan laut dah makin kurang, air laut tercemar, pantai kotor, yang tinggal hanya bangkai karangan je. Tiada taman laut di Pangkor juga rasanya salah satu faktor kenapa perairan Pangkor makin tercemar. Sebab tak ada penguatkuasaan dan undang-undang yang boleh menghalang manusia daripada terus meneroka dan secara tidak langsung mencemari laut.

* bercerita tentang laut, menyebabkan saya rindu zaman belajar.
* InsyaAllah, jika berkelapangan akan saya ceritakan keunikan pulau-pulau di Malaysia. Tunggu!!!!

Selepas hampir 2 jam mandi, pukul 7.30 petang, hujan mula turun. Kami naik ke darat dan dapati bot kami dah sedia menunggu. Naik bot dan balik ke pinggir pantai terus ke bilik. Malam tu xtvt berehat dan makan je. Plan asal nak ber'BBQ, tapi disebabkan saya terlambat tempah set BBQ, semua set dah ditempah, jadi nan ado BBQ. Ok, layan gambar je la...


Coral Island


Bot ke Coral Island


Batu berbentuk penyu


paus

buaya


batu karang yang telah mati bertaburan di tepi laut


Coral island : port snorkelling dan mandi-manda.

* bersambung, day two in Pangkor

Saturday, January 21, 2012

Friday, January 20, 2012

Traverlog umrah : Perjalanan ke Tanah Haram

Sambungan dari entry sebelum ini, ini, ini dan ini.

Hari terakhir di kota RasulAllah. Pagi ini seperti biasa bangun awal dan bersolat subuh. Solat subuh hari ni rasanya sayu sangat. Saya akan berpisah dengan kekasih Allah dan entah bila pulak saya akan kembali ke sini lagi. Tapi dalam masa yang sama hati melonjak-lonjak untuk melihat kaabah dan beribadat di sana.

Balik ke hotel, sarapan dan berkemas. Tepat jam 7.30pagi saya sekeluarga dah siap berkumpul di lobi hotel. Dalam pukul 8.00 pagi bas sampai dan perjalanan di teruskan. Dalam perjalanan, Haji Ibrahim ada jugak bercerita tentang cara mengerjakan umrah dan larangan-larangan semasa dalam ihram. Walaupun kami semua dah menghadiri kursus umrah sebelum ke sini, tetapi penerangan Haji Ibrahim sedikit sebanyak memberi panduan kepada kami semua. Maklumlah... jemaah pelbagai peringkat umur... kalau yang pernah datang tu kira bonus, tapi yang 1'st macam saya penerangan tu dirasakan informasi yang berguna.
Selepas perjalanan lebih kurang 15-20 minit bas berhenti di Bir Ali. Bir Ali merupakan tempat miqat di mana jemaah dikehendaki memakai ihram (lelaki) dan menutup aurat / tertelekung (perempuan) serta berniat ihram. Semua jemaah hendak berada di dalam keadaan suci, dan sebelum itu bersolat 2 rakaat di dalam masjid sebelum berniat ihram. Sepanjang mengerjakan umrah, saya sempat melakukan 4 kali umrah dan berniat ihram di 4 lokasi yang berbeza iaitu di Bir Ali, Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah ( bagi jemaah yang tinggal di Mekah) . Info berkenaan miqat ada di SINI.

Bir Ali
Bila dah berniat umrah, mesti ada pantang larang yang kena kita patuhi. Kalau langgar pantang larang kita akan dikenakan denda (dam). Kadar dam ialah korban seekor kambing atau kalau tak mampu kena berpuasa selama 10 hari.
Perkara-perkara Yang Diharamkan Semasa Ihram:
  1. Melakukan persetubuhan: Iaitu melakukan persetubuhan dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya dari apa yang berlaku di antara lelaki dan isterinya seperti bercumbu bergurau senda dan seumpamanya.
  2. Maksiat: Iaitu keluar dari ketaatan.
  3. Berbantah: Iaitu membantah kawannya atau sesiapa sahaja sehingga boleh menimbulkan kemarahannya begitu juga perbalahan dan cacian.
  4. Memakai pakaian yang berjahit (bagi lelaki).
  5. Memotong rambut.
  6. Wangian (iaitu memakai sesuatu yang berbau wangi-wangian).
  7. Memotong kuku.
  8. Menutup kepala bagi lelaki.
  9. Berburu.
  10. Memotong Pokok.
  11. Memakai stokin dan kasut biasa tetapi harus memakai mana-mana kasut yang boleh memperlihatkan urat belakang kaki.
  12. Menutup muka dan dua kaki ketika tidur.

Lepas tu perjalanan diteruskan. Lama dan jauh lagi perjalanan kami, mungkin makan masa 5-6 jam untuk sampai dengan jarak hampir 500km. Dalam perjalanan tu, Haji Ibrahim memulakan bacaan talbiah dan diikuti oleh jemaah.


Perjalanan masih panjang. Masing-masing sibuk melayan perasaan dan ada jemaah tertidur. Saya mula-mula susah nak lelapkan mata. Sekadar menikmati permandangan padang pasir sepanjang perjalanan. Hati masih berdebar-debar mengenangkan peristiwa yang bakal saya tempoh sepanjang di tanah haram nanti. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami semua.

Semasa mula-mula sampai ke Madinah tempoh hari, pinggang saya mula sakit. Nak kata lenguh tak. Saya agak sakit ni berpunca dari keadaan perjalanan nak ke Madinah dulu. Sebab saya banyak berdiri dan tak duduk diam. Pinggang saya sakit sangat bila berdiri dan berjalan. Kalau solat, kadang-kadang masa ruku' atau sujud pun sakit. Malam terakhir di Madinah, semasa di Raudhah, salah satu doa saya ialah moga sakit pinggang saya sembuh kerana saya tahu umrah nanti saya memang memerlukan kekuatan kaki dan pinggang untuk melakukan tawaf dan saie'. Mungkin itu salah satu ujian untuk saya....

Petang, dalam pukul 6 lebih gitu bas berhenti di R&R. Turun, ke toilet, bersolat jamak qasar dan makan. Makan nasi arab. Sedap! Tambah pulak waktu sejuk dan lapar-lapar camni, bagi apa pun semua sedap. Sekarang ni berlaku peralihan musim di Madinah, dari musim sejuk ke panas. Suhu dan cuaca sangat sejuk. Siap ada ribut pasir.

Perjalanan diteruskan. Tak lama lepas tu, Haji Ibrahim memaklumkan bas kami dah masuk ke Kota Mekah. Keadaan sudah gelap dan saya nampak permandangan Kota Mekah yang pesat membangun. Doa masuk ke Kota Mekah di baca... Hati makin berdebar-debar untuk bertemu Allah..

* bersambung : kali pertama melihat kaabah dan melakukan umrah

Thursday, January 19, 2012

Autumn in Korea Day 2 : Seoul City Seeing Sight

* PERINGATAN : Entry ni agak panjang. Jadi harap baca dengan hati yang gembira ^_^

15 September 2011

Flight kami selamat landing di bumi Korea lbh kurang pukul 6.20 pagi waktu tempatan. Perbezaan waktu antara Malaysia - Korea tak jauh beza mana, dalam 1 jam awal dari Malaysia. Sampai, selepas urusan di imigresen kami terus amik luggage dan keluar. Lepas tu masing-masing cari toilet. Cuci muka, gosok gigi dan tukar apa-apa yang patut. Tak mandi uols!!! Merasa la satu hari berjalan tak mandi.



Sebelum teruskan perjalanan ada beberapa perkara yang kena selesaikan dulu, reload T-money dan sewa h/p. Bergerak ke Level 1 [7] untuk dapatkan informasi di Tourist Information.

T-money boleh dibeli di family mart. T-money ni lebih kurang macam kad touch N go. Kira T-money ni kemudahan untuk pengguna subway, bus, atau taxi dan boleh jugak digunakan untuk bayar masuk kat tempat tertentu. Tahun 2011 merupakan tahun melawat Korea. Sempena tahun melawat Korea, tourism korea berkolaborasi dengan tourim malaysia menawarkan T-money percuma kepada rakyat malaysia yang nak travel ke Korea (Sept – Dec 2011). Maka gigihlah GBS ke Korea Plaza di Jalan P.Ramlee untuk dapatkan T-money tu. Rujuk SINI. Bawak itinerary tunjuk kat kaunter, dapat T-money. Mudah kan? Siap percuma 6,000 won (RM18.00) dalam tu. Kira ok la kan?
Upload T-money ada 2 cara,
* Reload di mesin (mcm mesin tiket di stesen komuter di Malaysia)
* Reload di family mart (macam 7 eleven).
Tips : 30,000 won (RM90) sesuai untuk perjalanan seminggu merangkumi tambang public transport kami sepanjang di Seoul.
Kelebihan guna T-money berbanding beli tiket secara manual ialah setipa perjalanan ada diskaun. Contohnya, tiket harga 600won, diberi diskaun 100 won (+/- 30 sen). Kalau dikira diskaun tu berapa sen je, tapi kalau dah memang sepanjang masa naik subway banyak jugak berjimat kan? Selain dari T-money, satu lagi kad yang boleh digunakan ialah Seoul City Pass (SCP). Dua-dua jenis kad ni fungsi dia sama.


Lepas tu kami ke kaunter telefon untuk sewa telefon pulak. Untuk pengetahuan talian h/p kita tak compatible dengan Korea, jadi bawak h/p pun tak boleh nak guna. Jadi untuk memudahkan perhubungan antara kami yang ramai ni, sewa h/p adalah jalan terbaik. Takut ada yg terlebih panjang kaki, hilang ke, sesat ke ada h/p mudah nak berhubung. Sewa h/p lbh kurang 3,000 - 4,000 won sehari. Kami sewa 4 buah h/p.
Lepas dah settle semua hal... kami bergerak ke subway. Di Incheon airpot tak silap aku ada 2 jenis subway. A’rex dan subway antara bandar. A’rex ni kira macam ERL la, perjalanan express dan subway antara bandar pulak macam komuter. Tapi subway dia canggih! Perjalanan on time. Info subway rujuk SINI.

dalam subway ke Seoul Station

Boleh pujilah system perkhidmatan awam kat sini. Tip top! Destinasi kami ialah City Hall Seoul Station. Perjalanan dari Incheon Airport - Seoul Station ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Seoul Station ni pulak macam KL Sentral, banyak laluan yang menghubungkan subway ke mana-mana destinasi. Mula-mula sampai kami terus cari loker nak simpan beg.
Tips : ada 2 jenis loker, kecil – 1,200 won (RM3.60) dan besar - 2,000 won (RM6.00). Tempoh selama 4 jam. Info locker boleh rujuk SINI.

Lokasi target hari ni ialah :


  1. Sungkyunkwan University – active
  2. Gyeongbokgung palace – not active
  3. Changdeokgung palace – active
  4. Bukchon Hanok Village – active
  5. Insadong – active
  6. Ssamziegil – active
  7. KTO Office – active
  8. Cheonggycheon Stream – active
  9. Ittaewon – active
Beg dah simpan, barang-barang yang sepatutnya bawak dah kemas dalam beg kecil, kami terus gerak ke lokasi pertama : Sungkyunkwan University. Untuk ke sini amik Hyewa Subway Station, Line 4, Exit 1.

Tips : Subway mempunyai banyak line (1-9) dan setiap line mempunyai warna yang berbeza. Jika hendak berhenti di mana-mana stesen, pastikan line dan exit betul. Kalau tersalah kemungkinan sesat tu tinggi. Jadi pastikan anda bawa peta subway bersama dan jangan malu untuk bertanya sekiranya tidak yakin.
Sampai di Hyewa Station, Exit 1, berjalan lebih kurang 10 minit untuk ke Sungkyunkwan University bus stop di hadapan Dunkin Donuts. Shuttle bus ni ada setiap 10 minit, tambang 300 won. Shuttle bus ni akan bawa kita terus ke SKKU. Tapi kami just berhenti di depan pintu masuk je. Jalan-jalan sekitar tu dan teruskan perjalanan.


depan pintu masuk siap ada penyambut tetamu. Uni kat Malaysia ado???

Syungkyukwan University main gate
Next destination, memandangkan semua istana sama je, kami skip Gyeongbokgung palace dan terus ke Changdeokgung palace. Untuk ke sana amik Anguk Subway Station, Line 3, Exit 3 dan berjalan dari 5-10 minit untuk sampai ke entrance istana. Tiket masuk tak silap saya harga 3,000 won (RM9.00). Sebelum tu masing-masing dah penat, siap berehat kat pintu masuk istana. Macam berkelah pulak jadinya. Maklumlah lapar... tambah pulak tak boleh bawak makan dalam kawasan istana. Jadi kami isi perut siap-siap sebelum masuk.
Tips : Waktu beroperasi 9am – 6.30pm (Apr – Oct) dan tutup pada hari Isnin. Setiap hari Ahad pukul 2pm boleh mencuba pakaian tradisional korean (hanbok) dan mengambil gambar secara percuma.

Changdeokgung Palave main entrance


inside the palace
Seeing sight hampir 1 jam kami gerak ke Bukchon Hanok Village pulak. Masa ni dalam pukul 11.00 pagi. Panas boleh tahan terik jugak, tapi gigih masing-masing berjalan. Mula-mula dah rasa macam sesat dah sebab jauh je berjalan. Selepas hampit 30 minit berjalan, tara....


Bukchon Hanok Village

Nampak deretan rumah tradisional di tengah-tengah bandar Seoul! Memang lawa view kat situ. Susunan rumah teratur dan sangat bersih. Kat situ ada 7 photo spot. Ada satu spot tu boleh nampak permadangan bandar Seoul dan Namsan Towel dari atas puncak Hanok tu. Kira tak sia-sia kami menapak jauh. Hahaha.

cuba tengok pelancong kat belakang tu. Ramai!!!!
One of 7 photo spot

Destinasi ke-5, Insadong. Dari Hanok Village kami jalan je. Nak kata dekat tak jugak, tapi disebabkan view lawa tak perasan dah sampai Insadong. Insadong ni macam CM la, ada banyak kedai dan tempat melepak. Banyak jugak kedai souvenir jual kat sini. Harga biasanya tetap, cuma kalau beli banyak kita akan dapat diskaun.


Insadong street
Souvenir shop


macam-macam ada!!!
Ssamziegil pulak terletak di tengah-tengah Insadong. Siap ada shopping complex. Sama macam Insadong jugak ala-ala CM. Lepas dah shopping dan jamu mata, berjalan lagi. Kaki penat tak payah cakap la… hahaha. Tapi semua gigih berjalan ni!
percaya tak orang Korea admire dgn kita... Diorg pelik tengok kita bertudung.


tugu peringatan untuk maharaja. Maharaja ni merupakan orang yang memperkenalkan tulisan korea yang digunakan sehingga hari ini
Jalan, jalan dan jalan lagi. Masa ni hampir pukul 4 petang. Target kena sampai ke KTO Office secepat mungkin sebab nak kejar solat. Maklumlah berjalan ka Negara bukan islam, bukan senang nak jumpa masjid atau surau. Tapi melalui informasi yang kami dapat, kat sini disediakan surau. Jalan, jalan dan jalan, hampir 30 minit akhirnya berjaya menapak ke KTO Office. Saya tengok KTO Office ni sangat informatif. Tourism Korea memang betul-betul promosikan Korea dan cara promosi memang berkesan.

KTO Office
Dah selesaikan perkara wajib, lokasi terakhir ialah Cheonggycheon Stream. Sempat rendam kaki dan berehat. Kebetulan waktu petang, so ramai orang kat sini duk berekreasi. Kalau datang waktu malam saya rasa lagi happening. Info di SINI.



sempat rendam kaki selepas seharian berjalan.
Cheonggycheon Stream lokasi terakhir untuk hari ni. Kami amik subway ke Seoul Station balik untuk amik beg dan teruskan perjalanan ke Myongdong untuk ke Namsan Guesthouse. Dari Seoul Station, amik Line 4 untuk ke Myongdong Station. Sampai Myongdong, jalan dalam 10 minit sampai ke guesthouse. Lepas urusan check in masing-masing dah dapat balik dan masuk berehat. Kami menginap 2 mlm kat sini. Dapat 2 bilik di Namsan 2 dan dan satu bilik di Namsan 3. Info di SINI.
Penat giler! Berjalan seharian tanpa mandi pagi. Hahaha. Agak-agak ada tak orang lain buat kerja gila macam kami??? Hehe.
Rest, mandi dan solat lepas tu keluar balik. Nak ke Itaewon cari makan. Itaewon ni kiranya kawasan muslim. Kat sini boleh jumpa banyak kedai makan islam terutamanya kebab. Makan malam kami malam tu adalah kebab. Layan!!!
Perut dah kenyang, kali ni balik kami naik bas. Dekat je dengan Myongdong. Balik, masing-masing terus tidur! Penat!!!!
* million thanks to GBS for an awesome pictures
* bersambung untuk hari ke-2

Autumn in Korea



Ni cerita basi backpack via trip dengan GBS. Sekarang baru ada kerajinan nak siapkan entry lapuk ni. haha. Ni kira trip pendek GBS dari 14 - 19 Sept. 2011. Kami pergi 8 orang. Konsep kami lite and easy. Kira lama jugaklah nak buat itinerary, study tempat yang mampu nak cover dlm tempoh 4 hari full. So, schedule kami agak pack! Tapi Alhamdulillah sempat cover beberapa tempat di sekitar Seoul, termasuk Nami Island dan Mount Sorak.

Korea Selatan merupakan salah satu negara 4 musim, iaitu musim luruh (Sept - Nov), musim sejuk (Dec - Feb), musim bunga (Mac - May dan musim panas (Jun - Ogos). Masa trip kami tu, kebetulan jatuh musim luruh. Saya dah berangan nak berjalan bawah pokok berdaun merah yang gugur... skali sampai nan ado! Masa saya sampai tu, masih dalam peralihan musim panas ke musim luruh. Cuaca panas macam kat Malaysia jugak. Adeh... kechewa!!

Untuk info boleh rujuk SINI

Berbalik pada trip GBS, flight kami malam, pada pukul 11.00 malam dan dijangka sampai pada 6.20 pagi waktu tempatan. Memandangkan saya yang tukang beli tiket, jadi seminggu sebelum bertolak saya dah siap check in online dan print semua doc yang patut. Dalam pukul 9.00 malam tu semua dah sampai, berkumpul dan check in luggage. Alhamdulillah semua proses berjalan lancar. Masa beratur tu saya tengok ramai jugak orang Malaysia yang nak ke Korea. Maklumlah... 2011 adalah tahun kegemilangan K-Pop!

Dah selesaikan semua urusan luggage, kami semua ke imigresen. Settle urusan semua masuk ruang menunggu.. Tepat 11.00 mlm flight berlepas. Kembara kami ke bumi Korea bermula! Aja-aja hwaiting GBS!

* Bersambung : hari pertama di Korea

* aja-aja hwaiting = berusaha @ good luck

Friday, January 13, 2012

Larian 40 taman 100KM

I'm a participant of Larian 40 taman 100 KM!


mawar : teruja!

Wednesday, January 04, 2012

Traverlog umrah : Lawatan di Raudhah


Sepanjang hampir 4 hari berada di Madinah, Alhamdullah saya sempat mengunjungi Raudhah sebanyak 2 kali. Kali pertama pada waktu pagi. Pagi itu, selepas makan pagi, mak, adik dan saya ke masjid lagi. Terpaksa berasak untuk menyempit dan meloloskan diri di Raudhah. Petugas berpakaian serba hitam setia mengawal semua jemaah yang sedang berasak-asak.

Setiap jemaah diasingkan mengikut negara masing-masing. Kebiasaannya jemaah Malaysia akan dikumpulkan bersama-sama jemaah dari Indonesia, Brunei dan negara-negara asia yang lain. Hampir 1 jam menunggu akhirnya sampai giliran kami, dan kami semua dibawa menunggu di tempat yang terakhir. Sampai di satu kawasan saya tersedu, merenung ke dalam jaring-jarin hijau di mana bersemadinya jasad yang sangat mulia, di mana lagit sendiri rasa tewas kepada bumi kerana tanah bumi menampung jenazah baginda RasulAllah. Saya sampaikan salam sahabat-sahabat kepada baginda.

gambar dari sumber

Sampai masa kumpulan kami dilepaskan entah kenapa keadaan jadi tak terkawal. Ada rempuhan dari jemaah arab dan turki yang rata-rata berpakaian hitam. Kami bertiga hampir terpisah. Saya terdorong ke depan, manakala mak dan adik masih di belakang. Sedar-sedar je saya dah berada di kawasan Raudhah. Sebab karpet di Raudhah warna hijau dan tiang warna emas. Masa tu saya pandang belakang, tercari-cari mak dan adik. Alhamdillah mereka ada di belakang. Dan entah macam mana, ada sorang makcik tarik saya yang masih terpinga-pinga ni ganti tempat dia. Strategik betul tempat dia tu, betul-betul di belakang tiang. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Saya sempat bersolat dhuha dan hajat. Panjang doa saya... hanya Allah yang tahu.

Lepas selesai semua, saya bagi laluan pada adik pulak. Adik saya, disebabkan kemalangan, tulang pehanya hancur dan lulutnya berskru. Selama bertahun-tahun dia bersolat secara duduk. Tidak boleh bersujud seperti biasa. Tapi disebabkan bila dia tahu dia nak ke mekah, hampir 2 bulan dia cuba bersolat secara biasa. Saya kagum dengan dia. Cuba dan terus cuba hingga berjaya. Lulut kanan dia lebam teruk sebab terpaksa menampung lutut kiri yang cedera. Istiqamah sungguh dia. Jadi sepanjang berumrah, mak memang tak pernah lepaskan dia bersendirian. Sentiasa setia temani dia..

Kesian adik bongsu saya, dia uzur masih uzur sewaktu kami sampai di Madinah. Walaupu
n begitu, dia tetap usaha mandi wajib dan ke masjid jika berpeluang. Tapi aktiviti terakhir untuk melawat Raudhah memang di luar kemampuannya sebab masih uzur. Sewaktu kami bercerita tentang keadaan Raudhah dan keghairahan kami untuk pergi ke Raudhah lagi dia hanya mampu mendengar dan termenung. Itu semua kerja Allah... mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ketentuan-Nya.

Alhamdulillah... lawatan kali pertama di Raudhah dipermudahkan oleh-Nya.

"Mak, malam ni K.nur nak ke Raudhah lagi boleh?"

Kata-kata saya disambut girang oleh adik. "Nak ikut!!!"

Malam terakhir di Kota RasulAllah. Selepas menunaikan solat isyak kami bertiga (mak, adik dan saya) tak terus pulang ke hotel. Mak dah maklumkan kepada ayah dan adik bongsu bahawa kami hendak ke Raudhah dulu.

Malam tu jemaah yang hendak berkunjung ke Raudhah sangat ramai. Perkarangan Raudhah sesak.

Seperti biasa kami menunggu giliran untuk masuk ke sana. Keadaan di ruang menunggu semakin lama semakin sesak dan menyesakkan. Terakhir, bila nampak kubah berbumbung hijau sekali lagi saya memberi salam kepada kekasih-Nya. Dalam diam saya berkata ini mungkin kunjungan saya yang terakhir untuk kali ini, tetapi jauh di sudut hati saya berdoa moga-moga ini bukan kunjungan saya yang terakhir. Saya akan datang, datang dan datang lagi ke sini jika dijemput oleh-Nya. InsyaAllah.

Masuk di kawasan Raudhah, sekali lagi Dia membuka ruang untuk saya beribadat. Alhamdullah, sempat saya bersolat hajat dan taubat di situ. Kali ini panjang doa saya. Seperti tamak saya ini, minta dan minta saja dari-Nya. Kata mak, ini tempat mustajab doa, jadi mintak la apa saja yang terlintas di hati!

Selepas urusan kami selesai, kami berjalan untuk ke luar dari Raudhah. Tiba-tiba keadaan jadi tak terkawal dan tiba-tiba saja seperti rempuhan kuat dari arah belakang. Keadaan menjadi agak kucar kacir. Saya yang berada di belakang mak dan adik terpisah agak jauh. Dalam kelam kabut saya sempat berteriak pada mak menyatakan saya selamat dan usah tunggu saya.

Saya terus berjalan hingga ke pintu keluar. Tak semena-mena, betul-betul di depan mata saya, saya lihat seorang minah iran dirempuh. Badannya dipijak dan hampir tenggelam oleh rempuhan orang yang ramai. Hanya tanganya yang terkapai-kapai. Masa tu saya pun x tahu tenaga apa yang saya ada... sambil berteriak "cepat pegang tangan saya!!!" terus saya capai tangan perempuan iran tu. Yang kelakarnya faham pulak perempuan tu dengan bahasa saya. hehehe.

Kami terus berjalan hingga sampai ke luar perkarangan Raudhah. Perempuan iran masih di sebelah saya. Sampai di luar dia terus memeluk saya sambil mengucapkan terima kasih. "syukran! syukran!"

Lepas tu saya mula tercari-cari mak dan adik. Mujur jumpa diorg. Tak sangka perbuatan saya tadi diperhatikan mak dari jauh.

"Mak hairan macam mana K.nur boleh angkat perempuan iran tu, padahal dia 2 kali ganda lebih besar dan tinggi dari K.nur." Saya sekadar menggeleng.

"K.nur x rasa apa-apa pun masa tarik dia tadi mak... Macam senang je."

"Kuasa Allah K.nur...."

Malam itu saya tidur nyenyak. Esok perjalanan masih jauh untuk ke Tanah Haram... Iskh.... tak sabarnya!

- bersambung : perjalanan ke bumi Haram