Thursday, January 19, 2012

Autumn in Korea Day 2 : Seoul City Seeing Sight

* PERINGATAN : Entry ni agak panjang. Jadi harap baca dengan hati yang gembira ^_^

15 September 2011

Flight kami selamat landing di bumi Korea lbh kurang pukul 6.20 pagi waktu tempatan. Perbezaan waktu antara Malaysia - Korea tak jauh beza mana, dalam 1 jam awal dari Malaysia. Sampai, selepas urusan di imigresen kami terus amik luggage dan keluar. Lepas tu masing-masing cari toilet. Cuci muka, gosok gigi dan tukar apa-apa yang patut. Tak mandi uols!!! Merasa la satu hari berjalan tak mandi.



Sebelum teruskan perjalanan ada beberapa perkara yang kena selesaikan dulu, reload T-money dan sewa h/p. Bergerak ke Level 1 [7] untuk dapatkan informasi di Tourist Information.

T-money boleh dibeli di family mart. T-money ni lebih kurang macam kad touch N go. Kira T-money ni kemudahan untuk pengguna subway, bus, atau taxi dan boleh jugak digunakan untuk bayar masuk kat tempat tertentu. Tahun 2011 merupakan tahun melawat Korea. Sempena tahun melawat Korea, tourism korea berkolaborasi dengan tourim malaysia menawarkan T-money percuma kepada rakyat malaysia yang nak travel ke Korea (Sept – Dec 2011). Maka gigihlah GBS ke Korea Plaza di Jalan P.Ramlee untuk dapatkan T-money tu. Rujuk SINI. Bawak itinerary tunjuk kat kaunter, dapat T-money. Mudah kan? Siap percuma 6,000 won (RM18.00) dalam tu. Kira ok la kan?
Upload T-money ada 2 cara,
* Reload di mesin (mcm mesin tiket di stesen komuter di Malaysia)
* Reload di family mart (macam 7 eleven).
Tips : 30,000 won (RM90) sesuai untuk perjalanan seminggu merangkumi tambang public transport kami sepanjang di Seoul.
Kelebihan guna T-money berbanding beli tiket secara manual ialah setipa perjalanan ada diskaun. Contohnya, tiket harga 600won, diberi diskaun 100 won (+/- 30 sen). Kalau dikira diskaun tu berapa sen je, tapi kalau dah memang sepanjang masa naik subway banyak jugak berjimat kan? Selain dari T-money, satu lagi kad yang boleh digunakan ialah Seoul City Pass (SCP). Dua-dua jenis kad ni fungsi dia sama.


Lepas tu kami ke kaunter telefon untuk sewa telefon pulak. Untuk pengetahuan talian h/p kita tak compatible dengan Korea, jadi bawak h/p pun tak boleh nak guna. Jadi untuk memudahkan perhubungan antara kami yang ramai ni, sewa h/p adalah jalan terbaik. Takut ada yg terlebih panjang kaki, hilang ke, sesat ke ada h/p mudah nak berhubung. Sewa h/p lbh kurang 3,000 - 4,000 won sehari. Kami sewa 4 buah h/p.
Lepas dah settle semua hal... kami bergerak ke subway. Di Incheon airpot tak silap aku ada 2 jenis subway. A’rex dan subway antara bandar. A’rex ni kira macam ERL la, perjalanan express dan subway antara bandar pulak macam komuter. Tapi subway dia canggih! Perjalanan on time. Info subway rujuk SINI.

dalam subway ke Seoul Station

Boleh pujilah system perkhidmatan awam kat sini. Tip top! Destinasi kami ialah City Hall Seoul Station. Perjalanan dari Incheon Airport - Seoul Station ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Seoul Station ni pulak macam KL Sentral, banyak laluan yang menghubungkan subway ke mana-mana destinasi. Mula-mula sampai kami terus cari loker nak simpan beg.
Tips : ada 2 jenis loker, kecil – 1,200 won (RM3.60) dan besar - 2,000 won (RM6.00). Tempoh selama 4 jam. Info locker boleh rujuk SINI.

Lokasi target hari ni ialah :


  1. Sungkyunkwan University – active
  2. Gyeongbokgung palace – not active
  3. Changdeokgung palace – active
  4. Bukchon Hanok Village – active
  5. Insadong – active
  6. Ssamziegil – active
  7. KTO Office – active
  8. Cheonggycheon Stream – active
  9. Ittaewon – active
Beg dah simpan, barang-barang yang sepatutnya bawak dah kemas dalam beg kecil, kami terus gerak ke lokasi pertama : Sungkyunkwan University. Untuk ke sini amik Hyewa Subway Station, Line 4, Exit 1.

Tips : Subway mempunyai banyak line (1-9) dan setiap line mempunyai warna yang berbeza. Jika hendak berhenti di mana-mana stesen, pastikan line dan exit betul. Kalau tersalah kemungkinan sesat tu tinggi. Jadi pastikan anda bawa peta subway bersama dan jangan malu untuk bertanya sekiranya tidak yakin.
Sampai di Hyewa Station, Exit 1, berjalan lebih kurang 10 minit untuk ke Sungkyunkwan University bus stop di hadapan Dunkin Donuts. Shuttle bus ni ada setiap 10 minit, tambang 300 won. Shuttle bus ni akan bawa kita terus ke SKKU. Tapi kami just berhenti di depan pintu masuk je. Jalan-jalan sekitar tu dan teruskan perjalanan.


depan pintu masuk siap ada penyambut tetamu. Uni kat Malaysia ado???

Syungkyukwan University main gate
Next destination, memandangkan semua istana sama je, kami skip Gyeongbokgung palace dan terus ke Changdeokgung palace. Untuk ke sana amik Anguk Subway Station, Line 3, Exit 3 dan berjalan dari 5-10 minit untuk sampai ke entrance istana. Tiket masuk tak silap saya harga 3,000 won (RM9.00). Sebelum tu masing-masing dah penat, siap berehat kat pintu masuk istana. Macam berkelah pulak jadinya. Maklumlah lapar... tambah pulak tak boleh bawak makan dalam kawasan istana. Jadi kami isi perut siap-siap sebelum masuk.
Tips : Waktu beroperasi 9am – 6.30pm (Apr – Oct) dan tutup pada hari Isnin. Setiap hari Ahad pukul 2pm boleh mencuba pakaian tradisional korean (hanbok) dan mengambil gambar secara percuma.

Changdeokgung Palave main entrance


inside the palace
Seeing sight hampir 1 jam kami gerak ke Bukchon Hanok Village pulak. Masa ni dalam pukul 11.00 pagi. Panas boleh tahan terik jugak, tapi gigih masing-masing berjalan. Mula-mula dah rasa macam sesat dah sebab jauh je berjalan. Selepas hampit 30 minit berjalan, tara....


Bukchon Hanok Village

Nampak deretan rumah tradisional di tengah-tengah bandar Seoul! Memang lawa view kat situ. Susunan rumah teratur dan sangat bersih. Kat situ ada 7 photo spot. Ada satu spot tu boleh nampak permadangan bandar Seoul dan Namsan Towel dari atas puncak Hanok tu. Kira tak sia-sia kami menapak jauh. Hahaha.

cuba tengok pelancong kat belakang tu. Ramai!!!!
One of 7 photo spot

Destinasi ke-5, Insadong. Dari Hanok Village kami jalan je. Nak kata dekat tak jugak, tapi disebabkan view lawa tak perasan dah sampai Insadong. Insadong ni macam CM la, ada banyak kedai dan tempat melepak. Banyak jugak kedai souvenir jual kat sini. Harga biasanya tetap, cuma kalau beli banyak kita akan dapat diskaun.


Insadong street
Souvenir shop


macam-macam ada!!!
Ssamziegil pulak terletak di tengah-tengah Insadong. Siap ada shopping complex. Sama macam Insadong jugak ala-ala CM. Lepas dah shopping dan jamu mata, berjalan lagi. Kaki penat tak payah cakap la… hahaha. Tapi semua gigih berjalan ni!
percaya tak orang Korea admire dgn kita... Diorg pelik tengok kita bertudung.


tugu peringatan untuk maharaja. Maharaja ni merupakan orang yang memperkenalkan tulisan korea yang digunakan sehingga hari ini
Jalan, jalan dan jalan lagi. Masa ni hampir pukul 4 petang. Target kena sampai ke KTO Office secepat mungkin sebab nak kejar solat. Maklumlah berjalan ka Negara bukan islam, bukan senang nak jumpa masjid atau surau. Tapi melalui informasi yang kami dapat, kat sini disediakan surau. Jalan, jalan dan jalan, hampir 30 minit akhirnya berjaya menapak ke KTO Office. Saya tengok KTO Office ni sangat informatif. Tourism Korea memang betul-betul promosikan Korea dan cara promosi memang berkesan.

KTO Office
Dah selesaikan perkara wajib, lokasi terakhir ialah Cheonggycheon Stream. Sempat rendam kaki dan berehat. Kebetulan waktu petang, so ramai orang kat sini duk berekreasi. Kalau datang waktu malam saya rasa lagi happening. Info di SINI.



sempat rendam kaki selepas seharian berjalan.
Cheonggycheon Stream lokasi terakhir untuk hari ni. Kami amik subway ke Seoul Station balik untuk amik beg dan teruskan perjalanan ke Myongdong untuk ke Namsan Guesthouse. Dari Seoul Station, amik Line 4 untuk ke Myongdong Station. Sampai Myongdong, jalan dalam 10 minit sampai ke guesthouse. Lepas urusan check in masing-masing dah dapat balik dan masuk berehat. Kami menginap 2 mlm kat sini. Dapat 2 bilik di Namsan 2 dan dan satu bilik di Namsan 3. Info di SINI.
Penat giler! Berjalan seharian tanpa mandi pagi. Hahaha. Agak-agak ada tak orang lain buat kerja gila macam kami??? Hehe.
Rest, mandi dan solat lepas tu keluar balik. Nak ke Itaewon cari makan. Itaewon ni kiranya kawasan muslim. Kat sini boleh jumpa banyak kedai makan islam terutamanya kebab. Makan malam kami malam tu adalah kebab. Layan!!!
Perut dah kenyang, kali ni balik kami naik bas. Dekat je dengan Myongdong. Balik, masing-masing terus tidur! Penat!!!!
* million thanks to GBS for an awesome pictures
* bersambung untuk hari ke-2

3 comments:

  1. Seronoknya...Lepas ni, kalo ada kesempatan nk ke Insadong jugak...hari tu x sempat nk singgah. Spring time will also be very beautiful jugak to travel there kan...talk about wrong timing!..hari tu akak pon tersilap pilih masa pi sana...konon nk tgk musim bunga, tup tup..masa tu peralihan musim sejuk & musim bunga pulak...bajuk sejuk pun sekadar sweater & overcoat je..terpaksa la pakai berlapis2. Byk jugak la muffler, sarung tangan la, kasut la beli sana..gara2 kesejukan...Masa jalan2 tu rasa nk bawak selimut toto pon ada...mcm dok dalm 'peti ais besar'...tp sempat jugak eksperimen makan ais krim time sejuk2 tu...terjuih bibir cm Angelina Jolie sbb sejuk..

    ReplyDelete
  2. hahaha... same with us. wrong timing! kitaorg berangan nak rasa jalan bawah daun-daun berguguran skali, daun semua hijau lagi. baru nak kekuningan. hahaha.

    kena pegi lagi ni k.azah. nak merasa ke pulau jeju dan tawan soraksan! kaja!!!!

    ReplyDelete
  3. heehe..me & friends pun ada pengalaman, di admire oleh org korea, kerana bertudung..infact of the girls siap lukis gambar kami masa we all dlm subway...and pass the lukisan to us. Lukisan kecik jer, but we really appreciate it.

    ReplyDelete