Monday, April 30, 2012

Pesta Buku 2012 dan BERSIH 3.0

Sabtu lepas, 28 April 2012, di ibu negara kita, Kuala Lumpur berlaku dua peristiwa penting di mana-mana kedua lokasi terbabit iaitu PWTC dan sekitar Dataran Merdeka dipenuhi orang ramai. 

2 peristiwa, tapi 2 matlamat yang berbeza. 

Pesta Buku 2012, bermula pada 27 April dan berakhir pada 6 Mei 2012. Memandangkan waktu lapang kami hanya pada 28 April, dan tarikh itu bertembung pula dengan perhimpunan BERSIH 3.0, kami gagahkan juga meredah jalan. err... nak mudah, naik LRT je. Dari St. Bukit Jalil terus ke St. PWTC. 

Dalam perjalanan, melalui laluan LRT, secara kasar sudah kelihatan kawasan di sekitar Dataran Merdeka, Masjid Jamek, Bandaraya, Sultan Ismail sudah agak sesak dengan orang yang memakai baju kuning. Kelihatan juga pasukan keselamatan dalam keadaan berjaga-jaga. Masih aman dan tenang....

Sampai di PWTC menghampiri jam 11.00 pagi, saya lihat dewan PWTC sudah penuh dengan manusia. Masing-masing teruja untuk membeli buku. Dalam hati terdetik... ramai orang walaupun di kawasan bersebelahan ada agenda yang bakal mencetus kekecohan mungkin akan berlaku!

Ok, kepada semua ulat buku, jangan lupa kunjungi ke Pesta Buku 2012. Berbaloi-baloi! Saya borong beberapa biji buku dan rasa macam tak puas hendak menilik semua buku di sini.

Tengahari, bergerak ke The Mall untuk mengisi perut dan kemudian terus ke stesen LRT. Sampai di St. PWTC keadaan agak sesak. Sedikit tidak terkawal. Tiba-tiba pengumuman dibuat...

"Perhatian kepada semua pengguna, St. Bandaraya dan Masjid Jamek ditutup atas faktor keselamatan.
Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami"

Aduh... masalah ni. Tadi semasa sampai kami sudah siap-siap beli tiket ke St. Bandaraya! 
Kami dah plan cun-cun punya nak ke Jalan TAR hari tu. Alih-alih ini pulak jadinya... Aduhai....
How???

'Cepat tengok map LRT'
'Eh, ada 3 stesen, harga tiket sama - St. Sultan Ismail, Bandaraya dan Masjid Jamek. Kita naik turun St. Sultan Ismail.'
'Nak buat apa?'
'Tengok BERSIH'
'Jom!'

Kami berhenti di St. Sultan Ismail dan kemudian mula berjalan menuju ke tempat perhimpunan.

Ya... saya akui saya JAKUN! Sebab itu saya mahu lihat sendiri.

Dengan menggalas beg seberat hampir 10 kg yang dipenuhi buku, berbekalkan kamera di tangan, kami menyusuri jalan di sekitar tempat perhimpunan. Gigih!

'Kalau kena ambush, confirm tak mampu nak lari laju-laju!' kata cik bunga

Sekitar Jalan TAR : pihak ambulan datang memberi air kepada orang ramai
Mereka bersorak kepada ambulan. Saya sendiri tidak pasti apakah tujuan sorakan mereka.
Orang semakin ramai
tapi masih terkawal
Keadaan agak sesak... kedengaran beberapa orang berteriak ada orang yang  pengsan. Mungkin kepanasan.....
Di kawasan lain, berdekatan st. LRT Sultan Ismail kelihatan anggota polis berjaga-jaga kerana keadaan di sekitar jalan  sebelumnya sudah semakin tegang.
Gambar ini diambil dari LRT, di sekitar kawasan dataran : FRU berjaga-jaga, kumpulan BERSIH sudah bergerak menuju ke kawasan sekitar jalan TAR.
Melihat fenomena ini saya rasa sedih.
  1. Berjalan menyusuri sekitar arkeb MARA, di koridor bangunan kelihatan ramai orang islam menunaikan solat di situ. Alhamdulillah, mereka masih tidak lupa kewajipan mereka walaupun semua bangunan ditutup termasuk surau. Di situ juga saya terlihat seorang lelaki yang menyertai perhimpunan menunjukkan isyarat 'mengangkat takbir' kepada pengawal keselamatan di dalam bangunan, tapi isyarat itu hanya dibalas dengan gelengan kepala. Kasihan....
  2. Orang ramai dengan lantang melaungkan kalimah 'Allahu Akbar'. Bagus, mereka ingat Allah. Alhamdulillah. Tapi hati saya sedikit terusik bila kalimah MULIA yang mereka sebut itu tidak seiring dengan perbuatan sebagai seorang muslim. Nauzubillah....
  3. Apabila pasukan ambulan berhenti dan memberi air kepada orang ramai yang berhimpun, mereka bersorak dan bertepuk tangan. Saya sendiri tidak pasti apa masej yang mereka ingin sampaikan. Samada itu cara mereka berterima kasih atau mereka mahu mempersenda pasukan ambulan? Ada antara meraka yang bertindak membuang botol-botol kosong di merata-rata. Tapi mujur juga ada di antara mereka yang saling mengingati supaya jangan membuang sampah di merata-rata. 
  4. Ramai ibubapa yang membawa anak-anak untuk turut serta ke perhimpunan. Owh... ibubapa jenis apa mereka ini? 
  5. Banyak juga harta awam ditepi jalan rosak. erm... tidak salah mengadakan perhimpunan, tapi tindakan merosakkan harta awam adalah berdosa!
  6. Semasa berjalan, tiba-tiba berlaku situasi yang agak mencemaskan. Kumpulan orang yang berhimpun dari arah bertentangan tertempiaran lari. Terdengar tempikan "lari! lari!" Kalut sekejap kami semua. Segera kami berundur ke arah bangunan, cari tempat yang selamat untuk berlindung. Tak lama kemudian terdengar siren polis, sayup dan makin lama makin kuat. Lalu sebuah pajero polis. Laju! Berdesup! Dan orang ramai yang berada di situ bertindak melempar objek-objek seperti batu dan botol air. Aduhhh.... di depan mata kami. Kecut perut saya melihat peristiwa itu! Saya lihat cermin pajero polis pecah! Kata kawan saya... "eloklah tu, satu pihak suka provok, dan satu pihak lagi pantang diprovok, inilah hasilnya!
  7. Tak mahu berlama di situ, kami berjalan menuju ke stesen LRT. Kelihatan sebuah helikopter terbang rendah. Dan sekali lagi orang ramai bertindak menunjukkan penumbuk dan isyarat 'F' ke arah helikopter. Padahal kalau tidak silap itu bukan helijopter polis. Aduhai...
  8. Menghampiri stesen LRT, kelihatan polis sudah berhenti dan menyekat lalulintas. Orang ramai yang berada di situ seperti bersorak dengan kata-kata kesat. Owh... Malaysiaku... Sedihnya saya.
  9. Keadaan di LRT sangat sesak. Mesin membeli tiket yang disediakan tidak mampu menampung jumlah orang yang ramai. Kesian saya lihat pekerja Rapid KL yang hampir dibelasah gara-gara sikap tidak sabar orang ramai. Keadaan yang makin tak terkawal menyebabkan pihak Rapid KL membuka laluan dan membenarkan semua orang masuk walaupun tiada tiket. Sekali lagi mereka berteriak. "Masuk! Masuk! Free! Free!" Keadaan sesak seperti rempuhan manusia berlaku. Di mana perginya sihat orang Malaysia yang berbudi bahasa? Kami hanya melihat. Kami beli tiket seperti biasa. Kata cik bunga, "Kita beli tiket, jangan jadi macam diorg, nanti sampai st. Bukit Jalil tak pasal-pasal kena denda sbb tak ada tiket". Hah!!! hasilnya sesampai di st. Bukit Jalil hampir 20 orang tak boleh keluar! 
  10. Ketika menunggu LRT sampai, kami terdengar seorang media asing yang membuat liputan tentang bersih berbual-bual dengan rakannya. Mula-mula, kami mengiakan kata-katanya. Tapi, bila perkataan 'They have no brain, no brain" diulang-ulang... mungkin terhadap mereka yang membuat perhimpunan dan bertindak agresif. Sakit hati pulak saya dibuatnya! Suka-suka hati mengata orang Malaysia begitu! Sungguh... Kalau ikut hati saya, mahu aje saya tolak dia, biar jatuh ke landasan LRT tu! Tapi..... itulah hakikatnya orang Malaysia....
Kerajaan mungkin perlu sedar akan situasi ini, bahawa suara orang ramai itu penting. Saya tidak memihak kepada sesiapa. Masing-masing ada kesilapan masing-masing. Tapi hanya satu yang saya mahu, KEAMANAN. Kepada semua pemimpin, tidak kiralah di pihak kerajaan atau pembangkang, jika namanya pemimpin, tanggungjawab kalian amat besar sebenarnya. Jadi, memimpinlah sebaiknya kerana ia adalah tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul. Sekali terlengah dan mengabaikan tanggungjawab, maka  tergelincir dan jatuh ke jurang neraka selama-lamanya. Oleh itu, tidak hairan bila Rasulullah SAW menggambarkan posisi pemimpun sebagaimana digambarkan dalam hadis di bawah :
Rasulullah SAW bersabda : setiap pemimpin yang memimpin rakyatnya, pada hari kiamat pasti akan didatangkan. Kemudian malaikat mencengkam tengkuknya dan mengangkatnya ke langit. Kalau ada perintah dari Allah : lemparkanlah, maka malaikat akan melemparkannya ke bawah yang jauhnya adalah 40 tahun perjalanan (hr. Ibnu Majah).
PM : berita BERSIH masih PANAS!!!

Friday, April 27, 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012

sumber
PM : dah siap senarai buku yang nak dibeli!

Thursday, April 26, 2012

Chaotic Hong Kong - Day 2

Dah masuk hari kedua di bumi apek. Pagi tu saya antara yang terawal bangun. Bangun mandi dan bersiap.  Sementara tunggu semua orang bersiap, sediakan sarapan untuk semua. Dengar bunyi sediakan sarapan macam 'gah' je kan? Padahal buat bancuh air, bancuh sup, masak meggi dan meggi goreng je. Hehe.

Kononnya plan nak keluar awal, tapi biasalah bila dah duduk sebilik ni masing-masing jadi 'slow' pulak. 

Ke mana kita hari ni????

Disneyland here we come!!

Dari St. Mong Kok, buat pertukaran di line oren iaitu St. Lai King dan berhenti di St. Sunny Bay. Lepas tu amik line pink yang memang dikhaskan untuk ke Disneyland Resort untuk ke Disneyland. 

Sampai sana, matahari betul-betul atas kepala. Panas ceng-ceng! 

Kebetulan hari ni adalah cuti umum di HK bersempena Easter Day. Jadi orang sangat ramai termasuk bibik-bibik dari serata negara yang berkerja di sini. Aduh... ramainya!! Hari ni barulah kami nampak orang bertudung di bumi HK ni. Kebanyakan mereka adalah orang Indonesia bekerja di sini sebagai pembantu rumah. 

Kami hanya berlegar-legar di sekitar kawasan Disneyland Resort. Tak berniatpun nak masuk. Gila... dah tengok orang berpusu-pusu takkan ada hati nak masuk lagi kan? Cari penyakit namanya tu!

Kawasan ni agak besar, tak habis jelajahpun. Bagi saya, ini bukan tempat saya, SESAK! Jadi perasaan TERUJA tu tak ada langsung. Sekadar orang kata, sampai dan kenal tempat ini cukuplah. 

WELCOME!
Patung-patung watak dalam Disneyland bersepah-sepah kat sini.
Kesian.... tak dapat masuk Disneyland.
Hampir 1 jam, kami bergerak ke destinasi lain pulak. Ke mana? Dari St. Sunny Bay kami ke St. Tung Chung.    Stesen ini betul-betul menyambung satu pusat membeli belah iaitu Citigate Outlets. Jadi untuk kaki shopping yang nak dapatkan barang-barang branded dengan harga yang jauh lebih murah dari di Malaysia, tempat ni MESTI dikunjungi. Memang berbaloi. Saya tak beli apapun. Orang ramai buat nafas saya sesak! Tapi ada antara kami yang sempat memborong! hehe.

Amik EXIT C jika mahu terus masuk ke Citygate.
Kami bergerak keluar dari bangunan Citigate untuk ke Ngong Ping 360. Selain dari Citygate Outlets, di sini juga terdapat terminal bus/cable car untuk kita ke tempat-tempat seperti Ngong Ping 360, Tai O, Lantau Island dan lain-lain tempat di sekitarnya. 

Mula-mula keluar, dah nampak cable car terminal dan nampak orang beratur panjang. Masing-masing clueless!
'Eh, cable car dah bukak ke? Kata tutup.'
'Tanya orang. Tak pun kita beratur dulu'
'Aku nak naik cable car!!!!'
'Cable car tutup kan? Ni mesti ada bas ni'
'Aku dahaga... nak cari air'
'Panjang sangat barisan, aku malaslah...' Kata-kata ni buat saya angin satu badan. Motip datang jauh-jauh, dah sampai depan mata, tup-tup cakap tak nak pergi?
'Korang g beli air dulu, aku beratur. Kang sampai kat kaunter kita tanya'

Situasi macam ni memang tak dapat dielakkan bila kita berjalan ramai-ramai ni. Nasib baik diorg ni bukan jenis ikut kepala sendiri. Jadi setakat selisih pendapat sikit-sikit tu biasa lah kan?

Dataran Citygate
Ke mana kita?
Nampak tak patung Buddha yang besar tu? Haa... kami nak ke situ la...

Giler panjang barisan. Bukan 1 line, ada 2 line!
Beratur hampir 15 minit, kami dapat beli tiket bas. Kira tak lama sangat beratur kalau nak dibandingkan dengan barisan yang berjela-jela. Sistematik jugak bas kat sini. Cepat dan tepat pada waktu. Bayaran tiket adalah sebanyak HKD27 sehala. Disebabkan hari ni cuti umum, harga tiket pun jadi mahal. Kalau hari biasa HKD17 je. Boleh guna Octopus card untuk bayar tiket ataupun boleh guna cash je. Tapi kena ingat, bayar cukup-cukup je, kalau bayar lebih, wang lebih tak akan dipulangkan. 

Naik bas, semua terlelap. Terjaga je, tengok-tengok kami dah ada kat atas puncak. Cantik giler view!

'View punyalah cantik kita boleh tido!' hahaha.

Sebenarnya apa yang menarik tentang Ngong Ping ialah, Crystal Cable Car! Cable car tu berlantai cermin. Bayangkan kita naik cable car, pijak cermin dan boleh nampak curam dan pokok kat bawah kita. Mesti terdetik dalam hati kalau cermin ni pecah camne? Ngeri! Tapi sayangnya waktu kami pergi, perkhidmatan cable car ditutup sementara waktu untuk servis. Nak tau lebih lanjut tentang Ngong Ping boleh rujuk SINI

Perjalanan hampir 1 jam dan kami sampai. Sebenarnya tak taupun nak turun mana. Ikut orang je, semua turun kat hentian terakhir. Yang ada patung buddha. Tempat ni sangat cantik! Udarapun nyaman. Agak lama kami berada di sini. Masuk percuma. Cuma, kalau nak naik tengok patung tu dekat, baru ke bayar. 

Kita boleh masuk dan berjalan di sekitar kawasan ni. Bagi yang sukakan aktiviti bebas, boleh jungle tracking di track yang disediakan. Kat sini juga ada Ngong Ping Village. So, just enjoy the scenery!

Ngong Ping Village
Cable Car
Permandangan sepanjang perjalanan balik.
Jam hampir ke angka 5, kami mula bergerak untuk balik. Seperti biasa, tunggu bas di terminal yang disediakan dan beratur beli tiket dan naik bas. Bas akan menuju ke St. Tung Chung. Masuk dalam bas, tiba-tiba sorang aunty bangun dan...

'Anybody want MTR tickets?' Cakap kuat tapi mata tengok kami berempat!

Laju je cik bunga angkat tangan dan ambik kad MTR. hehe

'Wants more?' see!!! Aunty tu bagi tiket 4 keping single journey tickets kat kami!
Terima kasih aunty!

Sampai di St. Tung Chung, kami bergerak ke stesen MTR. 

'Eh, kalau guna tiket ni boleh sampai stesen mana aaa?' masing-masing geleng kepala.
'Kita top up octopus kita, kita tanya skali guna kad ni.'

'We want to go to Hong Kong St., can we use this ticket?'

Amoi kat kaunter tu hanya angguk-angguk, geleng-geleng je.

Saya hulur tiket dan dia check, lepas tu dia ANGGUK!

YES!! masing-masing gembira tak terkata!

'Jimat HKD28!' haha.

Perjalanan paling lama, dari stesen pertama di Tung Chung st. hingga stesen terakhir di Hong Kong st. Sampai st. Hong Kong dah gelap. Skali lagi kami clueless. Sebab route ni takde dalam itinerary yang kami buat. Kami main ikut logik je. Kalau dilihat pada MTR map, st. Hong Kong, berhubung dengan st. Central. Maknanya tak jauh la. Kami hanya jalan berdasarkan sign boad je. Memang ada direction ke st. Central, Exit A ke Central Pier. Tapi bila dah keluar, clueless lagi!

'Bawah ada stesen bas. Kita turun naik bas la.'

Tak sampai stesen bas lagi, baru sampai tepi jalan, tiba-tiba ada bas berhenti...

'Sir... is this bus....'
'Naik dulu.... naik' Melopong mulut masing-masing! haha.
'Mau ke mana?' tanya uncle driver bus tu.
'The Peak'
'Oh... basnya bukan di sini.' masa tu masing-masing gelabah!
'Tak ngapa... saya bawa kamu ke stesen basnya.' macam tau-tau je pakcik ni. hehe

'Dari mana?'
'Malaysia'
'Saya pikir kamu semua dari Indonesia tadi'
'Bukan'

Sembang punya sembang, rupa-rupanya pakcik tu orang Indonesia. Datang bekerja di sini dan kawin dengan orang Philipine. Dah lebih 25 tahun merantau. Pergh!! Kagum kejap!

Tak sampai 10 minit pakcik tu berhenti. Dia suruh turun nak amik bas no. 15. Dan hari tu kami naik bas free. Terima kasih pakcik! 

Bila tengok balik, lintas jalan je nak ke terminal bus ke The Peak tu. Cuma kami je yg salah lintas jalan. Kalau tadi turun tangga dari st. Hong Kong dan jalan terus ke depan sikit mesti jumpa terminal bus tu. 

Naik bas, direct ke The Peak. Bas berhenti di terminal yang bersambung dengan shopping complek. Skali lagi clueless. Hari ni asyik clueless je. huhu.

Kami jalan dan naik atas bumbung, baru nampak The Peak. Terus turun bawah dan masuk dalam. Akhirnya sampai jugak! Kami ke kaunter tiket.


Basic ticket berharga HKD33 (peak tram, return + sky tower) dan combo pula berharga HKD180 (peak tram, return + sky tower + Madame Tussaud's entrance).

Tapi, memandangkan kat bawah tadi orang beratur panjang nak naik tram, kami hanya beli tiket untuk dapatkan pass ke Sky Tower sahaja. Harga HKD30.

Malam ni cuaca agak sejuk dan berkabus. Jadi kami tak duduk lama kat atas. Keluar dan turun ke aras bawah untuk ke Madame Tussaud's. Tak masukpun. Saja amik feel je. Lepas tu sempat lagi beli souvenir kat Peak Market. Hargapun ok. Murah.

The Peak

History of The Peak Tram
Malam itu cuaca agak berkabus. Pemandangan tak berapa nak cantik
Peak Market : souvenir kat sini murah-murah.
Meet Bruce Lee!
Lepas tu bergerak turun ke terminal bas. Sampai terminal bas, terus ke stesen ferry, amik interisland ferry untuk ke seberang. Sampai di seberang...

'Kita naik bas jom!' Terus kami cari bas No. 6 untuk ke Mong Kok.

Part naik bas tu memang best. Sebab tak payah banyak jalan. Tambah pulak seronok tengok kota HK waktu malam yang bermandikan cahaya! Tapi bila part duk bertanya dengan driver bus dah sampai ke belum tu memang MASALAH BESAR! Kebanyakan daripada mereka tak faham english. Merasa kami terlajak jalan malam tu, sampai St. Sham Shui Po. Tu pun berapa kali duk tanya orang. Huhu... 

Dari st. Sham Shui Po amik MTR ke st. Mong Kok. Sampai Mong Kok singgah Ladies Market dulu dan singgah 7 eleven beli air. Balik bilik, mandi, solat dan makan.

Hari kedua di HK, tekak terasa perit, hidung mula berair. Ya Allah... memang dugaan ni. Jangan sakit dulu.... Jadi malam tu, saya terpaksa makan penadol dan tido awal. Bimbang sakit melarat dan saya tak mahu susahkan sesiapa kalau saya sakit nanti. 

PM : belajar makan penadol walhal sebenarnya tak pernah makan penadol w.lpun demam.

Monday, April 23, 2012

Journey to Hong Kong - Day 1

Sebelum mulakan penceritaan, terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih pada travel partners saya yang sama-sama meredah jalan, naik turun subway/metro/MTR, ikat perut, kena tengking, kena maki dan banyak lagi peristiwa manis dan pahit selama kembara 7 hari kita di bumi apek. Tempat yang kami pergi ni bukanlah tempat asing bagi rakyat Malaysia, sebab kalau ditanya pada pakcik Google, mesti berderet-deret cerita yang keluar. 

Secara tak langsung terima kasih juga atas info travel dari travel's blog yang lain seperti johnabg miechawanna, shah_rule etc yang banyak bagi info berguna melalui blog mereka. Walaupun diorg tak baca blog saya dan saya curi-curi celok info dari blog diorg... saya tetap mahu ucapkan terima kasih. Info2 tu sangat berguna sebagai panduan kami! haha. *tetiba intro macam tulis wasiat pulak.

3 April 2012, Flight AK 1086 dari LCCT ke Shenzen berlepas pada pukul 6.35 am dan dijangka sampai pada pukul 10.30 am. Semua urusan menyimpan luggage dan imigresen berjalan lancar. 

Bagi penerbangan ke lokasi-lokasi seperti Shenzen, Singapura, Phuket dan beberapa destinasi di Thailand, pintu masuk berbeza dengan pintu masuk penerbangan antarabangsa yang biasa. Pintu masuknya sebelah aje dengan pintu masuk penerbangan domestik. Tapi apa yang mengecewakan, xde tandas dan surau disediakan bila kita dah masuk ke imigresen dan ruang menunggu! Saya pun pelik, nama aje negara islam, tapi kemudahan asas yang sepatutnya negara islam sediakan tak disediakan. Kami masuk awal di ruang berlepas. Ruang menunggupun kecik je. Pilih tempat yang agak tersorok, bila masuk waktu subuh terus solat. Lepas tu tunggu je flight kami.

Tapi dalam duk menunggu tu boleh pulak masing-masing tak perasan penerbangan kami dah dipanggil sebenarnya. Pelik jugak, dah pukul 6.30 am tak panggil-pangil lagi. Nasib baik saya ringan mulut tanya kat petugas AA pasal flight kami, kalau tak ada jugak yang kena tinggal dengan flight! 

Mulalah masing-masing gelabah! 
Terlari-lari semua! 
Jauh giler pilot tu park kapal terbang! 
Masing-masing lari macam kena kejar anjing! 

Tengok belakang, rupa-rupanya ada jugak yang senasib dengan kami. Kesian tengok lelaki tu, merah muka  padam dia kejar kami. Dahla badan montel, kena tarik beg dan lari pulak tu. Kesian....

Fuh... lega... Akhirnya selamat masuk dan duduk dalam flight. Dapat seat je, masing-masing terus tertido. Ngantuk! Malam tadi tak tido duk mengemas beg. Semuanya last minute. 

Saya terjaga bila stewardess mintak boarding pass untuk bagi makanan. Makan leih kurang, ingat nak layan mata balik, tapi dah tak boleh nak terlelap dah. Tak lama lepas tu pengumuman dibuat dan flight nak landing. 

Fuh.... sampai jugak selepas 4 jam dalam flight.

Tandoori Chicken for breakfast & Chicken Biryani for our lunch.
Sampai je, turun flight terus naik bas. Bas ini akan bawa kami semua ke balai ketibaan. Feeling-feeling macam kat Mekah pulak!

Masuk balai ketibaan, kami antara yang terakhir ke kaunter imigresen. Semua urusan berjalan lancar. Amik begpun takde masalah. Tapi bila nak keluar, salah seorang daripada kami ditahan pegawai kastam. Siap kena buka beg dan keluarkan barang-barang. Layankan ajelah, namapun kat tempat orang kan? Kalau tak salah buat apa nak takut. Kan?

Keluar terus cari tiolet. 

Terminal antarabangsa kecik je. Tapi terminal domestik di bangunan sebelah memang besar. Keluar dari terminal, kami terus jalan cari bas. Senang je nak cari sebab kaunter jualan tiket bas terletak betul-betul di depan terminal domestik. Naik bas 330 untuk ke Luo Hu, dengan tambang 20 yuan (RM10).

Direction to Bus & intercity Express & Taxi
Bus's tickets counter 
Perjalanan ke Lou Hu (pos imigresen China) mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bus berhenti di Luo Hu, dan kami kena berjalan dalam 300 meter untuk ke kastam untuk ke Hong Kong.

Ikut je direction 'Luohu Customs' tu 
My travels mate
Jalan je ikut sign board 'To Hong Kong'
Mulberry - sempat beli kat Luo Hu. Sangat murah dan rasanya MANIS! 
Urusan imigresen di boarder berjalan lancar. Agak santai sebab orang tak ramaipun. Kemudian kami terus ke MRT stesen Lo Wu untuk HK. Stesen Lo Wu merupakan stesen utama yang menghubungkan Shenzen ke HK. Sebelum tu beli octopus kad dulu memandangkan MRT/bas adalah pengangkutan utama kami sepanjang kami di HK nanti. Kos octopus kad ialah HKD 150 (deposit HKD 50 & stored value HKD 100). 

* Deposit akan dipulangkan selepas kita pulangkan semula kad octopus.

* Jangan lupa amik MTR system map di kaunter jualan. Ia sangat membantu!

Kaunter belian octopus card
Di HK kami menginap di hostel di area Mong Kok. Mula-mula terfikir nak duk area Tsim Sha Tsui (TST), tapi bila diriki-riki, dipilih-pilih, kami sepakat duk kat Mong Kok. Lagipun tak jauhpun Mong Kok dengan TST tu. 

Dari St. Lo Wu amik MTR line biru dan pertukaran line hijau di St. Kowloon Tong untuk ke St. Mong Kok.    Sampai keluar exit D2 untuk ke HK Dragon Hostel. Sampai hostel, selesaikan semua urusan dan dapat bilik. Bilik oklah, comel je untuk kami ber'4. Padanlah dengan harga kan? Seperti kata shah_rule yang pernah menginap kat sini, "bilik air hanya muat berdiri di satu tempat je". Hehe... dah dapat tempat berteduhpun dah kira bersyukur.

Kami rest dulu, solat dan isi perut. Sempat lagi masing-masing layan mimpi tu!

Mong Kok
Petang tu, seperti dirancang kami nak ke Avenue of Stars. Tapi sebelum tu kami kena ke St. Hung Hom dulu sebab kami nak beli tiket HK - Guangzhou bagi perjalanan hari ke-4. Semak schedule di sini

Dari st. Mong Kok, pertukaran di St. Kowloon Tong dan terus ke St. Hung Hom. Secara kasar saya boleh katakan St. Hung Hom ni macam KL sentral. Sebelah stesen ada terminal bus dan berhubung dengan beberapa shopping complex yang besar.

Kami ke kaunter tiket dan plan untuk beli tiket bagi perjalanan pukul 8.35 am. Walaupun tiket agak mahal, HKD 190, tapi bila difikir faktor masa dan masa perjalanan singkat iaitu 1 jam 45 minit dari HK - Guanzhou, kami memilih untuk naik bullet train dari HK. 

Malangnya, tiket yang kami pilih tu dah habis! Yang ada hanya pukul 4.38 pm. Frust! Silap kami jugak, tak beli online awal-awal, sebab masing-masing assume tiket mesti ADA! Tukar... plan B! Buka itinerary, bincang pro and cons, lastly kami sepakat beli jugak tiket pada pukul 4.38 pm. Maknanya tempoh kami di Guangzhou dah jadi makin pendek. huhu...

Selesai urusan membeli tiket, keluar dari St. Hung Hom, tak tau nak ke mana. Nampak terminal bus, terus berjalan ke sana dan kami naik bus ke TST. 

Lets layan Symphony of Lights!

Symphony of Lights
Kat sini kami ditegur seorang pakcik, dia dari Singapore, tapi datang bekerja kat sini. Kira hari ni dia off day dan saja datang bersiar-siar. Macam-macam dia duk bercerita itu dan ini. Pakcik Rahim dengan baik hati mengofer diri jadi tourist guide kami malam tu.

Dia bawak berjalan ke Temple Street. Tunjukkan kami Masjid Kowloon dan siap belanja air tebu!
Night at HK
Temple Street
Air tebu kat kedai apek ni TERBAIK!
Lepas jelajah Temple Street, pakcik Rahim bawak kami ke satu lagi pasar malam yang terletak di St. Sham Shui Po. Malangnya pasar malam ni tutup awal. Pukul 9.30 pm masa sampai tu, dah tutup. Lepas tu kami singgah Ladies Market di Mong Kok. Pasar malam ni pun tutup awal sebab masa kami pergi tu dah gerai dah siap-siap nak kemas dan tutup. Takpe Ladies Market tiap-tiap malam boleh pergi sebab ia betul-betul depan hostel kami.

Hampir 10.30 mlm, lepas ke Ladies Market kami balik hostel. Kami berpisah dengan pakcik Rahim di  Mong Kok. Pakcik tu siap ajak joint dia ke Ocean Park lagi esoknya tu, tapi kami terpaksa tolak dengan baik sbb kami dah ada plan lain. 

with pakcik Rahim
- continue 

Thursday, April 19, 2012

Highlight Mission in Mainland of China

Dah hampir 2 minggu balik dari Tanah Besar dan sekarang baru berkelapangan nak menulis. Banyak sangat hal duniawi nak kena uruskan sampai tak tersempat nak update itu dan ini. 

Secara keseluruhan, dalam tempoh sesingkat 7 hari kami sempat cover beberapa tempat seperti dirancang walaupun tak semua memuaskan hati. Biasalah adat berjalan kan.... kadang-kadang diluar perancangan. Tapi saya tetap puas hati... dapat kenal tempat orang tu dah kira satu kepuasan bagi saya!

Macam-macam cerita dan peristiwa yang kami alami, gembira, kelakar, terharu, terpilu semua ada! InsyaAllah saya akan ceritakan nanti.

Tapi sebelum tu saya highlight dulu tempat-tempat yang sempat kami terjah. 4 kota dalam masa 7 hari. Sakit kaki x payah nak cakap. Tapi rasa-rasanya tak boleh lawan trip korea. Yang tu betul-betul sakit kaki sampai ke pinggang!

Ok, kasi highlight dulu, kang ada masa baru kita cerita detail.

1. HONG KONG

Kata orang HK adalah salah satu kota metropolitan yang sangat pesat. Juga syurga shopping! Walaupun takde apa yang istimewanya tentang HK ni, tapi cukuplah menjejakkan kaki ke sini walau hanya sekali seumur hidup. Kita kena rasa sendiri kesesakan kota cahaya ni. Termasuk dengan orang-orangnya, keadaan traffic dan macam-macam lagi. Kota yang tak pernah tido. Saya rasa dlm kepala penduduk kat sini duk pikir $! $! $! je 24 jam!

Bagi kaki shopping pulak, jgn lepaskan peluang memborong di outlet-outlet kat sini. Semuanya branded dan hargapun murah kalau nak dibandingkan dengan tempat kita.

Details cerita akan menyusul nanti... InsyaAllah.

Symphony of Light at Star Avenue


Disneyland Hong Kong
Ngong Ping 360
Walking with Buddha
Lantau
The Peak
Meet Bruce Lee in Madame Tussaud, HK 
Avenue Star
2. MACAU

Walaupun hanya sehari ke sini, tapi cukuplah kami dapat merasa ke bandar yang sangat sinonim dengan casino! Bandar Macau tak sebesar manapun, kalau kena caranya boleh cover semua tempat dalam masa 1 hari. 

Di sinilah kesabaran kami betul-betul diuji. Entah macamana naik bas dan dibawa oleh pemandu bas keliling seluruh pelusuk Macau ni! Macam masuk kampung cina pun ada jugak! Siap ditengking bos pemilik bas! Masalah bahasa sangat menghadkan komunikasi di sini.

Sesat barat!!!

Details? Tunggu....

Papepun kita judi dulu!!!!

Macau Fisherman's Whart

The Venetian



3. GUANGZHOU

Disebabkan tiket train pagi ke Guangzhou kehabisan, kami terpaksa ambil tiket petang dan hanya sampai malam di sini. Maka, semua plan lari menyebabkan masa kami di sini hanya 1 malam 1 hari sahaja. Tak sempat nak jelajah betul-betul tempat di sini.

Guangzhou atau sebutannya Guang Joe adalah antara bandar yang terbesar di China dan mempunyai kepadatan penduduk hampir separuh penduduk Malaysia. Sangat padat okeh! Tapi jika dibandingkan dengan HK dan Macau, bandar ini agak tenang dan mendamaikan. Masih kekampungan lagi walaupun maju.

Tempat ni jugak syurga shopping! Memang rambang mata. Nasib baik masa terhad, jadi takdelah masing-masing menggila shopping. 

Dengan masa yang terhad dapatlah kami lawati beberapa tempat menarik di sini.

Yuexiu Park



Canton Tower

Beijing Road

4. SHENZHEN

Ini adalah bandar pertama dan terakhir yang kami jejaki sepanjang trip kami ni. 

Shenzen merupakan satu bandar baru terancang yang dibangunkan oleh kerajaan China selepas HK keluar dari China. Bandar yang sedang pesat membangun menjadi Zon Ekonomi Istimewa China pertama yang paling berjaya. 

Ramai peniaga barang-barang elektronik dan eksesori seperti HP/komputer dari Malaysia datang ke sini untuk berurus niaga. Murah giler! 

Sempat jugak kami jelajah pasar malam di sini yang menawarkan harga yang meruntun jiwa! Maklumlah hari-hari terakhir ni, duit masing-masing cukup-cukup makan je... tapi rambang mata tengok benda murah-murah!

Kat sini jugak akhirnya kami berjumpa nasi selepas beberapa hari asyik makan meggi/ bubur nasi dan roti je. Hahaha...







Secara keseluruhannya saya puas hati walaupun ini bukan antara trip yang paling best dan mencabar. Puas hati walaupun banyak jugak salah faham dan kecewa bila tak dapat achieve plan yang dirancang. Adat berjalanlah kan? 

Kita merancang... Allah juga yang menentukan....

PM : We enjoy our trip together!