Friday, May 18, 2012

Guangzhou - Day 5 : Yue Xiu Park

* Sebelum tulis entry baru tentang xtvt merayap GBS baru-baru ni, saya kena HABISkan entry lama dulu.

Sambungan cerita dari SINI

7 April 2012 : Sabtu

Pagi itu bangun dan bersiap awal. Sarapan alar kadar, kami ke lobi untuk check out. Beg ditinggalkan di kaunter dulu sementara kami nak berjalan-jalan hari ni. Agak-agak mampu tak nak cover Guangzhou dalam masa 1 hari?

Keluar dari hotel, tahan teksi untuk bawak kami ke st. Haizu. Tambang teksipun tak mahal. Dalam 10yuan je.


Dari st. Haizu, kami terus ke st. YueXie Park. Nak ke mana? Nak joint pakcik dan makcik jogging kat YueXie Park lorrr... Untuk ke taman ni tak susah manapun, keluar dari st. YueXie Park tu, jalan kejap je, kat sebelah tu memang dah taman tu.

Agaknya Rapid tu tiru China la, tiketpun dalm bentuk 'coins' macam ni.
Sistem subway di Guangzhou sangat sistematik dan besar

YueXie Park

starting of blossom in China
Majoriti pakcik dan makcik yang duk berekreasi kat sini. Kagum kejap!
ada tasik dan udara kat sini sangat nyaman

Kami nak ke mana? Nak cari Statue of The 5 Goats laaa...

Tengah-tengah duk memanjat tangga, saya disapa seorang pakcik. Dia hulur bola macam bulu tangkis kat saya pastu ajak main skali dengan dia. Haha... dah la cakap macam ayam dengan itik. Tak fahampun... tapi buat-buat faham je. Sempat jugak duk main-main sepak bulu tangkis dengan pakcik tu sebelum teruskan pendakian nak jumpa '5 ekor kambing'.


at last! jumpa jugak statue ni lepas menapak beberapa anak tangga. Fuhhhh..

cik mie bersama rombongan cik kiah
Masa kami duk sibuk-sibuk bergambar kat statue tu, tiba-tiba ternampak rombongan cik kiah dari Malaysia. Kami cuba-cuba nak tegur dan senyum kat diorg TAPI diorag buat tak kenal je. erm... moral kat sini, kita rasa bila kita di tempat orang, cthnya di China, kita rasa penduduk mereka tak 'warm'... tapi hakikatnya 'orang kita' sendiri? Sila buat rumusan sendiri...

Dah puas bergambar, kami turun. Niat hati nka cari souvenir. Kat situ agak banyak kedai-kedai yang menjual souvenir. Tapi kena pandai survey dan tengok harga yang mana murah. 

Kalau nak beli FM/souvenir MURAH, pergi kedai ni. Highly recommended! Harga FM hanya 5 yuan dan banyak pilihan. Pemilik kedai ni (dalam gambar) boleh berbahasa melayu dan sangat peramah
Keluar dari YueXie Park, kami terus ke st. subway. Ke mana pulak?

berangan : sangat sedap dan gebu. Besar-besar buahnya. Buat pengalas perut.
~ bersambung

4 comments:

  1. artikel yang menarik.. lawa negara mereka.. semoga dapat p sana satu ari nanti.. :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah... simpan impian dulu, lepas tu jdkan impian tu satu kenyataan :)

    ReplyDelete
  3. saya tak sempat berjalan pun kat gunazhou... nampak cam bnyak juga tempt menarik!

    ReplyDelete
  4. shahrule : memang byk tempat menarik kat Guangzhou. rasa na ripit balik Guangzhou ni. huhu

    ReplyDelete