Followers

Tuesday, May 08, 2012

Hi Hi Guangzhou, bye bye HK - Day 4

sambungan dari SINI

6 April 2012 - Jumaat


Hari terakhir di HK seperti biasa saya bangun awal dan berkemas. Semua barang-barang dikemaskan awal sebab kami kena check-out sebelum pukul 12.00 tengahari. Seperti biasa sementara menunggu yang lain-lain bersiap, kita makan dulu. ehehe.

Pagi ini masing-masing diingatkan bersiap awal sebab kami semua nak merasa naik esculator paling panjang di dunia. Tapi entah apalah yang silap, communication break down barangkali, ada jugak yang terbabas... Aduhai... Jadinya plan kami terus ke laut.

Selesai urusan check out dan simpan beg dulu di tempat simpanan beg, kami bergerak ke St. TST menuju ke Avenue of Stars. Tak susah nak ke sini, sampai di St. TST, keluar Exit J dan ikut aje direction yang ada. Simple!

Exit J to Avenue of Stars & Direction to other places

Berjalan tak sampai 15 minit, nampak patung kat bawah ni, bermakna dah sampai lah kat Avenue of Stars. Tempat ni simple je, terletak betul-betul di tepi laut mengadap HK island dan kita boleh menyusuri sepanjang jalan untuk melihat perkembangan dahulu hingga kini industri perfileman Hong Kong. Tapi tak banyak manapun info. Ada patung Bruce Lee dan juga tapak tangan/ tanda tangan pelakon-pelakon tersohor Hong Kong dari dulu hingga sekarang.

Avenue of Stars
Hong Kong Island

US!


Dah puas berlegar-legar di sini, kami bergerak ke tempat lain pulak. Sebenarnya hari ni kami takde banyak agenda since plan asal kami iaitu untuk bertolak ke Guangzhou di awal pagi terpaksa diubah ke petang sebab kehabisan tiket. Jadi kali ni kami hanya jalan je tanpa tujuan. 

Selain Avenue of Stars, di sekitar st. TST ni juga terdapat beberapa muzium yang boleh kita lawati seperti HK Space Museum, HK Museum of Art dan HK Cultural Centre. Oleh itu kepada sesiapa yang suka melawat muzium, jika datang ke situ jangan lupa singgah!

Next destination?

Kami masuk SOGO! Saja, jamu mata. 

Tak lama pun kat sini, saja masuk dan tumpang lalu je sebab kami nak ke Nathan Road pulak. Untuk ke sini hanya perlu ke Exit J6 dari st. TST. 

Apa yang ada di Nathan Road? Kat sini banyak shopping complex, hotel-hotel samada mahal @ murah dan macam-macam lagi. Namapun sight seeing kan? 

Salah satu tempat yang familiar di Nathan Road ialah Chungking Mansions. Tempat ni memang terkenal di kalangan backpackers kerana menyediakan kemudahan hostel/penginapan dengan harga termurah dan agak mudah untuk mencari makanan halal di sini. Tapi, kita perlu berhati-hati sebab tempat ini agak kurang selamat terutamanya di waktu malam. Terutamanya perempuan. Faktor keselamatan harus diutamakan!

Nathan Road
Chungking Mansions
Kami berjalan lagi dan akhirnya sampai di Masjid Kowloon. Tengok jam, belek itinerary waktu zohor pada hari itu, kami sepakat untuk masuk ke masjid. Alang-alang dah nak masuk waktu, kita singgah masjid dan tunggu masuk waktu dan bersolat dulu. Lepas tu baru kita teruskan perjalanan.

Tapi boleh pulak kami terlupa hari tu hari jumaat. Bila masuk dalam masjid dan ke ruang solat wanita, di kelihatan ramai sangat orang Indonesia di situ. Rupa-rupanya bersolat jumaat menjadi amalan wanita islam di sini. Sempat jugak dengar khutbah jumaat. Tapi sayangnya kami tak faham sebab khutbah yang disampaikan imam adalah dalam bahasa urdu. Tak berlama di situ, solat dan kemudian kami beredar untuk balik ke hotel.

Sampai hotel, kemas beg dan mula bergerak ke St. Hung Hom. Disebabkan masih awal, sempatlah masing-masing ke 7e beli apa yang patut dulu. Nak habiskan duit HKD yang masih bersisa. 

From St. Kowloon Tong to St. Hung Hum
Train kami dijadualkan pada pukul 4.35 petang, dan pintu gate hanya dibuka 45 minit sebelum berlepas. Semua urusan berjalan dengan lancar dan keretapi bergerak tepat pada waktunya. 

Departure Hall
Bekalan kami. Pringles made in Malaysia ada jual kat HK  ^_^
Deck utk kelas 1. Deck dia paling hujung, jenuh jugak nak menapak sampai ke hujung. huhu 
Perjalanan dari st. Hung Hum (HK) ke st. Guangzhou East (Guangzhou) memakan masa hampir 2 jam. Sempat jugak masing-masing terlelap. Sampai Guangzhou dah gelap. Stesen Guangzhou East ni sangat besar. 

Keluar dari stesen, kami kena cari kaunter tiket untuk beli tiket ke Shenzen dulu. Agak clueless sebab mostly semua signboard dalam bahasa cina. Jumpa mesin tiket, tapi malangnya mesin tu hanya untuk rakyat China sahaja. Kena cari kaunter jugak. Cari punya cari, rupa-rupanya kaunter tiket di dalam ruang menunggu (waiting room). 

Nak masuk dalam tu siap kena scan beg dan check passport semua. Jadi saya tinggalkan beg dan ajak cik bunga masuk beli tiket. Kaunter jualan tiket banyak dan ada satu kaunter 'English Speaking Counter' disediakan. Tapi... nan ado yang jaga kaunter tu pandai cakap english. Macam ayam dan itik jugak bercakap! haha! 

Urusan agak mudah sebab kami dah siap print schedule perjalanan train untuk tarikh perjalanan kami dan hanya tunjukkan pada penjual tiket. Cuma, kalau ada perubahanpun tak banyak sangat, kira boleh dijadikan rujukan lagi. 

gambar ihsan cik bunga
Dari st. Guangzhou East kami ke st. Haizu Square untuk ke Sotel Inn. Agak jauh menapak, tapi nasiblah sampai jugak. Check in dan rest!

Penat!!!

Sambung  lagi....

No comments:

Post a Comment