Wednesday, June 13, 2012

Discovery Miri : Day 2 - Brunei Part 2

Lepas solat zohor, kami bergerak ke Royal Regalia. Ia merupakan muzium tentang kesultanan Brunei dari budaya, sejarah dan politik Brunei. Muzium ini juga menyimpan dan sekaligus mempamerkan alat-alat kebesaran di raja dan sejarah pemerintah Brunei. Paling banyak mestilah tentang Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah


Muzium ini dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu :
  1. Alat-alat Kebesaran Diraja (pertabalan, 1968)
  2. Galeri Pameran Diraja
  3. Galeri Jubli Perak
  4. Galeri Sejarah Perlembagaan
Kalau perati secara sekali lalu, alat-alat kebesaran diraja Brunei tak jauh bezanya dengan alat-alat kebesaran Kesultanan Melayu. Alat-alat kebesaran seperti tombak, lembing, etc. Bila masuk ke galeri Pameran Diraja, terbuka luas mata masing-masing. Saya rasa nilah kali pertama saya tengok emas sebesar ni. Bayangkan korang tengok kucing emas, payung emas, tongkat emas... bukan bersalut emas, tapi 100% emas!!! Melopong mulut masing-masing!

Di galeri Jubli Perak pula berkisar tentang sambutan Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan kenaikan takhta pada 5 Oktober 1992 Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Ada satu benda yang menarik perhatian saya kat sini iaitu pengangkutan Diraja yang digunakan semasa Perarakan Diraja. Sangat unik! 

Replika alat pengangkutan tu dideko macam real siap dengan patung-patung orang yang akan menarik alat pengangkutan tu sekali. Macam terra cotta pulak saya tengok. Tapi ni versi moden la. hiks. Kalau dari bacaan saya tu, alat pengangkutan yang dipamerkan tu 1/3 lebih kecil dari yang asal. Cuba bayangkan betapa besarnya alat pengangkutan diraja ni. Masa sambutan tu, pengangkutan ini akan digunakan untuk perarakan sultan dan akan ditarik oleh hampir 100-200 orang.  

Selain daripada tu, ada satu bahagian yang menyimpan semua hadiah dan cenderahati daripada  orang kenamaan tempatan dan luar negara termasuk dari Malaya, rakyat Brunei kementerian, organisasi swasta, institusi pendidikan dan individu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda.

Agak lama jugak kami di muzium tu w/lpun mula-mula masuk saya duk ingatkan pada kawan-kawan yang lain yang kita hanya ada 15 minit je nak jalan-jalan dalam muzium ni. Tapi kalau dah benda yang dipamerkan dalam muzium tu menarik, mana cukup 15 minit kan? hehe.

Lepas tu kami bergerak pula Kampung Ayer. Tempat ni dah jatuh tempat WAJIB singgah kalau kita ke Bandar Seri Begawan. Memandangkan matahari masih terik, kami singgah di Masjid Omar 'Ali Saifuddien yang terletak betul-betul di tepi sungai Kampung Ayer. Masjid ni dibina semasa zaman pemerintahan ayahanda Sultan Hassanal Bolkiah. Kebetulan masa masuk ke sana kami ditegur oleh seorang petugas masjid, En. Razak namanya dan beliau jugalah yang bawak kami semua melawat kawasan sekitar masjid. Siap tunjuk dinding emas, karpet harga 1 juta, dan banyak jugak cerita tentang sultan mereka dia kongsikan dengan kami. Sayang dan hormat betul dia dengan sultan dia. 

En. Razak siap bertanya kami dah cuba ke makanan tradisi Brunei? Katanya mesti ke Restoran Aminah Arif. Aduh... dengar je En. Razak cakap macam tu stress je muka masing-masing. Haha. Mana taknye, bukan main kami semua duk mencari restoran tapi ta jumpa. En. Razak siap offer diri nak tunjukkan kami di mana letaknya restoran tu, tapi kita tengok macamana masa yang kami ada. Kalau sempat adalah rezeki kami kan?

pandangan luar
pintu masuk masjid
reflection

Selepas tu kami terus berjalan ke Kampung Ayer. Kami cari bot untuk keliling perkampungan air ni. Biasanya harga yang dikenakan untuk sebuah bot ialah 20BND, jadi kena pandai-pandai cari bot mana yang boleh beri harga sebegitu. Sebelum tu kami singgah kedai souvenir dulu beli buah tangan. Bukan untuk sapa-sapapun, untuk diri sendiri je. hehe. 

bot-bot untuk disewa keliling Kampung Ayer - kami pilih pakcik yg pakai baju  kuning tu...

Perkampungan air di Kampung Ayer ini merupakan perkampungan air yang terbesar di Asia Tenggara. Kebanyakan rumah-rumah penduduk di sini dibina di atas air dan mereka menggunakan bot sebagai pengangkutan utama. Tapi walaupun ia hanya perkampungan air, semua kemudahan asas disediakan seperti sekolah, klinik desa, balai polis, bomba malah bekalan air bersih dan elektrik juga disalurkan terus ke setiap rumah penduduk. Dah nampun negara kaya kan? 

Perkampungan air
rumah penduduk
paip saluran air bersih
sekolah
stesen minyak di atas air
sampai masa untuk balik...
matahari makin terbenam
dari jauh kelihatan Kampung Ayer
Hampir 45 minit keliling perkampungan air, mataharipun hampir terbenam. Alang-alang dah masuk maghrib, kami singgah solat dulu. Boleh jumpa En. Razak sekali, nak bgtau dia kami tak dapat pergi ke restoran Aminah Arif tu memandangkan kami semua mengejar masa nak balik ke Miri terus malam ni.

Gelap
tak lama cerah... dah pasang lampu
lawa gambar masjid ni walaupun malam
reflection
Next destination? Masjid Nurul Iman. Sayang... sampai istana dah malam, tapi dapat ambil gambar pintu pagarpun jadilah kan? Cik bungalah yang paing excited sebab katanya tiap-tiap tahun dia memang tak miss bagi kad raya kat Sultan Brunei. Haha.. gigih okeh!


Tak boleh berlama, sebab kami kejar masa. Amik jalan balik melalui highway dan sempat lagi singgah di Jerudong Park dan The Empire Hotel. Jerudong Park merupakan satu-satunya taman tema di Brunei. Kami hanya lalu dan singgah kejap je. Kemudian singgah pulak di The Empire Hotel iaitu hotel paling mewah di Brunei. Singgah ambik feel je. Alang-alang lalu sempat lagi singgah tu!


Macam orang tak betul jugak kami malam tu. Satu, kejar masa sebab boarder tutup awal, 10.00 pm. Jadi kita serah kat cik bunga, sebab dia paling cekap bab-bab merempit ni. Kalau saya, memang tak sampailah jawabnya, mak rabun nyah... spekpun tak bawak. huhu. Dua, tiba-tiba dalam perjalanan nak ke boarder, perut ni meragam! Aduh... salah makan apepun tak tahulah. Daripada 4 orang, sorang je tak sakit. Tak ke haru?

Berkali-kali pitam sebab tahan sakit. Aduhai... tapi dalam duk tahan sakit perut tu sempat lagi godek gps, tengok berapa km lagi, lepas tu dia kejap tahan sakit. Bila sakit perut hilang godek lagi gps. Kawan saya yang duk belakang tu diam tak terkata, duk menahan sakit perut. 

Tapi memandangkan kami mengejar masa, cik bunga terus gigih memandu. Berdesup!!!! 

Nasib baik selamat jugak sampai boarder, lagi 10 minit nak ke pukul 10.00 pm. Alhamdulillah.... Setel satu masalah. Tinggal satu lagi masalah! Mana nak cari toilet???? Sg. 7 / Belait tu macam dalam hutan, mana ada toilet, even kat boarderpun takde tandas. 

Lastly, lepas dari boarder, nampak stesen bas dan kami berhenti di situ. Tapi ada anjing pulak! Nekad tak nekad kawan saya yang sorang ni, terus terjah keluar kereta! Tapi disebabkan anjing tu nampak ganas, kelam kabut dia masuk balik dalam kereta. Ni antara pengalaman lucu kami.... ketawa sampai nak pecah perut masing-masing. 

Sepanjang saya berjalan ni, inilah kali pertama saya terkena cerry berry ni. Aduhai.... memang sengsara! Jadi malam tu, masing-masing bergilir-gilir bangun berulang ke toilet sampai ke pagi..... 

No comments:

Post a Comment