Thursday, June 14, 2012

Discovery Miri : Day 3 - Niah Cave

13 Mei 2012 - Ahad

Dek kerana perut sakit sejak dari malam tadi masih memulas-mulas, pagi tu saya bangun awal. Terkejar-kejar ke toilet dibuatnya. Adeh... dugaan sungguh. Jadi alang-alang dah bangun, terus mandi. Maklumlah hari ni plan kami nak ke Gua Niah pulak. Tapi.... hujan kat luar lebat giler. Langit kelam. Saya siap naik kat rooftop layan hujan sambil duk memikirkan camne nak ke Niah kalau hujan ni melarat sampai ke petang. huhu.

Masuk bilik, tengok yang lain masih tido. Sempat lagi tarik selimut layan tido balik. Awal lagipun masa tu. hiks. Bangun dan bersiap-siap pukul 8.00 am gitu, tengok kat luar langit dah cerah, kami decide untuk proceed je plan asal kami nak ke Niah. Hari ni kami hanya sarapan di restoran bawah g/house. Lalu depan kedai auntie luandry, bila kami cerita kami semua sakit perut dia terus kasi ORS. Hehe. Baik hati autie laundry ni... Alhamdullillah, lepas sarapan, minum ORS perut dah makin ok. 

Kami gerak dari bandar Miri menujuk ke Niah. Perjalanan sejauh 110km mengambil masa hampir 90 minit untuk sampai. Melalui Lebuhraya Persisiran Pantai , kita akan menyusuri jalan pantai termasuk Luak Esplanade dan Taman Selera. Jalan agak santai. Rasa macam balik Kuala Terengganu melalui Paka-Dungun-Marang pulak. ^_^

Hampir jam 11.30 am sampai ke HQ Taman Negara Niah. Daftar dulu di kaunter dengan bayaran RM10.00/person. Kemudian kami terus ke jeti untuk menyeberangi sungai ke seberang sana. Trek menuju ke Gua Niah bermula dari situ.

Taman Negara Niah
Daftar di sini : Tulis nama dan buat bayaran
kecut perut baca signboard ni. 
Pengkalan Labong : bayaran RM1.00/person dikenakan untuk tambang bot menyeberangi sungai
Intro : kita lawat Muzium Arkeologi Niah dulu sebelum memulakan trek ke Niah
Trek bermula
kami akan berjalan lebih kurang 4.5 km untuk ke gua mengambil masa hampir 1 jam berjalan
besar giler kulat yang tumbuh kat batang pokok ni
agak-agak berapa usia pokok balak ni eh?
trek yang santai
 pemandangan sepanjang perjalanan kami

sampai sudah!!! Kawasan ini dipanggil Gua Dagang
Gua Dagang : merupakan tempat urusniaga @ pasar penduduk ketika itu
 Jalan lagi : trek menuju ke dalam gua

Pemandangan dari atas tangga
Archeological site : kawasan tinggalan tempat tinggal penduduk di sini
Pintu masuk ke gua : kami ingat rumah itu tempat penerangan / info center, rupa-rupanya ia tempat berehat
 tangga menuju ke dalam gua

Bermula dari West Mouth, terdapat trek bertangga yang dibina untuk kita berjalan masuk ke bahagian-bahagian lain di dalam gua ini. Agak mencabar sebab kena panjat tangga yang curam dan cahayapun samar-samar je. Jangan lupa bawak lampu suluh sebab kalau silap langkah boleh terjatuh. Silap-silap haribulan jatuh  dari pelantar terus ke curam dalam gua tu! Bau tahi kelawar juga agak menusuk hidung. Tapi pada saya ini satu pengalaman yang menarik! Saya dah sampai ke gua terbesar di Malaysia dan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia!!! 

Keluasan Gua Niah ialah 12 hektar, manakala kawasan dalam gua pulak lebih kurang 3x keluasan padang bola. Kalau refer pada peta gua yang kami bawak, menaiki tangga dari pintu gua, kami akan melalui Lubang Tulang, Lubang Hangus, Lubang Bulan hingga ke Painted Cave. Tapi kami jalan setakat Lubang Hangus je dan kemudian patah balik. Saya pulak, hanya jalan ke depan sikit untuk ambil gambar Lubang Bulan dan kemudian patah balik. Tak cover semua tempat, lagipun Painted Cavepun tutup sementara waktu untuk kerja-kerja penyelenggaraan. 

Dalam gua :  bentuk batuan seperti terumbu karang. Dahulu, kawasan ini pernah ditenggelami air laut dan kawasan ini kemudiannya terhakis membentuk gua.

Lubang bulan
West Mouth : kawasan muka gua. Waktu petang, pemandangan matahari terbenam sangat cantik dari sini!
Kelihatan bukit batu kapur di sekitar gua
Masa untuk balik....
Hampir 2 jam kami kat dalam gua, masing-masing bergerak balik. Kena trekking 4.5km lagi untuk ke Niah park HQ dan selepas tu kami terus bergerak balik ke Miri. Half day tour yang berbaloi!

~ sambung

2 comments: