Friday, December 28, 2012

Gunung Kidul Part ll : Ronda-ronda kota Jogjakarta (1)

Hari kedua : 22/12/2012 : Sabtu

Lebih kurang pukul 11.00 am kami selamat sampai di Casa Raffles

Untuk ke sini, dari terminal bus kami ambil mini (no. 15) tambang Rp2k terus ke Jalan Ngampilan. Sebenarnya tak susah nak jumpa lokasi Casa Raffles ni sebab dekat dengan masjid. Tapi disebabkan kami lupa nak print map, agak tercari-cari jugak. Mujur timbul idea nak bertanya di Edu Hostel dan dapat pertolongan dari pakcik yang sudi menunjuk arah jalan dalam. Kalau sesiapa yang pernah menginap di Edu Hostel, mungkin mudah nak jumpa hostel ni.  

Sampai di sana, kami check in, rest dan bersihkan diri. Dah siap solat, tak nak buang masa kami keluar ronda-ronda sekitar Kota Jogja. Mulanya masing-masing bercadang untuk cari makan di luar, tapi bila difikirkan susah nak mencari kedai makan, err... sebenarnya malas, kami sepakat makan di hostel aje. Order nasi goreng dan air, masuk bil bayar masa check out. Senang cerita.

Perut dah kenyang, kami mula melangkah. Masa setengah hari yang ada mesti diisi dengan sebaiknya! Mulanya niat nak melawat Kraton. Tapi apa kan daya Kraton tutup jam 2.00 pm, dan ketika itu kami masih menapak untuk ke sana. Jadi kami tukar route menuju Taman Sari. Jalan tanpa arah tujuan, hampir 30 minit jugak. Ramai jugak pemandu becak yang bernawarkan khidmat tapi ditolak dengan baik. Kesian Anne, sampai cramp kaki. Rasanya ini kesan 17 jam perjalanan dalam bas tu kot. Kami kami tak dapat rehat secukupnya, sudah kena paksa berjalan pula. Kesian kaki...

Akhirnya kami mengalah, ambil becak untuk ke Taman Sari. 2 buah becak, Rp15k. Tapi yang terkejutnya, bawak tak sampai 1 minit dah sampai. Tercengang muka masing-masing. Pakcik becak tu main kotor, mulanya dia berhentikan kami di pintu belakang. Mujur guard taman sari suruh pemandu becak satu lagi bawa kami keliling hingga ke pintu masuk. Aduh... drama betul mereka ni!

Sampai di Taman Sari, bayaran masuk yang dikenakan Rp7k/person memandangkan kami hanya ada masa lebih kurang 30 minit untuk masuk sebelum ia ditutup pada jam 3.00pm. (Bayaran sebenar Rp8k). Untuk mudahkan penerangan, kami ambil guide, bayaran Rp30k. Jadi mudahlah dia bawak kami ke seluruh pelusuk Tamansari beserta informasi sekali!

Taman Sari atau Taman Sari Keraton Yogyakarta adalah kebun istana yang dibangunkan pada zaman Sultan Hamengku Buwono I (BH I) pada tahun 1758-1765/9. Ia bukan sekadar taman istana, tapi ada beberapa bangunan di sekitarnya didirikan sebagai benteng pertahanan. Taman ini sebenarnya agak luas iaitu sekita 10 ha, tapi hari ini hanya sebahagian sahaja binaan yang masih ada iaitu di sebelah barat daya Keraton. 

Lama ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Tak silap saya 4 bahagian. Tapi tak semua kami dapat lawat sebab ada sebahagian bangunan dah lupus sepenuhnya. Antara tempat menarik di sini ialah menara tinjau, kolam pemandian sultan, anak-anak sultan dan gundik, tempat peraduan sultan, masjid bawah tanah, istana atas air? err.. saya lupalah!

Jom kita tengok apa yang ada di Taman Sari. 

Pindtu masuk Tamansari

Tangga menuju menara ; boleh nampak pemandangan kawasan sekitar Jogja

Pic 1 ; Dulu-dulu di sinilah tempat sultan melihat melihat gundik-gundiknya menari. Baginda akan pilih salah seorang yang disukai dan di bawa mandi di kolam pemandian.
Pic 2 : tembok yang kelihatan itu merupakan sebahagian istana yang telah runtuh

Kolam Mandian Diraja
Ada 3 kolam : kolam paling hujung untuk anak-anak raja mandi, kolam tengahgundik-gundik dan di dalamnya kolam khas untuk sultan dan gundik sahaja.
Dari sinilah sultan akan memerhatikan gundik-gundiknya mandi
Kiranya Taman Sari ni tempat sultan dulu-dulu release tension kot. Kata guide kami, kalau sultan ke sini baginda tak bawa permaisuri. Permaisuri tinggal di keraton. Di antara kolam tengah dan kolam khas terdapat ruang persalinan, bilik meditasi, dan kamar sultan bersama gundiknya.

Kami meninggalkan kolam mandian diraja menuju ke laman belakang Taman Sari. Dari sini kami di bawa menuju ke Masjid bawah tanah dan akan melintasi ruang dapur, kamar sultan dan permaisuri, dan juga perkampungan cyber yang terkenal dengan industri batik dan ukiran wayang kulit.

Pic 1 : Jalan menuju Masjid bawah tanah
Pic 2 : Bahagian luar dapur di raja.

Kata mas guide (lupa namanya), mengikut kepercayaan orang Jawa, jika membaling duit ke dalam sumur (perigi) ini segala perkara yang dihajati akan termakbul. 
Kamar sultan dan permaisuri
Melalui kampung cyber. Saya suka suasana di sekitar ini, sangat aman dan tenang.

Pintu masuk ke Masjid bawah tanah
Perlu melalui terowong ini untuk ke dalam masjid
Sumur Gumuling. Simbolik ialah rukun islam, 4 anak tangga ialah rukun islam 1-4 dan anak tangga ke-5 ialah rukun islam terakhir iaitu menunaikan haji. Di bawahnya terdapat sumur iaitu tempat mengambil wudhu'

Tempat terakhir ialah di Pulau Cameti atau Istana atas air. Kata guide dulu kawasan ini dilitupi air, sebab tu dapat panggilan istana atas air. Kata mas guide tu satu ketika dahulu istana atas air ini ialah tempat mengadakan keraian untuk tetamu-tetamu sultan. Memang besar ruang di sekitarnya. Tapi sayang, sudah banyak binaan bangunan yang telah runtuh.

Pic 1 : Laluan masuk ke Istana atas air
Pic 2 : Binaan bangunan yang hampir roboh (dari depan)

Binaan bangunan (dari belakang)
Pemandangan dari atas. Rumah-rumah di sekitar kawasan Taman Sari
Istana atas air adalah tempat terakhir yang mas guide tunjukkan kepada kami sebelum dia membawa kami ke pintu masuk Taman Sari. Hampir 2 jam kami di Taman Sari. Lenguh jugak kaki menapak. Hari sudah hampir petang, kami kembali menyusuri jalan Malioboro dan singgah makan sate dahulu sebelum berjalan lagi ke pasar malam di sekitar jalan Malioboro.

~ bersambung lagi

Thursday, December 27, 2012

Gunung Kidul Part l : Perjalanan yang panjang!

Hari pertama : 21/12/2012 : Jumaat

Bangun seawal pagi dan bersiap. Tetamu saya dari Terengganu yang baru sampai malam tadi terpaksa saya amanahkan kepada housemate untuk menjadi tourist guide sepanjang 2H2M mereka di sini. *Maaf cik mie, tak boleh entertain mu sepanjang mu di sini. Kita jumpa di Ganu la pulok deh. 

Pagi itu saya ke office dulu sebelum bergerak ke st. ERL Putrajaya - LCCT. Janjinya kami akan bertemu di LCCT, menaiki tiger airways. 1'st time 'curang' dengan Pak Tony naik Pak Rimau. haha. Selesai urusan check in, kami mengisi perut dulu. Untuk penerbangan ini kami hanya ber'3 saja. Master-plan trip ni, Zilla pergi lewat sehari dari kami sebab dia ada urusan kerja yang belum selesai. Penerbangan kami KL-Jakarta yang dijadualkan pada jam 11.15 am on-time dan sampai di Soekarno-Hatta Airport tepat pada waktunya. 


Keluar dari airport, kami perlu bergegas ke terminal bas Rawamangun untuk menaiki bas ke Jogjakarta. Nak naik train, tiket train dah abis. Jadi solusi terakhir adalah menaiki bas untuk ke Jogjakarta.

Mulanya kami plan nak ambil shuttle bus untuk ke terminal 1b dan mengambil bas damri untuk ke Rawamangun. Tapi, setelah terlepas 2 shuttle bus (semua orang berebut-rebut nak naik bas, kami yang tengah beratur ni telah di tolak sampai tak berjaya meloloskan diri dan akhirnya 2 buah bas tadi penuh!), jadi saya beri cadangan bertanya di kaunter bluebird taxi, mana tahu kot-kot ada bas damri dari terminal 3 terus kan?

Rupa-rupanya, memang ada kaunter damri bas. Hanya di sebelah je. Kebetulan tengah-tengah duk bertanya, bas damri ke Rawamangun sampai. Apa lagi... rezeki kami la tu, terus beli tiket dan naik bas. Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan kami sebelum menguji dengan perjalanan yang lebih panjang! Aduhai... Lebih kurang begini routenya.

Terminal 3 - Damri bus (Rp25,000) - Jurusan Rawamangun (30-40 minit perjalanan).

* Kaunter bus damri terletak berhampiran parking untuk bluebird taxi.

Perjalanan airport ke Rawamangun clear, tapi tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali! Masing-masing muka dah cuak!

Turun di Rawamangun, kami berteduh dulu sebelum berjalan ke Rahayu Travel. Tak berani nak tanggung risiko kehabisan tiket memandangkan sekarang musim libur (cuti) di Indonesia, tiket bas ke Jogja dah ditempah beberapa hari sebelum kami ke sini. Alhamdulillah, kami sampai awal, tapi hujan yang lebat menyukarkan perjalanan kami. Mujur ada rain coat. Redah hujan walaupun kebasahan. Sampai di Giant, call Pak Adi dari Rahayu Travel untuk ambil tiket. Dan di sinilah bermulanya perjalanan kami yang panjang....

An : Korang tiket kita Pak Adi dah jual. Katanya dia call takde orang angkat. Jadi dia dah jual kat orang lain

* Zapp!! Macam kena hempap batu kepala masing-masing

Iz : Cuba mintak no. telefon kaunter bas lain, kot ada tiket lagi

* beberapa kaunter tiket dihubungi, hasilnya semua tiket SOLD OUT!

An    : Semua tiket habis , camne sekarang?
Saya : Train? Kalau takde jugak, tido sini la jawabnya. Esok baru gerak.
An    : Kita gi terminal bas dulu, cari kaunter tiket lain.

* disebabkan hujan lebat dan ribut petir kami terperangkap di giant hampir 30 minit.

Walaupun hujan masih turun, kami redah juga menuju ke terminal bas.

An : Banjir!!!

Tak toleh kiri kanan, kami redah air banjir sedalam mencecah betis. Sambil harung air, kami ketawa terkekeh-kekeh. Orang pandang ke, orang senyum ke kami dah tak peduli. Kasut basah kuyup! Nasib baik kat tempat orang, kalau kat tempat sendiri... haish... jatuh saham!

An : Mahal pengalaman ni. Simpan sampai mati!

Saya : Kat Malaysia pun tak pernah harung banjir camni. Sampai Jakarta tu.

Sampai di terminal bas, kami terus ke kaunter tiket. Mulanya ketika di tanya, perempuan yang berada di kaunter tiket mengelengkan kepala. Tapi mujur ada seorang lagi bertanya dulu, berapa orang dan banyak atau tidak beg yang kami bawa. Bila berpuas hati dengan jawapan yang diberikan barulah dia angguk.  Tapi tiket bas yang ada hanya pukul 5.00pm. Dijangka sampai jam 7.00am. Tak apalah, janji sampai jogja... Alhamdulillah!!! Allah sentiasa menolong kami. Kan doa musafir tu makbul. Inilah buktinya!

Lepas bayar, dapat tiket, kakak tadi suruh kami naik kijang untuk ke tempat bas. Ingatkan bas ada kat terminal, rupanya kat tempat lain mereka park bas. Hujan masih lebat, air sudah memenuhi jalan. Jakarta sudah banjir! Dalam perjalanan kami boleh tengok ada kereta/kenderaan di tepi jalan dah ditenggelami air.

Bandaraya Jakarta banjir!!!
Tak sampai 1 jam hujan, banyak kereta tenggelam dan tersedai di tepi jalan
Sampai di tempat bas, sudah ada sebuah bas menunggu. Pemandu kijang terus suruh kami naik bas. Katanya kalau ada tempat kosong duduk aje. Sungguh saya terkejut tengok keadaan dalam bas. Ini pengalaman pertama saya menaiki bas 'ekspress' di Indonesia. Memanglah saya terkejut. Keadaan sangat sesak, dengan beg, dengan anak-anak yang menangis, dengan bau asap rokok yang menyesakkan, semualah terasa asing pada pandangan mata saya. Dalam diam terasa bersyukur dengan keadaan di negara sendiri. 

Dalam bersesak-sesak, kami disuruh masuk terus ke dalam. Padahal tempat sudah penuh dengan penumpang. Masing-masing bingung. Dalam hati terdetik, 'sekarang baru pukul 2.00, bas kami pukul 5.00, kenapa kami disuruh naik bas?' Tanpa buang masa saya ambil keputusan untuk turun. 2 teman mengikut dari belakang. Haha. Kami ke kantor bas, untuk sahkan bas kami. Rupa-rupanya itu bukan bas kami. Bas kami belum sampai. Pelik jugak saya kenapa pakcik tadi beria-ia suruh kami naik. Macam bas tu dah nak jalan aje gayanya. 

Jadi kami duduklah kami di kantor bas San tu hampir 3 jam jugak menunggu bas. Nasib baik ada kerusi. Bolehlah duduk, keringkan baju, tukar kasut dan rest kejap. Bila diingat balik, tragis jugak perjalanan kami ni... Hampir pukul 5.30pm barulah bas muncul. 

Perjalanan menaiki bas dari kota Jakarta ke Jogjakarta yang hampir mencecah 17 jam perjalanan betul-betul menguji kesabaran kami bertiga! Jakarta maceeetttt!! Hampir 2 jam bas bergerak 'macam siput' nak keluar dari kota. 

Bas San : mujur ada bas ni, sampai jugak kami ke Jogja
1 barisan ada 5 seat, comel sungguh seatnya : agak-agak kematu tak bontot korang hampir 17 jam duduk dalam bas camni?
Dalam 17 jam perjalanan tu, saya sampai dah puas tido. Tido bangun, tido bangun, tak sampai-sampai jugak. Jam terasa sangat lambat berdetik. Tapi masing-masing diam, tak banyak merungut. Itu yang buat saya selesa dengan perjalanan ini w/lpun sebenarnya sangat tidak selesa.

Perkara-perkara di bawah adalah biasa dalam bas :

  1. Merokok di dalam bas adalah perkara biasa bagi mereka w/lpun bas beraircond. 
  2. Setiap kali berhenti, pemandu bas akan menyapu sampah keluar dari bas. Bukan sikit, bertimbun jugak sampah yang disapu. Saya rasa sikap 'pembersih' sangat kurang dalam diri mereka. 
  3. Lagu dangdut di pasang sangat kuat di sepanjang perjalanan. Rasa macam duduk dalam kelab dangdut.
  4. Setiap kali bas berhenti mesti ada 'penyanyi jalanan' yang naik ke atas bas. Bukan sorang, tapi sampai 3-4 orang!
  5. Dan setiap kali bas berhenti juga pasti ada penjual yang naik ke atas bas.
Ini bukanlah rungutan... tapi pada saya ini pengalaman yang mahal untuk diperolehi. Merasai pengalaman sebegini menyebabkan saya mengucap syukur berkali-kali. Kita di Malaysia tidak merasa sesulit begini. Bas ekspress di negara kita 100 kali lebih baik dan selesa. Itupun kita di sini masih lagi ada yang rasa tidak bersyukur. 

Akhirnya jam 10.00am selamat juga kami tiba di terminal bas jogja. Kami amik bas mini (no. 15 kalau tak silap) untuk ke penginapan kami iaitu Casa Raffless (Yogjakarta Backpacker) yang trletak tak jauh dari jalan Malioboro. 

Jam 11.00 selamat sampai di Casa Raffless. Perjalanan yang panjang berjaya kami tempuhi... Alhamdulillah!

~ bersambung


Wednesday, December 26, 2012

Highlight Gunung Kidul, Jogjakarta

Apa ada di Gunung Kidul, Jogjakarta?

Mulanya saya sendiri tak tahu apa yang menariknya di Gunung Kidul ini. Sangka saya Jogjakarta biasanya terkenal dengan candi dan keraton serta Merapi. Tapi siapa sangka nun di Selatan Jogjakarta tersembunyi banyak tempat menarik yang harus dikunjungi oleh semua. Ada gunung hingga mencapai 1000 gunung, ada sawah padi bukit yang menghijau dan juga di kelilingi pantai-pantai yang memutih. Memang cantik!

Dengan masa yang terhad, dapatlah kami cover beberapa tempat yang menarik di sekitar Gunung Kidul ini :

Caving Gua Jomblang

Aktiviti berani mati saya kira! Untuk sampai ke pintu gua, kami terpaksa 'tergantung' dari ketinggian 60 meter dan kemudian menyusuri trek sejauh hampir 250 meter ke dalam gua sebelum bertemu 'cahaya dari syurga'. Hasilnya memang awesome!

Menunggu 'cahaya dari syurga' yang belum muncul-muncul

Tubing di Gua Pindul

Selepas berbasah keringat di Gua Jomblang, kami langsung ke Gua Pindul. Tubing menyusuri Gua Pindul selama hampir 45 minit. Tak susahpun, naik tube duduk elok-elok, lepas tu pegang tube orang sebelah dan bergerak secara berangkai dan kemudian ada guide yang akan tarik kami. Siap ada penerangan lagi dari guide yang bawak kami semua. * itupun ada jugak penerangan yang kami tak faham.

Menyusuri sungai melalui Gua Pindul

Tracking Gunung Api Purba Nglanggeran

Kami bangun seawal jam 3.30 pagi. Itupun puaslah paksa diri nak bangkit dari tilam. Bersiap, basuh muka, gosok gigi, err... tak mandi pun.. Gila air kat sini sejuk sampai ke tulang tu! Tunggu azan dan solat subuh lebih kurang pukul 4.00 pagi, kami bersiap untuk memulakan tracking. Ditemani 2 orang guide dan lamu suluh kami meredah trek. Katanya trek tu simple aje, ambil masa 40-60 minit untuk sampai ke puncak. Tapi... berpeluh sampai ke betis jugak kami semua nak sampai ke puncak! Ditambah pulak dengan keadaan trek yang agak berselut dan licin kerana hujan malam tadi menambah kelambatan kami. * saje salahkan trek pulak, padahal kurang stamina!

Nah inilah hasil yang kami dapat!

Sunrise di puncak Gunung Api Purba
Kabus yang menutupi seluruh kawasan sekitar Gunung Api Purba
Pemandangan dari atas, petak-petak padi yang menghijau
Been there!!!
Lambaian Merapi 

Air Terjun Sri Gethuk

Menyusuri Sungai Oya dengan bot buatan sendiri oleh penduduk tempatan untuk ke air terjun Sri Gethuk juga menarik. Sayangnya kami datang di waktu libur, jadinya orang sangat ramai dan saya yang amatur tak mampu mengambil gambar air terjun yang cantik. 


Cerita di sebalik nama Sri Gethuk dari Mas Lilik sangat menarik

Menyusuri pantai-pantai di sekitar Gunung Kidul

Sesungguhnya terdapat banyak pantai di Gunung Kidul, dengarnya hampir 48 buah pantai! (terima kasih Zilla tolong betulkan informasi ini :D ) Pantai di sini berpasir putih, tetapi kebanyakannya tak boleh mandi sebab keadaannya curam dan berbatu karang.

Pantai Sepanjang
Anak-anak ini sedang menunggu 'ombak besar' 
Pantai Krakal
Pantai Indrayanti

Saya kira ini antara trip paling mencabar setakat ini. Cabaran yang bukan dari ketinggian menuruni cerun gua sedalam 60 meter atau bukan dari track ke Gunung Api Purba yang berliku. Tapi cabarannya untuk sampai ke Jogja itu yang betul-betul menguji kami semua. Untuk sampai, kami terpaksa mengharung banjir di kota Jakarta, menempuh perjalanan Jakarta-Jogjakarta selama hampir 17 jam perjalanan di dalam bas yang rasanya sangat menguji, dan perjalanan train kembali ke Jakarta juga di rasakan mencabar bagi saya. Alhamdulillah, berjaya juga ditempuh. Tapi hasil di sebalik sangat manis!

Apapun terima kasih pada teman-teman, ZillaAnne dan Izza kerana sudi terima saya jadi travelmate untuk trip kali ni. Kalau ada rezeki, panjang umur, sihat tubuh badan saya mahu ikut serta lagi untuk trip akan datang. Tak serik lagi ni walaupun kaki masih sakit. Haha!

PM : senyum sorang-sorang bila teringatkan trip ini. 

Friday, December 21, 2012

Take 5!

Source
Saya kira ini trip 'tersepak'
Frust tak dapat joint GBS ke Jogjakarta November lepas
Jadi saya ambil keputusan untuk ke sertai trip ini
Trip bersama kawan-kawan baru.
Keluar dari 'kotak kebiasaan', tanpa GBS.
Moga-moga semuanya selamat.
Amin...

err... agak-agak mampu tak compact camera saya 'tangkap' gambar se'awesome gambar di atas eh?

Friday, December 14, 2012

Fenomena durian crepe

Musang king ni kalau buat durian crepe mesti sedap kan?

Sekarang ni kat mana-mana duk bercerita tentang durian crepe. Err... sedap sangat ke durian crepe tu? Sampai kat kat FB kawan-kawan semua pakat dok post gambar durian crepe. Kat blog pulak masing-masing sibuk tepek resepi dan gambar durian crepe. Betul-betul fenomena ni! 

Tadi berbual-bual kosong dengan teman-teman sepejabat. Sekali lagi durian crepe menjadi topik. Ada kata sedap gile, ada kata biasa je dan tak kurang juga yang kata tak sedap. 

Kata seorang teman, 'alah... durian crepe tu macam kuih ketayap aje.. kuih ketayap tu inti kelapa, durian crepe ganti inti durin'

Oooo... melopong mulut saya! Gitu ke???

Sebab sebelum ni saya tengok aje posting kawan-kawan pasal durian crepe, tengok aje gambar di blog tapi tak pernah ada inisiatif nak tengok resepi macamana nak buat 'menda alah' ni. Sayalah yang paling jakun agaknya sebab durian crepe pun tak pernah tengok secara 'live' inikan pulak nak makan!

Err... agak-agak kalau mama raisa boleh buat tak durian crepe eh?

PM : suka giler makan durian tapi tak makan makanan yang berkaitan dengan durian.

Wednesday, December 12, 2012

CATATAN HAJI (4) : Bertamu di Tanah Haram

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai-bagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh." (Al-Haj 22: 27)

9.10.2012 : Saya kira ini tarikh keramat yang tak akan saya lupakan sepanjang hidup saya. 

Pagi yang ditunggu-tungu, saya bangun seawal pagi. Sebenarnya malam itu saya tak dapat tidur lena. Perasaan gembira dan berdebar bercampur-campur. Disebabkan tak boleh tidur, saya bangun bertahajud minta dipermudahkan perjalanan saya esoknya. Bangun, mandi sunat ihram dan solat musafir selepas solat subuh. Bersiap dan isi perut sementara menunggu waktu bertolak. Atuk adalah orang pertama yg sampai.

Pesanan tok'ki

Sebelum bersiap, tok'ki datang berjumpa saya. Katanya, dia mahu tinggalkan pesanan penting. Kata tok'ki, "jgn tinggal bismillah, setiap perkara yg kita buat bismillah harus mendahului semua tindak tanduk dan perlakuan kita". Itu tanda Allah sentiasa yang pertama. Pesanan tok'ki buat air mata saya bergenang. Aduh... Selama ini saya tak sedar saya dikelilingi oleh orang yang dalam ilmu agamanya.

Tok'ki saya, umurnya sudah melebihi 100 tahun. Tapi masih kuat. Bayangkan orang seusia dia mampu mengayuh basikal ke masjid hampir setiap waktu. Padahal mata dan telinganya sudah kabur dan pendengarannya juga tak jelas. Sayapun hairan, di mana kekuatannya datang? Orangnya tak byk bercakap, tapi dlm diamnya, mulutnya sentiasa berzikir. Mungkin itulah kekuatan dia. Pesanan tok'ki saya simpan kejap dalam hati.

Air mata gugur lagi

Hampir 7.30 pg, ramai saudara mara yang sampai. Ayah menjemput imam masjid untuk membaca doa musafir dan ayah sendiri yg melaungkan azan. Sekali lagi gugur air mata. Gugur tanpa dapat saya tahan-tahan. Sebenarnya saya malu bila melihat diri saya berkeadaan begitu. Tapi saya sendiripun tak tahu kenapa hati saya sepilu itu.

Ya Allah...
Inikah rasanya menjadi tetamuMu?
Istimewa sungguh!
Seperti bayi yang baru melihat dunia.

Ya Allah...
Aku tidak punya teman
Aku hanya punya Kau untuk mendengar suara hatiku

Ya Allah...
Kau utuskan aku 'teman asing' sebagai temanku ke sana.
Moga dia adalah teman terbaik untukku
Untuk berkongsi susah senang di sana nanti.
Moga haji mabrur milikku Ya Allah!

Selamat tinggal semua

Perjalanan dari rumah ke lapangan terbang hanya 15 minit, tetapi menjadi hampir 30 minit kerana mancit. Masuk ke jalan lapangan terbang kenderaan sudah berderet-deret menuju ke airport. Walaupun penerbangan dijangka berlepas pada pukul 12 tengahari, tapi jemaah diminta datang ke airport seawal mungkin. Sampai di airport, saya terus bergegas ke kaunter pendaftaran. Surat penerbangan dari TH ditunjukkan dan setiap jemaah diberikan tag nama dan beg serta pack cederatama dari TH. Pada tag nama inilah terdapat semua maklumat penting seperti nama maktab, tempat tinggal, no bas sepanjang berada di makkah/ madinah, no bilik dan untuk membuat transaksi di TH juga perlu menggunakan kad ini. Sangat penting sebab kalau hilang kita seolah-olah pendatang tanpa izin di bumi suci itu nanti.

Selepas semua urusan, saya jumpa keluarga dan saudara mara yang datang. Jam 10.00 am, pengumuman dibuat meminta jemaah yang belum menyerahkan bagasi berbuat demikian. Sudah sampai masa saya berpisah dengan keluarga. Kali ini, air mata sudah kering. Saya jumpa mak dan ayah pohon dihalalkan semuanya untuk kali terakhir, jumpa adik-adik dan saudara mara dan terus masuk ke dalam. Sampai di dalam kami diminta untuk menunjukkan buku rawatan kesihatan dan kemudian barulah passport dan tiket penerbangan diserahkan kepada jemaah haji. Seperti biasa perlu melalui urusan imigresen dahulu dan kemudian ke balai berlepas.

KT80 dan kawan lama

Penerbangan KT80 iaitu MH8090 memuatkan jemaah seramai 448 orang. Kebanyakan jemaah adalah dari pantai timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang). Saya walaupun secara kasarnya bersendirian (tanpa keluarga rapat), tetapi bila bertemu jemaah lain, saya tengok ramai pulak orang yang dikenali. Siapa sangka, sepupu ayah dan beberapa orang kawan mak juga sama flight dengan saya. Kecilnya dunia... itu baru di tanahair dah jumpa saudara mara... kan?

Yang paling mengejutkan saya, kawan lama saya semasa di Kementerian juga sama penerbangan dengan saya. Kami dah lama terpisah selepas dia berpindah kerja di tempat lain. Saya cuma tahu dia juga akan menunaikan haji pada tahun ini beberapa hari sebelum bercuti. Dan kebetulan pula sama flight.

Diraikan

Masuk di ruang perlepasan, saya telefon mahram saya. Katanya dia sudah lama menunggu saya di sana. Kami sudah berjumpa tadi, tapi disebabkan masing-masing kalut nak jumpa keluargalah, urusan bagasilah kami sepakat berjumpa saja di ruang perlepasan nanti. Istimewanya jemaah KT80 ialah, pemergian kami akan dihantar oleh sultan dan sultanah Terengganu. Dah la dapat bersalam dengan sultanah, dapat pulak duit poket. Rezeki.. Rezeki... Jam 1 pm penerbangan MH8090 berlepas meninggalkan Terengganu direct ke Jeddah memakan masa hampir 8 jam untuk sampai ke sana. Kami dijangka sampai lebih kurang pukul 4 pm waktu tempatan, atau 9 pm waktu malaysia.

Sultan & Sultanah Terengganu merasmikan majlis. Dapat duit poket lagi.
Sampai masa berlepas, jemaah diiring oleh petugas dan RELA  
Sebahagian daripada keluarga jemaah yang menghantar ibu/bapa/anak/keluarga mereka yang menunaikan umrah.
Berihram

Memandangkan kami akan terus memasuki makkah, setiap jemaah sudah siap berpakaian ihram dari rumah. Jemaah boleh berniat ihram selepas 2 jam penerbangan ataupun berniat di miqat iaitu di Qarnul Manazil (lebih kurang 45 minit sebelum sampai di Jeddah). Sebagai langkah berjaga-jaga, saya berniat 1 jam awal, sebelum berniat, saya pastikan saya dalam keadaan suci dan berwudhuk (walaupun hanya sunat) dan yang penting ialah menutup aurat.

Ihram bermakna mengharamkan @ melarang. Ihram haji @ umrah ialah satu keadaan pada orang yang sedang mengerjakan haji @ umrah bermula ketika dia berniah mengerjakannya dan berakhir ketika tahallul. Jadi selepas berihram, kita akan akan terikat @ diharamkan beberapa (13 perkara) semasa dalam ihram itu.

tempat-tempat berniat ihram (dari Madinah @ Makkah) source
Haji Tamattu'

Sebelum mendapat tarikh berangkat, saya berangan nak buat Haji Irfad. Sebab itulah saya pilih untuk terus ke Makkah dan penerbangan akhir. Tapi memandangkan tempoh menunggu waktu haji (wukuf,muzdalifah dan mina) agak lama iaitu hampir 18 hari, selepas mendengar pendapat dari ibu, kawan-kawan dan mendapat pandangan ustaz saya memilih untuk melakukan Haji Tamattu'. Ini adalah kerana tempoh di dalam ihram yang panjang dan jika saya kekal dalam ihram selama hampir 3 minggu, ia agak merugikan saya kerana saya tidak boleh melakukan umrah sunat dalam tempoh sebelum selesai haji saya.

Pengertian Haji Tamattu' ialah berniat umrah pada bulan-bulan haji dan menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dengan umrah. Apabila tiba waktu haji pada tahun yang sama, kita akan berihram haji pula dan menunaikan amal ibadat yang berkaitan dengan haji. Maksudnya, kerjakan umrah dahulu selepas tu baru kerjakan haji.

Maksud lafaz niat "Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala." 

Selepas itu kita digalakkan memperbanyakkan bacaan talbiah di sepanjang perjalanan hingga sampai ke Mekah untuk mengerjakan rukun-rukun umrah selanjutnya.

HambaMu datang menyahut panggilanMu.
Ya Allah hamba-Mu dataang menyahut panggilanMu
Hamba-Mu dataang menyahut panggilanMu Ya Allah yang tidak ada sekutu bagi-Mu
HambaMu datang menyahut panggilanMu.
Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaanMu, 
tidak ada sekutu bagiMu. - maksud talbiah

Sabda RasulAllah s.a.w bermaksud, "Dari Ummu Salamah r.a katanya : Saya mendengar RasulAllah bersabda : Wahai keluarga Muhammad, barangsiapa berhaji, maka hendaklah dia membaca talbiah dengan suara yang nyaring untuk hajinya" - Riwayat Ahamd dan Ibnu Majah

Sampai dengan selamat

Dalam pukul 4 pm lebih, pesawat MH8090 selamat mendarat di lapangan terbang King Aziz (lapangan terbang khas untuk musim haji). Jemaah disambut oleh petugas TH yang meminta setiap jemaah mengikut setiap arahan yang diberikan bagi melancarkan urusan semakan passport dan bagasi. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Melepasi kaunter imigresen, setiap jemaah mesti mengambil luggage masing-masing dan sekali lagi setiap beg mesti discan dan barulah dibawa keluar. 

King Aziz Airport ; selepas selesai imigresen. Setiap laluan ada petugas TH yang memegang bendera Malaysia. 

Keluar dari airport, jemaah dibawa oleh petugas TH ke kawasan rehat di luar airport. Di situ ada kerusi untuk berehat, tandas dan surau untuk bersolat. Bagi yang belum solat, boleh solat. Saya terus solat jama' ta'khir asar dan zohor dan tunggu azan maghrib untuk solat jamak ta'dim maghrib dan isyak sebelum meneruskan perjalanan ke makkah yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit.

Tempat rehat sementara bagi jemaah Malaysia sementara menunggu bas untuk meneruskan perjalanan ke Makkah

Bas no. 3

Elok-elok je selesai solat, petugas TH membuat pengumuman supaya semua jemaah bersiap untuk menaiki bas. Kami diminta ke kaunter bas untuk mengesahkan tiket berdasarkan no. bas yang sedia tertulis di atas kad nama. Bagasi pula diserahkan kepada petugas untuk dibawa ke bas dan beg ini akan dihantar di bilik masing-masing. Kita hanya perlu hand luggage saja. Prosedur yang sangat mudah terutamanya bagi jemaah yang berusia.

Disebabkan bas yang kami naiki tidak ada petugas TH, jadi petugas TH minta saya jadi person incharge untuk bas tu. Katanya, kalau ada apa-apa kerosakan atau tersesat, cepat-cepat telefon petugas TH. Bila semua jemaah dah naik bas, setiap orang diberi pek makan malam (sebungkus nasi arab, epal dan air mineral). Panas lagi nasi arab tu, bau pun menyelerakan. Saya tengok masing-masing makan dengan berselera. Tapi apakan daya mata saya yang terlebih bulat ni tak mampu langsung nak celik. Naik bas, tunggu bas bergerak terus saya lena sampai ke Makkah. Celik mata tengok-tengok dah sampai depan hotel. Masa tu kelam kabut buka baca doa masuk Kota Makkah. Huhu.. Langho betul!

Bas no. 3 adalah bas yang saya naiki sepanjang perjalanan (Jeddah-Makkah, Makkah-Madinah & Madinah-Jeddah).

Penghuni maktab 91

Tempat tinggal saya sepanjang di Makkah ialah di Hotel Qasr Al-Shouroq. Maktab 91 terletak di sebelah pintu Marwah Masjidil Haram dengan jarak lebih kurang 450 meter atau hampir 15-20 minit jalan kaki. Kata petugas TH, jika dibandingkan dengan maktab-maktab lain maktab kami antara yang terdekat dengan Masjidil Haram. Ini untuk jemaah muassasah la... jangan bandingkan dengan jemaah pakej ye. Untuk ke masjid kami perlu melintas 2 batang jalan raya yang boleh tahan sibuk sambil melalui kedai, restoran dan kawasan lapang.

Anak panah hijau/kuning menunjukkan jarak Maktab 91 ke Masjidil Al-Haram

Sampai di Hotel Qasr Al-Shouroq, kami semua disambut oleh petugas TH dan hotel. Setiap jemaah diarahkan terus ke bilik masing-masing mengikut no. bilik yang terdapat pada kad nama. Manakala bagasi kami akan dihantar terus ke bilik masing-masing oleh petugas TH secara berperingkat. Istimewa rasanya menjadi tetamu Allah ni... semuanya di atur dengan sempurna sekali.

Bilik 912

Bilik saya di tingkat 9, bersaiz agak besar dan memuatkan seramai 8 orang jemaah. Lepas berkenalan, saya tak banyak cakap dah... bersihkan diri dan terus tido. Perjalanan yang panjang dan memenatkan. Dalam masa yang sama macam tak percaya saya kini berada di KOTA MAKKAH!