Friday, December 28, 2012

Gunung Kidul Part ll : Ronda-ronda kota Jogjakarta (1)

Hari kedua : 22/12/2012 : Sabtu

Lebih kurang pukul 11.00 am kami selamat sampai di Casa Raffles

Untuk ke sini, dari terminal bus kami ambil mini (no. 15) tambang Rp2k terus ke Jalan Ngampilan. Sebenarnya tak susah nak jumpa lokasi Casa Raffles ni sebab dekat dengan masjid. Tapi disebabkan kami lupa nak print map, agak tercari-cari jugak. Mujur timbul idea nak bertanya di Edu Hostel dan dapat pertolongan dari pakcik yang sudi menunjuk arah jalan dalam. Kalau sesiapa yang pernah menginap di Edu Hostel, mungkin mudah nak jumpa hostel ni.  

Sampai di sana, kami check in, rest dan bersihkan diri. Dah siap solat, tak nak buang masa kami keluar ronda-ronda sekitar Kota Jogja. Mulanya masing-masing bercadang untuk cari makan di luar, tapi bila difikirkan susah nak mencari kedai makan, err... sebenarnya malas, kami sepakat makan di hostel aje. Order nasi goreng dan air, masuk bil bayar masa check out. Senang cerita.

Perut dah kenyang, kami mula melangkah. Masa setengah hari yang ada mesti diisi dengan sebaiknya! Mulanya niat nak melawat Kraton. Tapi apa kan daya Kraton tutup jam 2.00 pm, dan ketika itu kami masih menapak untuk ke sana. Jadi kami tukar route menuju Taman Sari. Jalan tanpa arah tujuan, hampir 30 minit jugak. Ramai jugak pemandu becak yang bernawarkan khidmat tapi ditolak dengan baik. Kesian Anne, sampai cramp kaki. Rasanya ini kesan 17 jam perjalanan dalam bas tu kot. Kami kami tak dapat rehat secukupnya, sudah kena paksa berjalan pula. Kesian kaki...

Akhirnya kami mengalah, ambil becak untuk ke Taman Sari. 2 buah becak, Rp15k. Tapi yang terkejutnya, bawak tak sampai 1 minit dah sampai. Tercengang muka masing-masing. Pakcik becak tu main kotor, mulanya dia berhentikan kami di pintu belakang. Mujur guard taman sari suruh pemandu becak satu lagi bawa kami keliling hingga ke pintu masuk. Aduh... drama betul mereka ni!

Sampai di Taman Sari, bayaran masuk yang dikenakan Rp7k/person memandangkan kami hanya ada masa lebih kurang 30 minit untuk masuk sebelum ia ditutup pada jam 3.00pm. (Bayaran sebenar Rp8k). Untuk mudahkan penerangan, kami ambil guide, bayaran Rp30k. Jadi mudahlah dia bawak kami ke seluruh pelusuk Tamansari beserta informasi sekali!

Taman Sari atau Taman Sari Keraton Yogyakarta adalah kebun istana yang dibangunkan pada zaman Sultan Hamengku Buwono I (BH I) pada tahun 1758-1765/9. Ia bukan sekadar taman istana, tapi ada beberapa bangunan di sekitarnya didirikan sebagai benteng pertahanan. Taman ini sebenarnya agak luas iaitu sekita 10 ha, tapi hari ini hanya sebahagian sahaja binaan yang masih ada iaitu di sebelah barat daya Keraton. 

Lama ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Tak silap saya 4 bahagian. Tapi tak semua kami dapat lawat sebab ada sebahagian bangunan dah lupus sepenuhnya. Antara tempat menarik di sini ialah menara tinjau, kolam pemandian sultan, anak-anak sultan dan gundik, tempat peraduan sultan, masjid bawah tanah, istana atas air? err.. saya lupalah!

Jom kita tengok apa yang ada di Taman Sari. 

Pindtu masuk Tamansari

Tangga menuju menara ; boleh nampak pemandangan kawasan sekitar Jogja

Pic 1 ; Dulu-dulu di sinilah tempat sultan melihat melihat gundik-gundiknya menari. Baginda akan pilih salah seorang yang disukai dan di bawa mandi di kolam pemandian.
Pic 2 : tembok yang kelihatan itu merupakan sebahagian istana yang telah runtuh

Kolam Mandian Diraja
Ada 3 kolam : kolam paling hujung untuk anak-anak raja mandi, kolam tengahgundik-gundik dan di dalamnya kolam khas untuk sultan dan gundik sahaja.
Dari sinilah sultan akan memerhatikan gundik-gundiknya mandi
Kiranya Taman Sari ni tempat sultan dulu-dulu release tension kot. Kata guide kami, kalau sultan ke sini baginda tak bawa permaisuri. Permaisuri tinggal di keraton. Di antara kolam tengah dan kolam khas terdapat ruang persalinan, bilik meditasi, dan kamar sultan bersama gundiknya.

Kami meninggalkan kolam mandian diraja menuju ke laman belakang Taman Sari. Dari sini kami di bawa menuju ke Masjid bawah tanah dan akan melintasi ruang dapur, kamar sultan dan permaisuri, dan juga perkampungan cyber yang terkenal dengan industri batik dan ukiran wayang kulit.

Pic 1 : Jalan menuju Masjid bawah tanah
Pic 2 : Bahagian luar dapur di raja.

Kata mas guide (lupa namanya), mengikut kepercayaan orang Jawa, jika membaling duit ke dalam sumur (perigi) ini segala perkara yang dihajati akan termakbul. 
Kamar sultan dan permaisuri
Melalui kampung cyber. Saya suka suasana di sekitar ini, sangat aman dan tenang.

Pintu masuk ke Masjid bawah tanah
Perlu melalui terowong ini untuk ke dalam masjid
Sumur Gumuling. Simbolik ialah rukun islam, 4 anak tangga ialah rukun islam 1-4 dan anak tangga ke-5 ialah rukun islam terakhir iaitu menunaikan haji. Di bawahnya terdapat sumur iaitu tempat mengambil wudhu'

Tempat terakhir ialah di Pulau Cameti atau Istana atas air. Kata guide dulu kawasan ini dilitupi air, sebab tu dapat panggilan istana atas air. Kata mas guide tu satu ketika dahulu istana atas air ini ialah tempat mengadakan keraian untuk tetamu-tetamu sultan. Memang besar ruang di sekitarnya. Tapi sayang, sudah banyak binaan bangunan yang telah runtuh.

Pic 1 : Laluan masuk ke Istana atas air
Pic 2 : Binaan bangunan yang hampir roboh (dari depan)

Binaan bangunan (dari belakang)
Pemandangan dari atas. Rumah-rumah di sekitar kawasan Taman Sari
Istana atas air adalah tempat terakhir yang mas guide tunjukkan kepada kami sebelum dia membawa kami ke pintu masuk Taman Sari. Hampir 2 jam kami di Taman Sari. Lenguh jugak kaki menapak. Hari sudah hampir petang, kami kembali menyusuri jalan Malioboro dan singgah makan sate dahulu sebelum berjalan lagi ke pasar malam di sekitar jalan Malioboro.

~ bersambung lagi

4 comments:

  1. wah, bersemangat Nani update.. malu ai, kaki manja sangat.. baru 16 jam setengah dalam bas dah cramp.. haha.

    tambang bas jalur 15 tu Rp 2500, bukan Rp 2000..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat separuh jalan je anne. haha

      thanks anne, pembetulan tambang tiket bas jalur. itulah taip blog x rujuk buku catatan. haha

      Delete
  2. saya penah tinggal di Edu Hostel tapi tak tahu penah tau pun pasal kewujudan casa raffles ne hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zilla, jarak casa raffless dgn Edu Hostel x berapa jauh, lalu jalan dalam celah2 rumah orang tu dekat je. tapi, dari segi servis edu hostel lagi ok kot. :)

      Delete