Wednesday, January 02, 2013

Hello 2013!


Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat semua. Moga 2012 akan meninggalkan kenangan terindah dan 2013 ini akan memberi lebih kebahagian buat semua. 

2012... 

Banyak meninggalkan kenangan buat saya. Semua ada. Manis, pahit, masam, masin, semua diadun sempurna dan sudah tentu akan disimpan rapi. Kesihatan juga semakin baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Beberapa hutang sudah berjaya dilangsaikan. Alhamdulillah. Itukah sebabnya, langkah kaki semakin jauh! Ingat nak berjalan aje! 

Antara kenangan termanis sudah tentulah ketika menjadi tetamu Allah, menunaikan Rukun Islam ke-5. Alhamdulillah, Allah menyemput saya di usia muda menjadi tetamunya. Seronok sebenarnya diberi peluang melakukan ibadat ketika kudrat masih kuat. Sehingga hari inipun rasanya masih belum luput perkataan 'syukur' pada-Nya bila mengenangkan kenangan bertamu di Tanah Haram. Walaupun kalau dibandingkan dengan orang lain, kehidupan saya ini belum cukup sempurna, tapi syukur kerana Allah sentiasa memberi semangat untuk meneruskan hidup dengan hati yang tenang dan bahagia. Alhamdulillah... Jadi, kepada sesiapa yang berniat untuk ke sana, teruskan niat kalian... yang penting usaha untuk ke arah itu :) InsyaAllah, Allah pasti tahu niat kalian itu :)

2013...

Moga tahun ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya... Amin.

Travel? erm, terlalu banyak tempat yang ingin saya pergi. Terlalu banyak angan-angan yang dipasang untuk sampai ke situ dan ke sini. Moga saya dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan diberi kelapangan oleh-Nya. Dan saya akan me'repeat' kembali percutian 2012! Err... istimewa sangat ke tempat tu sampai nak repeat lagi? Kalau ditanya pada saya, sudah tentu jawapannya YA! hiks. Tunggu ajelah apa GBS akan buat kali ni. Haha. 

Wishlist lain tu kita sendiri simpan ye ^_^

Apa-apapun selamat tahun baru 2013 semua!

6 comments:

  1. selamat tahun baru 2013 PM! semoga tahun ni mmbawa 1001 satu kemanisan dan kegembiraan hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru henry fox? err... masuk tahun baru namapun dah tukar ke? hehe

      btw, have a blessing 2013!

      Delete
  2. Happy New Year! Alhamdulillah, since dah berkesempatan ke Tanah Haram. Doakan kami pula. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year to u too

      Alhamdulillah, semasa di sana dulu, saya sentiasa doakan semua orang berpeluang ke sana nanti. InsyaAllah, sampai rezeki awak nanti ^_^

      Delete