Monday, January 07, 2013

Gunung Kidul Part lV : Caving in Goa Jomlang

Hari ketiga : 23/12/2012 : Ahad


Pagi yang cerah di kota Jogjakarta. Seawal 4.00 pg kami ber'3 sudah terjaga gara-gara alarm dari h/p yang saya dah set malam tadi. Serentak pulak kami bangun. Ada perkara yang mengganggu tidur masing-masing, risaukan Zilla yang khabarnya dijangka sampai pagi itu, Izza dengan kisah charger yang tak menjadi, Anne pulak dengan camera yang tak sempat charge. Sampaikan 'kekecohan' kami menimbulkan rasa tidak puas hati roommate baru kami tu. Alahai... bukan bising sangatpun, sampai nak sound orang. Dah buat bising masing-masing sambung tidur balik. 

Bangun pagi, bersiap solat dan mandi, bila turun di bawah, tengok Zilla dah selamat sampai. Alhamdulillah. 

Selamat pagi Jogja!
Setelah bersiap dan check out, sementara menunggu supir untuk bergerak ke Gua Jomblang, sempatlah kami bertukar cerita masing-masing walaupun sekejap aje. Trip kali ini, saya memang 100% menjadi pengikut, semua perancangan diuruskan oleh Zilla. *Thanks Zilla for an awesome trip!

Pukul 7.15 pg pak supir sampai untuk mengambil kami untuk ke Gua Jomblang. Tambang yang dikenakan ialah Rp250k/trip (pergi sahaja). Perjalanan ke Gua Jomblang mengambil masa hampir 2 jam. Perjalanan smooth je, traffic ok, keadaan jalanpun ok. Sepanjang jalan, pak supir ramah bercerita itu dan ini. Cuaca yang baik pada hari itu membolehkan kami melihat puncak Merapi dengan jelas sekali! Wah, melambai-lambai Merapi, apakan daya masa tak cukup nak ke sana. Kena repeat lagi la jawabnya ni. InsyaAllah, tahun ni panjang umur sampailah saya ke Jogja lagi....

Menaiki/melalui Bukit Bintang, jalan melalui lereng bukit yang agak bersimpang siur. Tapi mujur keadaan jalan sangat OK. Rasanya perjalanan ke Lake Toba, Medan lagi mencabar.
Kelihatan Gunung Merapi dari jauh. 
Sampai di simpang untuk ke Gua Jomblang, perjalanan menjadi sedikit sukar. Mobil pak supir terpaksa melalui jalan tak berturap dan berbatu. Maklumlah keadaan di sini masih alami dan terjaga. Macam kena vibrate kami dalam kereta. Haha. Di kiri kanan jalan, kelihatan kebun-kebun sayur menghijau. Menurut pak supir, Kawasan di sini antara kawasan yang kontang dan kering dan tiada hujan hampir sepanjang tahun. Sekarang sudah sampai musim hujan. Hujan telah menyuburkan kembali tanah-tanah di sini. Sebab itulah petani sudah mula sibuk membajak tanah dan ada yang sudah mula bercucuk tanam. 

Hampir 30 minit bermassage dalam mobil, kamipun sampai di Jomblang Resort. Memang lawa tempat ni. Udarapun nyaman. Selepas meletakkan beg, kami di bawa pak supir ke pintu gua. Melihat pintu gua yang seolah-olah 'ternganga' di depan mata, barulah terasa berdebar-debar. Bak kata Zilla, rama-rama dalam perut sudah menari-nari! 

Pintu masuk ke Gua Jomlang. 1'st time saya tengok pintu masuk gua ternganga macam ni.

Kelihatan peralatan untuk turun ke bawah sudah sedia menunggu kami. Beberapa pekerjapun dilihat sibuk memeriksa tali dan alatan lain. Kami dimaklumkan,'rombongan' kami akan disertai oleh 10 orang termasuk kami ber'4. Sementara menunggu 6 orang peserta yang belum sampai kami semua dijamu dengan teh jasmin. Uniknya teh ini diminum dengan gula batu. Tapi warnanya kuning, bukan putih. 

Sudah, meh layan gambar.

Teh jasmine dan gula batu ; minuman penenang hati sebelum masuk ke dalam gua.

Antara peralatan WAJIB yang diperlukan untuk turun ke ke dalam gua

Anne dan saya jadi orang pertama yang turun ke bawah. Mas Tawar menanti kami di bawah. Saya masih ingat, di saat hendak memulakan 'penurunan' memang berdebar-debar. Risau aje tali tak kuat! Haha. Tapi, bila menuruni ke bawah, perasaannya WOW!!! Cantik gila pemandangan! Kami berdua tak puas-puas berkata wow, sebab kagum sangat dengan pemandangan ciptaan Allah! Erm.. kalau gayat jangan pandang bawah ye.
[picture credit to Zilla]
Zilla dan Izza pula menyusul. Inilah cara kami di bawa turun setinggi hampir 60m ke bawah . Perasaannya BEST GILER! 
Bergerak menuruni bukit menuju ke pintu gua. Kami diiringi 2 orang guide yang mahir iaitu Mas Tawar dan Mas 'ayam' serta diikuti oleh 4 orang cowok dari Bandung
Turun lagi. Keadaan di dalam gua sangat gelap. Hanya lampu bercahaya malap yang dipasang di sekitar gua membantu kami berjalan.
Setelah berjalan 'dalam kegelapan' hampir 250meter, akhirnya baru nampak cahaya! Cahaya matahari yang menembusi lubang gua di Gua Grubug.
Pic 1 : cahaya malu-malu muncul
Pic 2 :  Tu dia ray of light yang baru muncul dari lubang di gua Grubug

BEEN THERE! [pic credit to Zilla]
Stalaktik dan stalagmite yang terbentuk dari tetesan air, usianya mencapai ratusan tahun untuk membentuk hingga ke saiz begini
Zoom dekat ; sekali tengok ada rupa batu karang, Brain coral yang terdapat di dasar laut. Dulu kawasan ini pernah ditenggelami air laut. Mungkin sebab itulah sekali tengok ada rupa batu karang.
Lama jugak kami di dalam gua sampaikan tak sedar masa bergerak pantas. Sebelum balik, kita berkelah dulu. Makan tengahari termasuk sekali dalam pakej disediakan oleh pihak penganjur. Nasi putih berlauk ayam dan kuah lemak memang sedap. Makan masa lapar memang sedap kan? Tapi serius, ayam goreng tu memang sedap! Selesai makan, kamipun bergerak untuk balik.

Pintu gua ; sekali lagi kami perlu panjat curam di pintu gua untuk naik semula ke atas 

Kalau turun 'tergantung', nak naik balikpun 'tergantung' la jawabnya cuma bezanya turun berdua, bila naik kena seorang diri. Mas 'ayam' minta peserta yang berat dahulu naik dan akhirnya sekali yang paling ringan. Makanya saya jadi orang terakhir yang ditarik naik ke atas. Saya rasa lagi enjoy turun berbanding naik, sebabnya bila ditarik naik, tali akan berpusing-pusing.. pening dowh!

Selamat sampai di atas, sebelum pulang sekali lagi kami dijamu teh jasmine. Di atas Mas Lilek dan Mas Mursidi sudah menunggu untuk membawa kami untuk aktiviti lain pula. Dengan pakaian yang basah selamba aje naik mobil.

Note :

  • Waktu terbaik melihat Ray of Light antara pukul 10.00 -12.00pm. 
  • Jumlah max untuk menerokai gua Jomblang adalah seramai 25 orang. Ia bertujuan menjaga kondisi gua, terutamanya Stalaktik dan stalagmite supaya tidak rosak.
  • Setakat ini, aktiviti ini diuruskan oleh Jomblang Resort sahaja. Berminat? Hubungi, Cahyo Alkantana di talian +62 811 117 010.
  • Harga yang dikenakan untuk caving di Gua Jomblang ialah sebanyak Rp450k/person

Info, ketik link di bawah :

~ bersambung untuk Tubing di Gua Pindul

No comments:

Post a Comment