Friday, January 04, 2013

Gunung Kidul Part lll : Ronda-ronda kota Jogjakarta (2)

* sambung lagi
* sampai part II, padahal setengah hari aje berjalannya. huhu

Hari kedua : 22/12/2012 : Sabtu

Selepas keluar dari Taman Sari destinasi seterusnya ialah Jalan Malioboro. Seperti biasa bila kami berjalan ramailah yang offer naik becak. Maaflah... kami dah serik kena tipu tadi, biarlah jalan jauh sikitpun, janji kami tak kena tipu lagi. haha. Berjalan di sepanjang jalan Malioboro, pelbagai gelagat, pemandangan dan aksi yang kita boleh perhatikan. Saya memang suka bab-bab memerhati tu, sebab tu selalu tertinggal di belakang. hihi. 

Jom layan gambar dulu.

Main catur : mungkin itu antara aktiviti sampingan sementara menunggu pelanggan 
Banyak juga kedai yang menjual burung, ayam di sepanjang jalan
Inilah rupa becak : antara pengangkutan yang ada di Jogja
Kereta kudapun ada, tapi tak pasti berapa bayaran yang dikenakan untuk menaikinya. Tak sampai hati nak naik bila tengok muka 'sedih' kuda. haishhh
Mau? Antara kedai yang menarik perhatian saya. Tapi dah tutup dah masa tu. 
Pic 1 : Pemandangan sepanjang jalan. Aman aje...
Pic 2 : Lorong-lorong di sepanjang jalan. Di dalamnya terdapat rumah penduduk di sini.

Jalan punya jalan, kami ternampak kedai menjual sate. Apa lagi, alang-alang tekak dah dahaga, kamipun singgah. Sedap aje nampak orang tu duk bakar sate. Macam-macam sate ada, sate ayam, kambing, ayam + kambing dan banyak lagi. Kalau nak order ikut set iaitu 1 set = 10 cucuk sate mengikut harga tertentu. Kami order sate ayam dan kambing dengan harga :

1 set sate ayam = Rp 10k
1 set sate kambing = Rp 15k
2 bungkus nasi himpit daun pisang (dipanggil lontong) = Rp 2k/bungkus 

Sate ayam dan kambing. Dua-dua sedap, tapi sate kambing rasa hamis kuat. Rasa sate ini lain sikit dari sate kita sebab dia bakar/rendam dengan kicap. 
Nasi himpitpun sedap, makan untuk ber-3 sangat kenyang!

Perut dah kenyang, kami teruskan misi utama nak ke Jalan Malioboro. Masa tu dah hampir gelap. Berjalan kaki di sekitar bandar Jogja ini pada saya masih selamat. Suasana tak sesibuk bandar-bandar besar. Dan jangan takut kalau tersalah jalan atau lost sebab kita tak akan sesat, sebab bandar ni bukan besar manapun. Pi mai, pi mai tang tu jugak. 

Ikut saja kaki berjalan

Akhirnya kami sampai di pusat bandar Jogja. Saya kira kawasan ini pusat bandar kot sebab ramai giler orang berkumpul kat sini. Tambah pulak masa tu musim libur. Memang ramai orang. Saya sendiri tak tahu apa yang mereka semua buat. Rata-rata ramai yang melepak sambil berbual-bual dengan teman-teman. Dah itu gaya mereka kot. Ada beberapa tempat menarik di sekitar ini seperti monumen, vredeburg, pejabat pos, keraton dan pasar malam. Tapi vredeburg dah tutup masa tu. Kami lalu depan ajelah. 

Kami hanya cuci mata di sini. Hujan dah mula turun. Kami terus menyusuri jalan Malioboro untuk ke pasar malam. Niat hati nak cari t-shirt atau souvenir tapi satu apapun tak beli sebab hujan dah makin lebat dan kami amik keputusan untuk berjalan balik ke hostel. Mujur ada rain coat, bolehlah jadi penyelamat daripada basah kuyup. Layan gambar lagi.

Monumen
Tak tahu apa simbolik patung ni. err... sekali pandang seksi pulak nampak. 
Benteng Vredeburg
Bangunan bank kalau tak silap
Pejabat post

Sampai-sampai je, hostel kami gelap, black out la pulak. Maka duduklah kami berbual-bual sementara 
elektrik pulih.

4 comments:

  1. Replies
    1. xpe zilla, nanti ada rezeki g sana lagi kita layan sate lagi eh

      * alasan utk repeat lagi! hoho

      Delete
  2. patung yang seksi tu unik ler, macam alien pun ada...ada sejarah tersendiri kot dekat situ, kalau tak, naper diorang letak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah orga, patung tu memang unik. kaki separuh dengan dipenuhi akar. Mungkin ada maksud tersirat di sebaliknya kot. atau ia sekadar simbolik utk jogja. Rasanya mcm xde nama atau apa2 penerangan kat patung tu. Atau mungkin saya yg terlepas pandang. huhu

      apapun Jogja memang bandar yg menarik dan aman!

      Delete