* Lepas balik dari berbasikal, kami balik ke hostel, simpan basikal dan kononnya nak tengok show malam ni. Tapi full house la pulak. Jadinya alang-alang perut dah lapar jom kita pi makan dulu.
Kalau tahun lepas masa kami datang ke Yangshuo, kami terpaksa pack makanan dari Guilin dan minta pihak hotel di Yangshuo panaskan lauk-pauk/nasi yang kami bawa sebab hotel tak sediakan masakan halal. Itupun semua makanan kena angkut ke bilik atas sebab-sebab halalan toyyiban. Tapi tu cerita tahun lepas, tahun ni dah ada restoran halal kat Yangshuo tau. Strategik pulak tu tempatnya. Lokasinya betul-betul di depan stesen bus Yangshuo. Kalau dari stesen bus, lintas jalan je mesti akan nampak restoran halal ni - di Pantao Road (jalan utama di Yangshuo).
Menu utama restoran ni ialah mee tarik. Tapi kalau nak makan nasi dengan lauk dan nasi gorengpun ada. Pilih saja menu yang ada di dinding, tak sampai 15 minit makanan siap. Sepanjang kami kat Yangshuo, 2 kali jugak kami singgah makan kat sini. Rate makanan untuk 5 orang lebih kurang 100-120yuan (Rm50-60). Tengoklah menu apa yang kami makan.
Rupa kedai mee tarik di Yangshuo. Kat depan tu ada meja untuk buat mee tarik dan terus masak kat situ jugak. Memang fresh mee dia. |
Menu pulak terpampang kat dinding, tunjuk saja apa yang berkenan. |
Ni lah rupa mee tarik yang baru 'ditarik' - lepas tu celur mee kat depan kedai. Sempoi gila. hehe. |
Mee tarik yang dimasak dengan 2 cara iaitu sup dan digoreng. Dua-dua sedap.
Menu kegemaran cik bunga - nasi goreng dan ayam goreng berempah. Rasa ayam ni lebih kurang rasa daging kambing - order sebab salah seorang daripada kami tak makan daging.
Ni pulak menu esoknya.
Sebenarnya bukan 2 menu saja yang kami order. Sate kambing tu kami order jugak.
Ok, tu saja entry pendek pasal makanan halal di Yangshuo. Kalau sesiapa yang berpeluang ke sini jangan lupa cuba ye. Ikutlah macam kami, sakit belakang galas makanan dari Malaya, alih-alih bila nak balik banyak yang kami 'sedekah'kan kat hostel. Hahaha. Tu semua penangan restoran mee tarik! (alasan)
wauuu terliur lak hehehe
ReplyDeletehehehe... saja nak bagi maya terliur. hehehe
DeleteMak aihh....sedap-sedapnya...lepas ni kalau nk ke sana JM tak nak lagi bwk bekalan heeeee
ReplyDeletebetul tu JM.. buat berat beg je bawak bekalan berat2 ni JM. hahaha
Deletenak tergelak baca entry awak 'trip selekeh' hehehe
ReplyDeletesy ada gak wat trip bersamamu pasal xbape ada bajet kan... :)
salam kenal...lompat2 cari info terlompat sini :)
trip ni memang trip selekeh emy. hehehe
Deletetrip bersamamu???
salam kenal, selamat singgah dan membaca ye :)
Hai..sronok baca entry u..boleh x u suggestkn hotel yg boleh jln kaki je ke halal restoran nie...nk yg dekat sbb bawak ank2 umur 2 n 3 thn.
ReplyDeleteRosze intan, Halal restoran ni di Yangshuo. Since restoran ni dekat dgn bus station (betul2 depan bus station, lintas jalan je), saya suggest cuba cari hotel dekat2 dengan bus station. Cuba tgk kat booking.com, cthnya mcm Yangshuo Morning Sun Hotel, West Street Vista HOtel, Yangshuo Rosewood Inn - tu antara hotel yg berdekatan dgn but station. Rasanya hotel2 ni sesuai untuk family :)
DeleteKalau di bandar Guilin, 1'st time g dulu saya menginap kat Ah Hua Hotel - dekat dgn muslim restoran.