Followers

Tuesday, April 23, 2013

TRIP SELEKEH (7) : Berbasikal keliling Yangshuo

* tajuk entry bukan main lagi berbasikal keliling Yangshuo... tapi sebenarnya tak sampai 20km pun. huhu

Lepas solat, bersiap kami berdua turun bawah. Sementara menunggu 3 lagi yang belum turun sempat jugak tanya pekerja hostel route untuk berbasikal. Walaupun dalam 'buku hikmah' dah ada peta untuk berbasikal di Yangshuo, saya jadi kurang yakin. Tak tahu kenapa. Haha. Bersungguh-sungguh pekerja hostel duk terangkan jalan mana yang patut kami lalu. Surprisingly her english was good! Lepas semua dah ready, kami sewa basikal dengan hostel 10yuan/day. Kebetulan tinggal 5 buah basikal je, cukup-cukup untuk kami ber'5. Warna pink tu. Haha. Comey ok!

Keluar dari lorong hostel kami belok kanan melalui deretan kedai/bangunan di kiri dan kanan jalan. Kayuhan (bunyi macam hebak je kan?) kami bermula dari Pantao Road, lalu depan bus station kemudian lalu West street hingga jumpa round-bout yang besor! Lepas round-bout kami ikut jalan ke Moonhill. Lepas tu kayuh je la basikal tu sejauh mana yang korang mampu. Jangan lupa balik ke pangkal jalan sudah. haha. Boleh rujuk peta kat bawah ni kot-kot ada sesiapa yang nak berbasikal di Yangshuo bolehlah dijadikan rujukan.

Kami pilih jalan ke Moonhill sebab route tu santai sikit dan banyak tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan nanti. Lagipun kami ada masa setengah hari je nak berbasikal. Kalau dapat sehari confirm kami pilih route ke Xingping/Fuli (berangan) - source of map
Jom!! 
Pemandangan bandar Yangshuo. Sejuk time ni. Tapi boleh pulak saya pakai seluar trek je. haish!!!


Aksi mereka dengan basikal masing-masing. Mula-mula gerak kami agak clueless jalan mana yang nak dituju. Kejap-kejap berenti tengok map. Lama-lama bosan tengok map, kami ikut je pelancong lain yang berbasikal tu. Nasib baik betul route yang kami pilih. Cuaca petang tu agak sejuk, berangin dan redup - memang sesuai nak berbasikal. Tapi tengah jalan hujan rintik-rintik, kami berhenti pakai poncho dan teruskan perjalanan. 

Ni dia round-bout yang besor tu. Kena melintas dengan berhemah untuk elakkan daripada 'terkejut' akibat dihon bertalu-talu oleh pemandu kereta/motosikal/kenderaan lain. 
Antara tempat-tempat menarik di sepanjang jalan. Boleh singgah kalau rasa nak melawat, tapi HARUS DIINGAT ye.. semua tempat-tempat macam di Guilin/Yangshuo dan China amnya semuanya BERBAYAR tau. So, pandai-pandailah pilih mana tempat yang nak masuk sebab kadang-kadang tempat-tempat tu indah khabar daru rupa. 
Sepanjang jalan. Trek berbasikal disediakan di kiri dan kanan jalan untuk kemudahan penduduk/pelancong. Lagipun majoriti penduduk di sini berbasikal dan aktiviti berbasikal antara aktiviti WAJIB kalau ke Yangshuo. Jangan tak cuba ye!
Berhenti kejap atas jambatan - pemandangan dari Li River memang lawa. 


Sepanjang jalan kiri kanan jalan dikelilingi bukit bukau. Kira tak bosan mata, ada je benda nak tengok - semuanya hijau! Antara tempat-tempat tarikan pelancong - Assembling Dragon Cave (gua yang ada pelbagai bentuk batu dan dihiasi lampu-lampu berwarna-warni. Mostly kat Guilin/Yangshuo ada banyak gua-gua macam tu. eh, kat Malayapun ada la.. silalah pergi Gua tempurung. hehe ) dan Butterfly Spring - dua-dua tempat ni kami lalu saja. Sebab kami ada agenda yang lagi BEST!

Selepas dirasakan agak jauh mengayuh (er.. kaki dah lenguh sebenarnya), kami patah balik, tapi sebelum balik, niat hati nak singgah beli strawberry kat gerai-gerai tepi jalan. Tapi bila tengok kebun strawberry, geram pulak rasa nak pertik sendiri (sayalah tu). 

Mulanya saja nak masuk lorong kebun strawberry sebab nak ambil gambar bukit yang lawa kat belakang. Kamipun singgah mintak izin dengan makcik yang tengah jual strawberry kat tepi jalan untuk melalui lorong di kebunnya.  Mujur makcik tu izinkan. Bila nak keluar, saja-saja bertanya boleh ke kalau nak petik sendiri? Dengan senang hati makcik tu mengangguk! 

Apa lagi kawam-kawam... jom kita petik strawberry!

Inilah kebun strawberry yang 'dikerjakan' oleh kami ber'5. Nasib baik makcik tu tak marah. Masa kami lalu boleh nampak kebun strwberry yang terbentang luas. Beza sikit dengan di Malaysia. Kalau kat CH, biasanya strawberry di tanam dalam pasu tanah dan diletak atas para tapi strawberry kat sini tanam atas batas terus. Cuma setiap pokok akan ditutupi dengan plastik, mungkin tujuannya untuk elakkan serangan serangga atau elakkan air hujan terkena terus pada buah kot - tu anggapan saya je.

Kami heret basikal sampai ke kebun, parking basikal dan bersiap nak masuk kebun. Eh, camne nak masuk? Kotorlah kasut kita nanti... Tiba-tiba makcik tu hulur plastik. Dia buat gaya 'sarung kaki dalam plastik' - bagus makcik ni memahami kehendak pelanggan.

Sebelum masuk 'ladang' kita possing dulu. Meh makcik kita ambik gambar sekali. Ketawa besar makcik tu bila kami ambil dia ambil gambar kaki. Dalam hati mesti makcik tu terpikir budak-budak ni tak betul agaknya. (boot biru tu makcik tu punya) 

Lepas tu laju saja kami ber'5 petik strawberry. Bayangkan kebun sebesar-besar alam kami ber'5 yang punya! Punyalah excited masing-masing. Sambil-sambil petik strawberry, sempat jugak 'curik-curik' makan. Laju je makcik tu kata.. bu yao.. bu yao... chong cheng... chong cheng... Makcik tu tak kasi kami makan ok! Lepas timbang dan bayar baru boleh makan. Tapi bila tengok makcik tu tak ada, kami curik-curik makan! Hahaha. Kang nanti kita bayar lebih kat makcik tu sebab kita dah makan awal-awal. Boleh gitu?

Tengah kami duk sibuk petik strawberry (buat macam kebun sendiri), ramai pulak orang yang singgah - nak rasa petik strawberry macam kami jugak. Senyum meleret makcik tu sebab jualan dia masyuk hari ni. Rezeki dia kan?

Sekarang musim strawberry di Yangshuo. Kalau datang musim bunga jangan lupa singgah ke kebun strawberry, petik dan rasa sendiri kemanisan buahnya. Memang terbaiklah!
Hasil kutipan kami ber'5 - Bila timbang semuanya lebih 2 kg! Cuak masing-masing macamana nak habiskan 2 kg strawberry. Tapi jangan terkejut... kami dapat habiskan semuanya dalam sekelip mata! haha. Harga per/kg ialah 20yuan (RM10). 


Hasil kami! Lepas bayar je terus semua ngap! Dan dan tu jugak makan. TAK BASUH pulak tu! Adeh.. Dah habis makan barulah tersedar. Patutlah rasa sedap dan manis je... eeiii... Kita ni duk kata diorang pengotor.. b***k tak basuh. Kita ni lagi pengotor tau! - masing-masing duk mengata semasa sendiri.

Tok Ti pun tak pernah makan strawberry dengan coklat kat Yangshuo tau. Haha
Dah, jom kita balik!
Dalam perjalanan balik, sekali lagi kami melintasi jambatan, tiba-tiba ternampak taman dan sebatang pokok berbunga pink di tepi Li River. Lawa view dari situ. Terus kami patah balik. Layan view kejap dan seperti biasa wajib ambil gambar dan 'lompat bintang'. Aksi wajib GBS ni. Haha. Kalau kat tempat orang memang 'tak tahu malu' kan? Agak-agak kalau kat sini nak ke buat aksi macam tu? er.... tak kot!

Lawa pulak bila basikal pink bertemu bunga pink kan?
Anggap je la bunga-bunga ni cherry blossom. huwaaa
~ bersambung

10 comments:

  1. mmg kena sgt 'cherry blossom' dgn basikal tu, pm hehehe..

    *sentap tok ti tgk korang gambar stoberi tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cherry blossom tiruan. *nanges

      padahal kan, tok ti tak heran pun kan zilla. hahaha

      Delete
  2. Comelnya basikal All in Pink Colour giteww

    Mana datang coklat tue..sekali pandang mcm pacat or lintah kekenyangan..dua kali pandang..cokelat rupanya..."matilah"

    ReplyDelete
    Replies
    1. coklat tu kami bawak dari Malaya JM. choki-choki namanya. biasalah Jm ktorg ni stok-stok kanak-kanak ribena (walaupun hakikatnya dah tua), kalau g mana2 choki-choki tu dah jadi barang WAJIB kat berjalan.

      lintah kekenyangan? oh no!!

      Delete
  3. comel pulak bila bakul basikal kt blkg cenggitu...
    coklat tu patut buat bentuk reben, baru tok ti jeles.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan anne! kat china ni macam2 benda unik boleh jumpa. contohnya kat sana kalau naik motorsikal confirm tak basah sebab kat motor diaorg ada payung!!!

      coklat tu tak sempat nak buat bentuk riben anne, dah masuk perut. how? hehe

      Delete
    2. wah, bagus tu.. kalau kat sini belum pape mesti payung tu dah patah riuk, sebabnya menyelit selah2 kete...

      Delete
  4. aku pun mati-matian ingat bunga pink tu bunga sakura, bukan ek...beskal kaler lain takder ke pm? camno aku nak naik kalau datang sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orga, bunga sakura lawo lagi. bunga pink tu kat putrajaya pun ada rasanya. tapi bila kat sana, kena plak cuaca sejuk bunga tai* ayam pun jadi lawo kot. haha

      beskal pink tu sesuai utk wife ko je orga. hehe. byk pilihan basikal sebenarnya. boleh pilih. agak2 nak kayuh laju-laju boleh sewa basikal ala-ala lerun, tapi harga mahal sikit 25yuan/day

      Delete