Lepas aktiviti mengeram telur penyu dan kemudian masing-masing terjun laut, kami bersiap-siap untuk bertolak balik.
Lepas kemas chalet, ucapkan terima kasih pada 'penaja' penginapan, sebelum balik kita bergambar dulu. Macam biasa, gambar wajib - gambar melompat adalah kemestian. Tapi biarlah gambar-gambar tu saya simpan je, maklumlah kerana gambar itu saya ditegur secara terang-terangan oleh seseorang. Haishh! Sentap sampai hari ni. Haha. Erm.. tak salah nak menegur, tapi biarlah dengan cara yang beradab, ini tidak cara menegur lebih kepada memalukan orang. Pengajaran untuk diri sendiri dan semua... kalau nak tegur orang, belajar dulu cara RasulAllah menegur umatnya - silap-silap haribulan niat nak dapat pahala, tapi dosa yang ditempah! Ok dah melalut... sentap punya pasal. haha
Cerita tak banyakpun, layan gambar saja la ye...
Harap-harap suatu hari yang lain akan sampai ke pulau ini lagi
Candid pic - tak boleh tayang gambar melompat kita tayang aje gambar ni. hiks
Bot yang banyak berjasa sepanjang kami di Pulau Redang.
Selamat tinggal Pulau Mat Kepit, panjang umur kita jumpa lagi!
Lepas 30 minit naik bot, kami sampai di jeti Kampung Redang. Kami akan naik feri untuk balik ke jeti Syahbandar di sini. Dan sampailah masa untuk ucapkan selamat jalan dan terima kasih pada sahabat saya tu sebab dia akan balik ke Kuala Terengganu dengan bot jabatannya.
Feri balik ke jeti Syahbandar - tak lamapun menunggu, feri pun sampai.
Tiket kami - harga tiket ini hanya untuk yang 'istimewa' macam kami je, hehe. Harga asal macam yang saya pernah ceritakan dalam entry sebelum ni iaitu RM35 (untuk orang Ganu) dan RM55 (untuk orang Malaya/pelancong). Sekali lagi terima kasih 'penaja'!
Naik feri - free seating, dan perjalanan balik ke jeti Syahbandar mengambil masa hampir 2 jam. Niat hati nak tido, tapi disebabkan tersilap pilih seat - duduk depan aircond yang sejuk gila, kami semua menggigil hingga sampai ke jeti. Maklumlah lemak tak banyak. haha
Sampai di jeti Syahbandar, dengan masa singkat yang masih berbaki, kami singgah ke Pasar Kedai Payang sekejap. Cuci mata sekejap, dan kalau ada sesiapa yang berhajat nak memborong di sinilah tempatnya.
Pemandangan pasar kedai payang dari atas - bangunan lama pasar kedai payang yang katanya akan dirobohkan tak lama lagi dan telah diganti dengan bangunan baru untuk pasar ini.
Bangunan baru (bangunan tinggi yang warna putih) yang dibina di depan tapak asal pasar kedai payang
Bandar Kuala Terengganu - dari jauh nampak bangunan paling tinggi di Kuala Terengganu - bangunan Wisma Darul Iman. Ini saja bangunan yang paling tinggi di Kuala Terengganu. Tak apalah, tetap KT tampak gah di mata saya. Haha.
Lepas beli barang-barang di Pasar Besar Kedai Payang, kami bertolak balik ke rumah saya. Balik mandi dan bersihkan diri dulu sebab petang tu kami nak ke laut pulak iaitu mencandat sotong!
Pagi yang indah di Pulau Mat Kepit. Walaupun tido kami terganggu kerana hujan yang tak berapa nak lebat tapi gigih masing-masing bergegas ke chalet dan sambung tido balik! Dahlah jumlah penghuni yang mengalahkan 'sardin'. Tapi tetap lena sampai ke pagi sampai subuh gajah! 6.40am, baru saya terhegeh-hegeh bangun, itupun puaslah pusing kiri, pusing kanan barulah dapat keluar. Haha. Nasib baik tido tepi pintu - senang nak keluar.
Selamat pagi dunia! Asyiknya kalau hari-hari bangun pagi, keluar bilik nampak laut terbentang depan mata!
Alang-alang dah bangun awal, kami terus masuk dapur, kelentang kelentung, siap nasi goreng. Er... saya tolong goreng keropok je. Haha. Pagi itu sarapan pagi nasi goreng cina dan nasi goreng biasa dengan keropok keping bersama teh panas. Kenyang!
Hari ini kami akan berangkat balik ke Kuala Terengganu. Feri kami bergerak pukul 1.00pm, jadi masih ada masa di sini. Apa yang kami buat pagi ini? Jom kita ronda-ronda sekitar pulau :)
Air laut baru nak pasang
Seronok je masing-masing main air
Ini bekas tapak kaki penyu yang naik bertelur semalam
Saya tengok pakcik (alamak lupa nama) selaku ketua di pulau itu sedang memeriksa sarang penyu yang bertelur semalam. Dia sedang mengambil ukuran jarak sarang dalam bentuk horizontal dan vertikal. Sempat jugak saya turut sama jadi pembantu pakcik mencatat jarak sarang, tarikh/hari dan waktu bertelur di dalam buku log. Semua data-data ini penting untuk penyelidikan mereka. (gambar tak ada sebab leka sangat menolong pakcik. hehe.
Dari jauh pula kelihatan staff sedang sibuk menggali lubang. Nak eram telur penyu yang bertelur dari pantai sebelah pulau ini. Pantai di sana tidak luas, apabila air pasang, seluruh kawasan berpasir akan dipenuhi oleh air - ini akan menyebabkan telur rosak sekiranya tidak dialih ke tempat yang lebih selamat. Tapi kawasan tersebut tetap dinaiki oleh ibu penyu yang singgah bertelur pada waktu malam iaitu semasa air surut. Jadi semua telur-telur di situ dipindahkan di Pulau Mat Kepit dan sebolehnya dia dieramkan secepat mungkin bagi mengelakkan telur rosak.
Inilah rupa telur penyu, saiznya sebesar bola ping pong
zoom sikit!
Staff sedang menggali sarang untuk mengeram telur. Lubang yan digali seakan-akan bentuk sarang asal yang digali ibu penyu - bentuk macam labu air. Ia untuk pastikan telur-telur menetas dengan sempurna nanti. Selepas keluarkan sarang dari baldi/tempat simpanan sementara, telur mampu bertahan hanya 3 jam, kalau tak nanti telur tak menetas.
Mereka cuba memasukkan telur ke dalam sarang yang suda siap. Oh ya, nak masukkan telurpun ada cara tau. Telur kena dipegang dan tak boleh golek-golekkan - jadi kena pastikan permukaan atas sentiasa berada di atas sebab permukaan atas telur adalah kepala anak penyu. Jadi kalau golek-golek ke bawah, nanti kesian anak penyu menetas dan nak keluar dari lubang susah sebab kepala dah terletak di bawah. Bila difikir-fikir unik betul rahsia alam ni. Setiap sesuatu yang dicipta ada sebab dan musabab yang tersendiri.
Telur penyu yang telah selamat dimasukkan ke dalam sarang. Tinggal kambus lubangnya dan jangan lupa pacakkan kayu serta tarikh bila penyu bertelur - jadi melalui tarikh penyu bertelur, kita boleh anggarkan bila anak-anak penyu ini akan menetas.
Lepas eram telur penyu, masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Ada yang layan perasaan atas batu, ada yang sambung tido dan ada jugak yang terjun laut untuk kali kedua. Pemandangan di bawah laut di sini tak kurang cantiknya juga tau - macam dalam akuarium! Sementara tu layan je lah gambar yang ada.
Air semakin pasang
Hampir separuh dari pantai sudah dipenuhi air, tinggal kawasan yang ada sarang penyu je masih selamat dari terkena air laut
Kolam air terjun juga dah dimasuki air laut. Di dalam sana terdapat ir terjun, rasa airnya sedikit payau (air tawar + air masin)
Tempat pertembungan laut dan kolam air terjun - pun dah dipenuhi air
Kali ni saya just nak highlight tentang Blue Lake a.k.a Tasik Biru yang terdapat di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong atau nama senangnya Bukit Puchong. Sebenarnya sebelum ni dah beberapa kali panjat bukit ni dan sudah pernah sampai di Tasik Biru sekali, tapi kali ni jadi tourist guide pulak. Haha. Entry full boleh rujuk link XPDC Bukit Puchong. Mana tau kot-kot lepas tengok gambar air Tasik Biru yang menawan ni ada yang berminat nak terjah ke sini kan?
Entry malas, jadi layan gambar saja ye.
Papan tanda ni dah jatuh menyembah bumi, dan diganti dengan papan tanda baru, tetap papan tanda ini yang menarik hati!
Tasik Biru - kami orang pertama yang sampai ke sini pagi itu, lepas tu barulah ada beberapa group lain yang joint sekali. Airnya, sejuk sampai ke tulang!
Jernih betul air di sini. Siap ada sessi memberi ikan makan lagi (macam kat pulau pulak).
Air terjun ni sangat dalam tau, jadi kalau tak pandai berenang, jangan cuba-cuba pergi ke kawasan dalam sebab di dasar tasik ini seperti ada gua yang dalam, bahaya! Mungkin sebab itulah pihak UPM dan Jabatan Perhutanan mengeluarkan notis larangan mandi di sini.
Dari bahagian atas - di atasnya air terjun ada takungan air macam kolam. Airnya jernih, dan tak berapa dalam - sangat sesuai untuk orang yang tak pandai bereneng.
Amacam, terliur tak nak terjun? haha
Sebenarnya kalau kita naik ke atas lagi, masih banyak lagi air terjun yang terdapat di atas sana. Masa saya datang sini kali pertama dulu, kami explore sampai ke atas. Ada kolam yang sangat cantik kat atas tu dan puaslah kami berendam. Tapi kata seorang pelawat yang datang ke situ, kalau naik sampai ke atas, akan jumpa satu lagi air terjun yang cantik tapi AWAS, kawasan itu bahaya sebab macam sarang anaconda!!
~ jerebu makin teruk, masuk hutanpun masih terhidu bau asap. Harap-harap cepatlah jerebu hilang, kesian paru-paru kita terpaksa berkerja keras menapis udara kotor...
* meminjam tajuk entryanne:)
* entry ni sangat panjang, jadi harap baca dengan tabah
Typo - bukan MAK tapi ejaannya ialah MAT. Patutlah bila tanya pakcik Google dia 'geleng' kepala.
Hampir 15 minit naik bot laju dari Taman Laut Pulau Redang, kami selamat sampai di Pulau Mat Kepit - merupakan salah sebuah pulau pendaratan penyu bertelur dan semua pengurusan adalah dibawah Jabatan Perikanan. Pulau ini sebenarnya tidak dibuka untuk orang ramai untuk kekalkan keaslian tempat ini terutamanya semasa musim penyu bertelur. Kiranya nasib kami baik sebab ada jugak peluang ke sini kan? hehe.
Info : beberapa tahun kebelakangan ni, Pulau Mat Kepit mencatat kadar pendaratan penyu tertinggi di Semenanjung Malaysia, dengan purata pendaratan penyu ialah sebanyak 4-10 ekor/malam.
Kali ke-3 kunjangan saya ke pulau ini, itupun selepas hampir 9 tahun semasa praktikal dulu - tempat ni tak banyak berubah, air terjun masih ada, pokok di depan pondok masih ada cuma buainya sudah lenyap dan beberapa chalet baru untuk staff juga di bina. Oh ya, chalet kayu masa saya datang dulu dah hampir roboh. huhu.
Sampai di sini, kami diberi taklimat ringkas dari pegawai yang bertugas. Antara perkara yang perlu kami patuhi ialah :
tidak boleh menggunakan lampu picit di malam hari - sebab lampu picit akan mengganggu penyu yang hendak naik bertelur,
tak boleh bising-bising
kena pakai baju gelap - baju cerah akan menakutkan penyu (tapi malam tu bulan mengambang, jadi pakai baju cerah lebih sesuai daripada baju gelap.
Lepas dengar taklimat, masing-masing masuk mandi. Disebabkan saya orang pertama yang siap mandi, lepas mandi sajalah tunjuk muka di dapur, joint makcik-makcik dari Kelab Pencinta Penyu Rantau Abang (CITRA). Beramas mesra lebih kurang, tolong apa-apa yang patut, saya mintak diri, saje nak berjalan di pantai.
Pantai Mat Kepit yang mendamaikan.
Pasir memutih di sepanjang pantai dan itulah bot laju yang membawa kami sampai ke sini!
Kayu-kayu yang dipacak ialah sarang telur penyu, semuanya dieram di tepi pantai dan setiap sarang direkodkan dan diletak tag tarikh penyu bertelur
Matahari malu-malu terbenam. Air dah mula surut - nampak semua batu-batu di tepi pantai
Makan malam seawal jam 7.00pm - santai je, ambil makanan dan makanlah di mana-mana. Sebenarnya ada je meja kat dapur tu, tapi diorang ni saje nak layan view laut sambil makan. Boleh? hehe
Hari makin gelap, elok lepas makan suasana di Pulau Mat Kepit makin suram dan gelap. Kami bersiap-siap solat maghrib dulu dan kemudian masing-masing berkumpul di pantai sambil makan coki-coki dan kudapan. Masa ni keadaan di sekitar pulau dah gelap gelita, semua lampu baik lampu chalet atau lampu picit mesti dipadamkan. Lagipun generator akan ditutup waktu malam hingga pagi esoknya bagi mengelakkan bunyi generator mengganggu ibu-ibu penyu yang hendak naik bertelur. Jadinya keadaan di pulau waktu malam macam tak ada orang!
Di sini terdapat 2 buah chalet, satu chalet untuk perempuan dan satu lagi untuk lelaki. Seperti biasa perempuan mesti mendominasi rombongan, tak silap saya ada lebih kurang 16 orang, tapi chalet yang tersedia (lengkap dengan katil, bilik air dan sofa di dalamnya) tak mampu nak tambung kami yang 16 orang ni dalam satu masa yang sama. Mujur jugak saya dah pesan kat kawan-kawan supaya bawak sleeping bed - sebab malam ni kami akan tidur berlantaikan pasir dan berbumbungkan langit!
Bulan mengambang penuh malam ini - sekitar kawasan pantai cerah disebabkan cahaya dari bulan
Lebih kurang pukul 9.00pm, dah puas melepak di pantai, masing-masing angkut tikar dan sleeping bed di kawasan lapang. Mata dah mengantuk!! Orang lain sibuk bergelak tawa, saya dan beberapa rakan yang lain sibuk duk hampar tikar, siap dengan selimut tu. Malam ini kami tidur di tepi pantai.
Hampir terlelap tiba-tiba ada staff yang bertugas datang kejutkan kami, katanya ada satu sarang menetas dan anak-anak penyu akan keluar dari sarang tak lama lagi. Apa lagi, mana boleh lepaskan peluang keemasan tu kan? Dalam mamai, laju je masing-masing bangun - teruja nak tengok anak penyu yang comel!
Anak-anak penyu yang baru keluar dari sarangnya - welcome to the world baby turtles!
Jom layan video amatur kami lepaskan anak-anak penyu ke laut!
Fakta tentang anak penyu :
Di pantai Mat Kepit, Pulau Redang, Terengganu waktu pelepasan anak penyu tidak sesuai antara jam 7.00 malam hingga 11.00 malam kerana ia adalah waktu makan bagi ikan yu. Boleh rujuk di laporan INI
Jantina anak penyu bergantung pada sarang di mana ibunya bertelur, jika di kawasan lapang jantina anak penyu ialah betina, dan jika di kawasan teduh/bawah pokok jantina anak penyu ialah jantan. Satu sarang akan menghasilkan jantina penyu yang sama.
Jangkamasa penetasan penyu bergantung pada jantina - betina : 40-50 hari dan jantan : 50-60 hari.
Anak penyu yang telah menetas mengambil masa lebih beberapa hari untuk keluar dari sarang.
Anak penyu yang baru keluar dari sarang sangat sensitif pada cahaya.
% anak penyu yang hidup selepas menetas dan dilepaskan ke laut (dari satu sarang) ialah 10% sahaja. Selebihnya mati akibat pencemaran atau menjadi mangsa yu.
Elok saja anak-anak penyu tu selamat masuk dalam air, dari kejauhan dah nampak air laut seperti berombak / bergelora. Itu tandanya ada yu sudah menanti anak-anak penyu tu. Siap nampak sirip yu tu! Serius tak tipu! Hukum alam, ada mangsa dan pemangsa kan?
Fakta penyu :
Ada 4 jenis penyu yang biasa/sering mendarat di perairan Malaysia :
Penyu Belimbing - penyu paling besar, hanya mendapat di pantai-pantai Terengganu iaitu Rantau Abang. Tapi sekarang penyu ini dah diancam kepupusan
Penyu Agar (Green Turtle) - spesis yang biasa naik untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia, etc : Rantau Abang, Pantai Chendor, Pahang, Pulau Perhentian, Pulau Redang, Perairan Sabah, Pulau Satang, Segari, Perak, Pantai Kerachut, Pulau Pinang.
Penyu Karah aka penyu sisik
Penyu Lipas - spesis penyu yang bersaiz paling kecil.
Lagi info details tentang jenis-jenis penyu boleh baca di SINI
Fakta unik tentang penyu :
Penyu ialah haiwan yang sangat setia - seperti kata pepatah sireh pulang ke gagang, walau bertahun-tahun berhijrah ke merata lautan, bila sampai masa matting dan bertelur, mereka akan balik ke tempat asal di mana mereka menetas. Ini salah satu rahsia alam yang sehingga hari ini tak mampu diungkap oleh pengkaji. Tapi itulah kuasa Allah!
Musim penyu bertelur ialah sekitar bulan Mac hingga September
Penyu betina yang ingin bertelur, akan naik ke pantai pada waktu malam di mana pantai itu ialah tempat ia menetas dahulu. Proses bertelur mengambil masa sehingga 3 jam iaitu bermula naik ke pantai, mencari lokasi yang strategik untuk bertelur, 'mandi pasir', bertelur hinggalah mengambus kembali sarangnya dan kembali ke pantai semula.
Kedalaman sarang yang digali purata 60 cm dan seekor penyu mampu bertelur 70-120 biji dalam satu masa.
Seekor ibu penyu mengambil masa 8-10 hari untuk naik semula dan bertelur di pantai yang sama - dalam satu musim penyu bertelur, ibu penyu akan bertelur beberapa kali.
Fakta tentang penyu boleh baca di SINI dan boleh juga baca laporan tentang penyu dari TUMEC
Selepas lepaskan anak penyu, kami semua sambung tido. Hampir tengah malam sekali lagi kami dikejutkan sebab dah ada penyu naik dan sedang berterlur. Apa lagi jom kita tengok penyu bertelur!
Ibu penyu sedang bertelur, ibu pertama yang naik bertelur lebih 100 biji.
Gambar 1 : Tag pengenalan penyu - bagi penyu yang naik bertelur, staff bertugas akan check di kaki penyu samada ada tag atau tidak. Kalau penyu yang tak ada tag, mereka akan pasang tag. Tujuannya untuk kenalpasti penyu dan juga untuk tujuan kajian/penyelidikan.
Gambar 2 : Teritip di belakang penyu - teritip ni kalau dibiarkan hidup di belakang penyu akan menyebabkan karapas/kulit penyu buruk dan sakit, jadi kena buang. Setiap kali ada penyu yang naik bertelur, staff akan check juga.
Ibu penyu ni dah siap bertelur dan dengan mengambus sarangnya. Ini merupakan penyu Agar. Kualiti gambar tak berapa lawa sebab tak boleh guna flash
Excited masing-masing nak bergambar dengan penyu walaupun gambar tak berapa nak cun. Hahaha
Sayu tengok mata ibu penyu tu - mesti ia sedih nak tinggalkan telur-telurnya...
* Malam tu ada 4 ekor penyu naik bertelur - kami dapat tengok 2 ekor penyu, 2 ekor lagi kami tengok dalam mimpi.
* Malam itu juga berpeluang tengok dua sarang anak penyu menetas dan berlari-lari ke pantai.
Puas dapat tengok penyu bertelur, masing-masing layan tido balik. haha
Inilah 'istana hinggap' kami malam tu.
Hampir subuh kami dikejutkan sebab hujan dah mula turun. Masing-masing angkut tikar dan sleeping bed dan masuk ke chalet. Macam saya bagitau tadi, chalet kami tu comel aje, tapi kami 16 orang semuanya. Kelakar betul bila ingat balik moment dalam bilik. Elok saja masing-masing carik tempat tido dan sambung tido sampai ke subuh. Saya dan anne, elok je tido depan pintu dan yang paling kelakar siap ada yang tido di beranda chalet. Haha. Kenangan tu!