Friday, June 21, 2013

Trip Sempoi Ganu Kite : Part 4 - Penyu menangis di Pulau Mat Kepit

* meminjam tajuk entry anne :)
* entry ni sangat panjang, jadi harap baca dengan tabah

Typo - bukan MAK tapi ejaannya ialah MAT. Patutlah bila tanya pakcik Google dia 'geleng' kepala.

Hampir 15 minit naik bot laju dari Taman Laut Pulau Redang, kami selamat sampai di Pulau Mat Kepit - merupakan salah sebuah pulau pendaratan penyu bertelur dan semua pengurusan adalah dibawah Jabatan Perikanan. Pulau ini sebenarnya tidak dibuka untuk orang ramai untuk kekalkan keaslian tempat ini terutamanya semasa musim penyu bertelur. Kiranya nasib kami baik sebab ada jugak peluang ke sini kan? hehe. 

Info : beberapa tahun kebelakangan ni, Pulau Mat Kepit mencatat kadar pendaratan penyu tertinggi di Semenanjung Malaysia, dengan purata pendaratan penyu ialah sebanyak 4-10 ekor/malam.

Kali ke-3 kunjangan saya ke pulau ini, itupun selepas hampir 9 tahun semasa praktikal dulu - tempat ni tak banyak berubah, air terjun masih ada, pokok di depan pondok masih ada cuma buainya sudah lenyap dan beberapa chalet baru untuk staff juga di bina. Oh ya, chalet kayu masa saya datang dulu dah hampir roboh. huhu.

Sampai di sini, kami diberi taklimat ringkas dari pegawai yang bertugas. Antara perkara yang perlu kami patuhi ialah :
  • tidak boleh menggunakan lampu picit di malam hari - sebab lampu picit akan mengganggu penyu yang hendak naik bertelur, 
  • tak boleh bising-bising 
  • kena pakai baju gelap - baju cerah akan menakutkan penyu (tapi malam tu bulan mengambang, jadi pakai baju cerah lebih sesuai daripada baju gelap.

Lepas dengar taklimat, masing-masing masuk mandi. Disebabkan saya orang pertama yang siap mandi, lepas mandi sajalah tunjuk muka di dapur, joint makcik-makcik dari Kelab Pencinta Penyu Rantau Abang (CITRA). Beramas mesra lebih kurang, tolong apa-apa yang patut, saya mintak diri, saje nak berjalan di pantai. 

Pantai Mat Kepit yang mendamaikan.
Pasir memutih di sepanjang pantai dan itulah bot laju yang membawa kami sampai ke sini!

 Kayu-kayu yang dipacak ialah sarang telur penyu, semuanya dieram di tepi pantai dan setiap sarang direkodkan dan diletak tag tarikh penyu bertelur

Matahari malu-malu terbenam. Air dah mula surut - nampak semua batu-batu di tepi pantai
Makan malam seawal jam 7.00pm - santai je, ambil makanan dan makanlah di mana-mana. Sebenarnya ada je meja kat dapur tu, tapi diorang ni saje nak layan view laut sambil makan. Boleh? hehe

Hari makin gelap, elok lepas makan suasana di Pulau Mat Kepit makin suram dan gelap. Kami bersiap-siap solat maghrib dulu dan kemudian masing-masing berkumpul di pantai sambil makan coki-coki dan kudapan. Masa ni keadaan di sekitar pulau dah gelap gelita, semua lampu baik lampu chalet atau lampu picit mesti dipadamkan. Lagipun generator akan ditutup waktu malam hingga pagi esoknya bagi mengelakkan bunyi generator mengganggu ibu-ibu penyu yang hendak naik bertelur. Jadinya keadaan di pulau waktu malam macam tak ada orang!

Di sini terdapat 2 buah chalet, satu chalet untuk perempuan dan satu lagi untuk lelaki. Seperti biasa perempuan mesti mendominasi rombongan, tak silap saya ada lebih kurang 16 orang, tapi chalet yang tersedia (lengkap dengan katil, bilik air dan sofa di dalamnya) tak mampu nak tambung kami yang 16 orang ni dalam satu masa yang sama. Mujur jugak saya dah pesan kat kawan-kawan supaya bawak sleeping bed - sebab malam ni kami akan tidur berlantaikan pasir dan berbumbungkan langit! 

Bulan mengambang penuh malam ini - sekitar kawasan pantai cerah disebabkan cahaya dari bulan

Lebih kurang pukul 9.00pm, dah puas melepak di pantai, masing-masing angkut tikar dan sleeping bed di kawasan lapang. Mata dah mengantuk!! Orang lain sibuk bergelak tawa, saya dan beberapa rakan yang lain sibuk duk hampar tikar, siap dengan selimut tu. Malam ini kami tidur di tepi pantai.

Hampir terlelap tiba-tiba ada staff yang bertugas datang kejutkan kami, katanya ada satu sarang menetas dan anak-anak penyu akan keluar dari sarang tak lama lagi. Apa lagi, mana boleh lepaskan peluang keemasan tu kan? Dalam mamai, laju je masing-masing bangun - teruja nak tengok anak penyu yang comel!

Anak-anak penyu yang baru keluar dari sarangnya - welcome to the world baby turtles!

Jom layan video amatur kami lepaskan anak-anak penyu ke laut!


Fakta tentang anak penyu :
  • Di pantai Mat Kepit, Pulau Redang, Terengganu waktu pelepasan anak penyu tidak sesuai antara jam 7.00 malam hingga 11.00 malam kerana ia adalah waktu makan bagi ikan yu. Boleh rujuk di laporan INI
  • Jantina anak penyu bergantung pada sarang di mana ibunya bertelur, jika di kawasan lapang jantina anak penyu ialah betina, dan jika di kawasan teduh/bawah pokok jantina anak penyu ialah jantan. Satu sarang akan menghasilkan jantina penyu yang sama.
  • Jangkamasa penetasan penyu bergantung pada jantina - betina : 40-50 hari dan jantan : 50-60 hari.
  • Anak penyu yang telah menetas mengambil masa lebih beberapa hari untuk keluar dari sarang.
  • Anak penyu yang baru keluar dari sarang sangat sensitif pada cahaya.
  • % anak penyu yang hidup selepas menetas dan dilepaskan ke laut (dari satu sarang) ialah 10% sahaja. Selebihnya mati akibat pencemaran atau menjadi mangsa yu.

Elok saja anak-anak penyu tu selamat masuk dalam air, dari kejauhan dah nampak air laut seperti berombak / bergelora. Itu tandanya ada yu sudah menanti anak-anak penyu tu. Siap nampak sirip yu tu! Serius tak tipu!   Hukum alam, ada mangsa dan pemangsa kan?

Fakta penyu : 

Ada 4 jenis penyu yang biasa/sering mendarat di perairan Malaysia :
  1. Penyu Belimbing - penyu paling besar, hanya mendapat di pantai-pantai Terengganu iaitu Rantau Abang. Tapi sekarang penyu ini dah diancam kepupusan
  2. Penyu Agar (Green Turtle) - spesis yang biasa naik untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia, etc : Rantau Abang, Pantai Chendor, Pahang, Pulau Perhentian, Pulau Redang, Perairan Sabah, Pulau Satang, Segari, Perak, Pantai Kerachut, Pulau Pinang.
  3. Penyu Karah aka penyu sisik
  4. Penyu Lipas - spesis penyu yang bersaiz paling kecil.

Lagi info details tentang jenis-jenis penyu boleh baca di SINI

Fakta unik tentang penyu :
  1. Penyu ialah haiwan yang sangat setia - seperti kata pepatah sireh pulang ke gagang, walau bertahun-tahun berhijrah ke merata lautan, bila sampai masa matting dan bertelur, mereka akan balik ke tempat asal di mana mereka menetas. Ini salah satu rahsia alam yang sehingga hari ini tak mampu diungkap oleh pengkaji. Tapi itulah kuasa Allah!
  2. Musim penyu bertelur ialah sekitar bulan Mac hingga September
  3. Penyu betina yang ingin bertelur, akan naik ke pantai pada waktu malam di mana pantai itu ialah tempat ia menetas dahulu. Proses bertelur mengambil masa sehingga 3 jam iaitu bermula naik ke pantai, mencari lokasi yang strategik untuk bertelur, 'mandi pasir', bertelur hinggalah mengambus kembali sarangnya dan kembali ke pantai semula.
  4. Kedalaman sarang yang digali purata 60 cm dan seekor penyu mampu bertelur 70-120 biji dalam satu masa.
  5. Seekor ibu penyu mengambil masa 8-10 hari untuk naik semula dan bertelur di pantai yang sama - dalam satu musim penyu bertelur, ibu penyu akan bertelur beberapa kali.

Fakta tentang penyu boleh baca di SINI dan boleh juga baca laporan tentang penyu dari TUMEC

Selepas lepaskan anak penyu, kami semua sambung tido. Hampir tengah malam sekali lagi kami dikejutkan sebab dah ada penyu naik dan sedang berterlur. Apa lagi jom kita tengok penyu bertelur!

 Ibu penyu sedang bertelur, ibu pertama yang naik bertelur lebih 100 biji.

 Gambar 1 : Tag pengenalan penyu - bagi penyu yang naik bertelur, staff bertugas akan check di kaki penyu samada ada tag atau tidak. Kalau penyu yang tak ada tag, mereka akan pasang tag. Tujuannya untuk kenalpasti penyu dan juga untuk tujuan kajian/penyelidikan.

Gambar 2 : Teritip di belakang penyu - teritip ni kalau dibiarkan hidup di belakang penyu akan menyebabkan karapas/kulit penyu buruk dan sakit, jadi kena buang. Setiap kali ada penyu yang naik bertelur, staff akan check juga.

Ibu penyu ni dah siap bertelur dan dengan mengambus sarangnya. Ini merupakan penyu Agar. Kualiti gambar tak berapa lawa sebab tak boleh guna flash
Excited masing-masing nak bergambar dengan penyu walaupun gambar tak berapa nak cun. Hahaha
Sayu tengok mata ibu penyu tu - mesti ia sedih nak tinggalkan telur-telurnya...

* Malam tu ada 4 ekor penyu naik bertelur - kami dapat tengok 2 ekor penyu, 2 ekor lagi kami tengok dalam mimpi.

* Malam itu juga berpeluang tengok dua sarang anak penyu menetas dan berlari-lari ke pantai. 

Puas dapat tengok penyu bertelur, masing-masing layan tido balik. haha

Inilah 'istana hinggap' kami malam tu. 

Hampir subuh kami dikejutkan sebab hujan dah mula turun. Masing-masing angkut tikar dan sleeping bed dan masuk ke chalet. Macam saya bagitau tadi, chalet kami tu comel aje, tapi kami 16 orang semuanya. Kelakar betul bila ingat balik moment dalam bilik. Elok saja masing-masing carik tempat tido dan sambung tido sampai ke subuh. Saya dan anne, elok je tido depan pintu dan yang paling kelakar siap ada yang tido di beranda chalet. Haha. Kenangan tu!

~ bersambung

7 comments:

  1. wahh, anne makan sampai tak angkat muka ekk hehehe...

    PM, best dapat tidur tepi pantai macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak! terkantoi daaa... haha

      Zilla, nanti insya Allah kita pun boleh tidur tepi pantai jugak.. ngeee... :D

      Delete
    2. hehehe... penat terjun tiruk dalam air, tu yang makan sungguh2 tu... termasuklah anne.. kiki

      Betul tu anne, jom zilla satu hari nanti kita pakat tidur tepi pantai macam ni.. hehe

      Delete
  2. pinjam jer, kita tak charge pun... hehe..

    erk?! ejaan yang betul 'Mat' ke? tapi bila tanya cik gugel katanya 'Mak'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah anne, x tau yg mana satu betul. kalau ikut report DOE, TUMEC pulau ni nama mat kepit. agaknya sebab saya tanya pokcik gugel, anne pulak tanya cik gugel... itu yg tak jumpa tu. hahaha

      xpelah anne, janji kita dah sampai pulau ni. hehe

      Delete
  3. boleh tido ke korang dekat tepi pantai tu, tak sejuk? dengan angin laut lagi...syok pulak baca kisah penyu, harap one day dapat wat aktiviti macam ni jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga, kitaorg tido lena sampai tak sedar hujan turun! haha

      waktu malam, wap panas waktu siang naik, jadi bila baring tido memang tak sejuk mana. Lagipun pulau tu agak terlindung, jadi angin laut tak kuat mana - but still kami semua perlukan selimut. hehe

      Delete