Followers

Monday, March 19, 2012

XPDC Bukit Puchong

Siapa sangka di tengah-tengah bandar Puchong yang sedang pesat membangun terdapat kawasan hutan simpan. Penduduk kat sini panggil Bukit Puchong je, tapi nama sebenar tempat ni ialah Hutan Simpan Bukit Ayer Hitam Puchong. Saya pergi dengan kawan-kawan Sabtu lepas. Tempat ini merupakan kawasan hutan simpan kekal di bawah kelolaan Jabatan Perhutanan Selangor dan sebahagian kawasan ini juga adalah dibawah tanggungjawab UPM. Kalau ikut undang-undang, sesiapa yang masuk ke sini dikira penceroboh tau! Hahaha. Macam kawan saya kata, kalau kita terserempat dengan renjer, mesti mereka bagi warning dan suruh kita keluar dari kawasan tu secepat mungkin. Tapi... ada orang kisah??

Untuk ke sini : dari Putrajaya, terus masuk LDP, ambil flyover simpang ke masjid Terapong Puchong, tapi di traffic light terus belok ke kanan dan jalan terus hingga jumpa Jalan Wawasan 5/1, Taman Wawasan, Puchong. Lokasi boleh rujuk sini. Di kawasan lot-lot kedai, boleh parking kenderaan kat situ. Biasanya kalau weekend atau waktu petang, tempat tu memang banyak kereta sebab ramai orang hiking. Jangan terkejut kalau tengok uncle dan aunty yg kebanyakan chinese dengan selamba je duk memanjat bukit ni. Merekapun sangat ramah, siap bertegur sapa walaupun masing-masing tak kenal antara satu sama lain.

Kami memulakan pendakian agak lambat iaitu hampir 8.30 pagi dan saya tengok ramai yang dah mula beransur turun. Cuak jugak tengok bukit boleh tahan tinggi... dah la lama tak mendaki ni... setakat main squash seminggu sekali rasanya tak mampu nak bagi stamina yang tinggi nak mendaki ni. Tapi gigih jgak masing-masing.

Let's pictures story everything!


jalan masuk ke hutan Bukit Puchong


trek mula-mula jumpa bukit dan lepas tu baru masuk ke dalam hutan


2 simpang : kanan - trek berbukit tapi cepat sampai , kiri - trek agak landai tapi lama. Kami pilih pergi jalan jauh, balik jalan dekat.


Hutan ini dibawah kelolaan 2 pihak berkuasa bertanggugjawab


Saya rasa dua-dua cendawan ni beracun!


trek agak landai


1'st stop : kawasan lapang di tengah-tengah hutan


Jalan menuju ke Blue Lake


cantik betul ciptaan Allah!


keluar dari trek berhutan, kita akan temui satu jalan dan untuk ke Blue Lake kena belok kiri dan jalan kaki tak sampai 5 minit untuk sampai ke situ. Hati-hati jangan sampai tersesat sudah!


Landmark : papan tanda ini menunjukkan kita sudah sampai di Blue Lake.

Semasa sampai di 1'st stop tadi kami jumpa 1 keluarga cina ni, dan mereka ikut kami untuk ke Blue Lake memandangkan ini kali pertama mereka panjat bukit ni.


Peringatan 1 : kami dah langgar!!!


Blue Lake : air dia mcm crystal clear.. sangat jernih!!


siap ada air terjun!


ada kawasan yang berair cetek


kami jalan ke atas mengikut arus air dan jumpa satu lagi tasik. Kata orang yang pernah datang ke sini, kalau naik ke atas lagi ada 7 lagi lapisan air terjun di atas sana!

Seronoknya berkelah kat sini sebab takde orangpun! Kami awal-awal dah siap beli nasi lemak, berkelah sambil mandi manda kat Blue Lake. Lama juga masing-masing berendam, sampai kecut jari kesejukan. Lebih kurang 2 jam kat sana, kami bergerak untuk balik. Nak balik, ikut je trek yang sama hingga sampai ke kawasan lapang di tengah-tengah hutan (1'st stop tadi ), kat situ ada 2 jalan, kita boleh pilih untuk balik menggunakan jalan masa kita datang ataupun ikut jalan yang satu lagi. Kami pilih jalan satu lagi, trek agak pendek tapi berbukit-bukit dan cepat sampai. Hampir pukul 2.30 petang sampai bawah, perut lapar balik dan kami singgah makan dulu sebelum balik.


bandar Puchong dari puncak bukit


masa untuk pulang!

PM : sakit kaki tak hilang lagi.....

45 comments:

  1. nape gaya org dlm gambo last yg paling blakang tu pelik?? saper tuh?? haha

    ReplyDelete
  2. akak nak gi sini gak.... semalam baru meninjau dari bawahjer.. boleh sesat yerk ... takutler pulak...

    ReplyDelete
  3. kak C.zila, jangan risau... InsyaAllah tak akan sesat :)

    tempat tu ramai orang pergi especially hari minggu.

    btw, happy hiking ^_^

    ReplyDelete
  4. salam..kalau berminat nk mdaki gunung ledang tangkak,boleh hubungi saya Mohd Azreen, Guide Berlesen Taman Negara Johor, 019 3031043..t.q

    ReplyDelete
  5. Aha..baru baca entri ni..mmg cantik lah air nya..jernih..

    Tak sabo nk pegi nih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^

      JM, dah praktis naik tangga 10 kali non stop? hahaha

      Delete
  6. Baru jer semalam naik bukit ni..pergi mandi kat waterfall jugak!haha.. tapi xramai orang pergi waterfall sbb ramai tak tau jalan pg sne. so kitorang je yang mandi dan conquer tmpat tu..haha..dan btol, hikers yg sebilangannya chinese mmg ramah tamah semuanya..view sgt cantik & air jernih & bersih. trail memang mencabar gile sebab kitorang pergi balik ikut trail jauh..dan mse balik tu hujan lebat..haha. mmg seminggu la kaki sakit ni..

    ReplyDelete
  7. kalau dari kampung batu 14, camne nak pergi ke tempat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurul, check email. sudah reply emailnya :)

      Delete
  8. Salam...sya nak tanya..boleh mandi ke tempat ni..ke ranjer sentiasa jaga tmpt tu

    ReplyDelete
  9. Salam. boleh aje mandi kat sini (kalau berani langgar peraturan). so far saya dah 2 kali ke sini, tak pernah lagi terserempak dengan renjer. Renjer tu tak selalu ada, jadi selamatlah untuk mandi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sye da kene tangkp dgn renjer tempoh hari...tapi malang nasib sye kene bawak g balai...

      Delete
  10. Ooo terima kasih..ahad lepas sya pegi.tapi sampai kat jalan yang dekat tepi sungai tu je..tak sampai atas..team mate sya moral down pulak..kalu sya dari jalan tepi sungai tu jau tak nak ke kolam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa. cepatnya kawan tu moral down. tak sampai 10 minit pun jalan nak sampai ke blue lake tu tau. Landmark, jumpa papan tanda 'hutan simpan kekal' kat bawah tu blue lake la tu. takpe next time blh g lagi.

      Delete
    2. Salam, boleh tahu tak, saya dah lepas dari sungai kecik ada titi tu, lepas tu jalan depan lagi macam takde apa, agak2 brape lama lagi distance ke lake tu? Dari kawasan tanah lapang 1st stop tu belok ke kiri ke kanan?

      Delete
    3. wsalam. dari kawasan tanah lapang 1s't stop (kalau ikut gambar dlm blog ni) kalau dari jalan jauh, ambil ke kiri. dan kalau dari jalan dekat amik ke kanan. Jalan ke arah blue lake biasanya diletak kalu penghalang sebab kawasan tu x boleh masuk. Tapi kami masuk je dan ikut saja trek yang sedia ada. Distance utk keluar dari hutan amik masa 30-40 minit utk keluar dari kawasan hutan.

      keluar dari kawasan hutan akan jumpa jalan tanah merah (ada signboard UPM di depan lorong), terus belok ke kiri. berjalan lebih kurang 10-15 minit akan jumpa tasik di sebelah kanan

      Delete
  11. ada map hiking trek tak? teringin pulak nak pergi...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih info..nnt aku pie lgi...hehe
    Xda map tracking mcm century ikan kelah sugai ciling..tpi awk akan nampak trex pejalan kaki ade..insyallah x sesat..coverage handphone pun baik lg

    ReplyDelete
  13. bro... nk tanya.. mcm mana nk p sana? ssh x? ada jalan yg mmg gtau pegi ke blue lake ke? sbb ada kawan sy ckp ssh sikit...bole sesat.. betol ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut track mcm dlm entry ni InsyaAllah x sesat. Jalan untuk ke blue lake tu sebenarnya x susah pun, cuma ramai org x tau sbb tu org kata susah

      Delete
  14. Salam.bleh bg anggaran masa tak?maksud sy masa yg diambil dr simpang dua tu(folow trail landai) ke kwsn lpang dlm hutan tu n masa dr kwsn lpang ke blue lake?ada byk smpang ke trek ni?tq

    ReplyDelete
  15. Macam best je..weekdays ade org naek?

    ReplyDelete
  16. Salam.sy da pgi selasa aritu.sy smpi kat tepi sg je.maksud sy,belah kanan sungai.sy kat trek yg mcm jalan tu.smpi kat titi kayu sy patah blik.kalo sy jalan kedepan lg akan smpi ke blue lake?or saye salah jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. rasanya trek tu dah betul. wlpun route tak sama. kalau jalan ke depan jumpa signboard mcm dalam pic kat dlm blog tu memang ada signboard tasik biru.

      estimate masa dari kawasan landai ke kawasan keluar dari hutan (ada jalan tanah merah tepi sungai) ambil masa lebih kurang 30-40 minit. keluar dari hutan jalan belok ke kiri, sungai di sebelah kanan, jalan lebih kurang 10 minit akan jumpa signboard blue lake.

      tapi titi kayu saya x sure sbb dua kali pergi x perasan pulak ada titi kayu

      Delete
  17. Sy ada emel awak.bleh bg no cntact tak kat emel tu.sy btol2 nak pgi kat blue lake tu.hehe.tq

    ReplyDelete
  18. Salam just nak tanye.
    Kalau nak masuk blue lagoon ni ke rempuh jalan yg di tutup tu ye..ada tali2 tutup jalan. Masuk dalam tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam

      Betul tu, untuk ke blue lake memang kena lalu jalan yang tutup tu. Kena masuk ikut dalam tu. Tp jgn risau trek memang ada.

      Delete
  19. salam... dah ramai orang yang explore tempat nie... saya pun teringin juga nak ke sana.... serius lawa giler tmpt air terjun tuu.....

    p/s: first time datang sini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Memang dah ramai yang pergi ke tempat ni :)

      Awak kena pergi sebab memang lawa tasik biru tu. Err.. walaupun nak menapak ke situ agak mencabar. Tapi puas hati bila sampai dan dapat tengok tempat tu tau!

      p/s : terima kasih sudi singgah ke sini :)

      Delete
  20. Assalam...insyaAllah ahad ni ( 9 Feb 2013 ), lebih kurang jam 9 pagi, beberapa kwn akan ke air terjun ni . saper2 yg ber minat, jom la join skali. Kami ni pun first time nak redah ke situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ikot esok.. tp kasut tetinggal kat opis.. kalau pakai crocs je, ok tak??

      Delete
  21. Replies
    1. Terk simple saja. kalau setakat beriadah sampai ke puncak dan patah balik ambil masa kurang dari 1 jam, tapi kalau nak langsung ke blue lake tambah 45 minit lagi dan total masa pergi balik lebih hampir 3 jam

      Delete
  22. Salam. insyaAllah 04102014 nk g sana dengan team. Ada sesapa nak join tak. Kalau dapat yang pernah pergi lagi best. Boleh tolong guide. Kalau nak join call sy. 0193655187

    ReplyDelete
  23. ni belakang rumah saya je ni. selalu saya p speedmart je dekat bawah bukit tu. patot pun ramai gila chinese dekat sini time petang2. ingatkan panjat bukit je. huhu

    ReplyDelete
  24. saya br je pg pagi tdngan family and kwn2...tp x mandi kt blue lagoon...seram, mandi kat ats ckit kt parit hidung nama tpt nya...air subhanaalah jernih & sejuk giler spi kaki cramp..tp mmg enjoy

    ReplyDelete
  25. saya duduk puchong utama..maca teringin ke bukit puchong ni..klu dari simpang puchong perdana tu mcmn nak kesana ye?

    ReplyDelete
  26. Nkg tp xtau mcmna nk pi..sy dr puchong intan..

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum semua.
    20-05-2015 trip saya ke blue lagoon.
    Start hiking 9.50am
    Sampai 11.38am
    Kantoi ngan ranger kul 12.30pm(hehehehehehehehe)
    Ranger 2 bgy tahu suruh bgy tahu kawan2 yg nk pegi sana supaya batalkan hasrat anda sbb die akan bawak anda ke balai polis klu kantoi.
    Tapi bgy saya klu anda hendak pergi, pergi ajelah sbb berbaloi. Hehehehehe tapi jgn salahkan saya pulak klu masok balai. Hehehehehehe
    Klu nk tnya ape2 kat saya just email saya liverpoolstreetholigan@gmail.com

    ReplyDelete
  28. 100% Safe to visit Nepal after the Earthquake Annapurna Base Camp story I was this trek on starting June 01th and Back Kathmandu 14th June 2015

    Nepal is safe for traveling! According to the information from various sources such as Trekking Agencies Association (TAAN) and Nepal Tourism Board, Everest Base Camp and Annapurna Base Camp, Annapurna Circuit , Upper Mustang ,Dolpa, , Kanchenjunga Trek ,Ghorepani Poon hill, Jomsom Trek and Rara are safe for trekking, Pokhara tour, Chitwan safari tour, and Lumbini tour . Therefore, I personally went up to the Annapurna Base Camp on the first week of June. The purpose is to access the condition of the trek as to ensure the safety of the clients in the upcoming autumn season trek from September to November. The condition of the mountain is safe. All the lodges still good. The mountains still look beautiful as before. Do not hesitate to put Nepal as your travel wish list in next season. The beautiful country awaits you to visit. You support will help the country to rebuilt. http://www.nepalguideinfo.com/safe-to-visit-nepal-after-the-earthquake-annapurna-base-camp/
    http://www.nepalguideinfo.com
    http://www.neaplplanettreks.com
    Email:sanjibtrekguide@gmail.com

    ReplyDelete
  29. DAH G 2 KALI... TAPI X JUMPA JALAN KE AIR TERJUN..HUHU... BILA TANYA ORG2 KAT SITU.. MEMASING BG TAU JGN MASUK..KAWASAN LARANGAN KATE NY.. ADUDUDHUUHHHH....

    ReplyDelete