Sebenarnya saya masih dalam mode terumbang-ambing untuk misi 'jihad' yang harapnya akan tercapai sedikit masa lagi. Dalam keyakinan yang hanya ditahap 50% saya cuba juga kuatkan diri - masih berkeyakinan dengan janji Allah siapa yang berusaha dia yang akan berjaya dan siapa yang berdoa lambat atau cepat pasti Dia akan kaburkan. 100% saya yakin dengan janji Allah itu walaupun usaha saya hanyalah 60% sahaja. Haha. Lagipun misi 'jihad' ini termasuk dalam salah satu doa saya semasa di Arafah, semasa haji lepas. Nah! tak sampai beberapa bulan sedikit demi sedikit doa saya didengari oleh-Nya walaupun jalan yang saya ambil masih berliku-liku - i'm blessed!
Tapi tanpa insan-insan hebat disekeliling saya, mana mungkin misi 'jihad' ini dapat saya lakukan sendirian. Bertemu mereka beberapa bulan yang lepas - selepas 10 tahun tak bersua muka, mereka masih mengenali saya! Haishh... Padahal saya ni bukanlah pelajar bijak pun, cemerlang jauh sekali. Tapi tetap saya dikenali sebagai salah seorang anak murid mereka. Kagum sungguh saya. Agaknya inilah salah satu etika yang saya pelajari dalam kursus di IKIM baru-baru ini - etika seorang pengajar dan penyelidik : sentiasa bersifat terbuka, membantu pelajar dan tidak lokek dengan ilmu yang mereka ada. (kalaulah semua pensyarah di universiti seperti mereka, mesti ramai student yang seronok nak datang kelas kan?) Dari sinilah saya meminjam 'semangat' mereka. Walaupun mereka tahu kemampuan saya ditahap mana - tetap mereka memberi galakan pada saya - again, i'm blessed!
Thanks prof and doc, i owe both of you a lot!
p/s : tak mengapa jika hidup kita tak sebahagia dan selengkap hidup teman-teman yang lain, asalkan hidup kita mampu membahagiakan orang-orang dikeliling kita.
Note :
Ada sesiapa/ adik-adik lepasan matrik/diploma (kalaulah mereka terbaca entry ini) - jika berminat dengan bidang Sains Marin (Biologi Marin/ Oseanografi), UKM merupakan salah sebuah universiti tempatan terbaik yang menawarkan pengajian dalam bidang ini (hanya beberapa universiti tempatan yang menawarkan pengajian ini, etc UMS, UMT, UM dan USM). Tenaga pengajar yang sangat supportive, suasana dalam kelas/lab/field trip yang seronok (seperti sebuah keluarga besar) dan saya yakin anda semua tak akan menyesal menjadi pelajar mereka!
hai.. salam kenal,
ReplyDeletefollower no.83
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
TQ :)
DeleteCamna dengan peluang pekerjaan bagi lulusan bidang ini... Sbb ada anak kawan saya yang ambil bidang ini akhirnya jadi guru matematik sekolah rendah..
ReplyDeleteErm.. peluang kerja untuk bidang ni agak terhad sebenarnya - sebab tu tak banyak uni yang tawarkan course ni. Macam kawan2 sayapun ramai yang kerja diluar bidang pengajian.
DeleteTapi, kalau mereka pelajar yang cemerlang, biasanya universiti akan tawarkan terus scholar utk lanjutkan pelajaran untuk jadi pelapis pensyarah2 dalam bidang ni sebabnya kebanyakan universiti kekurangan tenaga pengajar/penyelidik untuk bidang ni - jadi satu kelebihan pada mereka kan?
Syukur Ya Allah ..rezeki tu..jangan di tolak tau...
ReplyDeleteSains Marin?...hanya orang bijak dan minat je leh ambik course ni heeeeeeee
Alhamdulillah - tapi hakikatnya terumbang-ambing nih! hahaha
Deleteerr... course sains marin ni course terpencil JM, jadi orang tak berapa nak bijak macam sayapun boleh je joint. hahaha. dan course ini dipelopor oleh pelajar cina - zaman batch saya la tu. student malay berapa kerat je, hitung 10 jaripun tak sampai. hahaha
ukm ke pm? wah...berjiran lah kita yer, hehe...apa yang best pasal kos ni, boleh selali pergi snorkeling and diving, eh..yeke...
ReplyDeleteOrga, UKM was my former university, UPM also my former university, kali ni niat hatinya mahu pergi jauh dari tanah Malaya. woha! InsyaAllah....
Deletecourse ni byk kerja luar, masa study dulu setiap kali cuti semester mesti g pulau. ada kelab - kelab selam scuba UKM, jadi xtvt yang biasa buat ialah diving, snorkeling, bersih pantai, operasi pembersihan laut/taman laut, byk la.
org yg suka kerja luar/suka duk lab, lasak, tak kisah kulit hitam mesti enjoy dgn course ni :) dan secara tak langsung course ni mengajar aku lebih menghargai alam sekitar. hahaha
Maaf, tumpg tny, saye ni memg bermint gila nak smbung degree dlm biologi marin, sye ni undergraduate umt diploma. sye tgk kt malaysia ni ukm ngan umt je ade specifickan degree dalm biologi marin. Biologi marin ni mcm satu "aliran" ke bawah sains laut, mksudny bila daftar ukm nanti boleh pilih antara biologi marin ataupun oceanography?
ReplyDeletememang betul, hanya kat umt dan ukm je yg ada biologi marin.
DeleteCuma bezanya di umt bidang yg ditawarkan memang biology marin dan di ukm pulak bidangnya ialah sains laut. Major dlm sains laut ada 2 iaitu biologi marin dan oceanography di mana pelajar akan diberi peluang utk pilih bidang tu pada tahun kedua ikut minat masing-masing.
Sebenarnya di Malaysia ni ada lagi universiti tempatan yang tawarkan bidang dalam laut ini seperti usm, um dan ums, cuma saya sendiripun tak pasti apa subjek2 yang ditawarkan
Apapun best of luck!
so boleh pilih aliran biologi marin pd tahun kedua? saya hanya minat biologi marin. boleh xmintak link untuk ke programme ni? saye try masuk laman web dia tapi tak boleh
DeleteMaaf, saya x tahu link utk ke program ni. UKM was my former university since almost last 10 years. Jadi saya tak pasti macamana tawaran course biologi marin sekarang. Boleh masuk web ukm @ fakulti sains untuk maklumat lanjut ye
DeleteNk tanya, kalau saya takambil diploma berkaitan marin ni dulu, tapi lepas selesai matrik saya berminat ambil degree biologi marin. So, susah tak utk saya bawak course ni?
ReplyDeleteWani,
DeleteKalau wani matrik science rasanya tak ada masalah. Ramai aje budak2 lepasan matrikulasi ambik course ni. So far uni tempatan yg tawarkan course ni di UMT, UKM, UMS. kalau USM dan UM course lebih kurang tp lebih spesifik.
Btw, good luck. I'm sure if u take this couse u will enjoy it - the programme, the activities and the lectures too. Semua sempoi!!
Wani,
DeleteKalau wani matrik science rasanya tak ada masalah. Ramai aje budak2 lepasan matrikulasi ambik course ni. So far uni tempatan yg tawarkan course ni di UMT, UKM, UMS. kalau USM dan UM course lebih kurang tp lebih spesifik.
Btw, good luck. I'm sure if u take this couse u will enjoy it - the programme, the activities and the lectures too. Semua sempoi!!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau blh tahu, cik sekarang ni kerja apaa? π
ReplyDeleteKalau blh tahu, cik sekarang ni kerja apaa? π
ReplyDeleteKalau blh tahu, cik sekarang ni kerja apaa? π
ReplyDeleteSalam, nak tanya. Program nikan ada melibatkan berenang, scuba tu semua kan? Tapi kalau tak pandai berenang mcm mana? Hehehe
ReplyDeleteSy nk thu jwpn tok soaln merekaπ
ReplyDeleteCan you tell your experiences while studying this course ?
ReplyDelete