Thursday, June 13, 2013

Trip Sempoi Ganu Kite : Part 1 - Dari kota batu ke Bandaraya Perisiran Pantai

* Highlight untuk trip ini pernah ditulis beberapa minggu lepas.

Bulan mengambang di perairan Pulau Kapas
Trip ni nama je sempoi tapi, plannya dah lama cuma seperti biasa masuk bulan 5 baru saya terhegeh-hegeh nak comfirm itu dan ini. Padahal tarikh dah lama cari. As usual orang suka buat kerja last minute memang macam ni. haha.

Terjadinya trip ni bila geng trip Jogja, Anne dan Izza duk ajak candat lagi. Saya ok aje. Lagipun GBS ada jugak ajak candat ni, tapi disebabkan masing-masing sibuk dengan buku jadi end up diaorang yang tak jadi ikut. Jadi saya ajak sekali kawan-kawan office (geng 1 Malaysia) dan tak sangka pulak masing-masing teruja.  Pendek kata kalau orang tanya trip ni pergi dengan siapa? Senang cerita saya cakap je semua kawan-kawan saya! haha. 

Agenda utama trip ni memang nak mencandat sotong. Kebetulan dapat tarikh yang cun iaitu 24-26 Mei, dapat 3 hari cuti berderet, jadi saya terfikir nak ke pulau - bermalam di Redang satu malampun best jugak kan? Tapi dengan budget tak sampai RM200/person, macam payah sikit nak achieve plan ni. How?

Lepas dikira-kira, ditimbang-timbang, kalau nak ke Redang, mungkin kita boleh cuba berkhemah di Taman Laut Redang - macam undergrad dulu, datang field trip konsepnya berkhemah je - Redang, Perhentian, Tioman, Pulau Besar, kat Kapas je kami duk chalet. Mulanya saya ingat mudah, tapi tak semudah itu sebab kena buat surat dan dapatkan kelulusan dari taman laut dulu untuk ke sana. (so, sesiapa yang teringin nak rasa kelainan ke pulau - yang ada taman laut, bolehlah cuba, tapi kena buat persiapan awal tau). Jadi atas ehsan, seorang sahabat saya, cik mie akhirnya rancangan untuk ke Redang tercapai bila program kami berjaya dislot sekali dalam program yang dijalankan olehnya. Million thanks cik mie! 

* Panjangnya intro!

Perancangan asal, semua kawan-kawan akan berkumpul di rumah saya (kecuali anne, izza dan mei ling) dan kami akan bergerak pukul 8.30pm dari SK. Tapi biasalah kalau dah ramai-ramai ni ada saja yang terlajak. Selesai urusan isi minyak kereta, 2 buah kereta bergerak meninggalkan kota batu dan dalam perjalanan singgah ambil Mei Ling kemudian terus ke hentian Gombak. Tapi entah macamana, keluar dari simpang Leasure Mall, sekali tersalah simpang pulak. Terus hilang arah. Malam tu pulak, semua jalan sesak. Jadinya kami ambil masa hampir 1 jam pulak nak sampai ke hentian Gombak. Kesian diorang lama menunggu kami kat sana. Serius masa ni saya tak senang duduk - bab menepati masa ni saya particular sikit, jadi bila dah lambat ni memang berdebar gila! 

Dalam perjalanan tadi Pn. Fatimah saya dah call tanya khabar. Gulai nasi dagang masok doh. Tunggu k.nur sampai je... Aduhh... tak sabar nak sampai kampung ni!

Pukul 10.00pm lebih barulah sampai di hentian Gombak. Jumpa kawan-kawan yang lain - sesi suai kenal kejap, kami mulakan perjalanan. Kali ni barulah saya drive, jadi ketua rombongan dan 2 buah kereta lagi mengikut di belakang. Masuk Karak, jalan ok je. Kereta banyak di jalan tapi masih terkawal. Risau kawan-kawan di belakang penat/mengantuk (especially anne - hebat drive direct KL-KT sorang-sorang) saya roger ajak berhenti di hentian Gambang. Berhenti solat kejap dan bila semua ready kami teruskan perjalanan. Sampai penghujung LPT, saya bagi isyarat untuk ambil jalan Jabor-LPT 2 - KT. Kali ni memang ambil risikolah bawak kereta tengah-tengah malam lalu ikut Jabor! Jalan berkabus, hujan renyai dan gelap memang mencabar - purata kelajuan 50-70km/hour je. Beranipun sebab kami konvoi 3 buah kereta, kalau sebuah kereta, saya tak akan ambil risiko untuk lalu jalan ni. 

Hampir 2 jam 'bertarung' di Jabor, akhirnya kami keluar ke LPT 2. Mahunya tak bertarung, siap ada orang mabuk dan muntah dalam kereta. Kesian mei ling, tak pernah travel jauh. Berhenti isi minyak dan teruskan perjalanan. Masuk LPT 2 je terus saya pecut 140km/hour - kes dah tak sabar nak sampai rumah punya pasal. Akhirnya hampir 5.00am sampai. Elok sampai rumah, kedengaran suara bilal mengaji di masjid. Sebenarnya segan jugak nak ajak kawan-kawan datang rumah - maklumlah rumah kampung, dah la 10 orang yang datang. Harap-harap diaorang semua selesa walaupun serba kekurangan. Bilik yang available hanya ada 3, jadi terpaksalah diorang bersesak-sesak. Lepas subuh masing-masing tido. Saya tak tido dah - duk sibuk sembang dengan mak sambil siapkan sarapan. Asalnya saya mintak Pn. Fatimah masakkan nasi dagang, tapi disebabkan proses nak buat nasi dagang tu rumit, jadi mak saya tukar menu nasi ke nasi bolli, tapi tetap dimakan dengan gulai ikan aya (lauk nasi dagang) bersama acar timun. Nak lagi sedap, goreng ikan kering makan panas-panas. Confirm makan bertambah-tambah! *lupa nak ambik gambar pulak.

Pukul 7.00am lebih kejutkan kawan-kawan - liatnya masing-masing nak bangun. Kena kerahkan diorang mandi dan bersiap awal sebab bilik air ada 2 je dan orangnya ramai kan? Saya dah bersiap, siap tapau bekal nak ke pulau, ada lagi yang baru bangun. Sabar je la... 

Lepas siap, bersiap, sarapan, kami nak gerak ke jeti Syahbandar (dekat Pasar Payang). Tapi... ada orang sakit. How?

~ bersambung

12 comments:

  1. takde plan ke nak mencdat lagi di tahun depan,PM?nak ikut hehehe

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah zilla, kalau ada permintaan dan berkelapangan boleh diusahakan. hehe

    takut orang tu nak repeat bromo lagi je. oppss

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. motip mu nilli, orang balik lama doh baru kabo nok ikut.

      tahun depan la kalu rezeki, lepas awok2 mu habis skoloh kita repeat balik. hehehe

      Delete
  4. seronok baca kisah ni, reramai berkampung dekat rumah, berkhemah pulak, best giler...tahan jugak ko pm, tak tido dah sampai umah, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni trip sempoi namanya orga, sumbat2 aje diorg semua masuk rumah, kesian diorg tak berapa nak selesa. haha

      biaslah orga, dah sampai rumah, jumpa pn. fatimah, duk pok pek pok pek hilang mengantuk. hehehe

      Delete
  5. hahaha...org tu dah tutup buku dah utk bromo..so ada harapanlah tahun depan ye??hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke orang tu dah tutup buku bromo ni? hahaha. xpe, tahun depan kita plan lagi ye untuk g candat, laku panjang umur, masih berada di Malaya boleh aje. hihi

      Delete
    2. zilla, jommm!!!!!!! haha.

      nani, lebih dari selesa.. tido kat ruang tamu ramai2 pun ok. tahun depan klau masih di tanah malaya bolehlah mencandat lagi.. =)

      Delete
  6. Wahh..bestnya terjah umah PM..bila lah peluang JM pulak yer nak makan nasi BOLLI ni heeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ada lagi JM, panjang umur InsyaAllah boleh la sampai Ganu lagi. kita candat sotong sama2. hehehe

      Delete