Saturday, June 15, 2013

Trip Sempoi Ganu Kite : Part 2 - Redang kami datang!!

Pagi Jumaat di kampung halaman memang seronok walaupun kali hanya singgah rumah untuk rehat kejap, bersihkan diri, makan dan kemudian keluar tinggalkan rumah - tapi perasaan bila dapat jejak kaki ke rumah dan jumpa keluarga tetap seronok. Pagi tu mak masak nasi bolli dan gulai ikan aya (ikan tongkol) dalam jumlah yang banyak - untuk sarapan tetamu-tetamu saya, keluarga dan untuk bekal ke Redang nanti sekali. Cumanya, pagi itu hujan... hujan rahmat kata mak sebab dah agak lama tak hujan  di Kuala Terengganu. Tapi walaupun hujan, misi hari ini akan tetap diteruskan! yeah!

Seawal pagi sementara menunggu kawan-kawan bersiap, Mei Ling datang jumpa saya di dapur. Katanya dia kurang sihat - muntah-muntah tanpa sebab, asal masuk makanan je terus muntah. Katanya dia nak singgah di klinik - tapi hari Jumaat kebanyakan klinik tutup. 

Sempat lagi ayah saya berselorah dengan Mei Ling - tak payah pergi Redanglah, duduk saja di rumah, rehat, jalan-jalan kat bandar KT ajelah.

Laju aje Mei Ling jawab dia nak pergi Redang jugak. haha

Tengok keadaan Mei Ling macam tu, laju saya suruh kawan-kawan yang lain bersiap. Kita sarapan dan kalau ada klinik yang buka kita singgah dulu. Dan satu lagi kami kena cepat ke jeti Syahbandar sebab tiket feri ke Redang tak beli lagi ni - buatnya tiket habis berkelah di Pantai Batu Buruk aje lah kami semua jawabnya!

Tengah bersiap, sekali mei ling datang, katanya dia surrender - tak mampu nak ikut kami semua ke Redang. Sebenarnya kalau ikut hati saya, memang saya tak galakkan dia ikut kami sekali, tapi bila dia bersungguh nak ikut saya tak sampai hati nak suruh stay kat rumah dan rest je. End up dia sendiri yang surrender. hehe. Sekali lagi saya terpaksa susahkan mak - kena jaga mei ling dan bawak dia ke klinik. Nasib baik mak saya ok je. Dia suruh kami bergumbira di Redang, tentang mei ling nanti dia uruskan.

Lebih kurang pukul 9.00am, barulah kami bergerak ke KT. Perjalanan dari rumah saya ke bandar KT mengambil masa lebih kurang setengah jam. Dalam perjalanan sahabat saya dah telefon, dia risau kami belum beli tiket feri, tapi kami dah terlambat - double kalut saya dibuatnya! Nasib baik sahabat saya faham, jadi dia singgah dulu di jeti Syahbandar untuk belikan tiket feri untuk kami semua (kami pergi asing, sahabat saya naik bot jabatan, kami semua naik feri).

Sampai di jeti, saya minta kawan-kawan yang lain ambil beg dan menyusul kemudian ke jeti sementara saya kena bergegas membeli tiket feri dulu. Puas jugak cari di mana sahabat saya, rupa-rupanya dia di belakang kaunter tiket. Err... dia guna kuasa vetonya untuk dapatkan tiket kami semua. oppss. Hari itu, tiket feri ke Redang mengalahkan goreng pisang panas. Ramainya orang ya ampun!!!  Dari mana entah datangnya ramai sangat orang ni!

Harga tiket feri ialah :

Orang tempatan (orang Ganu) - RM35.00/sehala
Orang Malaysia (bkn orag Ganu) - RM55.00/sehala
Penduduk Redang/staff Taman Laut - RM25.00/sehala

Trip feri :

Jeti Syahbandar - Redang - 3x/hari : 9.00am, 10.30am & 12.30pm
Redang - Jeti Syahbandar - 2x/hari : 7.00am & 1.30pm

* Feri ke Redang di jeti Syahbandar adalah di bawah kelolaan Taman Laut.

* Untuk ke Redang ada 2 jeti iaitu di Syahbandar dan Merang. Untuk bot ke Merang semua perkhidmatan bot adalah milik persendirian. Tambang bergantung pada jenis bot (average tambang ialah RM80.00/return/person) dan masa perjalanan bergantung pada penumpang itu sendiri.

Demi tiket feri ke Redang dalam hujanpun sanggup! Kaunter yang ramai orang tu ialah kaunter tiket feri dan kaunter di sebelah ialah kaunter tiket untuk masuk ke Taman Laut Redang, harga tiket RM5.00/person

Hampir 1 jam menunggu akhirnya kami berjaya mendapat tiket. Alhamdulillah! Kami terus bergegas untuk naik feri. Masuk dalam feri, cari tempat yang strategik, tunggu feri gerak je terus saya tido tak ingat dunia. Mengantuk, penat semua ada.  

Feri ke Redang, lebih kurang feri ke Pangkor jugak.

Hampir 2 jam perjalanan akhirnya sampailah kami di Redang! Feri yang kami naiki akan berhenti di jeti Kampung Redang - kalau hendak ke tempat lain seperti Taman Laut Redang, Laguna etc ada bot lain disediakan, cuma bayar tambang dan kita akan dibawa ke destinasi yang hendak dituju. Walaupun dah beberapa kali ke Redang, sebenarnya inilah kali pertama saya ke sini sendiri. Jadi sayapun 2x5 dengan kawan-kawan yang lain, tak tau mana nak tuju. Haha. Jadi sementara tunggu kawan saya call, apa kata kita jalan-jalan dulu kat sekitar jeti.

Akhirnya sampai di Pulau Redang!
Muka teruja : seronok akhirnya sampai di Redang
Bot-bot penduduk kampung sebab jeti yang kami singgah merupakan perkampungan baru penduduk Redang
Jauh lagi kena berjalan kalau nak ke perkampungan penduduk di sini. 
Jeti Redang dari warung - suasana yang susah nak jumpa bila berada di kota batu.

A picture can story everything! It'turs just a picture, but it can make u smile when u see it! Saya suka tengok gambar ni, gambar ni buat saya senyum sendiri. 
Jom kita teruskan perjalanan. Sementara tunggu sabahat saya, cik mie sampai kami lepak je kat kedai berdekatan jeti, order air dan makanan. Tapi tak sempat order sampai, cik mie dah call katanya dia dah sampai di jeti untuk bawa kami semua ke Taman Laut Redang.


~ malas nak tulis panjang-panjang, kita sambung di entry lain pulak :)

4 comments:

  1. PM,

    Mmg detail info nya..

    Dengar khabar redang lagi cantik dari pulau kapas kan. Nampak nye JM perlu juga buat trip ke sini..tp frust di pulau kapas belum habis heee..

    pstt...terima kasih sudi bwk kita orang jln2..suka sgt..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, Redang memang lagi cantik dari kapas sebab banyak coral di kapas dah mati kalau nak bandingkan dengan redang. so, JM kena buat trip ke redang la pulak lepas ni. hehe

      ppstt.. sama-sama, xde hal punyalah! :)

      Delete
  2. ok noted! redang lagi cantik dari pulau kapas...pernah sampai pulau kapas je, tu pun zaman study dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orga, lepas ni silalah berkunjung ke Redang. hehehe

      kapas dulu mungkin lawa, tapi skrg dah byk karang yang mati. huhu.

      Delete