Friday, September 20, 2013

Catatan Ekspress : Surabaya - Bandung

Kali ini untuk catatan ke bumi Indonesia nun dari Jawa Timur hingga ke Jawa Barat, saya tak berniat untuk manulis seperti catatan yang sebelum ini. Ke mana kami pergi, pukul berapa bangun, makan apa, berapa bayaran dan semuanya. Saya hanya akan highlight beberapa tempat saja, mungkin boleh jadikan panduan pada yang ingin ke sana nanti dan juga untuk diri sendiri - manalah tahu nak repeat Bromo dan Ijen sekali lagi kan? 

Perjalanan bermula dari Surabaya ke Bromo, dan kemudian Ijen, langsung ke Jamber mengukur pantai-pantai di sana, kemudian ke Malang kononnya berangan nak memetik apel Jawa, tapi akhirnya angan-anagan memang tinggal angan-angan saja (nampaknya kena jejak Eropah jugak baru dapat petik Epal kot) dan akhirnya meneruskan perjalanan menaiki keretapi selama 13 jam untuk sampai ke Bandung. 

1. Surabaya

Secara kasarnya tiada yang istimewanya tentang Surabaya - dari segi tarikan pelancong bandar ini biasa saja. Tapi ramai yang tidak tahu, tempat ini melahirkan ramai pejuang-pejuang kemerdekaan yang memperjuangkan kemerdekaan bumi Indonesia dari penjajah. Peristiwa besar seperti pengisytiharan kemerdekaan dan pemberontakan pejuang yang memperjuangkan pembebasan Indonesia berlaku di sini. Walaupun hampir 68 tahun kemerdekaan Indonesia, kesan dan tinggalan sejarah masih lagi utuh. 

Tak susah mencari makanan halal di sini kerana hampir 100% penduduk di sini adalah Islam. Tapi awas, jika tidak yakin jangan dicuba-cuba makan di tempat sebarangan kerana menurut seorang kawan yang lama menetap di sini, definisi halal bagi mereka ialah 'makanan itu tak ada babi'. Mereka tidak kisah tentang soal bagaimana makanan itu diuruskan. Contohnya ayam atau lembu,ia sememangnya halal, tapi adakah penyembelihan yang dilakukan mengikut syariah Islam? Erm.. tepuk dada tanyalah iman.

Satu perkara yang saya kagum tentang Surabaya ialah di sini banyak sekali masjid. Berjalan tak sampai 1km, jumpa masjid. Dan saya bagi 5 bintang untuk tandas di sini. Tak kira di mana-mana : stesen minyak, tandas awam, masjid, musholla, semua tandasnya bersih! Walaupun tempat lain kotor, tapi dari segi kebersihan untuk ibadah memang patut diberi pujian. 

Suasana sekitar lorong menuju Masjid Sunan Ampel - Di satu lorong di sini semua kedai menjual barang-barang keperluan haji, kurma, air zam zam dan disambut oleh bau minyak attar yang menusuk hidung. Macam seperti berjalan di sekitar lorong-lorong kecil di Makkah pulak. 

2. Mount Bromo

Kami bergerak pada jam 12.00 tengah malam dari Surabaya menuju ke Bromo dan sampai di sana sekitar jam 3.00am. Selepas naik jip untuk ke Penanjakan 1 hampir pukul 4.30am kami sampai dan sementara menunggu masa untuk ke puncak sempat singgah layan Pop Mie dan teh panas. Sampai di puncak, bersesak-sesak dengan untuk mencari port menanti matahari terbit. Kiranya waktu kami sampai adalah waktu paling cun, tunggu beberapa minit saja untuk matahari muncul. Tapi disebabkan terlalu ghairah nak merakam gambar gunung-gunung yang terbentang di depan mata, kami terlupa pada matahari yang baru hendak muncul. Hasilnya... Ini saja yang kami dapat. haha - padahal camera tak berapa canggih nak amik view matahari. hoho!

Matahari bintang 6
Subhanallah... macam lukisan
Kawah Bromo dari kejauhan

Dari post penanjakan 1 kami bergerak ke kawah Bromo. Sampai sini semangat kena kental sikit. Nak menapak 'padang pasir' yang berdebu hitam menuju ke anak tangga berjumlah lebih 200 anak tangga bukan satu kerja yang mudah. Silap haribulan tewas dengan pelawaan 'lelaki berkuda' yang menawarkan perkhidmatan pergi dan balik. Harga yang ditawarkan bermula dari rp100 dan akan menurun mengikut jarak perjalanan. Walau apapun ia merupakan pengalaman yang sangat menarik. 

Sayup mata memandang
Tapi hasilnya tidak mengecewakan. Puff!! puff!! bunyi asap dari kawah seiring dengan bau belerang yang menusuk hidung
Langit biru mengiringi kepulangan kami

Dari kawah Bromo kami bergerak ke Savanah. Sekarang musim kemarau, jadinya tiada rumput-rumput yang menghijau di sini. Semuanya kekeringan dan kecoklatan. Tapi tetap pemandangan tetap memukau. Akhirnya perjalanan kami berakhir di Pasir Berbisik. Terasa macam berada di tengah gurun pulak. Sekali angin bertiup, berkepol-kepol debu hitam menusuk hidung. Tapi kami tak pedulipun. Indah sungguh alam ciptaan Allah. Syukur masih diberi peluang menikmati keindahan ini...

Kontang : Savanah yang kekeringan dek kerana musim kemarau
Awan bergerak menutupi Pasir Berbisik. Sesekali angin kedengaran bunyi 'ssstt... sstt' dan kelihatan pasir berkilauan. 

3. Kawah Ijen

Kami sampai di Banyuwangi seawal jam 10.30pm dan perjalanan menuju ke tempat pendakian mengambil masa hampir 1 jam setengah dan sebelum tengahmalam kami sudah mula mendaki. Dengan berbekal lampu picit dan cahaya bulan yang terang, kami bergerak perlahan. Mula-mula jalannya mendatar, kemudian semakin mendaki membuatkan pendakian kami menjadi perlahan. Sesekali kami disapa penambang sulfur yang berjalan laju seolah-olah berjalan di jalan yang rata. Hebat sungguh mereka! Kerja mereka membuatkan mereka jadi sekuat itu. Demi sesuap nasi inilah kerja harian mereka yang dilakukan saban hari. 3jam mendaki akhirnya sampai juga kami ke puncak. 

Kawah Ijen
Dari jauh kelihatan pekerja yang sedang bekerja mengumpul sulfur dan diangkut naik ke atas - satu kerja yang sangat sukar pada pandangan mata saya.
Dari puncak menanti matahari terbit. Kecik je saiz orang-orang kat bawah tu kan?

4. Jamber

Salah satu kelebihan Jamber ialah pantai-pantainya. Dari Ijen, perjalanan mengambil masa lebih 3 jam untuk sampai ke sini. Sempat juga singgah di Papuma, Watu Ulo dan melayan sunset di Payangan.

Tanjung Papuma : kepala ular muncul di tengah laut. 
Nak memburu sunset la kononnya, berjalan hingga ke hujung tanjung!
Inilah hasilnya... bolehlah. Kalau nak lagi lawa kena tengok sendiri dengan mata kasar, barulah puas hati. hiks

5. Malang / Batu

Niat hati nak memetik apel, tapi angan-angan tak kesampaian. Jadi kami masuk JATIM park 2. Hampir seharian di sini, tempatnya besar ya ampun!!! Tapi hewan di sini sihat-sihat belaka.

Harimau putih antara hewan tarikan di sini
Cuba cari hewan tersembunyi
Asyik sungguh monyet ni duk cari kutu sampai kami yang jadi tukang tengokpun ralit sama. Monyet ini bukan terdapat di JATIM park 2, tapi di Zoo Surabaya - zoo yag pernah menjadi kontroversi sekitar tahun 2011-2012 tu

6. Bandung

Mendapat jolokan Paris of Java, Bandung sudah tentu syurga shopping bagi kaki shopping. Tapi bukan untuk saya kot. Cumanya di sini untuk ke mana-mana sangat mudah. Naik angkutan kota saja kita boleh sampai di Pasar Baru, Cihampelas, Factory Outlet dan lain-lain tempat yang menjadi tarikan di sekitar bandar Bandung ini. Sangat mudah! Tapi dalam mudah-mudahpun, sempat jugak kami merasa 'makan langsat' naik angkutan kota. Haha

7. Kawah Putih

3 jam perjalanan dari bandar Bandung untuk sampai ke sini. Hasilnya, lawa juga tempat ini. Walaupun kata sesetengah orang tempat ini sudah dikomersil menjadi wisata, tapi pada pendapat saya apa salahnya singgah di sini, tempatnya tak kurang cantiknya kan?

Kawah belerang
Tak ada tumbuhan yang hidup sekitar tasik ini, semuanya mati

8. Tangkuban Parahu

Dari utara, kami terus ke selatan menuju ke satu lagi kawah gunung berapi di Bandung. Perjalanan dekat sikit je dari Kawah Putih. Pemandangan biasa saja, tapi tetap ada keistimewaan tersendiri. Kiranya ia trip ulangan buat saya, dan pertama kali buat teman-teman saya. Walaupun tak ada perkataan 'wow' untuk tempat ini, tapi cukuplah orang kata 'sudah sampai di sini'. 

Kunjungan kedua : kawahnya tak banyak berubah, cuma kedai-kedainya saja yang makin bertambah. hiks
Masih ada letupan di sebalik celah-celah asap yang berkepol itu

Trip kali ini walaupun dalam jemaah yang kecil, hanya ber'3 banyak perkara yang kami lalui bersama. Bila terkenang pasti kami tertawa. Sempat merasa tidur di dalam kereta 3 malam berurut-turut, tidur dalam keretapi dengan 13jam perjalanan, menaiki perbagai kenderaan, dari Kijang, Grand Lavina, Avanza, angkutan kota, ontang-anting dll, merasa pelbagai makanan tempatan dan melihat sendiri kehidupan masyarat tempatan yang majoriti mempunyai kehidupan yang susah menyebabkan kami berfikir dan bersyukur dengan kehidupan yang kami ada. Walaupun serba sederhana, sekurang-kurangnya kami tidaklah sampai meminta-minta demi meneruskan kelangsungan hidup.

21 comments:

  1. Wah lapan hari dalam satu entry. OK jugak tu, tak payah meleret2...

    Tapi kalau saya memang tak larat nak ikut cara orang muda ni...

    Anyway satu pengembaraan yang menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni entry rumusan 8 hari dalam 1. hiks

      orang tak berapa nak muda pun tak berapa larat sebenarnya. hahaha

      Delete
  2. wow... mudah and ringkas.. saya tak berkesempatan pergi kawan ijen hari tu... kene repeat surabaya lagi ni~

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yg dah sampai ijen pun rasa nak repeat balik surabaya ni. sebabnya dah sampai ijen tapi turun tgk blue fire penangan capek yang amat masa tu. huhu

      Delete
  3. gambar no tu memang cantik sangat..MS belum berpeluang ke mount bromo lagi
    insyaAllah ada rezeki nanti nak juga jejak kaki ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar no berapa MS? huhu

      jom MS kita repeat balik bromo/ijen. ada 3 hari dah cukup nak cover 2 tempat ni :)

      Delete
  4. Wahh menarik.. dari kawah ke kawah.. antara byk2 tu sy hanya pernah sampai ke Bromo dan Tangkuban Parahu saje.. Subhanallah cantiknya langit biru di Bromo tu..tq atas informasi, mungkin akan menyusul jejak juga ke kawah2 yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari kawah ke kawah - hasilnya capek yang amat!! tapi view memang Subhanallah cantik!!

      Delete
  5. Catatan express? so dah tak ada sambungan lah ni..

    Surabaya : JM suka tandas yg bersih..ehh..tetiba komen pasal tandas..ye lah..JM dh byk pengalaman pegi ke negara org..paling tak suka tandas di China..pegi Aussi wlpun tandas tak ada air..tetap wangi..balik msia..wlpun tandas ada air..ya ampun..bau..boleh pengsan..

    Mount Bromo : Kamera tak canggih tapi hasil mantop...cantik sgt2 view sekitar gunung Bromo ni..arghh...nak jejak jugak kaki ke sini..In Shaa Allah..dh ada perancangan ni :-)

    Kawah Ijen : View yang mempesonakan..Subhanallah..cantik sungguh ciptaan Allah

    Jamber : Gambar yg tidak mengecewakan..hanya org kreatif shj dpt menghasilkan gambar yg cantik ni

    Malang/Batu : Jinak je tgk singa tu hee..cam nak turun belai2 mcm belai2 kanggaroo heee

    Bandung : Kiranya tak shopping sgtlah kat sini eh

    Kawah putih : Gambar cantik sgt boleh buat wallpaper

    Tangkuban Perahu : Ye JM pun pernah samapi sini..pening dgn penjula yg asyik follow je kita minta di beli brg yg di jual tu

    Ahahah...tgk tu panjang lebar komen ne..mmg rugi besar JM tak dpt follow trip ni..kalau ada plan nk ke mana2..cout me in tau...cam enjoy je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia sekali JM komen, berjela. hehe

      JM, kalau rajin akan ada entry sambungan, tp utk tempat2 tertentu saja la, yg ni baru entry kesimpulan. hiks

      JM, xpe tak rugi manapun x dapat follow utk trip ni. sebenarnya kalau niat nak ke bromo dan ijen aje, ada 3 solid days dah mampu cover, tak payah drag sampai 8 hari :)

      jom JM, teringin nak repeat Bromo/ Ijen ni, err, agak2 sblm feb 2014 sempat tak eh? dan ada tiket murah tak nak ke Surabaya? hoho

      Delete
    2. JM dah check tak ada sale ke Surabaya buat masa ni..tapi kalau ada nanti JM kaborkan..kita pegi bln Dec ke..tapi sesuai ke cuaca nya..kalau Jan-Feb tu JM ada 2 trip menunggu :-)

      Delete
    3. Alahai JM ku sayang... berangan sebenarnya nak g sebelum feb 2014, tapi mcm tinggal angan2 aje tu. bulan 11, 12 pun kita ada trip lg ni. Pulun gila2 sebelum tutup buku travel dan buka buku lain pulak.

      Bulan 12 ok kat sana, sebab sekarang kat sana tengah musim kemarau. tandus dan panas banget!!

      Delete
  6. Tu dia, memang benar2 express entry kali ini, PM.hahaha!Singgah di Payangan juga ya? Lihat gmabrnya itu kelihatannya dari Payangan atau emangnya mata saya yang silap hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mbak Zilla, entry express tu pendahuluan aje. haha. Entry utk tempat2 terpilih akan menyusul, tapi x tau bila tu. hoho. Emangnya mata mbak ngak tipu, gambat itu memang di Payangang. hihi

      Delete
    2. waduh, emang bagus sekalinya ngomongnya ya hihihi...kerenkan, payangan..kangen sama itu tempat, PM..tapinya saya udah tutup buku tanah jawa huhuu

      Delete
    3. hihi. baru 8 hari di Indonesia sudah bisa ngomong ya, bayangkan kalau 80 hari gimana ya mbak?

      wa zilla, ni betul2 dah tutup buku tanah jawa ke ni? betul2 dah nekad ni? hahaha.

      Delete
    4. kalau 80 hari harus ada pacar di sana :D nampak gayanya macam tu lah, PM..nak try explore tempat lain pula..jadinya, cukup jangan momokkan saya lagi dgn keindahan tanah jawa hahaha

      Delete
    5. punya pacar? waaa... kalau ada yg sudi apa salahnya kan? * pengakuan berani mati ni. haha

      Zilla, rest dulu 2,3 tahun, lepas tu confirm rindu balik pada Tanah Jawa kan? heeee

      Delete
  7. PM

    Boleh x nak mintak kongsi itin kat surabaya? ^___^

    xpon boleh email ke sini --> hanna_farah82@hotmail.com

    Trimas byk~

    ReplyDelete
  8. Dear Hanna Farah,

    If u read this msg, do reply it back. I try to email the itinerary to that email, but cannot sent it. thanks

    ReplyDelete
  9. Salam. Post yang sangat menarik! Boleh saya dapatkan full itenary for this trip tak? Email ke mhaiqaljamal@gmail.com thank you!

    ReplyDelete