Thursday, September 26, 2013

Trip Surabaya - Bandung (1) : Ada apa di Surabaya?

Ada beberapa tempat menarik di sekitar Surabaya yang boleh dilawati seperti :
  1. Tugu Pahlawan
  2. Muzium 10 November
  3. Muzium Kesehatan
  4. Pelabuhan Tradisional Kalimas
  5. House of Sampeorna
  6. Monumen Kapal Selam
  7. Masjid Al-Akbar
  8. Masjid Sunan Ampel
  9. Kebun Binatang Surabaya (Zoo)
  10. Jembatan Merah
  11. Lumpur Lapindo

Dan beberapa tempat 'membuang duit' seperti :
  1. UKM Jatim - pusat pengumpulan hasil-hasil tangan
  2. Tanggulangin - jual barang kulit
  3. Jembatan Merah Plaza
  4. Kedai Souvenir Mirota
  5. Pusat Grosir Surabaya
* tempat 'membuang duit' di sini tak berapa inzal sebab semua barang harga tetap, jadi tak berapa sesuai untuk orang berpoket nipis seperti kami. Kat Surabaya saya tak beli apapun, cuma beli beberapa keping tempelan kulkas aka FM saja.

Malas nak cerita panjang, kita serahkan pada gambar untuk bercerita pulak.

Masjid Al-Akbar : masjid terbesar di Surabaya. Besor sunggoh masjid ni, masuk kat dalam sayup mata memandang. Kat masjid ni ada menara tinjau, boleh lihat pemandangan satu bandar Surabaya. Entrance fee :  rp20,000/person, tapi kami tak naik pun.
Masjid Sunan Ampel : Salah satu masjid lama. Di sini terdapat makan Sunan Ampel yang sehingga hari ini dianggap keramat oleh penduduk tempatan. Kalau masuk ke perkarangan masjid, untuk tandas/ tempat wudhu' kita akan melalui kawasan perkuburan keramat. Jangan hairan kalau tengok penduduk-penduduk yang taksub seperti menyembah kubur dan di satu sudut di luar kawasan makan ada disediakan tempayan yang berisi air khas untuk minuman sesiapa sahaja. Kelihatannya agak janggal, tapi itulah budaya mereka. Menariknya tempat ini ialah, di kiri kanan lorong menuju ke masjid ini dipenuhi dengan kedai yang menjual pakaian, makanan dan paling banyak ialah barang keperluan haji seperti baju, kurma, tasbih dan air zam zam. Macam berada kat Arab pulak. Info : ketik SINI
Sekitar tugu pahlawan : Tugu-tugu seperti ini banyak terdapat di sekitar padang merdeka ni. Dan tiang ini ialah antara tiang asal bangunan penjajah tempat utama pemberontakan penduduk memperjuangjan kemerdekaan dulu.

Muzim 10 November : Masa kami pergi muzium ni tengah dibaikpulih. Ramai budak sekolah yang datang ke sini sambil kumpul maklumat sejarah untuk kerja sekolah diaorg, sampaikan kami sekali pun disangka pelajar.
Entrance fee : rp5,000/person (kalau bawa kad pelajar masuk adalah PERCUMA)

Gigih tak sampai Muzium Kesihatanpun kami terjah. Seronok juga baca sejarah berkaitan perubatan ni. Nak jadi doktor perubatan tak mampu kan, jadi apa salahnya kita baca info berkaitan perubatan. Entrance fee : rp2,000/person
House of Sampeorna : Di tingkat bawah ialah muzium, boleh ambil gambar tapi bila naik ke tingkat tak boleh ambil gambar sebab bahagian atas berhubung terus dengan kilang penghasilan rokok. Laju gila tengok pekerja siapkan rokok. Sekali pandang dah macam robot pun ada. Kagum! Entrance fee : FOC
Monumen kapal selam : Ini adalah kapal selam original yang dipamerkan di sini. Saya tanya pada pekerja yang bertugas samada kapal selam ni masih berfungsi atau tidak? Jawapanya YA. Lepas masuk dalam kapal selam ada tayangan video kat bangunan sebelah. Tapi disebabkan tayangan ikut masa yang ditetapkan, kami skip sebab malas nak tunggu. Entrance fee : rp5,000/person

Tragedi Lumpur Lapindo

Juga dikenali sebagai Sidoarjo Mud, ia merupakan satu tragedi banjir lumpur yang terjadi pada 29 Mei 2006 telah menenggelamkan beberapa kawasan perkampungan, rumah, kawasan pertanian yang mengorbankan ramai penduduk sini. Sehingga hari ini lumpur tersebut masih keluar. 

Info baca di SINI

Singgah di sini, memanjat tangga melepasi tembok-tembok batu, saya lihat satu kawasan lapang seperti padang jarak padang terkukur. Kosong! Tak ada tumbuhan atau rumah yang terbina. Yang ada hanya lalang-lalang layu di tepi kawasan yang ditimbusi lumpur. 

Siapa sangka di sebalik timbunan lumpur tersebut terkuburnya beberapa kampung, rumah serta nyawa-nyawa yang tidak bersalah

Kami didatangi beberapa orang lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk kampung. Ada yang menawarkan perkhidmatan ojek untuk pusing-pusing seluruh kawasan ini dan tak kurang juga ada yang menjual VCD / DVD tentang bencana lumpur lapindo. Kata mereka, sejak peristiwa ini terjadi, tidak ada bantuan atau inisiatif daripada kerajaan untuk memulihkan atau membina semula perkampungan yang terlah ditimbusi oleh lumpur ini.

"kami protes dikatakan kami pemberontak. Sudah kami semua dimasukkan ke lokap"

Kesian melihat keadaan ini, tapi apa yang kami mampu buat? Saya cuba bertanya, mereka menyediakan tabung derma atau tidak? Tapi jawapan yang diberikan oleh mereka agak memusykilkan saya. 

"ngak usah tabung derma mbak, bagi aje pada kami"

Nampak atap je : rumah yang telah ditenggelami oleh lumpur sedalam lebih kurang 7 kaki

Lumpur yang masih mengalir mengandungi minyak mentah dan keadaan lumpur yang merekah/ kontang disebabkan musim kemarau.

Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk memberi sedikit sumbangan. Musykil tu kita tolak tepi, yang penting niat kita ada untuk bersedekah. Samada sedekah itu sampai atau tidak pada pihak yang sepatutnya, biarlah Allah yang tentukan. Sebenarnya jumlah sumbangan kami taklah seberapa kalau nak dibandingkan dengan derita dan kesusahan mereka, tapi harap-harapnya dengan sedikit sumbangan dapatlah mengurangkan sedikit beban yang ditanggung. 

Kebun Binatang Surabaya (Zoo)

Zoo Surabaya tak ada dalam list sebenarnya. Kebetulan ada masa lagi, saya minta Pak Baktiar membawa kami singgah di sini. (macam kat Malaya tak ada zoo kan?). Sebelum ke sini, saya ada terbaca di internet khabar tidak enak tentang zoo ini. Khabarnya binatang di sini tak cukup makan, ada yang mati akibat makan plastik dan macam-macam lagi. Jadi alang-alang dah sampai sini, jom kita tengok sendiri adakah benar khabar itu atau sekadar omogan kosong. Entrance fee : rp16,000/person.

Beberapa cerita tak enak dibaca/didengar tentang zoo ini seperti
  • Ini kisah Melani harimau Sumatera yang tak cukup makan
  • Ini pulak kisah Kliwon Zirafah yang mati akhibat memakan plastik - dalam perutnya terdapat lebih kurang 18kg plastik yang tak hadam. 
  • Dan ini pulak kisah tentang Zoo Surabaya yang tak terjaga
Tapi itu cerita sekitar 2012 dulu, sekarang kerajaan sudah mengambil alih pengurusan zoo ini. Dari pandangan mata saya keadaan sudah semakin baik. Alhamdulillah.... Harapnya keadaan semakin baik. Kesian mereka, sudahlah dikurung untuk tatapan umum, kebebasan mereka juga dirampas, tapi kebajikan mereka tidak dijaga dengan sebaiknya - tak ke kejam namanya tu? Tengok saja wajah-wajah hewan di sini..

Saya tak boleh tengok monyet ni lama-lama. Naik sayu pulak dibuatnya. huhu
Komodo juga tak terlepas dari kontroversi - kehilangan 3 ekor komodo dari sangkarnya menjadi tanda tanya siapakah datang yang terlibat dengan mencuri haiwan ini. 
Buayapun nampak sihat kan?
Anak rusa yang baru lahir. Sangat comel! Tapi beberapa ekor rusa dewasa yang kami lihat, keadaannya agak menyedihkan. Ada yang luka-luka, ada juga yang seperti dijangkiti penyakit kulit. Kesian...
Puas kami pusing satu zoo semata-mata nak tengok sendiri keadaan terkini si belang ni. Adakah Melani dalam gambar ni? Kami sendiripun tak pasti. Tapi yang pastinya harimau-harimau di sini sihat. Satu ketika, masa kami duk sibuk layan aksi si belang ni terdengar ngauman si belang dari sangkar hujung. Cepat-cepat kami ke sangkar hujung, tapi tak jumpapun. Tunggu punya tunggu sampai sudah si belang tak muncul. Misteri sungguh!
Baik punya post dari raja hutan ni. 

13 comments:

  1. comeyy gila aksi si raja hutan tu, PM ahahaha

    ReplyDelete
  2. masa ke sini dulu.. tgok semuanya okay je.. haiwannya bnyak... :D
    tentang tak berjaga itu tak pasti.. rasanya ok je sebab dibiarkan dalam habitat (hutan), lain kat sini, dikurung dalam sangkar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zette, haiwan kat sini memang banyak. Tapi kalau kat JATIM park 2 lagi banyak. gemok2 pulak tu

      Delete
  3. sampai sekarang aku tak suka pergi zoo...tak suka tengok haiwan camni kena kurung, walaupun cukup makan ke, sihat ke, tapi tetap tak suka diorang kena kurung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal Orga. Kitaorg g zoo tu pun nak tengok sendiri dengan mata kasar betul @ tak berita yang digembar gemburkan itu :)

      Delete
  4. Walaupun lumpur, kering kontang..dek kerana gambar yg penuh kreatif nampak menarik

    Apabia di biar gambar bercerita..JM cukup tergoda dengan last pic tu..mesti ada cerita di sebaliknya heeeee so cute

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi JM, pujian bukan main walhal gambar itu biasa aje

      Pic last tu memang lucu dan cute JM, kitaorg yg tengok pun terkekek2. hahaha

      Delete
  5. Correction : KBS bukan diambil alih kerajaan, tetapi Pemerintah Setempat / Pemerintah Kota Surabaya... Err... kalo dalam BM ape ye? Hahaha... Sorry la... BM dah F9... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anony : TQ for the correction. Kalau x silap kerajaan dan pemerintah tu bukan ke sama maksud. Bezanya bahasa Melayu vs bahasa Indonesia aje. hehe. Sebenar duk tercari2 bahasa Indonesia untuk perkataan yg sesuai dgn kerajaan.

      btw, jgn main2 kalau BM dapat F9, kena amik BM paper julai tau. keke

      Delete
  6. MasyaAllah.. pernah tengok di tv tentang Lapindo.. tapi belum pernah menyaksikan dengan mata sendiri. InsyaAllah satu hari nanti.. :-)

    Memang comel singa tu posing hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapindo ni cerita lama, tapi sampai sekarang nasib mereka tak terbela. Erm.. sejauh mana kebenaran tu hanya Allah yang tahu...

      Aksi singa tu memang mampu buat siapa saja yg tengok tersenyum. hehehe

      Delete
  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    ReplyDelete