Berpagi-pagian di bandar Krabi.
Malam tadi kami sampai di Krabi hampir pukul 10.00pm dan selamat sampai di guesthouse sekitar bandar Krabi lebih kurang pukul 11.00pm. Hari yang panjang dengan perjalanan yang jauh dan memenatkan. Seharian suntuk kami tak mandi dengan rasa tak bersalah pun!!!
Malam tadi sampai di guesthouse kami disambut oleh pemilik GH, Rin. Saya terus tanya pakej island tour untuk esok. Mulanya Rin bagitau kebanyakan island day tour sudah penuh sebab kami datang pada peak season dan ketika ini Krabi terutamanya di pantai Aonang memang penuh dengan pelancong. Tapi bila saya bagitau, beberapa hari sebelum ke sini saya dah email maklumkan kami lambat sampai dan kami nak booked pakej island tour awal dan lusa kami dah nak balik, Rin kata dia akan cuba dapatkan island day tour untuk kami.
Dia tunjuk pamplet, harga pakej yang paling murah yang ditawarkan ialah TB400/ person untuk 4 islands day tour by longtail boat. Ok ni, memang dalam budget kami. Tapi, bila dia call untuk tanya pakej, dah penuh! Kecewa di situ...
Bersungguh-sungguh dia telefon sana-sini nak cari mana lagi pakej day tour yang masih available.
Akhirnya Rin berjaya dapat pakej untuk kami - TB800/person naik speedboat. Tak apalah. Datang high season memang inilah risiko yang kami kena hadapi. Tak fikir panjang, buat bayaran dan dapatkan tiket, esok pagi pukul 8.00am kami akan diambil bawak ke pantai Aonang untuk island tour tu.
Untuk panduan ada beberapa pakej tour island yang ditawarkan di Aonang seperti :
Dia tunjuk pamplet, harga pakej yang paling murah yang ditawarkan ialah TB400/ person untuk 4 islands day tour by longtail boat. Ok ni, memang dalam budget kami. Tapi, bila dia call untuk tanya pakej, dah penuh! Kecewa di situ...
Bersungguh-sungguh dia telefon sana-sini nak cari mana lagi pakej day tour yang masih available.
Akhirnya Rin berjaya dapat pakej untuk kami - TB800/person naik speedboat. Tak apalah. Datang high season memang inilah risiko yang kami kena hadapi. Tak fikir panjang, buat bayaran dan dapatkan tiket, esok pagi pukul 8.00am kami akan diambil bawak ke pantai Aonang untuk island tour tu.
Untuk panduan ada beberapa pakej tour island yang ditawarkan di Aonang seperti :
- Phi Phi Island : TB1,200 - 1,800/ person by speed boat
- 4 Islands : TB800 - 1,200/ person by speed boat @ TB400 - 600/ person by longtail boat
- Hong Island : TB1,000 - 1,500/ person by speed boat @ TB700 - 1,000/ person by longtail boat
- Hong Island - kayaking & snorkeling : harga pakej sama macam no. 3
* Island tour ini untuk trip sehari dari pukul 8.00am - 3.00pm termasuk lunch dan guide.
* Bagi yang nak snorkeling, google dan life jacket juga disediakan.
Kami turun ke bawah seawal pukul 7.00am. Sementara masih awal, masing-masing sepakat nak cari makan dulu. Tapi tak nampak rupa ada kedai halal di sekitar guesthouse kami. Mujur pekerja guesthouse baik hati, dia cadangkan kami ke pasar Maharaj yang hanya terletak di belakang guesthouse.
Pasar Maharaj ialah pasar utama di bandar Krabi. Tak jauh beza macam pasar borong di Malaya. Tapi kalau nak banding pasar borong yang dekat rumah saya ni, pasar Maharaj lagi bersih dan teratur. Masuk dalam, di bahagian belakang pasar memang ada gerai-gerai makan. Gerai makanan halal dan non-halal memang diasingkan. Dan ini memudahkan kami untuk cari makanan yang halal dan sedap!
Maharaj market & sekitar gerai menjual makanan di dalam pasar
Pilihan kami : roti telur dan roti canai, pekena pulak dengan kopi ais dan teh ais. Memang sedap!
Majoriti harga roti canai/ roti telur dan teh/kopi ais bermula dari TB20 (RM2.00)
Perut dah kenyang, kami balik ke guesthouse. Elok sampai je, lori yang mengangkut kami dah sampai. Apa lagi terus naik lori. Kami orang pertama yang diambil, jadi boleh pilih seat secara berleluasa.
Selepas tu, lori teruskan perjalanan ke pantai Aonang dan singgah di beberapa hotel/ hostel untuk ambil beberapa orang lagi hingga lori yang kami naiki penuh dan sampai di pantai Aonang lebih kurang 30 minit selepas itu.
Lebih kurang jam 8.45am lori sampai di pantai Aonang. Penuh orang di tep pantai menungu giliran untuk ke pulau. Kami disuruh berkumpul dulu dan nama akan dipanggil mengikut tempat penginapan masing-masing. Sementara tunggu, sempat jugak cuci mata dkat tepi pantai dan di kedai-kedai berhampiran pantai.
Pantai Aonang
Hampir pukul 9.15am, barulah pakej untuk 4 islands di panggil. Agak ramai pelancong hari tu, bot penuh lebih 20 orang tak silap. 4 pulau yang akan kami terjah nanti tak jauh manapun dari pantai Aonang. Bot bergerak lebih kurang 15 minit dah sampai.
Phranang Beach
Pulau pertama. Ada gua di sini - Phranang Cave. Pantainya landai dan bersih. Yang pasti airnya sangat jernih. Tapi sayang, disebabkan terlalu ramai pengungjung keadaan agak sesak. Kami diberi masa lebih kurang 45 minit untuk beraktiviti di sini. Nak mandi ke, nak gi tengok gua ke dan ada private chalet di sini.
Kami ni takde excited mana nak mandi. Duk sibuk amik gambar saja. Sekejap melompat dalam air, sekejap melompat kat darat, macam-macam aksi - mengalahkan budak-budak jumpa air. haha.
Phranang Beach
Pulau pertama. Ada gua di sini - Phranang Cave. Pantainya landai dan bersih. Yang pasti airnya sangat jernih. Tapi sayang, disebabkan terlalu ramai pengungjung keadaan agak sesak. Kami diberi masa lebih kurang 45 minit untuk beraktiviti di sini. Nak mandi ke, nak gi tengok gua ke dan ada private chalet di sini.
Kami ni takde excited mana nak mandi. Duk sibuk amik gambar saja. Sekejap melompat dalam air, sekejap melompat kat darat, macam-macam aksi - mengalahkan budak-budak jumpa air. haha.
Speed boat yang kami naik rupanya macam ni la |
Ini pulak longtail boat. Yang pasti penuh bot diparking di tepi pantai menunjukkan betapa ramainya pelancong yang datang ke pantai ini. |
Air di pantai sanga jernih.
Lepas 45 minit guide panggil semua penumpang naik. Kita gerak ke pulau lain pulak. Sekali guide bawak kami ke belakang sebuah pulau. Dah lupa apa nama pulau ni. Kata guide tempat ni tak termasuk dalam pakej yang kami ambil, tapi saja dia nak bawak kami ke sini.
Tempat ni memang agak tersembunyi dan tak ramai orang. Masa bot kami singgah di situ hanya ada sebuah bot saja. Masing-masing terus excited. Ambil life jacket dan google nak mandi-manda. Air di sini memang jernih dan sejuk. Ikan memang banyak. Tapi coral tak ada. Banyak yang dah mati. Sayang betul tempat yang cantik sebegini batu karang dah banyak yang mati.
Best betul mandi sebab tak ramai orang |
Ce' tengok air, memang jernih. Nampak semua batu dan coral yang mati di dasar |
Kalau takut panas, boleh tiru macam kami, mandi bawah batu. hiks |
Aktiviti rock climbing. Saya terpikir boleh pulak diorang semua dalam keadaan separuh vogel manjat batu-batu yang tajam-tajam tu. Kalau terkena, terus luka. haishh.. |
Chicken Island
Lebih kurang sejam mandi-mandi di belakang pulau, guide panggil kami untuk ke pulau lain pulak. Kali ni kami tak singgah di pulau sebaliknya bot berhenti di tengah perairan berhampiran Chicken island.
Chicken island - kata guide, local named this island as chicken island because the head look similar like chicken head, but i think it's more like turkey head. |
Pemandangan di sini memang boleh buat hati yang kacau tenang sekejap.. |
Guide ajak kami semua terjun sebab kat sini banyak ikan. Mulanya saya tak excited pun nak terjun. Tapi bila tengok guide terjun sambil gigit roti dan tengok ikan-ikan berduyun-duyun datang makan roti yang digigitnya, saya jadi excited. Apa lagi terjun la sekali!
Ingatkan boleh tengok coral, tapi sayang memang tak ada coral di sini. Mostly banyak yang dah mati...
Gigih tarik cik bunga berenang. |
Guide kami dengan roti dan ikan-ikannya |
Poda & Tup Island
Ini destinasi terakhir dan paling lama kami diberi masa melepak di sini. Hampir 2 jam setengah. Sampai di sini, lunch pack diberi kepada setiap orang. Kita isi perut dulu lepas tu baru boleh terjun dalam air.
Agak ramai orang dan sesak di sini, tapi ada je port kalau nak mandi-manda.
Lepas makan, semua excited nak mandi. Kita bagi can pada kawan-kawan yang nak mandi. Saya dah tak minat nak berendam lagi. Jadi kita isi masa dengan jalan-jalan keliling pulau.
Bot kami berlabuh di Pulau Tup dan bersebelahan pulau ini ialah Pulau Poda. Jarak antara kedua-dua pulau sangat dekat. Kata guide waktu yang sesuai untuk singgah di pulau ini ialah tengahari sebab air sudah makin surut. Jadi kita boleh berjalan kaki saja antara Tup dan Poda.
Jom layan gambar.
Pulau Tup - disebabkan panas, ramai orang panjat ke atas pulau ini untuk cari tempat yang lebih teduh. Pandangan dari ataspun tak kurang cantik! |
Penuh umat manusia yang datang ke sini |
Pulau Poda - air sudah surut, jadi boleh berjalan saja kalau nak ke pulau Poda dari pulau Tup |
Air yang sangat jernih. Tapi ada batu dan ikan saja. Coral tak ada. |
Tak tau pulau apa - berhampiran pulau Tup dan Poda |
Antara bot-bot yang singgah di pulau Tup |
Lebih kurang pukul 3.00pm, masa untuk beranngkat balik. Perjalanan balik mengambil masa hampir 20 minit. Kalau pagi tadi kami berangkat dari pantai Aonang, balik bot membawa kami di sebelah pantai Aonang. Lupa dah nama jeti tu - jeti bot untuk sesiapa yang nak ke Phuket.
Sampai di jeti, lori dah ada menunggu dan kami bergerak balik ke bandar Krabi.
Elok sampai guesthouse langitpun gelap. Ada tanda-tanda hujan nak turun. Kami mandi dan bersiap turun di lobi dan hujanpun turun dengan lebatnya. Fuh... nasib baik pagi tadi cuaca sangat baik!
Jadi melepaklah kami di lobi guesthouse sementara menunggu hujan turun...
best korang pegi time cuaca sgt elokkkkkkk! tiba2 rasa tak puas pegi krabi aritu. ade byk bnda yang boleh buat.
ReplyDeleteHF, rezeki kami elok-elok je hari tu cuaca sangat cerah!
Deletemcm kena repeat krabi ni, byk benda boleh explore selain g pulau. kan?
cantik giler view..mcm john gak..xpuas gi krabi...hehe
ReplyDeleteview memang lawo zila. sampai hari ni sunburn tak hilang lagi. hahaha
Deletenampak gaya zila kena g krabi balik ni, mcm byk je xtvt nak buat kat sini selain g pulau
salam blogging.. murah la 4 Islands : TB800 - 1,200/ person by speed boat.. masa saya g tu terkena TB1300 dewasa, kanak² TB1000 huhu... silap sendri cuz saya tak survey dulu huhu
ReplyDeletesalam. TB800 tu sebenarnya harga utk kanak2, tokey guesthouse baik hati offer kat kami pakej harga kanak2. hiks.
Deletebyk pakej yg murah, memang kena survey2 dulu. diaorg ni kalau tgk bukan local terus up harga pakej. standard la tu kan
bestnyaaaa, view dia cantik sangattt
ReplyDeletetq nanadhoi. view memang lawa :)
DeleteWas there in Krabi way back in 2010! Miss Krabi a lot!
ReplyDeleteit almost 3 years. I think u should list Krabi into ur wishlist next year. :)
DeleteLepas baca entry ni nak pegi Krabi...gambar semua cantik2 maybe cuaca cantik tu...pastu lak guna kamera mahal..hasilnya mng awesome...JM nk buat itrenary berdasarkan entry ni lah :-)
ReplyDeletewaaa... JM pun nak ke Krabi kan tak lama lagi. best2! terima kasih pada cuaca yang cantik jadi automatik hasil gambarpun lawa la. err.. tapi kamera mahal tu tak betul sbb kamera saya sederhana mahal je JM. huahuahua.
DeleteSilakan JM, tp kan kalau JM stay lama kat krabi, try arrange menginap di krabi dan aonang jugak. lagi best!