Wednesday, November 20, 2013

Kill time trip : Hatyai Krabi (4) - Chao Fa Pier & Krabi town night market

Syok bersantai camni sementara tunggu hujan reda
Balik ke bilik, masing-masing mandi dan bersiap. Magic betul masing-masing tak kepenatan atau tidur sebaliknya turun ke lobi guesthouse.

Elok saja duk menunggu yang lain turun, hujanpun turun sama. Lebat pulak tu. Jadi duduklah kami santai-santai sambil kunyah mini chipsmore dan coklat sementara tunggu hujan reda. 

Nak naik atas dah malas. Alang-alang kat guesthouse tu memang ada sediakan tempat bersantai yang selesa, masing-masing amik port sambil layan perasaan. Wifi 24 hours, jadi tak ada masalah internet. 

Dekat 40 minit jugak hujan turun. Tak lama lepas tu hujan reda dan langit kembali cerah. 

Dah tengok cuaca dah makin ok, masing-masing lipat seluar terus keluar jalan kaki. Kami jalan tanpa tujuan - sebab tak pasti arah mana hendak dituju. Yang saya tahu, di sekitar bandar Krabi ini ada pelabuhan, dan tempat tu tepi sungai dan pemandangan di situ tak kurang lawanya. Saya jalan ikut kata hati dan kawan-kawan yang lain ikut saja - pagi tadi sewaktu naik lori cuba tengok jalan-jalan di sekitar bandar Krabi juga. Jadi kalau salah arah semua akan sesat! hoho!

Chao Fa Pier

Jalan punya jalan akhirnya kami sampai juga di sekitar pelabuhan. 

Direction? Jangan risau, bandar Krabi ni cinonet je, confirm tak sesat...


Sampai di sekitar pelabuhan ada pesta. Saya tak pasti pesta apa sebab semua tulisan dalam bahasa Thai. Tapi agak meriah suasana di sini. Siap ada band dan pentas, ada juga pameran dari badan-badan kerajaan dan gerai jualan makanan dan souvenir. Kami sekadar lalu dan tengok pemandangan di sekitar pelabuhan. 

Di sekitar pelabuhan, ada 2 tarikan replika utama di sini iaitu replika ketam dan helang. Kedua-duanya berdekatan je. Pasti ada sejarah disebalik replika tersebut, tapi saya tak pasti apa sejarahnya. huhu

Pandangan di sudut kiri : ketika ini air tengah surut. Ini adalah muara sungai yang di kelilingi hutan bakau, kami boleh nampak ketam bakau bermain-main di dalam lumpur dan boleh nampak hutan bakau dari kejauhan. 
Pandangan di sudut kanan : kawasan bot-bot kecil / nelayan berlabuh
Suasana sekitar Chao Fa Pier : hari tu ada pesta apa entah, tapi orang sangat ramai dan meriah walaupun petang tadi hujan lebat. Seronok jugak bila berjalan-jalan lepas hujan reda, suasananya nyaman dan sejuk!!

Krabi town night market

Dah puas pusing-pusing sekitar pelabuhan, kami patah balik. Kali ini misi mencari pasar malam di sekitar bandar Krabi pula. Senang saja nak jmpa pasar malam ni, terletak betul-betul di jalan utama, di traffic light tengah bandar Krabi yang ada replika orang zaman purba di setiap 4 penjuru traffic light. Tapi kalau tak pasti direction ada atau boleh juga tanya local, mesti diorang tahu.

Lokasi pasar malam 
Hampir 7 malam, suasana di sekitar pasar malam sudah penuh dengan gerai dan penjual

Banyak gerai-gerai menjual makanan di sini. Ada banyak gerai makanan halal. Biasanya penjual akan letakkan tanda halal atau sebaliknya. Dan kita juga boleh cam melalui pakaian penjual. 

Makanan di sini biasanya di jual untuk makan terus. Jadi kalau kita berniat hendak bungkus kena pesan siap-siap kat penjual.

Banana pancake : sangat sedap dan halal
Pilihan kami : perisa coklat dan nutella. Dua-duanya sedap. Kami makan terus panas-panas.

Air limau pure - TH30/ sebekas. Air strawberry dan raspberry itupun sedap - TH25/ botol 

Nasi goreng udang pilihan saya. Rasa ok la, tapi agak manis. Makanan di sini mostly manis-manis belaka, macam makanan di Kelantan jugak. huhuhu.
Crabmeat ball ni sedap - - TH30/ sebekas. Sebenarnya ada macam-macam perisa, ada ketam, udang, kerang dan lain-lain yang berasas seafood. Semuanya sedap

Banyak lagi gerai yang kami singgah dan beli dan makan sambil jalan-jalan cuci mata - buruk benor perangai makan sambil berjalan kan? Sedar-sedar perut kenyang!

Ada jugak makanan yang kami tapaw, bawak balik makan di guesthouse.

T-shirt di sini murah-murah. Kain lembut dan berkualiti. Harga sehelai dalam TH100 (RM10)
Souvenir pun banyak dijual di sini. Boleh tawar-tawar. Pilih saja apa yang berkenan.


Tentang pasar malam :

  • Dibuka setiap hari bermula jam 6.00pm - 10.00pm
  • Tak susah untuk dapat makanan halal di sini - dari pemerhatian saya gerai makanan tersusun mengikut makanan halal dan tidak halal. Jadi tak perlu risau takut bercampur antara gerai
  • Kalau nak makan di sekitar pasar malam, di tengah-tengah kawasan pasar malam terdapat meja dan kerusi. Siap ada pentas untuk pertunjukan
  • Harus cuba rasa : pankace, crabmeat ball, aiskrim goreng, jus-jus buah-buahan, seafood etc sebab semuanya sedap-sedap!
  • Rasanya souvenir di pasar malam lagi murah berbanding di kedai/ gerai sekitar bandar Krabi sebab boleh tawar-menawar. 
  • Kraftangan, lukisan tangan sangat lawa dan hargapun berpatutan. Err.. tapi saya tak belipun...

Dah puas meronda, kami berjalan balik ke GH. Sekali lagi kami berkelah di lobi GH seolah-olah GH itu kami yang punya. hiks

Malam terakhir di Krabi, esok kami akan berangkat balik ke Hatyai semula....


10 comments:

  1. ishh rindu plak nk repeat hatyai. tapi kali ni rasanya leh ikut style awk

    lepak krabi town
    naik longtrail boat
    dari hatyai ke krabi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emy, lepak area krabi town pun tak kurang menariknya
      naik longtail boat memang kena try sbb paling murah! hehe
      tapi perjalanan dari hatyai ke krabi sangat panjang dan memenatkan!!! hiks

      Delete
  2. dulu waktu pegi trip ke krabi, ade lalu bandar krabi sbb mcm takde ape yg menarik terus drive lelaju pegi ke ao nang beach. hiks. seleksi souvenirs dia lebih kurang sama dgn ade jual kat ao nang gak. crabmeat ball tu nmpk sungguh sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HF, lepas ni kalau nak repeat krabi skali lagi bolehlah bermalam kat krabi pulak :)
      Souvenir memang tak jauh beza, tapi agak murah berbanding di aonang. dan crabmeat ball tu memang sangat sedap!!

      Delete
  3. Banana pancake..sedap eh..kalau camtu next trip haruslah cuba..cantik pulak telur yg di gorang tu..telur merah separuh masak..sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua sedap JM. heee. next trip ke krabi, kalau stay byk malam di krabi/aonang blh la duk area krabi town satu malam lepas pindah ke aonang pulak malam2 yang lain. Jadi boleh rasa semua suasana :)

      Delete
  4. banana pancake dengan crabmeat ball tu nampak sangat sedap!

    ReplyDelete
  5. nak tanya...pasal mlm di krabi mmg buka hari2 ekk? bkn jumat- ahad je ke?

    ReplyDelete
  6. pasar malam kat krabi buka hari2. memang ada tem khas utk pasar malam. yg buka jumaat-ahad tu pasar terapung Hatyai

    ReplyDelete