* Bertabahlah ye, entry ni memang banyak ayat dari gambar!
Sebelum ni saya ada pasang niat kekononnya nak overland dari Tanah Malaya ke Siam lepas tu masuk Myanmar atau Vietnam dan patah balik naik flight. Tapi lepas dicongak-congak cuti yang akan digunakan sangat panjang, maka hasrat tu terkubur begitu saja. Maklumlah, kerja makan gaji... mana nak mampu cuti panjang-panjang kan?
Sehinggalah saya dapat email dari Zilla ajak turut serta trip ini. Kebetulan dalam email tu, geng Jomblang ada sama. Apa lagi, lepas berbalas-balas email, kata hati saya "ON! redah saja! Yang lain kita fikir kemudian". Maklumlah, kata Zilla ada beberapa kawan-kawannya yang akan turut sama which is saya tak kenal langsung dan saya hanya kenal geng Jomblang saja. Tak apa, kita berkenalan bila sampai masa nanti. Dan saya heret sekali salah seorang kawan lama saya untuk ikut serta trip ini.
Pendapat saya, kadang-kadang seronok juga bila berjalan dengan kawan-kawan baru, yang penting kena ada persefahaman. Lagi ramai lagi bagus! Ada sesetengah orang hanya akan berjalan dengan orang/kumpulan tertentu sahaja dan mungkin juga selesa jalan berseorangan. Tapi rasanya itu bukan saya kot. Dahlah muka saya ni spesis 'ketat' jadi saya perlukan 'kawan-kawan' untuk bercakap dan ketawa sepanjang perjalanan nanti. Lagi seronok bila ada teman untuk bertukar pendapat dan berkongsi susah dan senang kan? Apa yang lebih penting diri kita sendiri & pandai sesuaikan diri ikut keadaan dan sentiasa terbuka untuk terima pendapat orang lain. Kalau jenis ikut kepala sendiri susahlah nak travel secara berjemaah ni. Huh! panjang pulak mukadimah..
Jumlah ahli jemaah 8 orang - gabungan antara Malaysia, Indonesia. Tapi beberapa minggu sebelum trip, Zilla maklumkan dia tak dapat cuti panjang dan terpaksa memendekkan tempoh trip. Jadinya selepas 4 hari, kami berpecah > seorang ke Cambodia, 3 balik Malaya, dan kami berempat teruskan perjalanan hingga ke satu tempat bersebelahan sempadan Myanmar sebelum berpatah balik ke Bangkok.
Tak banyak persiapan yang saya mampu buat. Selepas dapat rough itinerary dari Zilla, saya cuba sambung itinerary untuk hari seterusnya dan lepas itu Anne pulak mencantikkan iti dengan bantuan kawan-kawan yang lain. Saya memang tak mampu nak menyumbang banyak idea sebab masa tu tengah serabut untuk ambil exam dan kerja yang agak banyak. Tapi syukur sebab ada kawan-kawan yang membantu kan?
Hari kejadian : Rabu, masih bekerja seperti biasa. Tengahari balik rumah untuk ambil kawan saya dan hantar di Putrajaya Sentral untuk ke KLIA sebab flight dia dan Anne pukul 6.++ pm. Lepas tu balik ke opis semula. Petang balik baru bersiap itu ini walaupun malam sebelumnya dah kemas beg. Bersiap ke Putrajaya Sentral untuk KLIA. Dah web check in awal-awal, jadi sampai di KLIA just drop luggage saja. Elok sampai nak tunggu ERL, ternampak kelibat yang dikenali. Rupanya Zillapun tunggu ERL yang sama. Kami berpisah di tengah jalan. Tujuan sama, cuma 'belon' saja berbeza. hehe.
Flight saya 9.20pm, tapi delay hampir 1 jam. Masuk dalam flight, on MP3 terus saya lelap mata. Penat! Terjaga bila stewardess tanya nak makan atau tak. Makan ala kadar je, untuk alas perut dan sambung tidur balik. 2 jam setengahpun sempat tidur kan? Sampai di Suvarnabhumi dah hampir jam 12.00 tengah malam. Urusan imigresen dan ambil luggage lancar dan saya terus mencari teman-teman yang sedia menunggu di luar. Kejap saja dah jumpa diaorang dan kami terus cari jalan untuk ke Hua Lomphong Railway Station. Sempat beli simkad Thai dengan harga THB150.
Apa lagi pengangkutan yang kami ada bila jam sudah melewati pukul 12.00 am selain taxi kan? Perkhidmatan BTS tamat jam 11.30 pm. Lainlah kalau di Dong Mueng Airport ada bus beroperasi 24 jam dari airport ke Hua Lamphong. Kami ke aras bawah mencari kaunter taxi. Tambang taxi ke Hua Lomphong THB500 + tol + airport charge THB50, total THB625/ taxi. Nasib baik kongsi 3 orang. Jauh benor beza tambang bas dengan kawan-kawan dari Dong Mueng yang hanya dikenakan tambang sebanyak THB8! Untung la....
Perjalanan dar airport ke Hua Lomphong mengambil masa hampir 1 jam. Jalan clear, maklumlah dah lewat tengah malam. Sampai di st Hua Lomphong, pemandu taxi turunkan kami di tepi bangunan stesen. Lengang ketika itu, tapi di hadapan stesen ada sekumpulan polis sedang berkawal. Kami menjenguk ke dalam stesen, tapi semua pintu berkunci. Dah tak tahu nak pergi ke mana, kami melepak di depan polis-polis yang sedang bertugas tu.
Kami ditegur oleh plis yang bertugas. Di sini walaupun bahasa menjadi masalah utama untuk berkomunikasi, tapi mereka ni memang peramah. Sebolehnya nak juga mereka tanya kami dari mana, tapi bila dijawab mereka tak faham pulak. Haha. Mujur ada seorang polis yang faham berbahasa Inggeris. Itupun sikit-sikit je. Kalau kami tanya lebih-lebih, contohnya apa tujuan mereka berkawal di sini? Bagaimana situasi Bangkok sekarang? Adakah demo sudah berakhir? - kebanyakannya tidak mampu dijawab olehnya. Tak apalah, janji kami selamat duduk sini sementara tunggu stesen buka. Kan?
Polis yang sedang berkawal di luar stesen Hua Lamphong |
Mulanya kami ingatkan mereka akan berkawal di sini sampai cerah. Haha. Rupanya kejap saja. Kami disuruh masuk ke dalam stesen sebab tempat yang kami duduk tu agak sunyi. (walaupun sebenarnya ia adalah bahagian hadapan stesen keretapi). Buntu jugak dok fikir macamana nak masuk, tapi tiba-tiba muncul seorang makcik menunjuk arah ke bahagian sebelah stesen. Suka je masing-masing. Berjalan ke bahagian sebelah stesen, terkejut kejap sebab tengok penuh orang tidur di situ. Bergelimbangan! Tapi tengok masing-masing tidur memang lena siap berselimut!
Kami cari tempat kosong untuk duduk dan meletak beg. Sambil-sambil itu mata saya leka memerhati mereka yang sedang tidur. Lenanya. Dalam kepala terfikir, orang kaya (yang hati tak senang) belum tentu boleh tidur selena mereka walaupun bertilamkan tilam sedepa. Dan dalam masa yang sama terfikir lagi, ramai lagi orang yang susah dari kita, tapi mampu tidur lena walaupun hidup mereka biasa-biasa sahaja. Tapi saya tahu mereka ini bukannya gelendangan yang tak mempunyai tempat tinggal. Rasanya mereka ini juga punya tujuan macam kami - berhenti rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Boleh dikatakan semua tempat penuh dengan orang yang tidur di kaki lima stesen |
Macam-macam peristiwa terjadi sepanjang kami 'berehat' di sini. Mula-mula makcik di hadapan kami bercakap tanpa henti! Siap dengan tangan sekali. Kalau ada orang yang tumpang duduk di sebelah, semua kena halau. Puas bercakap dia berjalan keliling kawasan dan lepas tu barulah dia duduk, tarik selimut dan tidur. Fuh! Aman sekejap. Dalam mata masing-masing mamai, tiba-tiba ada pulak tikus datang menyerang beg kami. Tikus sebesar anak kucing memang sangat agresif dan berani. Siap lalu depan kami tanpa takut! Tengah kami berura-ura hendak berpindah ke tempat lain, elok saja kawan-kawan yang lain selamat sampai dari Dong Mueng Airport.
Sekarang ahli rombongan dah cukup! Kami pindah tempat, duduk di tangga. Penat dan mengantuk. Ingatkan dah aman, tapi elok pula seorang pakcik menegur kami. Mulanya kami jawab sapaannya dengan baik, tapi bila dia bercakap tanpa henti, masing-masing baru sedar mungkin pakcik tu ada masalah. Terus kami buat-buat tidur dan biarkan pakcik tu bercakap sorang-sorang. Haha.
Pukul 4.00am, kedengaran pengawal stesen meniup wisel dan mengejutkan semua orang-orang yang sedang tidur. Orang berpusu-pusu bangun dan masuk ke dalam stesen. Itu menandakan stesen sudah dibuka dan beroperasi seperti biasa.
Stesen Hua Lamphong dan landasan keretapi yang besar
Kami masuk ke dalam mencari kaunter tiket untuk ke destinasi seterusnya - Lop Buri dan keretapi akan bertolak pada pukul 4.20 am.
Apa yang kami cari di Lop Buri, kena tunggu next entry ye ^_^
mukadimah, sgt tak boleh blah..sentap saya baca maklumlah muka saya ne lebih 'ketat' dari awak, nani :D bercakap pun ikut suka hati rasa nak bercakap, nak buat lawak lagilah tak pandai..sekadar senyum aje yang saya mampu berikan hehehe..
ReplyDeleteapa pun, terima kasih byk sudi follow trip ini..gabungan 2 negara; malaysia-indonesia tapi sepanjang 4 hari saya bersama kalian, tak terasa langsung pun warna bendera ataupun warna passport..rasa macam, sama aje semuanya :-)
Alahai Zilla jangan la sentap. Muka awak mana ada 'ketat' Zilla. Asyik senyum, cakap pun berlapik je. hehe
DeleteTerima kasih jugak sebab sudi ajak saya joint trip ni. memang best! Sayang kita x dapat habiskan trip ni sama2 kan?Xpe lain kali ajak lagi eh. hehe
Suka tajuknya : Land of smile tu..baca pun dh nampak unik heeee
ReplyDeleteAhakss...tekaan JM tepat trip ni bersama Zilla...ye setuju JM pun suka jln2 berjemaah dan yg pasti satu kepala dan sefahaman..oleh itu kesimpulan nya JM pun suka jln2n gan PM...walapun muka ketat katanya ahahah
Walalau pun byk tulisan daripada gambar tetapi JM tidak terlepas dari membaca setiap patah perkataan yg di tulis memang cukup menarik..bila baca seperti JM juga ada ada bersama di sana...setiap pergerakan dan percakapan manusia di ekspres secara detail...suka tau ;-)
This comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteJM, tajuktu sempena gelaran pelancong asing pada Thailand. Memang ada kebenarannya sebab penduduk Thai memang murah dengan senyuman dan sangat ringan tulang membantu kami :)
DeleteAmboi JM, janganlah puji lelebih sangat. Segan ai tau. Mana tahu satu hari nanti kot2 ada peluang kita bleh travel sama2 ke JM :)
Yosh.. Salam Kenal PM :)
ReplyDeleteTravel ramai mmg meriah.. Best kan baru berjumpa, tapi sekepala? Itu saya suke! At the same time, dapt bertukar cerita n pengalaman..
Salam kenal tasyha :)
DeleteBetul tu! memang travel reramai best. Lagi best bila sekepala kan? ^_^
best baca entri anda
ReplyDeleteterima kasih :)
Deleteuntunglaahhh... memang ayat tak boleh blah, sampai sudah duk ulang tayang... hikhikhik..
ReplyDeletewell, it's a good trip together, indeed!
untunglaaa... sampai hari ni duk repeat lagi ayat tu. haha
Deletecan't wait to meet again for the next trip! yeah!
Best baca blog PM, terasa macam masuk dalam cerita tu. It's good dapat travel dengan kawan-kawan baru, setuju! yang penting diri sendiri kena sesuaikan mengikut dgn keadaan.
ReplyDeleteHi pijah pelangi - nama tu memang ceria la pijah. hihi
DeleteTerima kasih pijah, sudi jenguk blog yang tak seberapa ni. Apapun memang seronok dapat jumpa kawan2 baru macam korang. sporting dan yang paling best tak banyak songeh. harap2 ada chance lagi utk travel sama2 lagi lepas ni :)
Nice ... 1st time sampai sini... siyesly nice blog.
ReplyDeleteenjoy reading it...