Saturday, January 04, 2014

Land of Smiles Trip (2) : Sunflower Farm at Lop Buri

Ada beberapa cara untuk Lop Buri.

1. Bus : Perjalanan dari stesen bus Morchit
2. Minivan : semua minivan beroperasi di stesen minivan di Victory Monument
3. Train : perjalanan bermula dari stesen Hua Lomphong ke Lop Buri

Rujuk SINI

Mode pengangkutan pilihan kami ialah TRAIN.

Masuk dalam stesen, kami terus ke kaunter. Masing-masing mamai lagi, sekali Zilla kata kita dah dapat tiket, 1'st train pukul 4.20am. Hoho! Pantas! Tak sempat nak sapu taik mata, dah nak kena naik train. 

Harga tiket sehala : TBH28 (Rm2.80).
Tempoh perjalanan : 3 jam 
Seat : free seating & free aircond

Masa kami tahu harga tiket hanya TBH28, semua macam tak percaya. Sangat murah bila dibandingkan dengan tempoh perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam itu. Padanlah dengan seatnya, tegak dan keras. Hahaha. Tapi tetap masing-masing tidur tak hengat dunia bila masuk dalam train. Sedar-sedar bila keadaan dalam train agak bising dengan budak-budak sekolah dan penumpang lain yang naik. Hairan agaknya diorg tengok kami semua, dengan beg besar dan muka selekeh nak ke manalah kami semua ni pagi-pagi buta ni kan? Err... tapi saya sempat singgah toilet dulu sebelum naik train tau! (sangat bersih toilet di sini dan ada di stesen ini juga ada sediakan surau).

Pastikan naik keretapi yang betul ye, tiket sehala berharga THB28 saja.

Train yang kami naiki akan berhenti di beberapa perhentian (maaflah saya tak kira berapa hentian) dan akhirnya lebih kurang pukul 7.05am, train berhenti di hentian akhir iaitu Lop Buri sebelum teruskan perjalanan. Oh ya, laluan keretapi ini juga boleh pergi ke Chiang Mai. Mana tahu kot ada sesiapa yang rancang nak ke Lop Buri dan kemudian langsung ke Chiang Mai boleh tanya/ beli tiket di kaunter tiket di stesen Lop Buri.

Kami angkut beg dan keluar dari keretapi. Kebetulan masa keretapi nak berhenti tadi saya ada ternampak ada tempat menyediakan khidmat menyimpan barang. Kira pucuk dicita ulam mendatang la kan? Kami terus ke situ dan simpan beg - THB10/ beg with unlimited time. 

Antara tempat-tempat yang menjadi tarikan di Lopburi, kebanyakannya wat/temple. Cuma yang tak ada di Malaya ialah Sunflower Farm > itulah tempat yang kami nak tuju!

Keluar dari stesen keretapi, terasa sangat sejuk! Sekarang musim sejuk di Thailand. Jadi kalau ke sini pada bulan ini jangan lupa bawak sweater ye, kalau tak terpaksalah tahan sejuk macam kami ni. 

Kami diserbu beberapa local yang menawarkan pakej untuk ke Sunflower Farm. Salah seorang daripada mereka tawarkan pakej dengan harga THB100/person. Tawaran itu ditolak dengan baik dan kami jalan lagi. Sebenarnya masing-masing tak tahupun mana nak cari public bus. Haha. Elok je masing-masing duk tercengang-cengang bas pun lalu. Kami tahan bas, tapi bus tu tak lalu ke tempat yang kami nak pergi. Mujurlah pemandu bas dan konduktor baik hati, walaupun tak pandai berbahasa Inggeris, mereka sudi berhentikan kami di stesen bus Lop Buri dengan tambang THB8/person. Kelakarnya ada yang dikenakan tambang THB8 dan ada jugak kena THB9. 

Tak lamapun dalam bus, kemudian bus berhentikan kami di tepi jalan. Konduktor bas memberi isyarat supaya kami menaiki jejantas untuk ke seberang sana. Lagi kelakar bila sampai di seberang, masing-maisng tak tahu hendak tuju ke arah mana. Elok saja Zilla tanya local dengan bahasa ibunda. Magicnya respond mereka macam faham je!! Tapi memang betul arah yang ditunjukkan, stesen bas hanya terletak di belakang bangunan di mana kami perlu melalui lorong dan kemudian membelok ke arah kanan.

Sampai di stesen bus, kami tanya di kaunter di mana bus menuju ke Sunflower Farm. Kata pemandu bas dalam 10 minit lagi bas akan bergerak dan kami dikenakan tambang sebanyak THB15/person. Pemandu bas memang sangat membantu, kami tunjukkan gambar sunflower farm dan dia katakan akan berhentikan kami nanti. Settle! Naik bas dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai di kawasan ladang bunga matahari.

Bas yang melalui sunflower farm : biasanya bas ada sepanjang hari, bergerak setiap 20 minit. Tapi ini bukan bas express ye, ia akan berhenti-henti ambil dan turunkan penumpang.

Simpang ke ladang bunga matahari. Kami diturunkan oleh pemandu bas di simpang ini, dan di dalam sana ialah ladang matahari!

Sampai saja dah nampak ladang bunga yang melata di depan mata. Excited! Kiri kanan bunga matahari. Di sini ladang bunga matahari terdapat di sepanjang 5km jalan. Jalan sajalah semampu yang kita mahukan! Dah penat kang kita patah balik. Ye dok?

Jauh ditinggalkan : mereka semua dah excited bila tengok ladang matahari depan mata!

Elok saja kami duk tengah terkinja-kinja kat sebuah ladang matahari, tiba-tiba kami ditegur seorang local, Tum. Dengan baik hati dia tumpangkan kami ke ladang bunga matahari yang paling besar. Beramai-ramai kami naik hilux sambil layan pemandangan di sekeliling yang penuh dengan bunga matahari dan angin dingin di Lop Buri. Kelihatan beberapa ladang yang kami lalui sudah dituai, ada juga ladang yang pokoknya masih kecil dan ladang yang kami singgah ialah yang paling luas dan bunganya besar-besar belaka! Ladang ini agak jauh ke dalam - kalau jalan kaki memang tak mampu sampai kot!

Tum turunkan kami di sebuah ladang bunga matahari. Agak komersil ladang tu. Siap ada gerai-gerai menjual hasil bunga matahari di depan ladang tersebut. Dan salah satu gerai tersebut ialah milik Tum. Mujur ada orang yang baik seperti Tum yang sudi tumpangkan kami sampai ke sini, kalau tak entah sampai entah tidak kami ke situ.

Jom layan bunga matahari di ladang ni - masing-masing dah 'mabuk' tengok bunga matahari depan mata!

Tu dia, beribu-ribu pokok bunga matahari di depan mata. Mulut masing-masing melopong melihat indahnya ciptaan Allah di depan mata.
Meliuk lintuk ditiup angin
Macam wallpaper, tapi percayalah ini adalah pokok yang hidup!
Dah tak tahu nak amik post belah mana, kiri kanan, belakang depan semua lawa!

Bunga matahari yang hampir matang, nampak biji-biji bunganya dan benih bunga matahari yang dijual dengan harga THB10 sahaja (seringgit oi)

Biji matahari yang boleh makan terus dan yang masih berkulit. Pilih nak beli yang mana satu. Minyak bunga mataharipun ada dijual di sini.

Lama juga kami habiskan masa di ladang tu. Ada juga bas pelancongan datang dan bawa pelancong singgah di sini - mostly local tourists. Masa sampai tadi tak terfikir macamana nak balik, sekarang masing-masing teragak-agak nak berjalan @ macamana nak balik. Jauh tu! Tapi Tum sekali lagi menawarkan diri untuk menghantar kami ke simpang jalan tadi. Alhamdulillah... urusan kami dipermudahkanNya. Terima kasih Tum!

Bila sampai di simpang jalan sekali lagi kami clueless. Nak tunggu bas di mana ye? Saya bagi cadangan, kita ke seberang jalan, sambil-sambil tu kita jalan slow-slow, kalau ada bas kita tahan. Kawan-kawan yang lain mengikut saja - sebenarnya boleh saja nak tunggu di simpang jalan. Tapi kan, tengok pemandangan di sekitar tempat tu buat saya teringin nak jalan dan tengok-tengok apa lagi yang ada di situ. Secara kasarnya boleh dikatakan semua kawasan tersebut dipenuhi dengan ladang bunga matahari. Saya duk terbayang, alangkan bestnya kalau kebun tebu depan rumah saya di kampung tu bertukar kepada kebun bunga matahari! Bahagia hidup kot dapat tengok bunga hari-hari!

Lawa pemandangan di kampung ni, pokok kelapa di sepanjang jalan, di antaranya pula ladang matahari (yang warna kuning tu semua pokok bunga matahari) dan belakang tu ada bukit bukau. 

Akhirnya selepas hampir 20 minit tercegak di tepi jalan adalah sebuah van berhenti. Van tersebut antara pengangkutan awam di sini, van yang diubahsuai menjadi mini van - free aircond, siap ada konduktor tu. Tambangnya dikenakan sebanyak THB15/person dan kami diturunkan berhampiran stesen keretapi Lop Buri. 

Sampai di stesen lebih kurang pukul 11.30am, kami ke kaunter untuk membeli tiket train ke Bangkok. Kata penjual tiket train seterusnya pada pukul 12.27pm dan tiket (THB50) hanya akan dijual pada pukul 12.00pm nanti. Jadi kami masih ada masa di sini. Ada yang ke tandas dan bilik air (boleh mandi), dan tak kurang ada juga melawat wat yang hanya terletak betul-betul di depan stesen keretapi.

Sekali lagi perjalanan selama 3 jam terpaksa ditempuh dan kami sampai di stesen Hua Lamphong lebih kurang pukul 3.05pm.

Ke mana destinasi kami seterusnya? 

Kita sambung di next entry.

13 comments:

  1. Replies
    1. sangat cantik ciptaan Allah ni. macam tak terkata2 bila tgk dengan mata sendiri :)

      Delete
  2. Ha'alah...murah betul harga tiket tu mmg tak sepadan ngan jaraj perjalanan tu eh..camna lah dorang boleh survive dan untung kan...nk service train tu lagi...hrmmm...

    Aha..masalah jugak tu kalau nk cari bus stesen ke lopburi dari train stesen tu kan..nasib baik ada bas lalu...pastu untng betul dpt jumpa Tum..mmg perjalan ke sana mudah kan..ramai yg org bantu :-)

    Aik..11.30 pm or 11.30am....salah taip kot heee....apa yg pasti mmg menarik kisah di lopburi ni...waduh..napa lah kat msia tak ada perusahaan mcm ni..ermm..seperti kat Zilla...bnga matahasi hanya di tanam pada bulan 12 ek..maybe sbb time cuaca sejuk...suka mkn kuaci sambil nonton TV...tak kita..dh ada impian nk ke sana nih heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, tiket 3'rd memang murah. hahaha

      Memang masalah bahasa JM, tp untungnya mereka ni semua baik2 dan sangat menolong :)

      Thanks for correction JM, salah taip. haha. lepas ni JM kena pasang angan2 nak terjah sini. tak jauhpun JM sebelah 'kampung' je. hihi

      Delete
  3. cantiknya....rasa nak meleleh air mata..dah la akak ni peminat bunga matahari...hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la sis! sunflower maniac! hehe. Lepas ni ajok ayoh pergi k.intan. dekat je tu :)

      Delete
  4. sgt cntik. mcm mna yer perjlanan ke sunflower farm ni dari chiang mai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari chiang mai rasanya mode pengangkutan plg mudah ambil train. Amik train mlm menuju bangkok, pagi stop di st lopbuti

      Delete
  5. subhanallah nice.
    minyak bunga matahari dia mesti murah kan.
    tp travel... jenuh pulak nk mngangkutnya...
    ye dak

    ReplyDelete
  6. Salam PM..
    saya nak tanya... kalau amik pakej yang sorang THB100/person tu dia bawak kita pegi/balik ladang sunflower ka..?
    macam nk pegi sana ja bila tgk pic.... daebak..... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      Hari tu kami g sendiri je. X ambik pakej pun. Naik bas awam terus sampai ke tepi jalan utk masuk ke ladang matahari.

      Pakej yg 100/person tu x silap cover pemandu bawak ke ladang matahari return. Kalau nak g tempat2 lain ada tambahan lagi. kalau g ramai2 blh nego.

      Delete
  7. Nk tnya..agak2 kalau pergi awal octo..musim matahari berkembang dh start belum?

    ReplyDelete
  8. time pergi ni bulan berapa ye? nak pergi january thn dpn.

    ReplyDelete