Tuesday, January 07, 2014

Land of Smiles Trip (4) : Day trip to Erawan National Park & Train Combo Part 1

Selamat pagi Kanchanaburi!

Ramai tertanya apa yang ada di sini. Jadi untuk menjawab sedikit persoalan tu, boleh baca sedikit info di SINI dan di SINI.

Kami bersiap dan keluar untuk breakfast. Disebabkan breakfast tak disediakan, jadi masing-masing layan diri, minta air panas di kaunter, bancuh sup cendawan cicah roti dan nescafe panas. Alhamdulillah kenyang. 

Atas permintaan JM, inilah bilik rakit kami (dalam bilik lupa nak snap picture) dan pemandangan sekitar VN Guesthouse dari beranda guesthouse.

Malam tadi, kami telah berbincang untuk ke Erawan National Park pada keesokan paginya. Itu antara agenda utama di Kanchanaburi. Tetapi daripada informasi yang diperolehi, tiket masuk ke sini saja berharga THB 500/person! Itu tak termasuk pengangkutan lagi! Owh.. itu diluar kemampuan kami.. Kebetulan pulak guesthouse ada menyediakan beberapa pakej untuk ke Erawan National Park dan kami pilih pakej Erawan & Train Combo untuk trip sehari berharga THB 750/person (diskaun THB 40). 

Tentatif pakej ialah :

8.00am - pick up from your accomodation
9.00am - Arrive at Erawan National Park (4 hours included admission fee)
1.30pm - Lunch at local restaurant
2.30pm - depart for Death railway
3.30pm - Wooden bridge & Kra Sae Cave
4.00pm - train (30 minutes) - journey on Death Railway
5.00pm - Bridge over the river Kwai


Lokasi pertama kami ialah Erawan National Park


Taman negara ini terletak lebih kurang 65 kilometer dari bandar Kanchanaburi dan merangkumi keluasan 550 kilometer persegi merupakan salah satu daripada taman negara yang terdapat di Thailand.

Apa yang menjadi tarikan pada tempat ini ialah 7 tingkat air terjun yang mempunyai pelbagai bentuk air terjun dan kolam semulajadi yang menjadi kegilaan pelancong asing untuk mandi manda. Taman negara ini juga sangat sesuai untuk aktiviti trekking di kalangan pencinta alam.

Sebelum kami mula trekking, kami di bawa ke galeri taman negara. Di situ kami diberi penerangan tentang taman negara ini. Lepas tu barulah masuk ke taman negara. Kami diberi masa 4 jam untuk menjelajaj sekitar Erawan ini. Apa lagi gunalah masa yang diberikan sebaiknya!!!

Laluan trekking : cer tengok pengunjung yang bersama-sama kami, rasanya kami saja yang bermata 'biru' kot! hehe
Air terjun tingkat 1 : jalan tak sampai 15 minit jumpa air terjun tingkat 1. Kat sinipun mulut dah melopong. Lawa!
Air terjun tingkat 2

Pemandu pelancong kami, Niu hanya mengiringi kami hingga ke air terjun tingkat 2. Lepas tu aktiviti bebas. Kalau nak mandi jangan lupa bawak kelengkapan. Tapi jangan mandi sambil bersabun dan bersyampoo macam di air terjun kat tempat kita sudahlah. Silap-silap haribulan kena denda korang jugak yang susah!

Di sini pelawat perlu mematuhi beberapa peraturan seperti di larang membuang sampah, di larang merosakkan tanaman dan haiwan dan paling strict makanan dan minuman juga tidak dibenarkan dibawa.

Kaunter untuk menyimpan makanan/minuman disediakan. Kalau nak bawa botol air, deposit sebanyak THB20 dikenakan - selepas keluar tunjukkan botol air barulah dapat deposit.

Daripada air terjun tingkat 1 & 2, kita perlu trekking lagi untuk ke tingkat air terjun yang seterusnya. Di dalam ni juga ada kemudahan tandas dan tempat salin pakaian. Kawasan sekitar pun sangat bersih dan terjaga.

Tak pasti tingkat berapa, tak silap yang ni jumpa masa lalu jambatan. Setiap kali lalu jambatan untuk mesti jumpa air terjun macam ni. Memang sejuk mata kami sepanjang di sini!

Daripada kaunter untuk simpan barang, kami mula mula berjalan. Trek biasa saja. Tapi sempat juga mendaki beberapa anak tangga yang tinggi dan beberapa kali juga menyeberangi jambatan.

Akhirnya sampai di dua simpang - satu simpang menuju ke air terjun tingkat ke-3 dan satu simpang lagi ke air terjun tingkat ke-4 hingga 7.

Kami ambil simpang ke air terjun ke-4 yang dinamakan "Ong Nang Pee Suar". Ada kolam yang besar dan dalam serta berair hijau kebiruan. 
Air terjun tingkat ke-4

Dah puas bergambar di tingkat 4, kami jalan lagi untuk ke tingkat 5. Agak panjang trail untuk sampai ke sini. Lama jugak saya duk berehat atas jambatan sambil lepaskan penat. Lagipun seronok je duduk berehat atas jambatan sambil juntai kaki. Layann...

Sebelum sampai betul-betul di air terjun tingkat 5, terdapat kolam di sini. Menurut kata pemandu pelancong tadi, di sinilah ada 'spa ikan'. Apa lagi, bila tengok air yang jernih dan ikan-ikan yang berenang riang, masing-masing teruja. Terus rendam kaki sebab terliur tengok air yang sangat jernih. Tak sampai 1 minit, ikan-ikan kecil datang mengigit kaki kami. Geli geleman kaki , tapi best! Dapat ikan kaki free. Kata nik, lepas berspa kaki, hilang sikit lenguh-lenguh kakinya. Amboi! Sampai gitu sekali penangan spa ikan di Erawan! Kalau ada kawan-kawan yang datang HARUS cuba spa ikan ni, memang best!

Air yang sangat jernih dan ikan-ikan yang sangat besar. Agak-agak tangkap buat masak gulai lemak sedap tak eh?
Lagi air terjun di sini, tapi ini bukan yang ke-5 tau
Ini barulah air terjun ke-5 : saya kira tempat ini 'hot spot' sebab pengungjung sangat ramai di sini. Air terjunnya bertingkat-tingkat. Nak snap gambar tak ada orang sangat susah. 

Berjalan lagi lebih kurang 300 meter, jumpa pula air terjun ke-6. Semua lawa. Jeles je tengok mat salleh duk mandi-manda. Tapi terkenang kesejukan air, terus tegak bulu roma. Dah la suhu di sini memang sejuk. Memang kulit 'mat salleh' diaorang ni, berendam macam berendam dalam air suam je. hehe.

Air terjun ke-6 : mujur sempat ambil gambar sebelum orang datang 'enterprem'
Tenang tengok air yang mengalir

Dari air terjun tingkat 6, kami kena trekking agak tinggi untuk ke air terjun ke-7. Nik awal-awal dah give up. Kami tinggal dia di tinggal 6 - bagi can dia 'jamu' mata dulu. Haha. Mulanya masing-masing semangat nak mendaki sampai ke tingkat 7. Tapi bila sampai di satu kawasan - kena mendaki batu-batu yang agak licin, saya terus pandang kaki. Rasanya selipar croc yang dah rata tapak ni macam tak mampu untuk mendaki. Silap-silap hari bulan takut tergelincir je. Jadi saya biarkan Anne saja yang mendaki sebab Indri dah ada di atas. Bila saya tarik diri, tak pasal-pasal Izza dan Meda pun ikut sama. Haha. Elok aje ada geng. Jadi kami turun ke bawah semula dan beransur-ansur trekking untuk turun. Maklumlah, masa 4 jam yang diperuntukkan dah hampir tamat.

Selepas 4 jam akhirnya kami semua pulang ke pangkal jalan.

Makan tengahari disediakan, kami pilih lauk vege dengan sambal bilis Anne dan sambal ikan Meda. Alhamdulillah kenyang.

Lepas tu ke mana pula kita?


11 comments:

  1. Replies
    1. Syieda, ada yg dalam dan ada juga yang cetek. Boleh pilih ikut kemampuan masing-masing

      Delete
  2. tingkat 7 lagi cantik la....:D sayang tak boleh sampai waktu tu...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih PM, begini rupanya bilik rakit tu

    Ohhh....kalau begini mmg wajib pegi ke sini..mmg cantik betul air terjun kat sini warna kebiruan plak tu...pastu plak..org yg ambik gambar pun kreatif..dapat angel yg cantik :-)

    Tak ada org mandi pun..mmg di larang mandi ke kat sini...eee..tak tahan cam nak terjun je bila tgk air ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama JM :)

      JM, kalau ke Thai jgn lupa masukkan tempat ni seb salah satu tempat untuk dikunjungi tau. berbaloi-baloi ke sini.

      Penuh orang mandi JM, macam2 tanyangan boleh tengok. hahaha. kebetulan masa sampai tu tak ramai org lagi. Itupun lama jugaklah menunggu orang tak ada sebab nak ambil gambar pemandangan je. hehe

      Delete
  4. cantik gila air terjun tu....awesome...mesti tido kat rumah rakit tu..best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lawa air terjun erawan ni. tak terkata-kata kami tengok

      sebenarnya tak terasapun macam tidur atas rakit, sbb rumah tu statik je @ kami yang tido mati? haha. tapi yang pasti waktu malam memang sangat sejuk!

      Delete
  5. kalau bawa kauthar...jenuhlah nak jaga sebab takut dia nak terjun dari rumah rakit tu..kakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. lagi senang tak payah berebut bilik air nak mandi, terus mandi air tasik je kauthar tu. hihi

      jgn risau sis, sini ada jugak bilik yang bukan atas rakit :)

      Delete
  6. Haha. Idak ler teman spa ikan tu.
    hari tu g kenyir pun mcm tu bnyk ikan2 kecik tu. X sampai seminit dh hurung kaki ku.
    terkejut punya pasal sampai tersepak batu...
    bengkak besar kaki. Hihihi...

    ReplyDelete