Monday, January 06, 2014

Land of Smiles Trip (3) : From Bangkok to Kanchanaburi

Pemandangan sekitar st. Hua Lamphong
Kami sampai di stesen Hua Lamphong lebih kurang pukul 3.05pm. Masing-masing kelaparan, dan kami cari kedai makan untuk mengisi perut. Sebenarnya di dalam stesen itu sendiri ada kedai makan halal. Jadi boleh saja nak makan kat situ.

* Di Lop Buri kami terserempak dengan seorang traveler dari Malaya - dia overland dari Malaya ke Siam dan singgah di beberapa tempat. Kalau tak silap ketika itu dah lebih 2 minggu dia travel. Kebetulan pula lokasi seterusnya yang hendak dituju ialah Kanchanaburi, jadi dia ikut kami sekali ke Kanchanaburi. Jadi secara tak langsung jemaah kami bertambah menjadi 9 orang.

* Banyak masa dihabiskan dalam kenderaan yang bergerak, jadi kami solat saja dalam kenderaan.



Kami cari kedai makan di luar stesen. Keluar dari stesen, lintas jalan dan jalan ke arah kiri. Di antara deretan kedai terdapat satu lorong dan jalan masuk ke dalamnya. Alhamdulillah, bolehlah buat mengalas perut kan?

Kedai makan halal berhampiran stesen keretapi : ada nasi campur dan boleh juga order makanan berasaskan sup.

Lepas makan kami balik semula ke stesen keretapi untuk ambil MRT ke Victory Monument st.

Route MRT/BTS : Hua Lamphong (MRT) - Si Lom : interchange to Sala Daeng (BTS Silom Line) - Silom : interchange to BTS Sukhumvit Line - Victory Monument (rujuk peta di bawah)

Source : Wikitravel

Stesen minivan terletak betul-betul di bawah stesen BTS Victory Monument.

Untuk ke sini, keluar dari stesen, ambil exit 3 - berjalan melintas jejantas - turun di dibawah - jalan belok ke kiri di dalamnya terdapat kaunter jualan tiket dan minivan. Kami berjaya mendapat tiket ke Kanchanaburi berharga THB120, bertolah pada pukul 5.20pm. Tempoh perjalanan lebih kurang 3 jam. Selain daripada minivan, untuk ke Kanchanaburi boleh juga menggunakan bus atau train. Boleh rujuk di SINI

Selepas beli tiket, terus kami dipanggil menaiki minivan sebab kami ber'9 sudah cukup untuk memenuhkan penumpang minivan yang sedia ada menunggu. Minivan bergerak pada waktu puncak di bandar Bangkok. Agak lama minivan kami bersesak di dalam trafific. Rasanya traffic jammed di Bangkok lebih teruk daripada KL kot. Tapi pemandu di sini berhemah. Tak ada bunyi hon. Hampir 40 minit bersesak dalam kesesakan barulah aman. 

Heavy jammed!

Lebih 3 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke Kanchanaburi - dari cerah sampai ke gelap barulah sampai! Pemandu minivan menurunkan kami di stesen bus Kanchanaburi. Masa tu semua dah tutup - saya lupa tengok jam pukul berapa. Zilla call VN Guesthouse dan mereka datang ambil kami di sini.

Sampai di VN Guesthouse, masing-masing ambil kunci dan masuk bilik - bilik di atas rakit. Bilik yang sangat luas untuk 2 orang - basic room yang pasti tandas di dalam bilik dan ada water heater! Walaupun kami tidur bertiga tetap masing-masing boleh golek-golek lagi. 

Hari perjalanan yang panjang dan memenatkan! Suhu di sini semakin sejuk!

Bersambung lagi.

6 comments:

  1. bilik dia tas rakit..kalau laj ada gambar bilik di kongsi kat sini kan..

    Eh apa yg menarik di kanchanaburi tu..mesti jawapan nya kalau nk tahu perlu tggu next entri kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, akan kongsi gambar dlm next entry :)

      Byk tempat yang menarik di Kanchanaburi JM. hihi

      Delete
  2. Apa sekali pun saya maszih tergila akan bunga matahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini mesti dah jatuh hati dengan bungan matahari di Lop Buri ni. kena pergi la kalu camtu :)

      Delete