Friday, February 07, 2014

Land of Smiles Trip (10) : Elephant ride & bamboo rafting

* bertabahlah ye, entry ni memang banyak gambar

Nasi lemak Nasgera dari Malaya dan secawan milo
Balik dari Mon bridge, kami mandi dan kemas beg. Selepas 1 malam di Coffee Berry tibalah masanya untuk kami ucapkan selamat tinggal pada guesthouse yang comel ni. Sebenarnya ta puas duduk di sini. Tapi apakan daya, kami hanya ada 2 malam saja di Sangkhlaburi dan malam seterusnya kami akan menginap di P Guesthouse.

Selepas siap dan berkemas, kami angkut beg dan siapkan makanan di halaman guesthouse. Seperti biasa, mintak air panas dan sediakan nasi lemak segera, sup cendawan dan bancuh nescafe dan milo. Beria-ria buat sarapan. 

Dah siap semua, settlekan bayaran dan suami Ying dengan baik hatinya hantar kami ke P Guesthouse! And it's FOC!

Dari segi strategik dan hospitality saya bagi 5 bintang untuk guesthouse ini. Sangat selesa, bersih dan yang penting ada heater terutamanya masa musim sejuk - sesuai dengan waktu kami datang ke sini. 

* Nanti saya akan ceritakan tentang hostel / guesthouse yang kami duduk sepanjang trip ini dalam entry lain.

Gambar kenangan dengan Ying dan anak-anak buahnya
Perjalanan ke P Guesthouse lebih kurang 15 minit saja dari Coffee Berry. Dekat saja, tapi kalau pergi sendiri memang jauh jugak tambah pulak kalau terpaksa pikul beg di belakang - boleh pengsan agaknya.

Elok kami nak masuk ke lobi guesthouse, kami ditegur seseorang. Rupa-rupanya 'uncle' mat salleh yang kami jumpa dalam van semalam juga menginap di sini. Tak sempat berbual panjang sebab uncle tu nak jalan-jalan dengan motor dan kami pula dengan agenda kami. Tak apa, kalau 'ada jodoh' kita jumpa lagi ye pakcik! hehehe

Kami ke lobi, dan tak tak sempat sampai di kaunter, nama Anne dah dipanggil seorang lelaki di kaunter. Excited muka mamat tu jumpa Anne sebab dia risau kami tak datang. Maklumlah, sepatutnya untuk booking bilik @ tour package, pihak guesthouse akan minta deposit sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan dan semasa booking di sini Anne berjaya membuat tempahan tanpa perlukan bayaran deposit. Jadi kalau kami tak datang, haruslah dia yang rugi kan? ayat apalah yang si Anne guna sampai tauke P Guesthouse tergoda ye? 

Untuk penginapan selama 2 malam semuanya diuruskan oleh Anne, jadi kami biarkan Anne yang berurusan saja. Kami diberitahu bilik kami tak boleh check in lagi, jadi semua beg disimpan dalam stor sementara kami pergi tour kejap lagi. Selesaikan urusan pembayaran dan kami jalan-jalan sekitar guesthouse dulu sementara tunggu pukul 11.00am untuk tour naik gajah!

Kenapa kami pilih P Guesthouse

Ini adalah kerana P Guesthouse satu-satunya guesthouse di sekitar Sangkhlaburi yang menyediakan pakej naik gajah dan bamboo rafting sekali dengan penginapan dengan harga yang berpatutan! - THB1000/person for packaje and 1 night room at P Guesthouse. Ada juga pakej lain, tapi mahal pada poket nipis kami ni. 

Pemandangan di sekitar guesthouse - lokasi yang strategik sebab mengadap sungai dan pemandangan di sini sangat lawa
Lama menunggu akhirnya lelaki yang sambut kami di kaunter tadi panggil kami untuk siap-siap naik bot. Sebelum tu kita kena pakai jaket keselamatan dulu - pilih sendiri ikut saiz badan masing-masing. Kami ber'4 dan masa kami nak pergi tu ada seorang bapak bersama anak lelakinya joint sekali trip dengan kami. Jadi total dalam bot 7 orang termasuk pemandu bot.
Sekali lagi pemandu bot bawak kami bersiar-siar dulu di Mon Bridge. Ingatkan termasuk dalam pakej, rupa-rupanya dia nak ambil bekal dari mak dia kot.
Semua dah ready... jom kita bertolak!
Sepanjang menyusuri sungai kami dihidangkan dengan pemandangan yang lawa. Dari kejauhan nampak perkampungan Mon. Cuaca terik tapi udara sejuk sedikit sebanyak mampu mengurangkan bahang yang kami rasa tengahari tu. Tapi kulit tetap hangus!

Dari jauh Wat Wang Wiwekaram di seberang sungai. Kami lalu je, tak singgah pun. 

Wat Wang Wiwekaram (Temple Wat Mon) 

Tak lama lepas tu pemandu bot bawa kami Sunken Temple yang terletak ditengah-tengah sungai. Dahulunya kawsan ini merupakan perkampungan asal penduduk Mon. Selepas empangan di bina, perkampungan ini tenggelam dan temple ini kekal di sini hingga sekarang. Bagi sesiapa yang berminat untuk melawat tempat-tempat ini ada bot untuk disewa. Rate sewa lebih kurang THB 350 - 500/bot. Kalau musim kering (wet season) - air surut, binaan temple ini akan kelihatan dan boleh masuk ke dalamnya.

Sebenarnya kami tertanya-tanya juga sesama sendiri apa yang pemandu bot ni nak tunjukkan pada kami. Tapi, bila kami buat isyarat tanya, pemandu bot sekadar tunjuk dan membisu 1000 bahasa. huhu.


Sunken Temple - tower & temple. Dua-duanya terletak berhampiran. Sekarang musim sejuk, air pasang dan hampir keseluruhan binaan temple ini ditenggelami air. 

Perjalanan diteruskan. Semakin jauh, pemandangan makin lawa. Subhanallah, indah sungguh alam ciptaan Allah ni... Sejuk mata memandang, walaupun hakikatnya kami 'terbakar' dalam bahang mentari yang makin terik. 

Layan je mata tengok pemandangan yang lawa ni
Dari jauh kelihatan gunung-ganang bertingket-tingket. 
Kami dibawa menghampiri bukit batu kapur. Sekali lagi kami kagum dengan keindahan depan mata. Lawa weh!! Walhal kami sendiri pun tak pasti apa motip pemandu bot tu bawak kami sampai ke sini padahal arah ke tempat gajah tu bertentangan. Agaknya saja nak bawak kami keliling di sekitar kawasan ni kot.
Bekas pokok mati. Sekali pandang macam kat Kenyir pun ada.
The reflection
Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju! Tu dia, gajah-gajah dah sedia menunggu kami semua!

Sampai saja, kami disambut penduduk di situ. Baik punya layanan. Siap tolong ambilkan life jacket. Lepas tu pelawa makan - tapi kami tolak dengan baik. Dan lepas tu offer pulak kami bagi makan gajah. Tapi nak bagi makan tebu kat gajah kena beli tebu - ini mengambil kesempatan namanya kan? Tapi demi meraikan makcik yang jual tebu tu, saya beli jugak seikat tebu. Kami share ramai-ramai kasi gajah tu makan. 

Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Naik gajah! Pengalaman pertama bagi saya, jadi teruja tu terlebih! Tapi dalam masa yang sama kesian tengok keadaan gajah tu. huhu

Kasi can pada gambar pulak untuk bercerita...

Gajah kiri untuk Anne dan Izza, dan gajah kanan pula untuk Nik dan saya.

Kami paling belakang sementara gajah Izza dan Anne mengetuai jalan. Tempoh naik gajah rasanya lebih 5km, memakan masa hampir 1 jam. Gajah berjalan mengikut trek sedia ada mengikut arahan tuan gajah yang membawanya. Mula-mula lalu jalan biasa, lepas tu mengarung paya, masuk hutan, lalu denai, masuk sungai, lalu semak tak sampai-sampai jugak... 
Kalah retis, siap ada cameraman tu!! Untungla.....
Semasa melalui paya, tiba-tiba gajah Anne dan Izza yang sedikit 'nakal' buat perangai. Elok saja dia berenti tepi semak lepas tu ragut rumput dan pokok dengan belalainya. Puas saya dengar tuannya memberi arahan supaya jalan, tapi tetap tak mahu dengar. Comel je tengok aksi tu. 
Kami tinggalkan gajah 'nakal' tadi dengan rumput dan daunnya, kasi can dia makan puas-puas. Dah kenyang nanti jalan la dia tu. hehe. Selepas merentasi paya, kami melalui denai kecil di pinggir sungai. Nyaman dan tenang suasana di sini.
Hah! Masuk sungai pulak. Lalu sungai berair cetek dan tenang.
Tenang suasana di sini
Nun jauh di belakang gajah yang dinaiki Anne dan Izza baru je nak mengharung sungai. Seperti biasa adik yang menjadi cameraman setia mengambil gambar mereka. Kalah retis!
Ini gajah yang saya naik. Akhirnya hampir 1 jam gajahpun berhenti betul-betul di tepi sungai. Fuh! satu pengalaman menarik bagi saya yang pertama kali ni. Tambah pulak layan view sekitar kawasan yang tenang dan menghijau, memang best! 

Gajah turunkan kami di sini dan kemudian berpatah balik. Kami disambut oleh pekerja yang bertugas dengan nasi goreng dan air mineral. Sebelum ke sini, kami sudah request makanan vege saja. Makan dan berehat sekejap. Dah habis makan, pakcik pekerja sediakan nenas yang manis. Kami makan sambil berkongsi dengan anak-anak di situ. 

Dah siap semua, sekali lagi, jaket keselamatan yang kami pakai semasa dalam bot tadi diberi kepada kami semua. Barang-barang seperti beg dan camera akan disimpan berasingakan, takut basah semasa berakit nanti. 

Lepas tu pakcik ajak kami ikut dia. Mulanya, saya ingat kami semua akan mula berakit sungai di hadapan tempat gajah menurunkan kami sebelum ini. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset kerana, kami diminta untuk melintasi sungai dan berjalan terlebih dahulu. Sungai yang kami lalui itu, walaupun airnya cetek dan kelihatan tenang, rupanya berarus deras. Nasib baik tak jatuh dibawa arus je. Haha. Nasib ada Nik yang perkasa jadi tempat berpaut. hehe. 

Lepas harung sungai, lalu semak dan berjalan merentas sedikit semak, barulah sampai di sungai. Rakit sudah sedia menunggu bersama pemilik rakit. Setiap seorang diberi sebatang buluh sebagai pendayung dan aktiviti berakit pun bermula! Yeah!

* Maaflah tak ada gambar berakit. Sebab saya tak bawa camera. Gambar-gambar yang Anne kongsikan sebelum ini di Dropbox pun tak sempat saya save. Hanya sekeping gambar yang dapat dikongsi, itupun saya cilok dari blog Anne. Tq Anne!

Lebih kurang 1 jam juga berakit. Memang fun! Mahunya tak, tengah-tengah syo berakit tiba-tiba batang buluh saya tersangkit pada rakit dan saya jatuh dalam air! Cuak semua orang! Haha. Mujur juga tempat saya jatuh airnya cetek saja, tak tenggelampun. Soronok pulak dapat main air, diaorang cakap mandi air gajah. Huhu.
Akhirnya sampai juga...

Hampir 1 jam maka sampailah kami di tempat kami mula-mula sampai tadi. 

Balik sekali dihidangkan dengan pemandangan yang cantik!
Awan membiru

Lebih 3 jam beraktiviti memang sangat best! Highly recommended to all who visit Sangkhalaburi. Must try this activity!

Lepas ucapkan terima kasih dan selamat tinggal, pemandu bot membawa kami pulang ke P Guesthouse. Kali ini perjalanan lebih singkat. Dah tak lalu di bukit batu kapur dan tample.

Sampai di guesthouse terus saya mandi sementara kawan-kawan yang duduk bersantai di beranda bilik sampai bergosip riang. Maklumlah... saya kan dah mandi air gajah tadi. huhu

~ bersambung lagi

9 comments:

  1. ada lagi episod land of smiles nie.... makin di baca makin stress dibuatnya... macam nak pergi minggu nie jugak... hahaha... serius ini memang best gilerr.... naik gajah, pastu rakit pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq Eem, ada beberapa lagi entry untuk Siam yg belum publish. Bangkok pun tak sampai lagi. huhu. Maklumlah tuan tanah sangat malas nak menaip entry.

      memang kena pergi!!! tapi tungguh Siam aman dulu baru pergi ye... :)

      Delete
  2. aktiviti water rafting tu nampak best..tak pe jatuh pun..PM kan pandai renang..bukan setakat boleh berenang je...boleh dive lagi hiks..kalau ke sana nk buat jgak aktiviti ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best JM, puas lah kami ni berakit tak sampai2 jugak. Err... pandai sangat berenang tu idok ler JM. huhu

      Delete
  3. 1. Usah ditanya ayat manis apa yang I guna, tu rahsia.. nak menuntut ada bayarannya.. ekekek..
    2. Nakal I dah berjangkit kat gajah tu, pastu berjangkit plak kat pak cik rakit.. punyalah kuat aura nakal I.. kikiki..
    3. Ambik je lah Nani gambar tu, tak kisah pun... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. amboi siap dikenakan bayaran tu. haha
      2. sesuai sangat la dengan orang yang naik gajah dan naik rakit tu. hehe
      3. Terima kasih daun keladi ye... nanti boleh cilok lagi. hihi

      Delete