Saturday, February 08, 2014

Land of Smiles Trip (11) : Last evening in Sangkhlaburi

Sampai je di pangkalan P Guesthouse, kami terus ke lobi hotel, ambil beg dan kuni bilik. Masuk bilik, saya terus capai towel dan mandi. 

Oh ye, di sini kami ambil bilik 2 bilik- 2 single bed/room. Bilik kecil dilengkapi kipas dan meja solek rasanya selesa untuk kami berteduh malam ini - harga sebilik lebih kurang di THB 50/room memang selesa walaupun bilik air diluar bilik. 

Dah berwangi-wangi, tengok biasan cahaya matahari di sungai melambai-lambai saja. Kononnya petang itu kami ingat nak jalan-jalan lagi ke Mon Bridge. Jadi sementara tunggu kawan-kawan bersiap, jalan-jalan di sekitar guesthouse. Akhirnya melekat di jeti sambil layan udara nyaman petang itu. Makin petang udara di sini semakin sejuk. Selam kaki dalam air dan layan matahari petang memang satu moment yang mendamaikan!

Matahari petang seolah-olah melambai-lambai je

Jom layan moment matahari terbenam di Sangkhlaburi. Tak sampai 5 minit matahari terbenam dan hilang dari pandangan mata.

Dari jeti - matahari masih kelihatan
Tak sampai 5 minit dah nak hilang dah. Abaikan model tak berbayar yang tengah duk bervogel-vogel mandi sungai. Orang nak layan sunset pun tak senang.
Cahaya matahari kekuningan
Zoom sikit
Makin menghilang, tapi cahaya keemasan di balik bukit tu memang memukau mata
Mentari sepenuhnya hilang di balik bukit meninggalkan sisa-sisa warna kekuningan
Dah hampir senja - matahari dah hilang sepenuhnya. Masa untuk kembali ke bilik. Moment terakhir untuk kenang-kenangan
Zoom - perkampungan Mon dari kejauhan. Aman dan damai suasana di sini
Selagi tak gelap selagi tu tak balik bilik. Kalau mak ada mesti dah kena marah sebab maghrib, tapi tak balik-balik rumah lagi ni. 
With uncle Belgium - happy sungguh muka masing-masing. 
Last picture

Masuk bilik, solat dan bersiap untuk keluar lagi untuk dinner. Anne siap ajak uncle Belgium makan malam sama-sama. Sebenarnya lokasi guesthouse ni agak jauh dari bandai Sangkhlaburi. Mulanya kami plan nak sewa motor, tapi disebabkan kaunter akan tutup pukul 9.00 pm dan kamipun tak pasti kami akan balik pukul berapa, jadi sewa motor adalah tidak berbaloi untuk kami. Uncle Belgium siap offer nak ajak kami naik sekali dengan dia. Err... kami ber'4 kot, mana muat nak sumbat satu motor kan? Option yang ada ialah berjalan kaki.

Boleh tahan mencabar jalan kaki di sini. Gelap saya boleh tahan lagi. Tapi bila ada anjing merata-rata dan manja mengalahkan kucing, kecut perut saya dibuatnya. Beberapa kali jugak anjing datang mengacau kami, siap menyalak bagai. Takut seh!! Ada satu moment yang paling kelakar, masa saya dan Izza jauh tertinggal di belakang beberapa ekor anjing datang mengejar dan mengekor kami dengan dekat. Mujur kami berdua tak cabut lari, kalau tak mahunya anjing tu kejar kami. Masa tu tuhan saja yang tahu betapa takutnya kami. Macam-macam doa dan surah pendek yang terlintas dalam kepala kami baca. Kuat ok! Tangan Izza saya pegang kuat-kuat, sampai berpeluh satu badan! Tak lama, lepas tu anjing-anjing tu terus Anne dan Nik yang santai berjalan. Yang bestnya, diaorang berdua tak perasanpun ada anjing mengekor mereka dari belakang. Mujur uncle Belgium berpatah balik, barulah anjing tu beredar. Kalau ingat balik memang kelakar! hahaha

Tak lama akhirnya kami sampai di pekan. Fuh! Lega! Disebabkan tak ada restoran halal di sini, kami hanya ke gerai muslim yang menjual makanan cucuk-cucuk dan goreng. Izza seperti biasa ke 7 eleven. Uncle dah sedia menunggu dan kami beli makanan dan makan bersama-sama di situ sambil borak-borak. Masa nilah baru boleh berkenalan dan bertukar cerita dengan uncle tu. Namanya Alain, dari Belgium. Dia travel seorang diri, kali ni dia bercuti lebih kurang 2 bulan untuk travel. 

Lepas dah kenyang, nak balik tu kami ke gerai tempat kami beli makanan, tanya adik yang menjual tu mana nak dapatkan motor taxi. Dia suruh kami tunggu 5 minit sementara dia telefon kawan dia. Tak lama lepas tu datang 2 buah motor. Kelakar je, sebuah motor naik bertiga! Sepanjang jalan kami gelak besar. 

Sampai guesthouse, mata belum mengantuk dan masih ada perkara yang hendak kami bincangkan tentang aktiviti hari esok. Kalau ikut perancangan asal, esok kami akan tinggalkan Sangkhlaburi dan meneruskan perjalanan ke Bangkok. Tapi berita tentang pemberontakan dan pengebuman Danok 2 hari lepas buat hati kami kecut. Jadi sambil melepak di lobi, hantar email dan update news dari internet kami berdiskusi. Uncle Alain datang joint sekali. Lama kami melepak, walaupun sebenarnya tiada solusi. 

Malam makin larut dan cuaca makin sejuk. Kami ucapkan selamat malam pada uncle Alain dan bergerak ke bilik. Tentang hari esok, biarlah masa yang tentukan...

~ bersambung


4 comments:

  1. cantik sungguh sunsetnya...teringin peluk mentari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mentari tu boleh peluk dah lama saya peluk. huhu

      Delete
  2. part anjing tu betul2 menduga diri. syukurlah Allah turunkan bantuan melalui uncle Alain tu, kalau tetiba muncul celah kitorang, harus jeritan i boleh dengar satu kampung.. huhu

    *Nani, mana gambar Siam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah anne, nasib baik tak pengsan. huhu

      p/s : nanti kita share gambar siam kat dropbox. hihi

      Delete