Tuesday, April 22, 2014

Cheonggyecheon Stream in downtown Seoul

Hari ke-3. Dek kerana frust dengan pemandangan yang tak lawa langsung di Nami Nara semalam, hari ini kami tukar plan. Option day 3 dalam itinerary iaitu ke Everland dijadikan highlight untuk hari ke-3. Katanya di sana ada Tulips Festival. Gigihlah semua orang bangun awal sebab nak mengejar bas di Gangnam. Lebih setengah hari jugak kami habiskan masa di sana. Banyak benor aktiviti menarik kat sana selain daripada melayan bunga-bunga tulip yang baru berkembang. 

Balik dari Everland, kami langsung ke Korea Tourism Office. Sebab? Kami semua tak solat lagi dan di KT office ada disediakan surau untuk muslim bersolat. Daripada kami patah balik ke Itaewon, baik kami terus ke sini. Lagipun malam nanti kami akan ke Dongdaemun untuk makan ikan bakar. 

Dalam itinerary kami Cheonggyecheon Stream memang tak termasuk dalam list. Kononnya dah pergi masa 1'st visit dulu. Tapi alang-alang dah sampai KT office, lintas jalan saja terus jumpa Cheonggyecheon Stream. Jadi, apa salahnya kami singgah sekejap. Tengok payung-payung yang bergantungan memang menarik hati!  

Malas nak taip panjang, layan gambar saja la.

Istimewanya kali ni dapat tengok pemandangan sekitar Cheonggyecheon Stream dalam 3 suasana berbeza - waktu petang, senja dan malam. Semuanya menarik!

Asalnya sungai sepanjang lebih kurang 8.4km ini tercemar sebab semua air kumbahan dari rumah-rumah disekitarnya disalurkan secara terus ke aliran sungai ini. Tapi di atas inisiatif kerajaan, telah membelanjakan sejumlah peruntukan yang tinggi untuk membersihkan dan sekaligus memulihara keadaan sungai ini. Dan kerja ini tidak mengambil masa yang singkat ye...
Nah inilah yang melambai-lambai kami.... Orang Korea memang kreatif, gantung payungpun nampak comel kan?
Pandangan dari atas
Pandangan dari bawah
Joint warga Korea berekreasi
Cubaan kami untuk mengambil payung. Agak-agak sampai tak??
Dari sudut lain - tempat yang agak tersorok dan sunyi, tapi tetap cantik dan mendamaikan
Menyusurui sungai dari atas - ramai orang berekreasi
Matahari hampir terbenam di tengah-tengah bandar Seoul.
Reflection of the sun
Waktu malampun orang tetap ramai di sekitar Cheonggyecheon Stream ni. Tempat ini memang tak pernah sunyi dengan orang, padahal masa tu dah hampir 10.00 malam.

Jadi kepada sesiapa yang nak ke Seoul jangan lupa masukkan Cheonggyecheon Stream sebagai salah satu tempat yang harus disinggahi. Yang pentingnya ianya PERCUMA!

10 comments:

  1. nak gi jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
    emm bila kah?

    ReplyDelete
  2. Cantiknya payung2 tergantung. Idea korang posing melompat sangat kreatif :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea orang Korea ni memang bernas. gantung payung pun cantik kan?

      Jea, kami ni suka melompat... jadi macam2 idea baru yang keluar. haha

      Delete
  3. mrs rasa ini memang tempat wajib singgah kalau ke korea...
    orang korea nie memang kreatif bab bab cenggini..tengok GH diorang pun tahu mcm mana, cute2 jer dekorasinya

    ReplyDelete
  4. PM!!!..termengah2 nak cover semua story yang ada ni..woowoww...untung lah dapat tgk payung2 di stream ni..biasanya tak selalu ada ..ni mesti dorang baru pasang..kreatif betul
    Yang pasti semua picture ohsem lah...hai..sejuk mata memandang..comei mcm tuan punya blog jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM!!! termengah2 jugak kita nak reply semua komen JM. hahaha

      Delete
  5. suka tengok payung-payung tu.....masa saya pi tak ada macam tu..bertuah le

    ReplyDelete
    Replies
    1. payung tu bermusim, sebab dulu kami g pun takde payung. rezeki, datang kali ni ada payung :)

      Delete