Thursday, April 24, 2014

Last day in Seoul City

Hari terakhir di Seoul lebih kepada aktiviti santai. 

Masing-masing bangun awal, kemas semua barang dan beg dan check out terus. Tapi kami tinggalkan dulu beg-beg kam di hostel - lewat petang nanti baru datang ambil balik beg sebelum kami bergerak ke airport. Sempat lagi hantar dobi baju kat hostel dam petang nanti dah boleh dapat baju bersih :)

Malam nanti kami semua akan 'berkampung' di Incheon airport sebelum awal-awal pagi esok harinya bergerak ke Gimpo airport.

Walaupun bersiap awal tetap lambat jugak kami bergerak keluar dari hostel. Maklumlah jalan beramai ni macam-macam ragam, err... tapi rasanya lebih seronok kalau nak dibandingkan jalan sorang-sorang. Sebab? Nanti takde geng nak gaduh-gaduh! Kan?

Hari ni, beberapa tempat sekitar bandar Seoul sempat kami cover :
  • Namdaemun market - misi mencari kerongsang. Duit tak banyak, jadi mampu beli kerongsang je. huhu. Tapi bila dah sampai sana mesti ada yang ter'beli kan?
  • Namsan Park & Namsan Tower - kami berpecah. 
  • Mango Six Cafe, Gangnam - kasi can kat Cha Eung Sang pergi jumpa kekasih hati buat kali terakhir
  • Hello Kitty Cafe', Hongdae - kononnya kami nak jumpa kat sini semula, sekali kami yang terlambat.
  • Masjid Itaewon - akhirnya jumpa mereka semua di sini.
  • Myeongdong - buat kali ke-3 kami ke sini dan kali ke-2 makan nasi goreng kat Yoogane restaurant. Rancangan asalnya nak makan di sekitar Itaewon saja, sekali bila bendahari check tabung makan, duit tak berapa nak banyak untuk cover bayaran makan di sini. Jadi kami tukar plan terus ke Myeongdong. 


Layan gambar sajalah ye.

Ce' tengok gaya dia orang bergambar - tak habis-habis dengan gaya 'Kim Tan dan Cha Eung Sang'.
Namsan Park - sebenarnya plan asal nak ke Namsan Tower, sekali sampai kat tamannya pulak. Merasalah kami semua terpaksa menapak jauh untuk ke Namsan Tower. Tapi nasib baik jugak, sebab sebelum ni tak pernah sampai Namsan park pun. Dah alang-alang sampai, kamipun joint sekali pakcik tu panjat tangga. 
Pokok lain semua masih togel, kecuali bunga-bunga ini saja yang dah berkembang.
Pemandangan bandar Seoul dari atas Namsan Park. Bandar yang sangat pesat membangun.
Turun dari Namsan Park, kami belok kanan, jalan lebih kurang 1km lagi untuk ke Namsan Tower. Haish.. memang carik penyakit kan? 
Ketiak dah berpeluh ni, baru nampak tower dari jauh. Takpe, kami jalan santai-santai je buang masa. 
Akhirnya sampai jugak ke Namsam Tower. Tambang cable car 8,000won / return. Agak lama kami habiskan masa di sini. Sempat tengok show lagi sambil makan sotong bakar dan churos.
Pemandangan sekitar bandar Seoul dari puncak. Padlock dah makin banyak dan bertindih-tindih saya tengok.
Nasib baik ada uncle dan amoi Korea yang baik hati tolong ambil gambar kami. Agaknya diaorang kesian tengok kami gigih angkat camera sampai gigil-gigil tangan nak berselfie. Tapi jangan tanya mana gambar selfie kami ye! 
Kalau ke Namsan Tower jangan lupa try churos ni. Sangat sedap dan lembut!
Dah puas hati... turun dan terus gerak ke Hongdae.
Ambil dari dalam cable car

Tempat terakhir yang kami singgah ketika di Itaewon. Sempat dengar alunan azan maghrib. Lunak betul suara bilal. Teringat zaman di asrama dulu. 

Dalam banyak-banyak tempat di Seoul, hanya di sekitar masjid ni saja ada cherry blossom yang dah berkembang. 
Masjid yang berdiri gah di atas bukit di Itaewon. Pemandangan dari sini memang lawa. Cuma malam tu cuaca kurang baik, hujan. 

Dah settle kewajipan, kami terus ke Myeongdong mengisi perut. Selesai semua, gerak balik ke hostel - kemas semua beg dan gerak terus ke airport.


* Jumpa lagi di Jeju!

9 comments:

  1. Gaya Cha eun sang dan kim tan tu yg x tahan peyut. Betul klau travel reramai mmg lebih meriah dan mcm2 ragam so perlu byk bersabar dan tolak ansur

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, dah balik malaya pun sindrom kim tan tak habis2 lagi. hahaha

      travel ramai2 memang syok, tp biasalah yg x syok kita simpan dlm poket diam2. hehe

      Delete
  2. Dah kata last day kat Seoul...teruslah bantai guna kaki sebanyak mungkin. Memang tabah panjat tangga kat Namsan Park tu.

    Tapi kelakar, tabung ayam xckup bajet untuk makan kat Itaewon. Dah kenapa xminta sos kat Kim Tan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie, g korea memang betul2 penderaan buat kaki. hahaha

      maklumlah tabung ayam tu nak kena cover utk jeju dan busan pulak kan? sos kat Kim tan? ayya... jatuh la air muka cha eung sang kalau SOS kat Kim Tan babe!!

      Delete
  3. Replies
    1. err... gaya tu memang macam2, tapi hebat tu tidak.....

      Delete
  4. Aku rindu seoul..tempat2 yg awak highlight tu menarik... kitorang shopping kerongsang tak hengat dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zette, kalu rindu Seoul, kena repeat balik la jawbnya.

      err... entah2 kita shopping kerongsang kat tempat sama tak? haha

      Delete
  5. best memang best, tapi penatnya ya ampun!!

    ReplyDelete