Saturday, April 26, 2014

Discover Jeju in 4 days - route, transportation and accomodation

Secara umumnya Jeju terbahagi kepada dua bahagian iaitu Jeju-si dan Seogwipo-si (North & South Jeju). Disebabkan kami ada 4 hari 3 malam kami bermalam di 3 lokasi berbeza mengikut route yang kami pilih. Secara rumusan ini perjalanan kami sepanjang 4 hari di Jeju.

Route


Day 1 : Dari Jeju-si bermalam di Seogwipo-si
Day 2 : Dari Seogwipo-si bermalam di Jeju-Si
Day 3 : Mendaki Mt. Hallasan dan langsung ke Ilchubong
Day 4 : Dari Ilchulbong kembali ke Jeju-Si ikut route berbeza.


Transportation to and in Jeju-si

Ada 2 mode pengangkutan untuk ke Jeju : flight @ feri. Disebabkan masa terhad, pengangkutan udara adalah yang terbaik. Banyak airlines tempatan yang menawarkan tiket dengan harga berpatutan seperti Jeju Air, Eastarjet, Korean Air dan banyak lagi. Ada jugak flight domestik yang murah, cumanya website mostly dalam bahasa Korea. Kami pilih Jeju Air sebab masa survey tiket dapat harga promo.

Sampai Jeju, banyak cara untuk explore pulau ini dan salah satu cara yang paling mudah, jimat masa, dan berpatutan ialah sewa kereta dan pandu sendiri. Banyak syarikat sewa kereta di Jeju. Hasil survey, kami pilih untuk menyewa kereta di KT Kumho. Salah satu sebab ialah syarikat bagi diskaun sebanyak 70% kepada ahli berdaftar (registration free) bagi setiap kereta yang hendak disewa. Saya kira tawaran ini sangat berpatutan. Hanya booking kereta di laman web (tidak dikenakan apa-apa bayaran) dan jangan lupa request GPS dan portable wifi sekali (FOC).

Prosedur lebih kurang sama dengan mana-mana company.

BOOKING & PICK-UP
  1. Online reservation dari Malaya - daftar ahli, pilih kereta dan tarikh.
  2. Sampai airport cari kaunter syarikat sewa kereta untuk dapat maklumat lanjut
  3. Free shuttle bas untuk ke office sewa kereta disediakan di luar airport
  4. Di office - bawa booking confirmation + Driving International Permit + passport + isi aggrement dan tandatangan + bayar (hanya credit card diterima).
  5. Mintak GPS (English translation + portable wifi (masa buat reservation online pastikan tanda untuk benda-benda ini sebab ia adalah PERCUMA.
  6. Kita akan dibawa ke kereta untuk check keadaan kereta dulu dan macamana nak bawa dan uruskan kereta - tanya kereta guna gas atau petrol dan tengok berapa meter terakhir minyak sebelum bergerak.
  7. Siap semua, beg dan barang dah isi dalam bonet, apa lagi JOM GERAK!
DROP-OFF
  1. Bawak kereta ke office tempat ambil kereta (kena pandai budget masa untuk hantar kereta sebab masa booking kita dah tulis siap-siap pukul berapa nak pulangkan kereta nanti)
  2. Sebelum itu, pastikan gas / petrol penuh @ mengikut meter terakhir sebelum kereta bergerak masa ambil tempoh hari. 
  3. Company akan check dulu, kalu tak ada apa-apa selesai!
  4. Naik free shuttle bas ke airport
Kereta 'comel' kami sepanjang 4 hari di Jeju - Kia Morning

International Driving Permit (IDP) - MUST HAVE ITEM kalau nak memandu di Korea
  1. Sah laku selama setahun
  2. Buat di JPJ / pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM)
  3. Perlu ada dokumen-dokumen seperti :
  • Borang JPJ L1
  • Lesen memandu asal dan salinan (kena pastikan lesen sah tempoh untuk setahun)
  • Kad pengenalan asal dan salinan
  • Bagi bukan warganegara kena bawa passport asal dan salinan
  • 2 keping gambar ukuran passport
  • Bayaran untuk lesen RM150
 * Kalau nak kirim kat kawan pun boleh, cuma kena pastikan semua dokumen lengkap.

Accomodation

Antara lokasi yang menjadi pilihan pelancong untuk menginap ialah sekitar bandar Jeju dan ada juga yang memilih menginap di sekitar Seogwipo. Bagi yang tak kisah berpindah randah macam kami, bolehlah tiru macam kami - 3 malam di Jeju, 3 hotel/guesthouse di lokasi yang berbeza kami terjah. Pada saya ok je sebab since kami naik kereta sewa, semua urusan angkut beg diserahkan pada kereta. Cuma sampai hostel/guesthouse angkut saja beg masuk bilik. Baju pulak awal-awal saya dah asingkan siap-siap untuk pakai pada hari tertentu. Jadi tak payahlah tiap kali sampai tempat baru nak kena punggah semua barang. Err... kalau ter'punggah tu standard la tu...

Antara hotel/guesthouse yang menjadi pilihan kami ialah Jeju Hiking Inn di Seogwipo, Jeju, B&B Pan Guesthouse di Jeju-si dan Ilchulbong Hotel di Ilchulbong. Pemilihan utama hostel/guesthouse ialah lokasi, route yang dipilih, selesa, dan paling utama mampu bayar untuk poket nipis kami ni. Tapi sebenarnya standard rate bagi hostel/guesthouse tak jauh beza - paling murah RM40 - 45 semalam dah kira berpatutan. Sepanjang 4 hari 3 malam di Jeju, budget hostel untuk seorang di 3 lokasi berbeza ialah lebih kurang 50,500won/person. Memang tak boleh nak lawan macam negara lain contohnya China, memang jauh benor bezanya.

1. Jeju Hiking Inn


Lokasi sangat strategik, terletak di tengah-tengah bandar Seogwipo. Pada saya biliknya sangat luas selesa. Bilik airpun luas. Siap ada bath tab, cuma tak sempat nak berendam je dalam bath tab tu. hehe.

Paling menarik ialah pemandangan sekeliling terutamanya dari rooftop of the building - boleh layan matahari jatuh dan nampak pelabuhan dari jauh. Di sini, 2 pantry disediakan - di tingkat bawah dan tingkat atas. Kami sempat sarapan pagi sambil layan cuaca sejuk dan makan nasi panas-panas dengan sambal bilik. Memang terbaik!

Address :
587-15, Seogwi-Dong,
Seogwipo City, Seogwipo,
697-013, Jeju
Phone : +82-64 763 2380, +82-10-3294-0878
Email : jeju@hikinginn.com
Web : www.hikinginn.com

Untuk tempahan/maklumat lanjut ketik SINI

2. B&B Pan Guesthouse

Kami menginap di sini pada hari ke dua di Jeju.

Lokasinya di tengah bandar Jeju, tapi agak tersorok sebab terpaksa masuk beberapa lorong. Nasib baik ada tempat untuk parking kereta. Kami sampai malam, jadi memang tak ada mood nak ambil gambar. Haha.

Guesthouse ini ialah sebuah rumah 3 tingkat yang diubahsuai menjadi guesthouse. Selesa dan bersih dan suasananya seperti berada di rumah. Walaupun simple, tapi sarapan pagi disediakan. Kebetulan esok pagi kami memang nak check out awal, jadi tuan rumah tak dapat siapkan sarapan untuk kami seawal pagi. Malam tu, sebelum dia balik, awal-awal dia dah pesan jus, roti, dan yogurt disediakan untuk kami. Jadi esok paginya lepas makan, masing-masing tapau untuk bekalan memanjat Hallasan. hiks

Address :
1410, Geonip-dong,
Jeju Island, 690-801.

Phone : +82-10-7595-3054, +82-10-26904-2538
Email :bnbpan@gmail.com
FB : www.facebook.com/BnB.PAN

Untuk tempahan/maklumat lanjut ketik SINI.

3. Ilchulbong Hotel


Hotel ke-3 yang kami singgah.

Ilchulbong ialah sebuah pekan kecil dan tak banyak hostel/hotel/guesthouse yang ada di sini. Kalau adapun, tak diiklankan di hostelworld/booking.com etc.

Ilchulbong Hotelsalah satu hotel yang diiklankan di hostelworld. Walaupun berstatus hotel, rate yang ditawarkan berpatutan. Biliknya sangat besar, bersih dan kemas. Dan lokasinya sangat dekat dengan Seongsan - Ilchulbong Peak!

Untuk tempahan/maklumat lanjut ketik SINI.



Ini hanyalah panduan untuk sesiapa yang ingin ke Jeju. Apapun pilihan terpulang atas selera masing-masing. Selok poket tanyalah duit adakah mampu atau tidak. Kalau ala-ala macam kami yang tak berapa nak tebal poket, ini saja yang mampu kami laburkan. Apapun makan mesti kena selalu sedap! ^_^


8 comments:

  1. Nape pindah2? Means, jeju ni cam langkawi ke besarnya? Ke mcm mana? Sorry, bnyk plak aku tnye ko..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zette,

      Kitaorg ni saje je carik penyakit dan nak rasa duk tempat2 berbeza tiap2 hari. Nak kata Jeju ni besar lbh kurang Langkawi, rasanya lagi besar Jeju. Ada pro & cons berpindah2 ni. Baiknya, jimat masa dan minyak kereta sebab kami tak perlu patah balik untuk balik ke hostel. Contohnya kalau duk Jeju-si (2), nak ke Seogwipo (1) rugi masa kalau patah balik padahal kami boleh jimat masa untuk patah balik dan Ilchulbong (4) antara tempat paling jauh, jadi kalau asyik patah balik je rugi masa. Pastu bila tak perlu patah balik, kami boleh cover route2/ jalan yang berbeza sebab rasanya semua tempat kat jeju lawo2. even tepi jalanpun lawa tau. hahaha

      kekurangannya, macam aku cakap dlm entry, penat nak kena usung beg hari2. hahaha

      Delete
  2. wahhhhh bestnya pegi 4h3m! wahhh rajin korang pindah2 tempat accommodation. tp bergantung kt individu la dok.

    ReplyDelete
  3. John, jeju highlight trip kali ni, jadi kitaorg memang sengaja duk jeju lama2. sampaikan dah tak tau mana tempat dah nak singgah. hahaha. pindah accommodation tu ala2 cari penyakit jugak, tp fun je sebab tiap2 malam boleh rasa tido atas katil yang berbeza. kiki

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam... saya cuba reguster kat web ktkumho... tapi dia suruh pilih password bebetul.... rasa dah bebetul dah piilih... siap tulis strong lagi... huhuhuhuhu.. camner erk...

    ReplyDelete
  6. Salam...mksdnya lesen kita kena hidup lg setahun ke masa kita apply kat jpj tu? Bayaran utk sewa keta kat sana mmg kredit je ye klu xde mcm mn ye diaorang blh tlg x?

    ReplyDelete