Friday, May 02, 2014

Discover Jeju in 4 days - Day 2 : Cheonjiyeon waterfall

Day 2

Hari baru di Seogwipo.

Seperti biasa bangun pagi, mandi, bersiap dan kemas beg. Maklumlah sepanjang di Jeju kami semua nomad - berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Seronok jugak sebenarnya sebab boleh rasa duduk kat 3 tempat berbeza dalam masa 3 hari. Kami berani sebab naik kereta, kalau terpaksa hangkut beg sendiri hari-hari wa pun tak sanggup kot!

Pagi itu kami sarapan pagi di rooftop - nasi panas balut seaweed dan sambal bilis, meggi in cup, mushroom soup, milo panas.. Alhamdulillah kenyang!

Inilah rupa rooftop - semua kemudahan memasak memang disediakan di atas. Cuma gunakan sebaiknya saja. Dah guna, jangan lupa basuh ya!

Perut dah kenyang, begpun dah siap kemas, saya angkut beg ke bawah. Sementara tunggu kawan-kawan yang lain turun, sempat lagi berjalan-jalan di sekitar hostel. Pemandangan di sekitar memang lawa. Boleh nampak pelabuhan dari atas dan nampak juga Cheonjiyeon waterfall sayup-sayup di bawah. 

Selesai urusan check out, beg-beg dah siap letak dalam kereta, masa untuk teruskan perjalanan! Tempat pertama yang akan kami singgah pagi ini ialah Cheonjiyeon waterfall. Tak jauhpun, tak sampai 10 minit dari hostel.  

Pemandangan dari tempat parking sekitar Cheonjiyeon waterfall. Boleh nampak Jeju Hiking Inn dari bawah.

Masih awal pagi, nak parking keretapun senang. Beli tiket (2,000won/person), kamipun jalan-jalan. Alhamdulillah, jalan kali ni cuaca memang menyebelahi kami sebab tak hujan. hiks.

Sesiapa yang ada semat phone, boleh scan bar-code untuk dapatkan informasi tentang apa yang menarik di sini. 

Cheonjiyeon bermaksud 'God's pond' mengikut lagenda tempat ini dulu menjadi tempat mandi-manda 7 orang pari-pari raja di syurga yang turun ke kolam di sini. Menariknya kawasan ini dibina sebagai tempat rekreasi. Untuk sampai ke kawasan air terjun kita akan berjalan di taman-taman yang ditanam pelbagai tumbuhan - Dampalsu trees, Songyeopnan trees, Gusiljappam trees, Sanyuja trees (pokok limau Cina), camellia dan banyak lagi pokok-pokok tempatan yang unik termasuk cherry blossom. Sambil berjalan, boleh menyusuri sungai yang di sepanjang taman menuju ke air terjun.

Layan gambar ajelah.

Comel je itik ni berehat. Steady je berdiri atas batu dengan sebelah kaki. Korang mampu? hehe
Dari jauh dah nampak air terjun kecil yang mengalir sepanjang sungai dari air terjun utama
Cherry blossom di sana sini - walaupun masih pagi, dah ramai pelancong sampai
Bukan cherry blossom, tapi tetap lawa. Bayangkan kalau autumn... mesti lawa!
Inilah rupa Cheonjiyeon waterfall
Lagi Cheonjiyeon waterfall - airnya jernih dan ia merupakan habitat utama Muree eels (belut). Kalau ke sini, boleh baca sejarah/lagenda di papan tanda. 
Taman cherry blossom - orang tak ramai, jadi boleh bergambar ikut suka hati!
Zoom sikit - cherry blossom
Cherry blossom sedang berkembang
Tenang - pemandangan sekitar taman. Musim bunga baru bermula, masih banyak pokok yang togel. Tapi tetap lawa

Oh ya, kalau sesiapa yang nak beli souvenir, kat kawasan parking memang banyak kedai-kedai menjual souvenir. Tapi tak pasti murah atau mahal sebab kami tak beli.

Lepas tu kononnya nak singgah Jeongbang waterfall, tapi lastly kami skip je. 

Kita pergi tempat lain.

Dalam perjalanan, ternampak taman. Penuh dengan cherry blossom. Apalagi terus singgah. Tak habis lagi 'jakun' tengok bunga kan? hehe.

Layan bunga kejap kami teruskan perjalanan.

Ke mana lepas ni, next entry la... 

Mood nak mengarang panjang-panjang tak ada. huhu



~ bersambung

8 comments:

  1. Wah bunga2 tengah kembang maksimum tu... tak hujan pulak tu... untunglah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. trip kali cuaca memang menyebelahi kami :)

      Delete
  2. Cherry itu memang cantik gila... Saya boleh jadi hantu krn cherry blossom

    ReplyDelete
  3. Waaaa... cantikkkkkk!!!! Nak mengarang nn tgok moodkan.. hahha.. same here..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan selalunya mood mengarang tu ke laut. haha

      Delete
  4. memang cantik tempat nie..hopefully ada rezeki utk sampai sini nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah MS, suatu hari nanti MS pun akan sampai sini :)

      Delete