Sunday, May 04, 2014

Discover Jeju in 4 days - Day 2 : Oedolgae Rock

Tempat kedua yang kami pergi untuk hari kedua ialah Oedolgae Rock - salah satu tempat penggambaran drama yang terkenal satu ketika dulu, sekitar tahun 2003 iaitu Daejanggeum atau Jewel in the Palace.

Info :

Location Name: Oedolgae Rock
Name in Korean: 외돌개 공원
GPS Coordinate: N 33 14.446 E 126 32.813
Entrance Fee: free
Business hour : 24x7 (better not at night)
Address: Seogwipo-si Seohong-dong 791




Ada beberapa mitos @ sejarah tentang Oedolgae Rock. Salah satunya ia juga dikenali sebagai General Rock - suatu ketika dahulu tentera Mongolia datang menyerang Jeju dan untuk mempertahankan kawasan tersebut, general ketika itu buat kubu jadi seperti general yang besar. Jadi bila tentera Mongolia datang, bila nampak batu yang besar, diorang tak jadi nak serang.

Satu lagi mitos menggelarkan batu ini sebagai Lonely Rock - seorang isteri nelayan menunggu suaminya pulang, tapi tak balik-balik. Setiap hari isterinya menangis dan menunggu di tepi pantai, lama kelamaan dia bertukar menjadi batu. Akhirnya badan suaminya juga timbul dan bertukar menjadi batu. Kalau kita tengok batu asas yang berada di bawah itulah 'badan' suami isteri nelayan yang menunggu tu.

Macam-macam sejarah dan mitos, jadi kalau nak tahu lagi tentang Oedolgae Rock ni bolehlah tanya pakcik Google ya! :)

Jom tengok apa yang ada di sekitar Oedolgae Rock!

Kena menapak lebih kurang 250m, sebelum jumpa Oedolgae Rock. Tengok gambar ni baru perasan yang pakai baju peach terang tu bukan geng Mak Jemah tau. Elok saja masuk dalam gambar ni. Bila tengok gambar ni baru perasan. haha
Inilah rupa Oedolgae Rock
Ada rupa macam general rock atau lonely rock tak?  
Zoom tak menjadi. hiks

Tempat ni agak luas, boleh berjalan sepanjang denai secara santai sambil menikmati pemandangan di depan mata. Memang layan....

Ajussi ni tengah melukis batu Oedolgae, kreatif betul!
Kami jalan dari hujung sana, dah sampai ke hujung sini tapi tak terasa penat sebab layan tengok pemandangan lawa depan mata
Zoom sikit
Inilah pelakon utama drama Daejangguem, Mee Kyung Yang - sesiapa yang pernah cerita ni mesti perasan tempat ni jadi salah satu tempat untuk drama shot. 
Duduk dari ketinggian lebih kurang 200meter dari aras laut sambil melihat keindahan ciptaan Allah. Syukur diberi peluang olehNya untuk melihat semua ciptaanNya dengan mata sendiri.

Sampai satu part kat kawasan berbatu, memang lawa. 
Kamipun apa lagi, tak lepas peluang bergambar. Sakan!
Gambar berlatar belakang 4 posisi yang berbeza.
TAPI....
Jangan muntah tengok gambar-gambar weols!! ahaks

Berlatar belakangkan laut - agak-agak boleh buat cover album underground band tak? kakaka
Berlatar belakangkan batuan -'Kim Tan' style! Mana-mana tempat gaya ni memang tak pernah tinggal. haha
Lagi berlatar belakangkan batu, tapi pemandangan berberza - syok aje bergambar bila tak ada orang. Kesian 'abang' jadi mangsa jadi photographer. haha
Banyak-banyak gambar ini yang paling saya suka!

Ok, cukup 4 gambar je, kang lagi banyak tayang gambar kitaorang boleh muntah hijau pulak sesiapa yang tengok. hahaha
Puas bergambar, barulah kami beransur untuk balik. 
Banyak lagi tempat lain yang nak diterjah ni...
Layan lagi gambar-gambar pemandangan sekitar Oedolgae rock, untuk kesekian kalinya...

Biru betul air laut kat sini, sama biru dengan langit.
Tenang je duk sini. Walaupun panas, tapi disebabkan cuaca dan angin sejuk tak terasa panas yang terik tu
Uniknya semua batu-batuan di sekitar Jeju berwwarna hitam. Mungkin kesan batuan gunung berapi satu ketika dulu.
Bunga conola pun ada di tebing batu. 
Jom balik - pergi dan balik melalui jalan yang sama

Ada lagi tempat lain yang ada batu-batuan yang cantik yang akan kami singgah.

Sambung di entry lain...


8 comments:

  1. Psst bg lah sikit tips nk dpt gambar yg cantik mcm tu klau guna compact mest x sharp camni kan pastu pandai cari angle

    ReplyDelete
    Replies
    1. err... JM, kita pun tak guna camera canggih. Camera setakat separa compactje. haha. Set pun auto mode je untuk amik gambar, camne nak bagi tips.... huhu

      Delete
  2. fuyoooh memang leh buat cover album dah geng jemah nie
    mesti ahjuma tu teringin nak bergambar tetiba jer dia menyelit kat situ...kelakar la pulak
    cantik tempat nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala geng mak jemah nak beraksi MS. hahaha

      Delete
  3. Tempat dah la lawa.. kene pulak juru gambar yang pandai amik gambar.. seronok baca.. bila la dapat ke KOrea ni huhuu :P

    ReplyDelete
  4. Terima kasih affif, InsyaAllah setakat ke korea tu hujung jari je nak sampai. tempat lain semua dh sampai ini kan pulak korea. :)

    ReplyDelete