Thursday, May 08, 2014

Discover Jeju in 4 days - Day 3 : Hiking Mt. Hallasan part 1

* Entry ni memang banyak gambar. Bayangkan gambar kat Hallasan je ada dekat 500 keping. Tak tahulah apa gambar yang saya ambil sebab rasanya semua yang nampak depan mata lawa. Over kan? 


Day 3

Hari baru di Jeju-si.

Hari ni memang seharian diperuntukkan untuk mendaki Mt. Hallasan - memang highlight untuk trip Jeju. Dah jejak Jeju-do, kalau tak sampai Hallasan macam tak lengkap pulak trip kami ni kan? Walaupun tak ada persiapan langsung, kita redah saja. Hiks.

Malam tadi, sebelum masuk tido, kami dah bagitau kat Martin, owner guesthouse yang kami nak check out awal pagi esok. Martin risau kami tak sempat breakfast, dia dah pesan dan asingkan siap-siap roti, jus, telur dan yogurt untuk kami ber'7 dan suruh kami layan diri saja esok. Biasanya dia yang akan sediakan breakfast untuk semua, tapi dia takut dia tak sempat sampai lagi, sebab tu dia dah pesan awal-awal.

Seawal 6.30am dah siap dan turun breakfast. Siap tapau roti dan yogurt buat bekalan. Alang-alang orang dah bagi kan? Nasib baik tak angkut sekali botol jus nenas. Takut nak minum pagi-pagi, kang perut meragam tengah mendaki sapa nak tolong? Tapi bersiap awal tak semestinya boleh bertolak awal kan? Biasalah tu, bila dah ramai ni, payah nak tepati masa. Dalam 7.30am baru kami bergerak keluar.

Cuaca yang cerah, hari yang tenang, memang menyebelahi kami. Alhamdulillah...

Set GPS, kamipun bergerak. Sempat lagi singgah tepi jalan bila tengok cherry blossom yang berkembang tu. Tak habis-habis dgn cherry blossom kan?


Cherry blossom yang tengah berkembang

Lepas puas melayan cherry blossom, kami teruskan perjalanan. Jauh lagi nak sampai Eorimok, lebih kurang 30km dari Jeju-si.

Sepanjang perjalanan view memang lawa. Kiri kanan dipenuhi padang rumput yang menghijau dan menguning. 

Mt. Halla dah melambai-lambai dari jauh. Tapi yang mana satu Hallasan pun kami tak tau. Yang pasti pemandangan sepanjang perjalanan memang memukau mata yang memandang!
Lagi pemandangan sepanjang perjalanan - lagi 8km nak sampai Eorimok.


Untuk sampai ke Halla banyak laluan yang boleh digunakan, contohnya Eorimok, Seongpanak, Yeongsil etc. Kalau nak lagi clear tentang route untuk mendaki Halla boleh baca di SINI. Trail yang kami guna ialah Eorimok Trail - masuk melalui Mt. Hallasan National Park. 

Kenapa pilih Eorimok Trail? Dari pembacaan, treknya lebih landai walaupun agak jauh berbanding Yeongsil dan lebih pendek dari Seongpanak. Jadi sebagai pendaki amatur, dah tentulah kami akan memilih jalan yang paling mudah. Yang penting sampai kan? ^_^

Mt. Hallasan National Park - masuk FOC, parking 1,500won/ car.

Jarak Eorimok - Nambyeok Bungijeom lebih kurang 6.8km (jarak ni sampai kat crater). Anggaran masa 6 jam pergi balik (ikut website), Alhamdulillah... we manage to complete this trail about 5 hours return! Itupun setakat sampai kat Witsae-oreum Shelter je pun. Nanti dalam entry saya masukkan rupa Witsae-oreum Shelter. Kiranya tempat ini last check point sebelum teruskan perjalanan sampai ke crater yang ada tendas, gerai makan dan sumber air. 

Apapun jom ambil feel dulu sebelum mendaki.

Muka-muka excited sebelum mendaki. Jangan lupa pakai kasut yang sesuai ya sebab trek boleh tahan licin.

Kami ke sini sewaktu permulaan musim bunga, masih sejuk. Sangat sejuk sebenarnya. Sampai menggigil! Angin musim sejuk ada lagi kot. 

Semua dah sedia.... Bismillah... jom kita mulakan pendakian!

Trek laluan permulaan yang landai dan santai. Kiri kanan pulak dipenuhi pokok yang masih togel.
Pemandangan sepanjang perjalanan. Pokok-pokok masih togel. 

Macam biasa, saya biarkan kawan-kawan jalan dulu. Ambil feel dulu. Pakai headphone, on MP3, jalan secara santai. Inilah masa nak tengok betapa cantiknya alam ciptaan Allah. Subhanallah! Memang cantik walaupun pokok-pokoknya masih togel. Di hujung ranting, sudah nampak putik-putik bunga. Mungkin dalam seminggu dua lagi putik-putik ini akan berkembang menjadi bunga yang cantik. Bila difikir dan direnung pada ciptaan-Nya... rasa kagum dan taksub tak putus dari benak fikiran. Cantik betul aturan yang Allah aturkan untuk alam ini. Termasuklah aturan hidup kita... Walaupun kadang-kadang hidup kita ada pasang surutnya, tetapi pastinya ia adalah aturan yang terbaik telah diatur oleh-Nya buat kita semua...

Trek yang mulanya landai, lama kelamaan makin berbukit dan bertangga. Fuhh... mencabar ni! Beberapa kali jugak kami berhenti, ambil nafas. Konsep kami, jangan paksa diri, kita jalan secara santai, janji kita sama-sama sampai!

Nah! tangga dah menunggu di depan mata!
Nampak seperti pokok yang mati, tapi hakikatnya ia adalah pokok yang masih hidup

Sebenarnya cuaca memang sejuk. Dingin! Masa kat bawah tadi memang sejuk, tapi bila dah mendaki, memang berpeluh. Sejuk dah tak terasa sangat sebab bahang peluh tu lagi membahang. Setiap 1km perdakian ada check point. Boleh berhenti kat tepi kalau penat.

Macam biasa saya mendaki secara santai. Lagipun nak terkejar-kejar pun bukan kami nak kejar masa kan? Kalau nak memintaspun payah sebab trek memang penuh. Hari tu pulak orang yang mendaki memang extra ramai! Mostly budak-budak sekolah. Pakai bajupun macam nak gi berkelah je. Kitaorang je yang over, siap bersweater bagai. 

Rombongan sekolah panjat Hallasan. Curlast!
Sampai di trek, lebih kurang ketinggian 1300 meter tiba-tiba nampak salji memutih!

Korang... salji!! - masing-masing menjerit kejakunan!
Waaa! Cantiknya.... 
Orang ada baca kat website, orang tu panjat Halla minggu lepas dia kata sajli tak cair lagi.
Rezeki kita la ni, boleh jumpa salji!


Ingatkan kami saja yang jakun, budak-budak sekolah yang panjat dengan kami tupun dua kali jakun macam kami. Hahaha.

TAPI.... kena extra careful sebab trek bertambah licin!

Mostly trek yang kami lalu masih dilitupi ais tebal dan keadaan jadi sangat berair dan licin. Silap-silap haribulan boleh terjelepuk atas trek. Masa nilah pentingnya ada kawan... sebab boleh tumpang berpaut. Hihi...

Trek dan kawan sekitar yang masih dilutupi ais. 

Selepas lebih kurang 1 jam mendaki kami akhirnya sampai di ketinggian 1400meter. Alhamdulillah! Kami sudah melepasi laluan sukar dan memasuki medium trek. Laluan permulaan berkayu dan di depan mata terbentang pemandangan yang sangat lawa!

Terik panas mula terasa sebab kat sini hanya ada pokok-pokok renek, rumput dan lalang je. Kira direct kepala kena matahari. Tapi tak terasa panas sebab cuaca dingin. Kadang-kadang angin sejuk bertiup.

Ambil nafas kejap, bergambar sebagai bukti dah sampai atas, dan kami teruskan perjalanan.

Yeay! Dah melepasi trek susah!

Subhanallah... pemandangan sangat cantik!

Pokok-pokok renek yang masih kekeringan, mungkin kesan dilitupi salji semasa musim sejuk yang baru lepas, bukit-buku yang memukau dan langi membiru yang menyambut kami di sini.
Pemandangan sepanjang jalan

Oh ya, kat sini ada tempat boleh rehat kalau penat. Ada air mata air semulajadi yang memang dibina khas untuk pendaki untuk top up air yang dah kehabisan. Rasa airnya, sedap! Manis dan sejuk. Beria masing-masing minum air. hehehe.

Dah rehat... jom kita teruskan perjalanan. Kali ni trek berbatu, tapi landai. Kena hati-hati pijak laluan berbatu tu sebab walaupun batunya kering dan tak licin, tapi agak tajam dan kalau tak berhati-hati boleh tersadung.

Lutut dah longgar dah ni.... tapi bila tengok pemandangan depan mata yang wow, gagahkan juga kaki menapak. Macam biasa, saya berjalan secara santai. No rush!

Trek berbatu
Akhirnya sampai ke laluan mudah, laluan berkayu dan santai
Panas ceng-ceng!

Disebabkan kami berjalan santai, budak-budak sekolah yang sama-masa mendaki sebelum ni dah lesap entah ke mana. Ye la, datang jauh-jauh.... kita nikmati puas-puas pemandangan cantik depan mata. Bukan senang nak repeat balik kan? Hehe.

Elok kami melenggang kangkung, ada sebahagian budak-budak sekolah yang dah siap berpatah balik. Daebak!

Mereka semua dah nak balik, kitaorang elok je santai-santai berjalan tengah panas terik. haha

Sampai satu kawasan, tak berapa jauh dari Witsae-oreum Shelter, mungkin dalam 500m lagi kami dijamu lagi oleh pemandangan yang indah. Hamparan salji di atas gunung masih belum mencair, kelihatan memutih! Masa ni saya ber'3 dah jauh tertinggal di belakang. Kawan-kawan yang lain dah ke depan. Bayangkan tiap kali jumpa salji, berhenti, ambil gambar main salji, mahunya tak kena tinggal! haha.

Elok berjalan di laluan bertrek kayu, kami berselisih dengan dua budak sokolah. Elok je berselfie tengah-tengah panas. Tiba-tiba dengar diaorang menjerit! Apa hal pulak budak-budak ni terjerit-jerit. Rupa-rupanya h/p jatuh kat celah-celah laluan berkayu. Dah lah h/p mahal. Kesian tengok budak-budak terkial-kial nak ambil h/p kami pun tolonglah. Mulanya diaorang jual mahal. Mulanya cuba hulur tangan kat celah-celah kayu - bajet tangan kecik, tapi tak muat! Nasib baik panjang akal, suruh diorang cari kayu.

Find me a stick. We try to push that phone a side! - jumpa kayu, terus tolak h/p ke tepi. 

Beberapa kali cuba akhirnya berjaya tolak h/p tu ke tepi. Haish... berpeluh jugak ketiak masing-masing. Dah la tengah panas ceng-ceng ni. Bantuan kemanusian kami berjaya! hehe. Elok saja dapat h/p budak-budak tu hulur coklat kat kami.

Dia nak rasuah coklat je? - siot je 'abang' cakap depan-depan budak ni. Haha.

Selesai bantuan kemanusiaan, say bye-bye, kami terus berjalan untuk ke shelter.

Salji yang masih tersisa di puncak gunung
Indah sungguh ciptaan Allah....
Salji di tepi trek yang kami lalu.
Sebahagian trek masih ditutupi salji.
Bukti dah sampai. Err.. walaupun tak sampai sepenuhnya. Rela tahan sejuk semata-mata nak duduk atas salji. Jakun sungguh! haha
Lama kami ber'3 duk main salji. 

Puas berwinter sonata, barulah kami teruskan perjalanan.  Akhirnya dah nampak kawasan lapang dan rumah berkayu. Inilah Witsae-oreum Shelter. Dari jauh nampak kawan-kawan yang lain duk sedap menjamu selera. Makan meggi tengah panas dan dingin memang best kan? 

Untuk sampai sini kami ambil masa hampir 3 jam. Itupun dalam keadaan santai. Jalan kejap, berhenti dan bergambarnya yang lama. Hehehe. Bagi yang pro, mungkin sekejap je kot. 

Dah hampir sampai!!!!

Kawasan ni tak besar manapun, cuma ada beberapa rumah, pondok pengawal, kawasan lapang seperti pentas tempat pendaki berehat, tandas dan cafe. Cafe yang kecil hanya jual air panas, kopi dan ramen. Tapi taukenya garang sebab kawan-kawan yang pergi situ nak beli air panas kena marah. Kita nak bayarpun dia tak nak bagi. Kedekut betul kan?

Meggi dapat bancuh secawan je, kami makan ramai-ramai. Roti dan yogurt yang ditapau tadipun kami makan sama-sama dengan sambal bilis. Nasi segera yang sempat ambil air tadipun kami makan. Sambil-sambil tu makan jajan lagi. Kenyang! 

Witsae-oreum Shelter di ketinggian 1700 meter.

Lepas makan, santai kejap betulkan lutut dan urat saraf, agak-agak semua dah ready, kami berjalan turun. Trekking tak sampai ke craterpun. Ada yang nak teruskan perjalanan sampai ke atas dan crater bolehlah melalui kawasan ni. Mungkin treknya lagi mencabar. Bagi kami yang amatur ni, dah sampai kat sinipun dah 1000 kesyukuran!

Ok, nanti kita sambung perjalanan balik. Apa yang kami buat dan berapa lama kami ambil masa untuk sampai ke bawah. Rasanya dah panjang benor entry ni. 

~ bersambung


15 comments:

  1. Subhanallah cantiknya view kat atas..sejak dari 2D1N lagi dah nak try datang sini...
    tatau lah akan kesampaian tak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah MS, satu hari dgn izin Allah mesti sampai :)

      Delete
  2. Feeling panjat gunung, no rushing, sambil menikmati ciptaan Nya tu best! Susah nak explain kan. Aku takat ni feeling tengok salji turun jelah, belum merasa yang panjat gunung tu. Insha Allah. Niat nak hiking ke Jeju dah ada. Gitu.

    Tapi kira daebak gak la, korang nye cuma ambil masa 5 jam. Walau dalam keadaan santai mantai tu. Congrats!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie, feeling tengok salji sebenarnya lagi best dari feeling panjat gunung sbb panjat gunung ni hazab benor nak sampai ke atas tu. hahaha. Tapi bila sampai, tengok view lawa depan mata memang Subhanallah!

      daebak tak daebak jugak... pancit jugak tengak jalan. haha

      Delete
  3. aaaaa jelesssssssssssss. awat lah minat mendaki sy smpi lmbt sgt. jeju cantik~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajlaa, tak terlambat lagi tu... masih mudah belia. hehehe

      Delete
  4. Subhanallah!
    Wah cantiknyaaaa, tengok dalam blog ni pun dah teruja apatah lagi kalau dah bebetul kat sana.
    *mata bersinar*

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik... ape lagi boleh lah ke jeju panjat hallasan pulak lepas ni :)

      Delete
  5. Replies
    1. lawo sampai rasa x nak balik. hahaha. boleh gitu?

      Delete
  6. no woder lah almost 500 pcs coz view sgt cantik langit biru..berbaloi baloi arhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. 500 pic tu bukan byk nak banding dgn gambar cha eng sang yg dekat 1k tu. haha.

      Delete
  7. aritu pegi waktu winter february 2014. so salji turun & kat kaki gunung pun dah salji tebal. so entrance tak benarkan panjat sampai puncak. so boleh merasa panjat sampai kat area kuil2 dia pun dah salji bapakkk tebal & suhu pun dah -ve. bakal repeat mac 2015 or september 2015 nihhh.. insyaalah kalau sempat turun jeju utk repeat hallasan mountain...

    ReplyDelete
  8. saya nak pergi hiking hallasan dec 2015 ni. agak agak salji dah tebal tak? ada yg nak join tak? hihi

    ReplyDelete
  9. cantiknya. geram je tgk cherry blossom ni. ini puncak hallasan ke ada lagi yg menuju puncak? hehe

    ReplyDelete