Tuesday, May 06, 2014

Discover Jeju in 4 days - Day 2 : Jusangjeolli Cliff, cherry blossom park & Mysterious road

Tempat terakhir yang kami pergi di sekitar Seogwipo ialah Jusangjeolli cliff sebelum kami berpatah balik ke Jeju-si menggunakan route berbeza. 

Rasanya banyak sangat tempat menarik sekitar Seogwipo yang tak sempat kami pergi. Kalau museum tu tak payah cakaplah, boleh dikatakan setiap 10km yang kami lalu memang banyak jumpa museum. Cuma kami saja yang takde hati nak singgah. 

Jusangjeolli cliff - terletak berhampiran pantai Jungmun. Tempat ni memang tersohor dikalangan pelancong dan penduduk tempatan sebab batuan yang terbentuk di sepanjang tebing laut berbentuk seperti tiang dalam bentuk segi empat tepat atau heksagon. Pembentukan ini secara semulajadi daripada lava basalt - kesan daripada pengucupan dan pengembangan lava dari kawah gunung berapi yang aktif. Dan semua aktiviti ini berlaku di dasar laut dan akhirnya membentuk tiang-tiang tinggi di tebing laut. Selain itu, tempat ini juga dikenali sebagai Jisatgae Rock - nama diambil sempena nama Jungmun-dong di Seogwipo-si menjadi Jisatse. Dan tempat ini adalah antara tebing tertinggi dengan ketinggian 30 - 40m dan 1km lebar.

Ia juga diiktiraf sebagai Monumen Asli no.443. Siap ada stamp kat kaunter masuk (berhampiran tandas). Kami ambil cop dan stamp kat passport sebagai bukti dah sampai sini. hiks. 

Entrance masuk, 2,000won/ person. Tempat parking juga disediakan, tapi kena bayar 1,000won/ car.

Kami sampai sana dah hampir tengahari, jadi orang memang ramai. Penuh rombongan budak-budak sekolah dan pelancong. Alang-alang dah sampai mestilah kena tengok apa yang ada di sana kan? Siap beli tiket, menapak lebih kurang 100m menuju ke tebing - ada laluan dan deck disediakan untuk tengok pemandangan.

Berjalan melalui laluan untuk ke deck memang sesak. Tapi masing-masing happy je sebab view memang awesome!

Dari jauh nampak batu-batuan di tebing laut - 1'st impression macam tak ada beza dengan tebing laut yang sebelum ini kan? Tapi kami jalan terus menyusuri laluan...
Katanya tempat ini juga terkenal sebagai tempat memancing. Cuba cari ada tak orang tengah memancing?
Zoom : Gigih ajusshi tu duk memancing sorang-sorang. Jauh tu nak menapak sampai ke tepi laut macam tu!
Lekuk-lekuk batu yang terbentuk secara semulajadi

Kami jalan lagi melalui laluan yang disediakan. Memang tak boleh sampai ke gigi air sebab tebing tinggi. Itupun angin dah kuat gila, sampai nak melayang masing-masing. Tapi memang kagum dengan tourism Jeju ni sebab setiap tempat dipelihara dengan sebaik mungkin.

Pemandangan dari tengah : nampak batuan yang macam tiang tu. Bentuk setiap batuan tu seperti heksagon, memang unik!
Sekali pandang macam buatan pulak, tapi yang pasti ia terbentuk secara semulajadi.
Zoom sikit
Zoom lagi 
Ini dari pandangan hujung deck : jelas nampak batuan berbentuk tiang yang tinggi.
Ada laluan dari atas tebing sampai ke hujung sana. Samada rajin atau tak nak menapak je.
Burung layang-layang ke ni? Burung ni banyak buat sarang kat celah-celah batu. 

Lama juga kami ambil masa nak tawaf tempat ni. Laluan berkayu yang dibina tu hampir 500m panjangnya, tapi bukan laluan lurus. Ia bengkang-bengkok ikut keadaan tebing tu. 

Sebenarnya boleh jalan lagi sampai ke hujung sana. Tapi dah penat jalan, perut pun dah lapar. Matahari tengah terik atas kepala. Jadi kamipun patah balik. 

End of pathway : Kami mula jalan nun di hujung sebelah kiri
Sesiapa yang nak ke Jeju, mesti masukkan Jusangjeolli cliff dalam itinerary. Walaupun hanya sekadar tengok batu kat tepi laut, tapi pada saya yang sukakan pemandangan memang worth it!

Lepas puas hati layan view, kami tak terus balik. Saja melepak kat depan pintu masuk sambil makan aiskrim dan oren. Sambil-sambil duk terfikir kat mana nak solat ni. Kalau tengok keadaan sekeliling tu macam tak sesuai nak solat. Tiba-tiba dapat idea. Tadi dalam perjalanan ke Jusangjeolli cliff, kami melalui taman yantak ada orang dipenuhi bunga cherry blossom. Alang-alang memang nak singgah situ sebab tak puas lagi tengok bunga, jadi kita singgah saja solat kat situ. 

Layan lagi gambar-gambar cherry blossom yang tengah berkembang!

Taman yang dipenuhi dengan cherry blossom. Ada kemudahan parking dan toilet di sini. Dan paling best tak ada orang! 

Next destination?

Kami nak bepatah balik ke Jeju-si. Tapi kali ni guna route yang berbeza. Sebab utama ialah nak singgah beberapa tempat dulu sebelum melencong ke Jeju-si sebab malam ni kami akan bermalam di bandar Jeju. Salah satunya ialah Mysterious road.

Dalam perjalanan banyak jugak jumpa tempat-tempat lain, moctly museum contohnya Hello Kitty Museum, Trick Art Museum etc, tapi kami tak singgahpun. Jadi kalau sesiapa ke Jeju dan drive, jangan risau kalau tak GPS korang tak boleh detect lokasi yang korang nak pergi sebab tempat-tempat ni sebenarnya tak jauhpun antara satu sama lain. Yang penting kena selalu alert dengan signboard bewarna coklat sebab ia menunjukkan tempat-tempat menarik (an attraction place) di Jeju.

Jom teruskan perjalanan : kiri kanan jalan pemandangan memang lawa. Kali ni dah tak jumpa pantai dah, tapi jumpa hutan dan padang rumput yang kekeringan. Walaupun kering tetap lawo...
Sempat snap gambar ini je dalam perjalanan.

Elok masuk simpang ke Mysterious road kitaorang ternampak Jeju Love Land! Belum apa-apa semua yang tahu apa itu Jeju Love Land dah terkekek-kekek! Bukan apa teringat cerita K.Kiah pasal trip dia ke sini. Hahaha. 

Korang, K.kiah pergi sini la hari tu?
Haaa!!!
Eh, kita nak gi situ ke? - driver ni cekap, mulut baru bertanya tapi stereng dah pusing masuk dalam kawasan Jeju Love Land. 

Parking kereta, kamipun keluar ke kaunter, niat hati nak beli tiket. TAPI.... bila tengok muka 'abang' yang innocent dan tak tahu apa-apa tu, tiba-tiba jadi malu pulak. Boleh gitu? 

Dan kebetulan pulak masa kami nak ke kaunter tu ramai pulak pakcik dan makcik baru keluar dan tersengih-sengih tengok kami. Siap tegur lagi tu. Dua kali malu pulak dibuatnya. 

Akhirnya daripada niat berkobar-kobar nak masuk dalam tu kami batalkan begitu saja. Dah alang-alang sampai, singgah toiletpun jadi la kan? Haha.

Dah tak jadi masuk dalam Love Lane, kamipun naik kereta keluar terus ke Mysterious Road. Dekat je, tak sampai 1 minit, keluar ke jalan besar dari Love Lane, itulah jalan misteri yang diperkatakan tu. Jalannya terus menuruni bukit. Lebih kurang 500m aje.

Mula-mula kereta bergerak turun ke jalan misteri sampai sudah kami tak rasa apa-apa. 

Eh, apa yang misterinya jalan ni?
Macam kat Bukit Magnet kat Madinah tu ke?
Entah!!!
Laa... dah habis la jalan misteri ni, patah balik! - as usual driver yang cekap buat pusingan U di tengah-tengah jalan sambil diikuti oleh kereta belakang.
Free gear, mana tahu kereta gerak sendiri ke. - dan kereta bergerak sendiri naik bukit!

Tapi kejap je sebab pendek saja jalan misteri ni....

Kami sebenarnya dari hujung jalan sana, tapi disebabkan tak puas hati sebab tak rasa apa-apa yang 'misteri' tentang jalan ini, kamipun berpatah balik. 
Macam artis pulak, bila lalu semua orang duk sibuk tala camera! haha

Jeju Love Land dah singgah, Mysterious road pun dah lalu, masa untuk terus ke Jeju-si. Perut kami dari tadi dah menyanyi-nyanyi minta diisi.

Sepanjang jalan dipenuhi dengan pokok cherry blossom.
Jeju-si, here we come! Nampak bandar Jeju dari jauh.

Sebelum check in di B&B Pan Guesthouse, kami singgah makan di The Loving Hut untuk makan. Makanan sangat sedap dengan harga yang berpatutan.

Vegetarian foods @ The Loving Hut : walaupun makanan berunsur vege semua dimasak dgn Korean stail dan yang pasti semuanya sedap!

Dah kenyang terus cari jalan untuk ke guesthouse. Tersesat punya pasal, dah gelap barulah kami sampai.

End of day 2 in Jeju-do

~ bersambung



18 comments:

  1. Cantik betul gambarnya maybe cuaca cantik dan at the same time PM pandai cari angle ohhsemmm sgt langit biru

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca dan langit yang membiru memang membantu untuk dapat gambar yg lawa JM. hehe

      Delete
  2. Eloklah tu anak dara tak payahlah nak masuk Jeju love land tu...heheh

    ReplyDelete
  3. Cliff tu memang nampak macam buatan kan. Hahaha aku dapat imagine dah macamana driver yang cekap tu automatik pusing stereng bila je korang sebut certain destinasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cliff tu memang unik.

      kat jeju ni tak byk kereta, jad sesuka hati je nak pusing stereng tengah2 jalan. kena pulak driver memang pro. haha

      Delete
  4. mrs belum pernah baca lagi pasal Jusangjeolli cliff nie dalam mana-mana blog..thanks yer PM
    kalau mrs pun..pikir 2 3 kali nak masuk ke tak jeju love tu...cantik sungguh cuaca dengan langit membiru, ambil gambar semua nampak cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jusangjeolli agak jauh sikit berbanding tempat2 lain, mungkin sbb tu tak ramai yang pergi ke sini.

      err.. kalau tak kerana ada abang sorang dlm trip mak jemah, mau jugak kami terjah masuk ke jeju love lane tu. hahaha

      Delete
  5. Solat dibawah cherry blossom? Wah, pengalaman yg jarang sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan senang nak dapat peluang solat kat kawasan lapang berbumbungkan langit dan cherry blossom. ada peluang memang tak lepas punya :)

      Delete
  6. Jusangjeolli cliff memang menarik.. for sure akan masukan dalam itinerary kalau ke korea nanti..
    Suka dengan gambar2 bunga tu :D huhuuu memang awesome dan terbaik la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa boleh lah masukkan dlm itinerary kalau nak ke korea nanti :)

      Delete
  7. memang unik bentuk jisatgae rock tu ya... ni baru tengok. bunga cherry blossom tu suoer duper ohsemm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni memang cantik. cherry blossom tu bonus singgah kat park layan bunga sakura :)

      Delete
  8. Allahuakbar.. cantiknya batu-batu tu.
    Tapi kalau jatuh, melecet... mesti pedih sebab banyak bucu2 tajam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni memang subhanallah cantiknya. batu tu memang nmpk tajam2, tapi tak boleh pergi dekat2 sebab kat tebing. tengok dan jalan dari deck aje :)

      Delete