* AMARAN : entry ni memang panjang berjela... jadi bertabahlah ye.
Kami ambil flight paling awal untuk ke Jeju. Jadi malam sebelumnya memang merasalah sekali lagi tido di airport Incheon. Kali ini kami memang betul-betul pilih tempat yang strategik - dekat dengan kedai dan tandas. Takut jugak peristiwa kali pertama tido di Incheon airport berulang. Disebabkan masing-masing nyenyak sangat tido, beg salah seorang daripada kami hampir diambil orang. Nasib baik masa tu saya separa jaga dan perasan ada sesuai yg mencurigakan. Kalau tak, ada yang balik Malaya lenggang kangkung! pewwww!
Jadi bila sekali lagi kena bermalam di airport, kami dah siap berjaga-jaga. Tapi terbabas jugak! Hahaha. Seawal pagi kami dah bersiap, tukar baju dan solat sebelum bergegas mengejar subway untuk ke Gimpo airport. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kami tak tido kat Gimpo airport je sampai susahkan diri melengcong sampai ke Incheon lepas tu patah balik pulak untuk ke Gimpo. Tak ke buang masa dan duit namanya. Kan? Dari pembacaan kami, Gimpo airport tak beroperasi 24jam, jadi selepas jam 12.00 tengah malam, airport ini akan ditutup kepada semua pengguna. Jadi cara paling selamat takut dihalau keluar dan terpaksa tido dalam kesejukan di kaki 5 airport baik kami pilih jalan selamat - tido saja di Incheon airport.
Kami ber'6 naik JejuAir dan sorang lagi tercampak naik Jetstar - masa depart + arrive tak jauh beza. Alhamdulillah semua urusan di kaunter smooth, dapat free luggage dan kami terus boarding. Kali ni memang tak jumpa orang Malaya, semuanya orang Korea dan hampir 80% adalah pakcik dan makcik Korea yang berpakaian sukan warna-warni. Semua bergaya! Mesti semua nak pergi panjat Hallasan tu - kami agak je. Tapi serius baju diorang lawa, warna terang, kalau bergambar memang lawa. Nangis tengok baju sendiri yang color buruk-buruk je. hahaha.
Ok, ini dah jauh melalut dah ni!
Macam biasa, masuk dalam flight, kapal terbang tak sempat take off kami semua dah hanyut.... Sedar-sedar bila pramugari kejut tanya nak jus atau tak. Walaupun muka pramugari yang semanis gula offer jus, saya tolak je sebab sayang tido lagi daripada minum jus. Flight selamat landing di Jeju. Ambil beg dan cari kaunter untuk ambil kereta yang kami sewa. Plan asal, hanya kami ber'4 yang ambil kereta, lagi 3 orang stay kat airport dulu. Lepas selesai urusan ambil kereta kami akan datang airport ambil balik yang lain. Dah naik dalam shuttle bus baru terfikir balik,
tak ke buang masa buat kerja dua kali? Gigih la saya berlari dari hujung terminal ke hujung terminal nak panggil budak-budak ni. Nasib baik ajusshi yang bawak shutle bus sudi tunggu kami.
Sampai pejabat KT Kumho, terus ke kaunter, selesaikan semua urusan, check kereta, test itu dan ini, puas hati, set GPS lokasi yang hendak dituju, kamipun gerak! Ini turutan lokasi-lokasi yang kami masukkan dalam itinerary. Dan ada beberapa tempat juga tak sengaja dan disengajakan untuk disinggahi. Tapi macam biasalah dalam banyak-banyak list ni tak semua tempat yang kami singgah...
- Hyeopjae Beach
- Hallim Park
- Windmill along the coastal
- Jeju glass castle
- Yongmeori coast
- Mt. Sanbangsan
- Cheongheyeon waterfall
- Check in at Jeju Hiking In
Maka bergeraklah 2 buah kereta biru yang comel bersama-sama.
|
Sepanjang jalan bunga cherry blossom dan mula berkembang. Teruja!
Macam saya pulak yang jadi driver bila duk sebelah pemandu kereta left handed. Kadang-kadang tu saya pulak yang terlebih cuak bila perasaan kereta tu lebih menghimpit ke kanan. Adeh... kaki ni asyik 'tekan' brek je walaupun hakikatnya tak ada brek. Padahal tu cuma perasaan saya je kot. |
Tempat pertama yang kami nak terjah ialah Hallim Park. Jarak dari Jeju-si ke sini lebih kurang 45km dan sepanjang perjalanan melalui persisiran pantai. Namapun pergi pulau kan? Pantang nampak tempat lawa mesti kami singgah. Pantai ni kami tak sengaja singgah. Nama pantaipun tak tahu. Nampak cantik je terus kereta melencong ke pantai. Singgah kejap ambil feel sebelum teruskan perjalanan.
|
Ada sesiapa boleh tolong translate apa yang ditulis pada signboard tu? Cantik pantai ni, tapi ombaknya kuat gila. |
|
Tengok ombak yang kuat ni teringat iklan raya Petronas yang dua budak tunggu ayah balik dari laut tu... 'ombak jahat... ombak jahat...' tapi kan ombak kat sini lagi besor dan kuat. Berdiri tepi pantai, confirm lencun kebasahan. Dah la angin kuat, sejuk sampai ke tulang! Tapi view memang walla! |
|
Tiket masuk : 9,000won |
Destinasi pertama selamat sampai dengan jayanya tanpa sebarang kesesatan. Parking kereta, beli tiket, terus kami masuk dalam. Agak besar park ni, tapi disebabkan 1'st impression dah memberikan feedback yang tak memberangsangkan, masing-masing jadi hilang mood. Maunya tak frust bila tengok semua pokok togel kecuali ada tulips.
Tapi disebabkan ini baru lokasi pertama, kami jalan jugak pusing-pusing tempat ni. Singgah taman bunga, kebanyakan bunga baru nak berputik. Cuma yang kelihatan beberapa pokok cherry blossom yang tengah lebat berbunga!
Ini saja ke cherry blossom yang ada? Kata festival? - antara ayat-ayat tak puas hati kami.
Jeju Stone and Bonsai Garden : kebanyakan pokok baru nak keluar pucuk dan berputik
|
Tulips @ Event Road : Sepanjang Event Road menuju ke Water Woman Garden dipenuhi tulips. |
|
Water Woman Garden : Taman ni agak menarik, ada air terjun dan beberapa kolam. Decoration memang lawa. |
Lepas ke sini, kami berkira-kira nak keluar. Sebenarnya masing-masing dah give up sebab tak nampak cherry blossom kecuali ada 2 pokok je kat depan pintu masuk. Tapi disebabkan tak puas hati, saya ajak mereka pusing lagi. Sebabnya masa jalan-jalan tadi saya ternampak cherry blossom dari jauh, tapi tak jumpa jalan nak ke sana.
Dan kegigihan kami berbaloi bila jumpa hutan cherry blossom!
Pemandangan memang lawa bila cherry blossom yang berwarna pink lembut dengan warna kuning rape flowers bergabung. Lama jugak kami habiskan masa kat situ. Sayangnya, hanya kami ber'4 je yang sampai ke sini, lagi 3 orang lesap.
|
Yoshino Cherry Blossom Hill |
|
2 warna - pink lembut dan pink terang. Lain pokok lain warnanya kot. |
Dah puas hati layan cherry blossom barulah kami keluar. Tapi lagi 3 orang hilang entah ke mana. Puas jugak nak mencari, tup-tup jumpa kat dalam kereta tengah tido. Mengantuk katanya. Kasi can kat driver tido dulu sebab perjalanan jauh lagi....
Next destination?
Jeju glass castle. Tak jauh dari Hallim park, lebih kurang 10km je.
Nak singgah Jeju glass castle tak?
Tiket?
8,000won sorang. Serentak jawab...
mahalnya
Okeh kita skip! Haha.
Jeju ni, boleh dikatakan semua tempat nak masuk adalah berbayar. Tiket masuk paling murah 2,000won dan boleh mencecah hingga 10,000won/person. Walaupun budget untuk dilaburkan bagi tiket dah diasingkan siap-siap, tapi bila tiba hari kejadian jadi kedekut pulak nak dilaburkan begitu saja. Boleh gitu? Jadi kami sekadar lalu je depan Jeju glass castle.
Perjalanan diteruskan. Masih menyusuri pantai di kanan jalan - view memang lawa. Kiri kanan jalan dipenuhi dengan rape flowers dan sesekali jugak kami melintasi kebun-kebun sayur. Tiba-tiba dari jauh kami nampak kincir angin melambai-lambai. Apa lagi, bagi isyarat pada kereta belakang, terus kami melencong ke tepi pantai. Sepanjang-panjang pantai terdapat lebih kurang 10 buah kincir angin yang dibina di situ. Jadi kami singgah sekejap. Layan view. Cuma tak mampu nak berlama sebab sejuk sampai ke tulang!
|
Nampak macam tenang je kan? Hakikatnya bunyi kincir angin tu kuat gila! View cantik punya pasal, sejuk ke, serun ke kita tolak tepi dulu, yang penting pemandangan cantik depan mata mesti dinikmati. hiks |
Perjalanan untuk ke Yongmeori coast dan Mt. Sanbangsan diteruskan melalui beberapa kebun bunga rape/canola. Geram tengok bunga yang menguning di kiri kanan jalan, kamipun singgah lagi. Hari itu juga ada
Seogwipo Rape Flower International Walking Festival dekat situ. Kami memang tahu tentang festival tu, cumanya tak pasti exact location of the festival.
Kat sinilah Seogwipo Rape Flower International Walking Festival berlangsung pagi tadi.
|
Rape / canola flowers : sesiapapun tak akan tolak kalau nampak bunga secantik ni depan mata kan? |
Lokasi terakhir ialah
Yongmeori coast dan
Mt. Sanbangsan. Kami habiskan masa hampir 3 jam di sini. Memang santai.... Tapi sebelum tu jauh jugak nak menapak sampai ke tebing. Sempat lagi masing-masing singgah kedai beli kopi, rasa coklat free dan tumpang tandas.
|
Ladang canola menyambut kedatangan kami. |
Yongmeori coast memang dekat sangat dengan Mt. Sanbangsan. Kiranya boleh park kereta di tempat yang sama. Jalan ke arah laut/pantai kita akan ke arah Yongmeori coast, manakala kalau naik ke atas kita akan ke arah Mt. Sanbangsan.
Mengikut lagenda, nama Yongmeori bermaksud kepala naga (kepala naga nak masuk dalam laut), tapi masa kat situ, saya sendiri pun tak perasan mana 'kepala' mana 'ekor'nya. Agaknya kalau tengok dari tempat tinggi contohnya dari puncak Mt. Sanbangsan boleh nampak kot.
Yongmeori antara batu-batuan yang tertua terbentuk di sekitar Jeju - kat Jeju memang banyak tempat-tempat semulajadi macam Yongmeori ni, jadi ini adalah fenomena/pemandangan biasa di sini. Yang pasti di mata pelancong ia memang satu keunikan! Tiket masuk 2,000won/person, buka pukul 11.00am sebab bila air surut barulah boleh berjalan sepanjang batuan di Yongmeori coast ni.
Jom tengok apa yang ada di sini.
|
Ini antara pemandangan yang menyambut kami di Yongmeori coast. |
Batuan semula jadi yang terbentuk. Sangat unik!
Pandangan kiri dan kanan - kami berjalan menyusuri batuan.
Lagi batuan-batuan yang terbentuk. Sekali pandang macam kek lapis. hihi
Jauh lagi nak menapak ni. Tapi layan je sebab view memang wow!
Di balik batu ada ahjumma sibuk menjual makanan laut. Fresh punya. Raw seafood di potong, cicah sos dan minum dengan soju. Oh ya, jangan lupa pakai baju sejuk sebab angin sangat kuat. Kalau sesekali angin bertiup tu, boleh melayang dibuatnya!
|
Sempoi... ahjumma ni tengah sibuk potong seafood untuk pelanggannya. Ada landak laut, mentimun laut etc - mampu nak makan mentah-mentah? |
|
Penuh pelancong |
|
End of the coastal : selepas jalan dekat 2 jam kot (secara santai) maka lengkaplah pusingan perjalanan kami mengelilingi Yongmoeri coast. Nampak dari jauh matahari dah mula turun. |
|
Hareubang berlatang belakangkan Mt. Sanbangsan |
Sebelum balik, kami singgah beli coklat jeju. Banyak kedai menjual souvenir di sini. Harga bergantung pada kualiti coklat. Saya tak pasti samada coklat yang kami beli mahal atau murah. Rate harga 6 kotak = 10,000won (coklat bentuk Hareubang boleh campur-campur perisa), ada jugak 3 kotak = 10,000won (black chocolate katanya) dan banyak lagi.
Disebabkan masing-masing dah kelaparan, nak singgah makan kat restoran atau cafe tak berani dan nak ke bandar Seogwipo pulak makan masa jugak nak sampai. Jadi kami beli nasi kat kedai panaskan dan makan dengan sambal bilis balut seaweed. Nak lepak kat wakaf yang disediakan sejuk sebab angin kuat. Jadi kami berkelah je kat belakang kereta. Memang terbaik! Walaupun selekeh.... janji semua orang tak kebulur...
|
Nasi korea, panas-panas balut dengan seaweed dan sambal bilis. |
~ bersambung di Seogwipo