Followers

Wednesday, April 30, 2014

Anne of Green Gables

Ada sesiapa kat sini suka tengok anime?

Sila angkat tangan!

Jangan kata budak-budak, saya yang dah tua nipun masih suka tengok kartun.

Nak buat macamane, dalam banyak-banyak perangai masa kecik, perangai ni sampai bila-bila tak boleh ditinggalkan - dulu, kini dan selamanya orang kata. 

Chibi Maruko Chan, Crayon Shin-Chan, Doraemon dan banyak lagi anime movie terutamanya yang terbitan Ghibli Studio antara cerita koleksi.

Terkini, channel 611 (walaupun tu channel budak-budak, tapi itulah antara channel favourite! hahaha) sedang tayangkan Anne of Green Gables. Sekarang dah masuk nak masuk episod 46. 13 Mei ni pulak akan mula tayangkan Before Green Gables. Maknanya tak lama dah kisah Anne ni nak habis dan lepas tu akan flashback kisah Anne masa kecik-kecik pulak. 

Anne of Green Gables - kisah tentang seorang anak yatim piatu, dahagakan kasih sayang dan masa umur dia 9 tahun secara tidak sengaja dia dihantar ke Green Gables, Evonlea yang terletak di Pulau Prince Edward untuk diambil sebagai anak angkat oleh dua adik beradik - Matthew Cuthbert dan Marilla Cuthbert. Asalnya pasangan adik beradik ni nak ambil anak angkat lelaki, tapi masa Matthew pergi ambil di stesen keretapi dia hanya jumpa seorang budak perempuan yang kurus, berambut merah dan berjeragat di pipinya sahaja yang ada. Dan selepas itulah bermula kisah Anne di Green Gables hingga dia besar.

Istimewanya budak bernama Anne ni ialah dia seorang budak yang periang, sangat banyak bercakap, suka berimaginasi dan sangat baik. Dan sikap periang dialah yang telah menceriakan semua orang terutamanya bagi Matthew dan Marilla. 

Sebenarnya cerita ni cerita biasa saja - tentang seoarang budak, tapi jalan cerita buat cerita ini terkenal seluruh dunia. Bayangkan cerita yang berasal dari sebuah buku cerita seorang penulis berbangsa Canada - Lucy Maud Monthomery, menjadi antara bestselling book pada tahun 1908. Selepas diterbitkan, buku ini terjual lebih 50 juta dan telah diterjemah dalam lebih 20 bahasa, diadaptasi sebagai filem, drama, dipentaskan dan diterbitkan dalam bentuk kartun dan anime. Saya kira itu satu rekod yang luar biasa!

Tahun 1979, Japan Animation keluarkan anime dan sekarang dah masuk Malaya dan sedang tayangpun kat astro.

Saya rasa banyak pengajaran dan nilai-nilai murni dalam cerita ni.

Seorang budak yang sangat dahagakan kasih sayang.

Makcik, saya tak pernah tidur di atas tilam seempuk ini. 

Makcik, saya selalu bayangkan saya ada seorang mak dan ayah.... tapi sejak kecil ibu dan ayah saya sudah meninggalkan saya.

Bila besar nanti saya mahu menjadi seorang guru... seperti mak dan ayah saya. Walaupun saya tidak pernah mengenali mereka, tapi saya yakin mereka adalah guru yang hebat!

Siapa kata cerita kartun tak boleh buat kita menangis, Anne dah buktikan!

Terima kasih atas kasih sayang pakcik dan makcik, akhirnya saya sudah berjaya.

Tuhan mengutuskan Anne ke sini untuk memberi sedikit kebahagian kepada kita berdua.

Dan Anne juga buat saya berangan! - kalau diberi kesempatan satu hari mahu menjejak kaki ke Prince Edward Island (berangan tak salah kan? hiks)

Tasik yang bersinar itu seolah-olah menyambut saya kan?

Walau ke mana saya pergi Green Gables selama-lamaya akan menjadi tempat tinggal saya.

Lepas ni kenalah cari koleksi DVD anime - harapnya dah masuk Malaya dan koleksi buku-bukunya - mungkin boleh cari di Amazon.com

Jom layan gambar-gambar anime Anne of Green Gables. Ataupun kalau rasa nak tengok muka pelakon-pelakonnya tanya saja pada uncle Google!

Antara plot dalam cerita Anne of Green Gables.
Watak Anne Shirly masa kecil dalam Before Green Gables
Anne Shirly masa budak-budak
Dah meningkat remaja - dah makin comel!
Anne dan kawan baiknya Diana
Anne dan musuhnya Gilbert - saya rasa akhir nanti Gilbert ni mesti jadi suami Anne. hiks
Pemandangan sekitar Green Gables
Lagi pemandangan sekitar Green Gables


Tomorrow is always fresh with no mistakes in it  ~ Anne Shirly

Tuesday, April 29, 2014

Discover Jeju in 4 days - Day 1 : Seogwipo

~ masih di hari pertama

Perut dah kenyang, perjalanan diteruskan menuju ke bandar Seogwipo untuk ke Jeju Hiking Inn.

Tanya en GPS boleh pulak dia tak tahu! Ah sudah, camne ni? Another solution, we search by place, pun takde! Last skali taip phone no. nasib baik ada. Peww!

Selamat sampai di Jeju Hiking Inn, check in. Kami ambil 3 bilik - 1 bilik untuk 4 orang dan 2 bilik untuk berdua.

Bilik untuk berdua, saya menyelit duk bilik ni sebab bilik 4 orang tingkat paling atas, saya sayang lemak malas nak panjat tangga tinggi-tinggi. Basic room with TV and air-corn. Tapi walaupun simple, tilam dia ada heater. Best!

Sementara tunggu diorang mandi, saya naik rooftop - layan matahari terbenam.  Bandar Seogwipo berlatar belakang laut dan pelabuhan memang pemandangan yang menarik. Beberapa gambar sekitar bandar Seogwipo...

Pelabuhan Seogwipo
Zoom sikit - jambatan dan 'menara' macam kat Dubai tu menarik je kan? Pandai jugak orang Korea tiru orang kan? hehe.

Pemandangan sekitar pekan Seogwipo dari 4 penjuru berbeza.

Kecik je pekan Seogwipo ni, bangunan pun rendah-rendah aje
Another side of Seogwipo - di sana sini cherry blossom dah mula berkembang 
Jalan utama dalam bandar
Matahari pun dah mula menghilang. Suhu makin sejuk jadi tak boleh berlama-lama kat atas.

Malam, kami keluar lagi. Niat hati nak cari restoran seafood sekitar pelabuhan Seogwipo. Restoran Jeju Halmang Ttukbaegi salah satu restoran yang dicadangkan oleh Tourism Korea untuk muslim.

No. 19 : Restoran Jeju Halmang Ttukbaegi

Tapi nasib tak menyebelahi kami, bila sampai depan restoran, pintu restoran tertutup rapat. Jadi kalau sesiapa yang pergi Seogwipo bolehlah singgah dan cuba makan di sini macam Kak Kiah.

Sampai ter'insiden - terlebih parking sampai rim tayar depan tersagat divider. Cuak masing-masing. Masa ni Cha Eng Sang dah hilang 'comel' sebab mulut dia lagi laju dari kereta. Haha.

Bila dah jadi macamni terus masing-masing hilang mood. Biasalah, bila perut lapar fikiranpun tak berapa nak waraskan? Tak tahu nak ke mana, kami pusing-pusing dalam bandar Seogwipo tanpa arah. Akhirnya kami singgah je kat mini mart, beli nasi dan seaweed dan terus balik makan di hostel. Habis cerita.

Kononnya lepas makan nak singgah  kat pelabuhan dan lepak tepi pantai, semua tinggal angan-angan saja. Biasalah kita mampu merangcang... ketentuan di tangan Dia. Betul tak? Lagipun masing-masing dah kepenatan berjalan seharian.

Malam itu kami makan malam kat rooftop je.

End of day 1'st.


Monday, April 28, 2014

Discover Jeju in 4 days - Day 1 : Hallim Park & Yongmeori Coast

* AMARAN : entry ni memang panjang berjela... jadi bertabahlah ye.

Kami ambil flight paling awal untuk ke Jeju. Jadi malam sebelumnya memang merasalah sekali lagi tido di airport Incheon. Kali ini kami memang betul-betul pilih tempat yang strategik - dekat dengan kedai dan tandas. Takut jugak peristiwa kali pertama tido di Incheon airport berulang. Disebabkan masing-masing nyenyak sangat tido, beg salah seorang daripada kami hampir diambil orang. Nasib baik masa tu saya separa jaga dan perasan ada sesuai yg mencurigakan. Kalau tak, ada yang balik Malaya lenggang kangkung! pewwww!

Jadi bila sekali lagi kena bermalam di airport, kami dah siap berjaga-jaga. Tapi terbabas jugak! Hahaha. Seawal pagi kami dah bersiap, tukar baju dan solat sebelum bergegas mengejar subway untuk ke Gimpo airport. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kami tak tido kat Gimpo airport je sampai susahkan diri melengcong sampai ke Incheon lepas tu patah balik pulak untuk ke Gimpo. Tak ke buang masa dan duit namanya. Kan? Dari pembacaan kami, Gimpo airport tak beroperasi 24jam, jadi selepas jam 12.00 tengah malam, airport ini akan ditutup kepada semua pengguna. Jadi cara paling selamat takut dihalau keluar dan terpaksa tido dalam kesejukan di kaki 5 airport baik kami pilih jalan selamat - tido saja di Incheon airport. 

Kami ber'6 naik JejuAir dan sorang lagi tercampak naik Jetstar - masa depart + arrive tak jauh beza. Alhamdulillah semua urusan di kaunter smooth, dapat free luggage dan kami terus boarding. Kali ni memang tak jumpa orang Malaya, semuanya orang Korea dan hampir 80% adalah pakcik dan makcik Korea yang berpakaian sukan warna-warni. Semua bergaya! Mesti semua nak pergi panjat Hallasan tu - kami agak je. Tapi serius baju diorang lawa, warna terang, kalau bergambar memang lawa. Nangis tengok baju sendiri yang color buruk-buruk je. hahaha.

Ok, ini dah jauh melalut dah ni!

Macam biasa, masuk dalam flight, kapal terbang tak sempat take off kami semua dah hanyut.... Sedar-sedar bila pramugari kejut tanya nak jus atau tak. Walaupun muka pramugari yang semanis gula offer jus, saya tolak je sebab sayang tido lagi daripada minum jus. Flight selamat landing di Jeju. Ambil beg dan cari kaunter untuk ambil kereta yang kami sewa. Plan asal, hanya kami ber'4 yang ambil kereta, lagi 3 orang stay kat airport dulu. Lepas selesai urusan ambil kereta kami akan datang airport ambil balik yang lain. Dah naik dalam shuttle bus baru terfikir balik, tak ke buang masa buat kerja dua kali? Gigih la saya berlari dari hujung terminal ke hujung terminal nak panggil budak-budak ni. Nasib baik ajusshi yang bawak shutle bus sudi tunggu kami.

Sampai pejabat KT Kumho, terus ke kaunter, selesaikan semua urusan, check kereta, test itu dan ini, puas hati, set GPS lokasi yang hendak dituju, kamipun gerak! Ini turutan lokasi-lokasi yang kami masukkan dalam itinerary. Dan ada beberapa tempat juga tak sengaja dan disengajakan untuk disinggahi. Tapi macam biasalah dalam banyak-banyak list ni tak semua tempat yang kami singgah...
  • Hyeopjae Beach
  • Hallim Park
  • Windmill along the coastal 
  • Jeju glass castle
  • Yongmeori coast 
  • Mt. Sanbangsan
  • Cheongheyeon waterfall 
  • Check in at Jeju Hiking In
Maka bergeraklah 2 buah kereta biru yang comel bersama-sama.

Sepanjang jalan bunga cherry blossom dan mula berkembang. Teruja!

Macam saya pulak yang jadi driver bila duk sebelah pemandu kereta left handed. Kadang-kadang tu saya pulak yang terlebih cuak bila perasaan kereta tu lebih menghimpit ke kanan. Adeh... kaki ni asyik 'tekan' brek je walaupun hakikatnya tak ada brek. Padahal tu cuma perasaan saya je kot. 

Tempat pertama yang kami nak terjah ialah Hallim Park. Jarak dari Jeju-si ke sini lebih kurang 45km dan sepanjang perjalanan melalui persisiran pantai. Namapun pergi pulau kan? Pantang nampak tempat lawa mesti kami singgah. Pantai ni kami tak sengaja singgah. Nama pantaipun tak tahu.  Nampak cantik je terus kereta melencong ke pantai. Singgah kejap ambil feel sebelum teruskan perjalanan.

Ada sesiapa boleh tolong translate apa yang ditulis pada signboard tu? Cantik pantai ni, tapi ombaknya kuat gila. 
Tengok ombak yang kuat ni teringat iklan raya Petronas yang dua budak tunggu ayah balik dari laut tu... 'ombak jahat... ombak jahat...' tapi kan ombak kat sini lagi besor dan kuat. Berdiri tepi pantai, confirm lencun kebasahan. Dah la angin kuat, sejuk sampai ke tulang! Tapi view memang walla!

Tiket masuk : 9,000won
Destinasi pertama selamat sampai dengan jayanya tanpa sebarang kesesatan. Parking kereta, beli tiket, terus kami masuk dalam. Agak besar park ni, tapi disebabkan 1'st impression dah memberikan feedback yang tak memberangsangkan, masing-masing jadi hilang mood. Maunya tak frust bila tengok semua pokok togel kecuali ada tulips.

Tapi disebabkan ini baru lokasi pertama, kami jalan jugak pusing-pusing tempat ni. Singgah taman bunga, kebanyakan bunga baru nak berputik. Cuma yang kelihatan beberapa pokok cherry blossom yang tengah lebat berbunga! Ini saja ke cherry blossom yang ada? Kata festival? - antara ayat-ayat tak puas hati kami.

Jeju Stone and Bonsai Garden :  kebanyakan pokok baru nak keluar pucuk dan berputik

Tulips @ Event Road :  Sepanjang Event Road menuju ke Water Woman Garden dipenuhi tulips. 
Water Woman Garden : Taman ni agak menarik, ada air terjun dan beberapa kolam. Decoration memang lawa.

Lepas ke sini, kami berkira-kira nak keluar. Sebenarnya masing-masing dah give up sebab tak nampak cherry blossom kecuali ada 2 pokok je kat depan pintu masuk. Tapi disebabkan tak puas hati, saya ajak mereka pusing lagi. Sebabnya masa jalan-jalan tadi saya ternampak cherry blossom dari jauh, tapi tak jumpa jalan nak ke sana.

Dan kegigihan kami berbaloi bila jumpa hutan cherry blossom!

Pemandangan memang lawa bila cherry blossom yang berwarna pink lembut dengan warna kuning rape flowers bergabung. Lama jugak kami habiskan masa kat situ. Sayangnya, hanya kami ber'4 je yang sampai ke sini, lagi 3 orang lesap.

Yoshino Cherry Blossom Hill
2 warna - pink lembut dan pink terang. Lain pokok lain warnanya kot.

Dah puas hati layan cherry blossom barulah kami keluar. Tapi lagi 3 orang hilang entah ke mana. Puas jugak nak mencari, tup-tup jumpa kat dalam kereta tengah tido. Mengantuk katanya. Kasi can kat driver tido dulu sebab perjalanan jauh lagi....

Next destination? Jeju glass castle. Tak jauh dari Hallim park, lebih kurang 10km je.

Nak singgah Jeju glass castle tak?
Tiket?
8,000won sorang.  Serentak jawab... mahalnya
Okeh kita skip! Haha.

Jeju ni, boleh dikatakan semua tempat nak masuk adalah berbayar. Tiket masuk paling murah 2,000won dan boleh mencecah hingga 10,000won/person. Walaupun budget untuk dilaburkan bagi tiket dah diasingkan siap-siap, tapi bila tiba hari kejadian jadi kedekut pulak nak dilaburkan begitu saja. Boleh gitu? Jadi kami sekadar lalu je depan Jeju glass castle.

Perjalanan diteruskan. Masih menyusuri pantai di kanan jalan - view memang lawa. Kiri kanan jalan dipenuhi dengan rape flowers dan sesekali jugak kami melintasi kebun-kebun sayur. Tiba-tiba dari jauh kami nampak kincir angin melambai-lambai. Apa lagi, bagi isyarat pada kereta belakang, terus kami melencong ke tepi pantai. Sepanjang-panjang pantai terdapat lebih kurang 10 buah kincir angin yang dibina di situ. Jadi kami singgah sekejap. Layan view. Cuma tak mampu nak berlama sebab sejuk sampai ke tulang!

Nampak macam tenang je kan? Hakikatnya bunyi kincir angin tu kuat gila! View cantik punya pasal, sejuk ke, serun ke kita tolak tepi dulu, yang penting pemandangan cantik depan mata mesti dinikmati. hiks

Perjalanan untuk ke Yongmeori coast dan Mt. Sanbangsan diteruskan melalui beberapa kebun bunga rape/canola. Geram tengok bunga yang menguning di kiri kanan jalan, kamipun singgah lagi. Hari itu juga ada Seogwipo Rape Flower International Walking Festival dekat situ. Kami memang tahu tentang festival tu, cumanya tak pasti exact location of the festival.

Kat sinilah Seogwipo Rape Flower International Walking Festival berlangsung pagi tadi.

Rape / canola flowers : sesiapapun tak akan tolak kalau nampak bunga secantik ni depan mata kan? 

Lokasi terakhir ialah Yongmeori coast dan Mt. Sanbangsan. Kami habiskan masa hampir 3 jam di sini. Memang santai.... Tapi sebelum tu jauh jugak nak menapak sampai ke tebing. Sempat lagi masing-masing singgah kedai beli kopi, rasa coklat free dan tumpang tandas.

Ladang canola menyambut kedatangan kami. 

Yongmeori coast memang dekat sangat dengan Mt. Sanbangsan. Kiranya boleh park kereta di tempat yang sama. Jalan ke arah laut/pantai kita akan ke arah Yongmeori coast, manakala kalau naik ke atas kita akan ke arah Mt. Sanbangsan.

Mengikut lagenda, nama Yongmeori bermaksud kepala naga (kepala naga nak masuk dalam laut), tapi masa kat situ, saya sendiri pun tak perasan mana 'kepala' mana 'ekor'nya. Agaknya kalau tengok dari tempat tinggi contohnya dari puncak Mt. Sanbangsan boleh nampak kot.

Yongmeori antara batu-batuan yang tertua terbentuk di sekitar Jeju - kat Jeju memang banyak tempat-tempat semulajadi macam Yongmeori ni, jadi ini adalah fenomena/pemandangan biasa di sini. Yang pasti di mata pelancong ia memang satu keunikan! Tiket masuk 2,000won/person, buka pukul 11.00am sebab bila air surut barulah boleh berjalan sepanjang batuan di Yongmeori coast ni. 

Jom tengok apa yang ada di sini. 

Ini antara pemandangan yang menyambut kami di Yongmeori coast. 
Batuan semula jadi yang terbentuk. Sangat unik!

Pandangan kiri dan kanan - kami berjalan menyusuri batuan.

Lagi batuan-batuan yang terbentuk. Sekali pandang macam kek lapis. hihi

Jauh lagi nak menapak ni. Tapi layan je sebab view memang wow! 

Di balik batu ada ahjumma sibuk menjual makanan laut. Fresh punya. Raw seafood di potong, cicah sos dan minum dengan soju. Oh ya, jangan lupa pakai baju sejuk sebab angin sangat kuat. Kalau sesekali angin bertiup tu, boleh melayang dibuatnya!

Sempoi... ahjumma ni tengah sibuk potong seafood untuk pelanggannya. Ada landak laut, mentimun laut etc - mampu nak makan mentah-mentah?
Penuh pelancong
End of the coastal : selepas jalan dekat 2 jam kot (secara santai) maka lengkaplah pusingan perjalanan kami mengelilingi Yongmoeri coast. Nampak dari jauh matahari dah mula turun. 
Hareubang berlatang belakangkan Mt. Sanbangsan

Sebelum balik, kami singgah beli coklat jeju. Banyak kedai menjual souvenir di sini. Harga bergantung pada kualiti coklat. Saya tak pasti samada coklat yang kami beli mahal atau murah. Rate harga 6 kotak = 10,000won (coklat bentuk Hareubang boleh campur-campur perisa), ada jugak 3 kotak  = 10,000won (black chocolate katanya) dan banyak lagi.

Disebabkan masing-masing dah kelaparan, nak singgah makan kat restoran atau cafe tak berani dan nak ke bandar Seogwipo pulak makan masa jugak nak sampai. Jadi kami beli nasi kat kedai panaskan dan makan dengan sambal bilis balut seaweed. Nak lepak kat wakaf yang disediakan sejuk sebab angin kuat. Jadi kami berkelah je kat belakang kereta. Memang terbaik! Walaupun selekeh.... janji semua orang tak kebulur...

Nasi korea, panas-panas balut dengan seaweed dan sambal bilis. 

~ bersambung di Seogwipo


Saturday, April 26, 2014

Discover Jeju in 4 days - route, transportation and accomodation

Secara umumnya Jeju terbahagi kepada dua bahagian iaitu Jeju-si dan Seogwipo-si (North & South Jeju). Disebabkan kami ada 4 hari 3 malam kami bermalam di 3 lokasi berbeza mengikut route yang kami pilih. Secara rumusan ini perjalanan kami sepanjang 4 hari di Jeju.

Route


Day 1 : Dari Jeju-si bermalam di Seogwipo-si
Day 2 : Dari Seogwipo-si bermalam di Jeju-Si
Day 3 : Mendaki Mt. Hallasan dan langsung ke Ilchubong
Day 4 : Dari Ilchulbong kembali ke Jeju-Si ikut route berbeza.


Transportation to and in Jeju-si

Ada 2 mode pengangkutan untuk ke Jeju : flight @ feri. Disebabkan masa terhad, pengangkutan udara adalah yang terbaik. Banyak airlines tempatan yang menawarkan tiket dengan harga berpatutan seperti Jeju Air, Eastarjet, Korean Air dan banyak lagi. Ada jugak flight domestik yang murah, cumanya website mostly dalam bahasa Korea. Kami pilih Jeju Air sebab masa survey tiket dapat harga promo.

Sampai Jeju, banyak cara untuk explore pulau ini dan salah satu cara yang paling mudah, jimat masa, dan berpatutan ialah sewa kereta dan pandu sendiri. Banyak syarikat sewa kereta di Jeju. Hasil survey, kami pilih untuk menyewa kereta di KT Kumho. Salah satu sebab ialah syarikat bagi diskaun sebanyak 70% kepada ahli berdaftar (registration free) bagi setiap kereta yang hendak disewa. Saya kira tawaran ini sangat berpatutan. Hanya booking kereta di laman web (tidak dikenakan apa-apa bayaran) dan jangan lupa request GPS dan portable wifi sekali (FOC).

Prosedur lebih kurang sama dengan mana-mana company.

BOOKING & PICK-UP
  1. Online reservation dari Malaya - daftar ahli, pilih kereta dan tarikh.
  2. Sampai airport cari kaunter syarikat sewa kereta untuk dapat maklumat lanjut
  3. Free shuttle bas untuk ke office sewa kereta disediakan di luar airport
  4. Di office - bawa booking confirmation + Driving International Permit + passport + isi aggrement dan tandatangan + bayar (hanya credit card diterima).
  5. Mintak GPS (English translation + portable wifi (masa buat reservation online pastikan tanda untuk benda-benda ini sebab ia adalah PERCUMA.
  6. Kita akan dibawa ke kereta untuk check keadaan kereta dulu dan macamana nak bawa dan uruskan kereta - tanya kereta guna gas atau petrol dan tengok berapa meter terakhir minyak sebelum bergerak.
  7. Siap semua, beg dan barang dah isi dalam bonet, apa lagi JOM GERAK!
DROP-OFF
  1. Bawak kereta ke office tempat ambil kereta (kena pandai budget masa untuk hantar kereta sebab masa booking kita dah tulis siap-siap pukul berapa nak pulangkan kereta nanti)
  2. Sebelum itu, pastikan gas / petrol penuh @ mengikut meter terakhir sebelum kereta bergerak masa ambil tempoh hari. 
  3. Company akan check dulu, kalu tak ada apa-apa selesai!
  4. Naik free shuttle bas ke airport
Kereta 'comel' kami sepanjang 4 hari di Jeju - Kia Morning

International Driving Permit (IDP) - MUST HAVE ITEM kalau nak memandu di Korea
  1. Sah laku selama setahun
  2. Buat di JPJ / pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM)
  3. Perlu ada dokumen-dokumen seperti :
  • Borang JPJ L1
  • Lesen memandu asal dan salinan (kena pastikan lesen sah tempoh untuk setahun)
  • Kad pengenalan asal dan salinan
  • Bagi bukan warganegara kena bawa passport asal dan salinan
  • 2 keping gambar ukuran passport
  • Bayaran untuk lesen RM150
 * Kalau nak kirim kat kawan pun boleh, cuma kena pastikan semua dokumen lengkap.

Accomodation

Antara lokasi yang menjadi pilihan pelancong untuk menginap ialah sekitar bandar Jeju dan ada juga yang memilih menginap di sekitar Seogwipo. Bagi yang tak kisah berpindah randah macam kami, bolehlah tiru macam kami - 3 malam di Jeju, 3 hotel/guesthouse di lokasi yang berbeza kami terjah. Pada saya ok je sebab since kami naik kereta sewa, semua urusan angkut beg diserahkan pada kereta. Cuma sampai hostel/guesthouse angkut saja beg masuk bilik. Baju pulak awal-awal saya dah asingkan siap-siap untuk pakai pada hari tertentu. Jadi tak payahlah tiap kali sampai tempat baru nak kena punggah semua barang. Err... kalau ter'punggah tu standard la tu...

Antara hotel/guesthouse yang menjadi pilihan kami ialah Jeju Hiking Inn di Seogwipo, Jeju, B&B Pan Guesthouse di Jeju-si dan Ilchulbong Hotel di Ilchulbong. Pemilihan utama hostel/guesthouse ialah lokasi, route yang dipilih, selesa, dan paling utama mampu bayar untuk poket nipis kami ni. Tapi sebenarnya standard rate bagi hostel/guesthouse tak jauh beza - paling murah RM40 - 45 semalam dah kira berpatutan. Sepanjang 4 hari 3 malam di Jeju, budget hostel untuk seorang di 3 lokasi berbeza ialah lebih kurang 50,500won/person. Memang tak boleh nak lawan macam negara lain contohnya China, memang jauh benor bezanya.

1. Jeju Hiking Inn


Lokasi sangat strategik, terletak di tengah-tengah bandar Seogwipo. Pada saya biliknya sangat luas selesa. Bilik airpun luas. Siap ada bath tab, cuma tak sempat nak berendam je dalam bath tab tu. hehe.

Paling menarik ialah pemandangan sekeliling terutamanya dari rooftop of the building - boleh layan matahari jatuh dan nampak pelabuhan dari jauh. Di sini, 2 pantry disediakan - di tingkat bawah dan tingkat atas. Kami sempat sarapan pagi sambil layan cuaca sejuk dan makan nasi panas-panas dengan sambal bilik. Memang terbaik!

Address :
587-15, Seogwi-Dong,
Seogwipo City, Seogwipo,
697-013, Jeju
Phone : +82-64 763 2380, +82-10-3294-0878
Email : jeju@hikinginn.com
Web : www.hikinginn.com

Untuk tempahan/maklumat lanjut ketik SINI

2. B&B Pan Guesthouse

Kami menginap di sini pada hari ke dua di Jeju.

Lokasinya di tengah bandar Jeju, tapi agak tersorok sebab terpaksa masuk beberapa lorong. Nasib baik ada tempat untuk parking kereta. Kami sampai malam, jadi memang tak ada mood nak ambil gambar. Haha.

Guesthouse ini ialah sebuah rumah 3 tingkat yang diubahsuai menjadi guesthouse. Selesa dan bersih dan suasananya seperti berada di rumah. Walaupun simple, tapi sarapan pagi disediakan. Kebetulan esok pagi kami memang nak check out awal, jadi tuan rumah tak dapat siapkan sarapan untuk kami seawal pagi. Malam tu, sebelum dia balik, awal-awal dia dah pesan jus, roti, dan yogurt disediakan untuk kami. Jadi esok paginya lepas makan, masing-masing tapau untuk bekalan memanjat Hallasan. hiks

Address :
1410, Geonip-dong,
Jeju Island, 690-801.

Phone : +82-10-7595-3054, +82-10-26904-2538
Email :bnbpan@gmail.com
FB : www.facebook.com/BnB.PAN

Untuk tempahan/maklumat lanjut ketik SINI.

3. Ilchulbong Hotel


Hotel ke-3 yang kami singgah.

Ilchulbong ialah sebuah pekan kecil dan tak banyak hostel/hotel/guesthouse yang ada di sini. Kalau adapun, tak diiklankan di hostelworld/booking.com etc.

Ilchulbong Hotelsalah satu hotel yang diiklankan di hostelworld. Walaupun berstatus hotel, rate yang ditawarkan berpatutan. Biliknya sangat besar, bersih dan kemas. Dan lokasinya sangat dekat dengan Seongsan - Ilchulbong Peak!

Untuk tempahan/maklumat lanjut ketik SINI.



Ini hanyalah panduan untuk sesiapa yang ingin ke Jeju. Apapun pilihan terpulang atas selera masing-masing. Selok poket tanyalah duit adakah mampu atau tidak. Kalau ala-ala macam kami yang tak berapa nak tebal poket, ini saja yang mampu kami laburkan. Apapun makan mesti kena selalu sedap! ^_^