Tuesday, October 29, 2013

Kompilasi Trip Surabaya - Bandung

Bromo, Surabaya

Akhirnya habis sudah catatan dari Surabaya hingga ke Bandung. Kompilasi ni saja dibuat walaupun catatan tak banyak untuk kemudahan diri sendiri dan sesiapa yang berminat nak membaca. Tak banyakpun tips, tapi catatan ni lebih kepada pengalaman saya dan kawan-kawan. Apapun kepada sesiapa yang mahu membaca, selamat membaca! ^_^

  1. Catatan Ekspress : Surabaya - Bandung
  2. Ada apa di Surabaya?
  3. Road to Bromo
  4. Air terjun Madakaripura
  5. Kawah Ijen
  6. Hamparan pantai-pantai di Jember (entry bergambar)
  7. Malang / Batu
  8. Bandung Paris of Java
  9. Backpacking @ travel agent?

Monday, October 28, 2013

Trip Surabaya - Bandung (8) : Backpacking @ travel agent?

Bromo : September 2013

Bila kita travel/holiday, soalan pertama yang bermain difikiran kita/orang ialah 'bagaimana cara kita travel' samada secara backpacking, atau guna travel agent. Kali ni, saya rasa saya tergolong dalam kedua-duanya kategori di atas. Sebabnya, saya guna khidmat supir dan guide tapi dgn budget yang minima - avoid stay at expensive hotel, tidur dalam kereta etc. Dengan pertolongan Zilla, saya kenal dengan mr Wong Kong. Beliau orang Malaya yang dah lama menetap di Surabaya, jadi saya minta pertolongan beliau untuk rangka itinerary untuk ahli jemaah yang sikit dan budget yang berpatutan. Jadi kalau sesiapa yang nak ke Surabaya bolehlah gunakan cara saya ni :)

Selain itu, kita boleh cari mana-mana travel agent yang tawarkan pakej percutian ni. Bersepah, pilih saja ikut kemampuan. Dan ada juga yang pilih untuk gunakan khidmat mobil dan supir saja. Minyak, tol, etc dan itinerary dirangka sendiri - cara ini murah juga sebenarnya. 

Secara kasarnya rate sewa mobil dan supir di Surabaya ialah :

1. Avanza : Rp 400,000 (mobil + supir), Rp 250,000 (mobil sahaja)
2. Inova : Rp 500,000 (mobil + supir)
3. Van 14 muatan : Rp 700,000 (mobil + supir)
4. Van 19 muatan : Rp 800,000 (mobil + supir)

   * Bayaran gaji/upah supir biasanya rp150,000 sehari
   * Khidmat supir hanya 12 jam/hari. Overtime supir = 10% daripada gaji supir / jam

p/s : Rate sewa mobil ini adalah hasil interview dengan supir kami di Surabaya, Pak Baktiar.

Sebelum ambil keputusan untuk guna method di atas, saya pernah jugak hantar email kepada beberapa travel agent untuk dapatkan harga pakej dan sekaligus buat perbandingan harga yang terbaik. Ada satu travel agent yang familiar dikalangan orang Malaya ialah bromoadventureland. Tak silap saya dah ramai travel bloggers Malaya yang gunakan khidmat agent ini seperti Fatt - backpackerbusuk, geng-geng Travelholicawesome seperti HF - kakiberangan and his gangs, dan juga salah seorang geng Jomblang saya iaitu Izza and her gangs dan mungkin ramai lagi. Dari komen mereka, harga pakej yang ditawarkan agak berpatutan dengan servis yang diterima. Jadi bolehlah cuba.

Bromo Adventure Land
Phone = (+62) 81358343559
Email =  bromoleisure@gmail.com (pak wawan)
W/app = (+62) 838334776659

Pendapat saya, pakej sesuai bila travel dalam jemaah yang ramai - 5-6 orang bilangan yang terbaik sebab harga pakej yang dikenakan bergantung pada mobil bukannya bilangan jemaah. Jadi kalau dapat geng muat sebuah kereta paling cun sebab jumlah pakej yang dikenakan akan dibahagi mengikut bilangan, jadi 5-6 orang kira cantiklah muat sebuah kereta. Macam kami, hanya ber'3 tentulah pakej yang dikenakan agak membebankan kami.

Sebenarnya tak jauh bezapun harga perkhidmatan mr.wong dan travel agent, tapi kelebihan yang kami ada bila menggunakan khidmat mr wong ialah flexibility iaitu kami bebas ke mana-mana dan tentukan itinerary pilihan mengikut masa tertentu. Tambahan pulak, kebetulan masa kami ke sana, disebabkan bilangan jemaah kami hanya 3 orang, jadi mr. wong dengan sukarela menjadi 'guardian' kami. Tak ke seronok tu? Haha.

Ini pulak contact Mr Wong :

WHATSAPP / VIBER : +62858.5071.3331
MESSENGER : Yahoo dan MSN ::: sapsamsok
MOBILE :
Telkomsel [ +62821.4063.3331 ]
Axiata XL [ +62859.3135.3331 ]
FACEBOOK : Cuti.CutiSurabaya / SapSamSok


Kalau di Bandung pula.... disebabkan Bandung memang terkenal sebagai antara tempat kesukaan orang Malaya untuk shopping, rasanya untuk dapatkan khidmat supir bukan satu masalah besar. Setiap hotel ada menyediakan khidmat sewa mobil dan supir kalau hendak ke mana-mana. Pada saya kalau setakat nak berjalan-jalan di sekitar Bandung seperti Pekan Baru, Dago, Riau, FO, Cihampelas etc, naik angkutan pun boleh sampai. Tapi kena hati-hati takut silap ambil angkutan merasalah 'makan langsat' (sesat) di Kota Bandung. er.. macam kami. haha.

Manakala sewa mobil + supir di Bandung mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan Surabaya. Biasanya ratenya seperti ini (latest hingga September) :

  1. City tour + Tangkuban Parahu - Rp 500,000 (mobil + supir)
  2. City tour + Kawah Putih - Rp 600,000 (mobil + supir)
  3. City tour - Rp 400,000 (mobil + supir)

* Sewa biasanya untuk tempoh 12 jam. Kalau terlebih jam bergantung pada supir, ada yang minta bayaran, ada juga yang tak minta bayaran. Tapi kalau dapat supir yang baik, bolehlah hulurkan tips. 

Hari itu kami hanya menggunakan khidmat mobil + supir hanya untuk satu hari. Itupun kami hanya booked dengan hotel saja. Disebabkan hanya ada masa 1 hari, jadi kami request untuk ke Kawah Putih dan Tangkuban Parahu di hari yang sama dengan bayaran Rp 600,000 untuk avanza. Selebihnya untuk dalam Kota Bandung kami banyak menggunakan angkutan kota. Seronok juga bersesak-sesak dengan penduduk tempatan naik angkutan kota walaupun beberapa kali kami tersesat. haha. 


Budget? Saya hanya bawa bekalan sebanyak RM1,500 untuk perjalanan selama 8 hari dari Surabaya hingga Bandung dan kemudian balik ke Tanah Malaya. Itu semua termasuk semua - makan + supir + mobil + bromo + ijen + bandung + shopping. Alhamdulillah cukup. Masih mampu beli buah tangan untuk mak, ayah dan adik-adik. Tapi nak shopping beria memang tak mampulah. Tak apalah, saya memang sengaja limitkan belanja sebanyak itu.

Apapun tak kisahlah dengan cara bagaimana kita berjalan, yang penting kita sendiri yang memilih untuk jadikan percutian itu satu percutian yang menyeronokkan atau sebaliknya. Tepuk dada, tanya selera... ^_^

Trip Surabaya - Bandung (7) : Bandung Paris of Java

Dari Surabaya - Bandung, kami pilih Mutiara Selatan (bisnes class) dengan harga rp240,000/person untuk ke Bandung - train petang dari st. Surabaya Gubeng (pukul 17:00 pm) ke st. Bandung sampai (pukul 05:45 am) dan kemudian jalan kaki terus ke hotel.

Untuk lihat masa/harga/tarikh keretapi ketik SINI

Disebabkan kami sampai awal pagi, jadi kami kena cari hotel yang dekat dengan st. keretapi, jadi boleh jalan kaki saja dari stesen untuk ke hotel. Jadi kami pilih Hotel Unik. Strategik dan dekat, harga hotel pun berpatutan. Nasib kami baik sebab walaupun sampai awal pagi (check in standard pukul 12.00pm), pekerja hotel di kaunter dengan baik hati terus bagi kami kunci dan terus boleh cehck in.

Kalau sesiapa yang suka kek/brownies Kartika Sari sebelah saja dengan hotel ni. Selain tu ada juga kedai-kedai lain berhampiran hotel ni. Kiranya kalau nak balik pagi tu, agak-agak tak cukup lagi souvenir untuk bawak balik Malaya, sempat lagi singgah ke kedai souvenir dan Kartika Sari berdekatan hotel.

Kami hanya ada 2 hari saja di Bandung. Hari ke-3 dah nak balik Malaya. Jadi kena gunakan 2 hari penuh itu dengan sebaiknya. Hari pertama, selepas sampai dari Surabaya pagi itu, plan asal nak ambil mobil dan supir saja. Sebenarnya sebelum trip ini, saya dah cari supir. Mengikut persetujuan kami dikenakan bayaran rp550,000/day dan kami ingat nak gunakan khidmatnya untuk 2 hari. Tapi entah apa silapnya, hari sepatutnya kami di Bandung, saya dapat sms menyatakan dia tak dapat sediakan perhidmatan mobil pada tersebut. Jadi kami dapatkan khidmat mobil di hotel saja. Plan untuk untuk gunakan khidmat supir 2 hari berubah kepada 1 hari saja sebab kami cover 2 tempat sekaligus dalam 1 hari iaitu untuk ke Kawah Putih dan Tankuban Prahu dengan bayaran rp600,000. Itulah hikmahnya, simpanan kami sebanyak rp1,100,000 masih berbaki lagi rp500,000. Jadi boleh cover makan kami ber'3 di Bandung dan bayaran airport tax. hoho!

Bila dah lari plan, hari pertama sampai kami jalan-jalan di sekitar bandar Bandung saja. Antara tempat-tempat yang WAJIB pergi tentulah Pasar Baru, Factory Outlet, kedai-kedai di sekitar Dago, Riau, Cihampelas, Rumah Mode, etc. Mula-mula kami ambil taxi untuk ke Dago dan lepas tu kami ambil angkutan saja untuk ke mana-mana. Senang cerita kan? Jimatpun jimat. Orang kata Kota Bandung syurga shopping, ada betulnya, sebab kalau jumpa orang Malaya di sini mesti plastik berbondong-bondong. Tapi kami yang poket tak berapa nak tebal ni beli saja apa yang termampu. Maklumlah, dah hampir seminggu kat sini, poketpun dah makin susut kan? Tapi apapun perut tetap kena jaga sebab 'tabung' untuk makan kami masih banyak, jadi mesti cuba makanan di sini seperti pisang keju, ayam penyet etc.

Maaflah, gambar sekitar Kota Bandung tak banyak jadi layan sajalah gambar-gambar di Kawah Putih dan Tangkuban Prahu. Nak tahu apa lagi tempat-tempat yang menarik sekitar Bandung boleh ketik SINI.

Kawah Putih

Perjalanan dari Kota Bandung ke wisata Kawah Putih mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai dengan jarak perjalanan sejauh 25km. Ia terletak di Kawasan Gunung Patuha. Ketinggian gunung ialah 2.386 meter. Di gunung inilah terdapat kawah di panggil Kawah Putih. Pasir sekitar kawah berwarna putih dan airnya pula hijau kebiruan - sekali pandang memang lawa. Tapi kena tahan bau belerang sebab di setengah kawasan asap belerang masih aktif keluar. Apapun tempat ini memang lawa..

Disebabkan tempat ini komersil, bayaran masuk untuk orang dan kenderaan dikenakan kepada setiap pengunjung yang datang ke sini. Entrance fees seperti di bawah :

Tiket masuk (local) - Rp 15,000/ person
   "    (warga asing) - Rp 30,000/ person

Tambang ontang anting - Rp 10,000/ person

Parking bawah (motorsikal/ kenderaan 2 roda) - Rp 5,000
        "            (mobil/kereta kenderaan 4 roda) - Rp 6,000
Parking atas (mobil/kereta kenderaan 4 roda) - Rp 150,000

Disebabkan kami hanya ber'3 jadi kami naik ontang anting untuk sampai ke puncak. Tak jauh manapun, lebih kurang 5km dari kawasan parking bawah dengan keadaan jalan yang berbukit dan bersimpang siur.

Sudah sampai di sini selepas naik ontang-anting

Ada tanda peringatan dan informasi tentang sejarah tempat ini di bahagian atas.

Untuk turun ke kawasan kawah, kena turun ke bawah melalui tangga yang disediakan. Jangan lupa bawa penutup hidung ye.
Lawa air, hijau kebiruan
Yang warna kuning itulah belerang
Kawah belerang dan beberapa kawah kecil yang kering airnya dan meninggalkan tanah yang berwarna kekuningan.

Kalau ada masa bolehlah masuk Hutan Cantigi ni. Dalamnya ada banyak pokok renek yang unik. Kawasannya pulak redup saja.

Tangkuban Parahu

Dari Selatan Kota Bandung kami terus menuju ke utara pulak untuk ke Tangkuban Perahu. Di sini terdapat sebuah gunung iaitu Tangkuban Parahu dengan ketinggian lebih kurang 2.084 meter. Perjalanan untuk sampai ke sini memang lawa sebab kami akan melalui kebun sayur, kawasan sawah padi bukit, melalui jalan yang dikelilingi pokok pine dan juga melalui kawasan kebun teh dan strawberry. Kalau nak singgah kutip strawberry pun boleh.

Entrance masuk pula ialah Rp 15,000/ person (local) dan Rp 50,000/ person (warga asing).


Kawah Ratu yang masih aktif
Asap belerang di sebalik kawah
Asap belerang yang berbau macam telur tembelang. Nasib baik tempat ni sejuk.

Kawasan ini sudah komersil - deretan kedai-kedai banyak didirikan di sini. Kalau nak membeli boleh saja. Tapi jangan terkejut kalau harganya berganda-ganda berbanding di Kota Bandung. Jadi kena belajar menjadi pembeli berhemah ya. Maklumlah orang Malaya ni, pantang tengok mesti semua nak beli.

Satu lagi tarikan di Kota Bandung ialah makanannya yang sedap. Walaupun tak sempat merasa banyak makanan di sini, tapi kira oklah. Sempat jugak kami merasa sup buntut yang pekat dan likat. Er... lupa nama kedainya tapi kalau ke Cihampelas kedainya di situ. Satu lagi restoran yang kena cuba ialah restoran Ayam Penyet Surabaya. Dan tak lupa juga kena cuba pisang keju.

Ayam penyet surabaya - MUST TRY! Lokasi kedainya berhampiran Pasar Baru.
Jus alpukat yang sangat sedap dan pekat! Ayam penyeknya juga sedap.. Yang pasti sambalnya buat kami semua menangis. Sangat pedas!

Kami ni tamak, dah kenyang makan nasi ayam penyek, lepas tu singgah pulak beli pisang keju. Banyak pulak tu. Sedap memang sedap, tapi perut kami tak besar mana, jadi tak habis makan.
  

Wednesday, October 23, 2013

Trip Surabaya - Bandung (6) : Malang/Batu

Selepas 2 malam bermalam dalam perjalanan (mobil) akhirnya malam tadi kami baru jumpa katil di malam. Hari ke-4 'mengukur' tanah Jawa Timur, kami singgah di Malang dan Batu pulak. Suhu di sini sejuk bangat, bangun pagi udaranya nyaman sekali. 

Malang selain dikenali sebagai tempat yang mempunyai banyak universitas, suhu kawasannya juga sesuai dengan penanaman apel. Itu sebab kami singgah di Malang, kekononya nak merasa kutip apel di ladang. Tapi impian tu tak kesampaian. Kena pergi Eropah juga la nampaknya kalau nak petik epal ni...

Berada seharian di Malang dan Batu beberapa tempat sempat kami pergi (including entrance fees) :
  1. Coban Rondo waterfall - entrance : rp10,000/person, mobil rp3,000
  2. JATIM Park 2 - entrance : rp90,000 - rp110,000/person mengikut jenis pakej
  3. Batu Night Spectecular (BNS) - entrance : rp20,000/ person

Lepas checkout dari Villa Gratia 1, kami langsung ke Coban Rondo. Sepanjang perjalanan memang lawo, sebab melalui lereng bukit. Sempat jugaklah kami singgah kat lereng bukit ambil gambar - itu kan satu kewajipan :)

Lawo pemandangan di sini
Pemandangan Malang dari atas bukit

Coban Rondo Waterfall

Air terjun Coban Rondo salah satu tempat rekreasi di Kabupaten Malang (Malang dan Batu ni bersebelahan aje).


ketik gambar untuk membaca informasi dalam gambar

Air terjunnya tak kurang lawo, cuma saya je tak pandai cari angle sudut mana yang lawo. huhu
Ramai orang berekreasi di sini

JATIM Park 2


Kami habiskan masa hampir seharian di sini. Besar betul tempat ni sampai kami rasa tak mampu nak cover semua tempat. Jatim Park 2 meliputi 3 bahagian utama iaitu :

  1. Museum Satwa
  2. Secret Zoo
  3. Hotel - Tree Inn
Kawasan paling besar ialah Kebun Binatang (Secret Zoo), dan kawasan ini merangkumi bahagian-bahagian seperti :
  • Savannah 
  • Tiger Land
  • Safari Farm
  • Fantasy Land 
  • Hippo and crocodile garden
  • Taman burung
  • Cafe sarang semut 
  • Eco green park
  • Kid Zone
  • dan banyak lagi 

Paling saya suka Safari Farm dan taman burung, sebab semua haiwan dilepas bebas berkeliaran siap boleh sentuh dan bagi makan. Haiwan pulak semuanya gemok-gemok belaka. Bagi yang berkeluarga, Fantasy Land tempat yang paling menarik untuk kanak-kanak. Macam-macam permainan ada siap dengan kolam renang dan permainan air. Dan semua permainan di sini FOC sebab dah termasuk dalam tiket.

Bagi yang tak larat nak jalan boleh naik e-bike dengan bayaran rp100,000/day 3 hours

Info ketik SINI

Bayaran mengikut pilihan pakej
Pintu masuk - disambut oleh burung kakak tua
Pintu masuk fantasy land - saya tengok pun menarik, kalau budak-budak yang tengok lagilah seronok kan?
Tiger Land - menarik deco kandang rimau ni
Sekitar eco green park - ini antara bencana alam yang berlaku di seluruh dunia terutamanya di sekitar Indonesia
Taman burung juga antara tempat yang menarik - semua burung dibiarkan bebas di taman satu taman yang besar
Burung-burung ni boleh sentuh dengan tangan aje. 

Itik ni tengah bersantai atau tido eh?
Rumah terbalik - walaupun rumahnya tak besar mana, tapi menarik juga

Seharian suntuk kami di sini. Puas hati juga walaupun kaki lenguh gila berjalan.

Batu Night Spectecular (BNS)

Malam itu, lepas makan, sebelum berangkat balik Surabaya, kami singgah dulu di BNS. BIasa je tempat ni pada saya - ala-ala team park gitu.

Info ketik SINI


Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti WWR, paragliding aka paralayang dan banyak lagi. Plan asal kononnya nak ber'WWR tapi, apakan daya travel mates saya kali ni tak berani nak cuba akiviti itu. Jadi kena skip. Tak apa, panjang umur, ada masa InsyaAllah akan ke sini lagi untuk cuba aktiviti yang tak kesampaian tu kan?



Saturday, October 19, 2013

KL Hop-on Hop Off : Kuala Lumpur from a tourists' eyes

Pernah tak korang jadi pelancong dalam negara sendiri? 

Kalau agak-agak nak rasa boleh cuba KL Hop-on Hop-off. Sebenarnya dah lama saya beli tiket ni, tapi macam biasalah, nak redeem tu last-last minute barulah terhegeh-hegeh. Kami dapat harga tiket untuk RM38.00 (ticket for 24 hours ride) dengan harga RM10.00 saja! Ini semua berkat kuasa membeli di hujung jari. Haha. Kebetulan syarikat yang mengusahakan city tour bus ini mengadakan promosi besar-besaran di Living social, teruslah saya roger kawan-kawan dan semua setuju nak naik bas pusing-pusing KL bila semua free nanti. 

Sesiapa yang rasa nak tengok KL dari kaca mata pelancong, bolehlah cuba. 

Sedikit info boleh lawat laman web INI dan boleh tengok HARGA TIKET sekali. Jadi boleh budget berapa RM yang bakal dikeluarkan nanti. Tiket bus boleh dibeli di 3 lokasi utama iaitu KL Sentral, Central Market dan Tourism Malaysia di Jalan Ampang.

Walaupun tak dapat cover banyak tempat, sebab masa tu orang Malaya masih demam makan ketupat lemang, menyebabkan jalan-jalan di KL macet teruk, tapi ok lah. Kebetulan semua orang takde jemputan rumah terbuka, jadi kami berayalah cara kami. hiks.

Papepun jom layan gambar.

Pembelian tiket bas ini terdapat di 3 lokasi utama iaitu KL Sentral (kawasan luar bangunan, tempat taxi), Central Market (CM) dan pejabat Tourism Malaysia, KL.

Peta laluan bas. Setiap lokasi yang menjadi tarikan pelancong ada hentian bas. Tekan SINI untuk lihat peta yang lebih besar
Lokasi 1 : Muzium Negara. Tiket masuk RM5.00/person. Lama kami habiskan masa di dalam muzium. Saya sendiri dah lupa bila kali terakhir saya lawat ke sini.


Macet di tengah kotaraya - bayangkan kami berada di atas bas tak berbumbung di tengahari buta. Wah! cas pelancong lah sangat kan? Dalam kepanasan menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang macet di hari minggu sempat lagi pemandu-pemandu kereta hon dan melambai kami di yang 'kepanasan' di atas bas. Hahaha.

Lepas bersesak-sesak dalam kesesakan lalulintas, bas terus menuju ke destinasi seterusnya iaitu Istana Negara. Kami lalu saja, tak terniat untuk singgah pun dan mengikut bas terus ke destinasi lain.

Akhirnya kami singgah di Taman Botani Perdana.

Tenang berada di sini, udaranya segar walaupun taman ini berada di tengah-tengah kesibukan ibu kota. Kelihatan ramai orang sedang beriadah. Ibu bapa membawa anak-anak bermain di taman permainan. Kami jalan keliling taman, mencari port terbaik untuk 'berkelah'. Kami bawa bekal dari rumah. hiks


Sekitar Taman Botani ada lagi beberapa tempat menarik berhampiran. Kami lalu saja di Taman Burung dan akhirnya ambil keputusan untuk masuk ke Taman Orkid. Taman ini tidak besar mana, tapi pokok-pokok orkid di sini semuanya dijaga dengan rapi.



A piece of picture can story everything

Perjalanan kami berakhir di Taman Orkid. Kalau ikut hati, mahu saja kami tawaf semua route bas. Tapi masa tak mengizinkan. Jadi oklah, lain kali ada masa boleh repeat lagi.