Followers

Monday, October 28, 2013

Trip Surabaya - Bandung (7) : Bandung Paris of Java

Dari Surabaya - Bandung, kami pilih Mutiara Selatan (bisnes class) dengan harga rp240,000/person untuk ke Bandung - train petang dari st. Surabaya Gubeng (pukul 17:00 pm) ke st. Bandung sampai (pukul 05:45 am) dan kemudian jalan kaki terus ke hotel.

Untuk lihat masa/harga/tarikh keretapi ketik SINI

Disebabkan kami sampai awal pagi, jadi kami kena cari hotel yang dekat dengan st. keretapi, jadi boleh jalan kaki saja dari stesen untuk ke hotel. Jadi kami pilih Hotel Unik. Strategik dan dekat, harga hotel pun berpatutan. Nasib kami baik sebab walaupun sampai awal pagi (check in standard pukul 12.00pm), pekerja hotel di kaunter dengan baik hati terus bagi kami kunci dan terus boleh cehck in.

Kalau sesiapa yang suka kek/brownies Kartika Sari sebelah saja dengan hotel ni. Selain tu ada juga kedai-kedai lain berhampiran hotel ni. Kiranya kalau nak balik pagi tu, agak-agak tak cukup lagi souvenir untuk bawak balik Malaya, sempat lagi singgah ke kedai souvenir dan Kartika Sari berdekatan hotel.

Kami hanya ada 2 hari saja di Bandung. Hari ke-3 dah nak balik Malaya. Jadi kena gunakan 2 hari penuh itu dengan sebaiknya. Hari pertama, selepas sampai dari Surabaya pagi itu, plan asal nak ambil mobil dan supir saja. Sebenarnya sebelum trip ini, saya dah cari supir. Mengikut persetujuan kami dikenakan bayaran rp550,000/day dan kami ingat nak gunakan khidmatnya untuk 2 hari. Tapi entah apa silapnya, hari sepatutnya kami di Bandung, saya dapat sms menyatakan dia tak dapat sediakan perhidmatan mobil pada tersebut. Jadi kami dapatkan khidmat mobil di hotel saja. Plan untuk untuk gunakan khidmat supir 2 hari berubah kepada 1 hari saja sebab kami cover 2 tempat sekaligus dalam 1 hari iaitu untuk ke Kawah Putih dan Tankuban Prahu dengan bayaran rp600,000. Itulah hikmahnya, simpanan kami sebanyak rp1,100,000 masih berbaki lagi rp500,000. Jadi boleh cover makan kami ber'3 di Bandung dan bayaran airport tax. hoho!

Bila dah lari plan, hari pertama sampai kami jalan-jalan di sekitar bandar Bandung saja. Antara tempat-tempat yang WAJIB pergi tentulah Pasar Baru, Factory Outlet, kedai-kedai di sekitar Dago, Riau, Cihampelas, Rumah Mode, etc. Mula-mula kami ambil taxi untuk ke Dago dan lepas tu kami ambil angkutan saja untuk ke mana-mana. Senang cerita kan? Jimatpun jimat. Orang kata Kota Bandung syurga shopping, ada betulnya, sebab kalau jumpa orang Malaya di sini mesti plastik berbondong-bondong. Tapi kami yang poket tak berapa nak tebal ni beli saja apa yang termampu. Maklumlah, dah hampir seminggu kat sini, poketpun dah makin susut kan? Tapi apapun perut tetap kena jaga sebab 'tabung' untuk makan kami masih banyak, jadi mesti cuba makanan di sini seperti pisang keju, ayam penyet etc.

Maaflah, gambar sekitar Kota Bandung tak banyak jadi layan sajalah gambar-gambar di Kawah Putih dan Tangkuban Prahu. Nak tahu apa lagi tempat-tempat yang menarik sekitar Bandung boleh ketik SINI.

Kawah Putih

Perjalanan dari Kota Bandung ke wisata Kawah Putih mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai dengan jarak perjalanan sejauh 25km. Ia terletak di Kawasan Gunung Patuha. Ketinggian gunung ialah 2.386 meter. Di gunung inilah terdapat kawah di panggil Kawah Putih. Pasir sekitar kawah berwarna putih dan airnya pula hijau kebiruan - sekali pandang memang lawa. Tapi kena tahan bau belerang sebab di setengah kawasan asap belerang masih aktif keluar. Apapun tempat ini memang lawa..

Disebabkan tempat ini komersil, bayaran masuk untuk orang dan kenderaan dikenakan kepada setiap pengunjung yang datang ke sini. Entrance fees seperti di bawah :

Tiket masuk (local) - Rp 15,000/ person
   "    (warga asing) - Rp 30,000/ person

Tambang ontang anting - Rp 10,000/ person

Parking bawah (motorsikal/ kenderaan 2 roda) - Rp 5,000
        "            (mobil/kereta kenderaan 4 roda) - Rp 6,000
Parking atas (mobil/kereta kenderaan 4 roda) - Rp 150,000

Disebabkan kami hanya ber'3 jadi kami naik ontang anting untuk sampai ke puncak. Tak jauh manapun, lebih kurang 5km dari kawasan parking bawah dengan keadaan jalan yang berbukit dan bersimpang siur.

Sudah sampai di sini selepas naik ontang-anting

Ada tanda peringatan dan informasi tentang sejarah tempat ini di bahagian atas.

Untuk turun ke kawasan kawah, kena turun ke bawah melalui tangga yang disediakan. Jangan lupa bawa penutup hidung ye.
Lawa air, hijau kebiruan
Yang warna kuning itulah belerang
Kawah belerang dan beberapa kawah kecil yang kering airnya dan meninggalkan tanah yang berwarna kekuningan.

Kalau ada masa bolehlah masuk Hutan Cantigi ni. Dalamnya ada banyak pokok renek yang unik. Kawasannya pulak redup saja.

Tangkuban Parahu

Dari Selatan Kota Bandung kami terus menuju ke utara pulak untuk ke Tangkuban Perahu. Di sini terdapat sebuah gunung iaitu Tangkuban Parahu dengan ketinggian lebih kurang 2.084 meter. Perjalanan untuk sampai ke sini memang lawa sebab kami akan melalui kebun sayur, kawasan sawah padi bukit, melalui jalan yang dikelilingi pokok pine dan juga melalui kawasan kebun teh dan strawberry. Kalau nak singgah kutip strawberry pun boleh.

Entrance masuk pula ialah Rp 15,000/ person (local) dan Rp 50,000/ person (warga asing).


Kawah Ratu yang masih aktif
Asap belerang di sebalik kawah
Asap belerang yang berbau macam telur tembelang. Nasib baik tempat ni sejuk.

Kawasan ini sudah komersil - deretan kedai-kedai banyak didirikan di sini. Kalau nak membeli boleh saja. Tapi jangan terkejut kalau harganya berganda-ganda berbanding di Kota Bandung. Jadi kena belajar menjadi pembeli berhemah ya. Maklumlah orang Malaya ni, pantang tengok mesti semua nak beli.

Satu lagi tarikan di Kota Bandung ialah makanannya yang sedap. Walaupun tak sempat merasa banyak makanan di sini, tapi kira oklah. Sempat jugak kami merasa sup buntut yang pekat dan likat. Er... lupa nama kedainya tapi kalau ke Cihampelas kedainya di situ. Satu lagi restoran yang kena cuba ialah restoran Ayam Penyet Surabaya. Dan tak lupa juga kena cuba pisang keju.

Ayam penyet surabaya - MUST TRY! Lokasi kedainya berhampiran Pasar Baru.
Jus alpukat yang sangat sedap dan pekat! Ayam penyeknya juga sedap.. Yang pasti sambalnya buat kami semua menangis. Sangat pedas!

Kami ni tamak, dah kenyang makan nasi ayam penyek, lepas tu singgah pulak beli pisang keju. Banyak pulak tu. Sedap memang sedap, tapi perut kami tak besar mana, jadi tak habis makan.
  

5 comments:

  1. Salam..

    Awk cover kawah putih dan tangkuban perahu tu dalam berapa lama ek? x salah sy 2 tempat tu kedudukannya berlainan arah. dan antara dua tu yg mana best? wahh sedapnya tgk pisang keju tu..sluppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam zila,

      cover dua2 tempat ni dalam masa 1 hari suntuk. Pukul 8.30 kami gerak dari hotel, malam baru balik. Itupun lepas balik dari kedua2 tempat ni sempat kami singgah di FO di Dago dan makan dulu. Sebenarnya agak pack untuk 1 hari ni Zila, sebab jarak dua2 tempat ini satu di selatan dan satu di utara. Tapi disebabkan kami memang tak plan nak singgah kat tempat lain spt Warung Kampung Daun, Hot Springg, petik strawberry, jadi sempatlah cover kedua tempat ni.

      Antara dua tempat ni saya pilih Kawah Putih. Tangkuban Parahu ni dah ramai sangat penjual, x ada privasi. tapi dua2 tempat ni lawa :)

      Pisang keju memang sedap, tapi jangan makan waktu kenyang nanti muak. hehehe

      Delete
    2. oic..very informative :)

      pisang keju tu dia baked dulu x?? atau mkn mentah2 gitu?

      Delete
    3. pisang keju kat Bandung tu dia sediakan mentah2 je. Agak muak sebenarnya, sebab tu tak boleh makan waktu kenyang, confirm tak habis. hehe. Tapi kejunya sangat mewah!!

      btw Zila, nak buat pisang keju tu mudah yg amat. Amik pisang (guna pisang tanduk atau pisang nangka), potong memanjang, nak sedap panggang dulu pisang tu letak susu cair sikit lepastu sagat keju. nah, dah boleh makan. hiks

      Delete
  2. Hobi Bermain Games Slot ? Berikut 4 Jenis Judi Slot Online Terbaru Paling Populer !
    Slot Online Terbaru » https://www.linkaja88.net/4-jenis-judi-slot-online-terbaru-paling-populer/

    Link Pendaftaran »» https://bit.ly/3b2Tnq7

    ReplyDelete