Followers

Monday, October 28, 2013

Trip Surabaya - Bandung (8) : Backpacking @ travel agent?

Bromo : September 2013

Bila kita travel/holiday, soalan pertama yang bermain difikiran kita/orang ialah 'bagaimana cara kita travel' samada secara backpacking, atau guna travel agent. Kali ni, saya rasa saya tergolong dalam kedua-duanya kategori di atas. Sebabnya, saya guna khidmat supir dan guide tapi dgn budget yang minima - avoid stay at expensive hotel, tidur dalam kereta etc. Dengan pertolongan Zilla, saya kenal dengan mr Wong Kong. Beliau orang Malaya yang dah lama menetap di Surabaya, jadi saya minta pertolongan beliau untuk rangka itinerary untuk ahli jemaah yang sikit dan budget yang berpatutan. Jadi kalau sesiapa yang nak ke Surabaya bolehlah gunakan cara saya ni :)

Selain itu, kita boleh cari mana-mana travel agent yang tawarkan pakej percutian ni. Bersepah, pilih saja ikut kemampuan. Dan ada juga yang pilih untuk gunakan khidmat mobil dan supir saja. Minyak, tol, etc dan itinerary dirangka sendiri - cara ini murah juga sebenarnya. 

Secara kasarnya rate sewa mobil dan supir di Surabaya ialah :

1. Avanza : Rp 400,000 (mobil + supir), Rp 250,000 (mobil sahaja)
2. Inova : Rp 500,000 (mobil + supir)
3. Van 14 muatan : Rp 700,000 (mobil + supir)
4. Van 19 muatan : Rp 800,000 (mobil + supir)

   * Bayaran gaji/upah supir biasanya rp150,000 sehari
   * Khidmat supir hanya 12 jam/hari. Overtime supir = 10% daripada gaji supir / jam

p/s : Rate sewa mobil ini adalah hasil interview dengan supir kami di Surabaya, Pak Baktiar.

Sebelum ambil keputusan untuk guna method di atas, saya pernah jugak hantar email kepada beberapa travel agent untuk dapatkan harga pakej dan sekaligus buat perbandingan harga yang terbaik. Ada satu travel agent yang familiar dikalangan orang Malaya ialah bromoadventureland. Tak silap saya dah ramai travel bloggers Malaya yang gunakan khidmat agent ini seperti Fatt - backpackerbusuk, geng-geng Travelholicawesome seperti HF - kakiberangan and his gangs, dan juga salah seorang geng Jomblang saya iaitu Izza and her gangs dan mungkin ramai lagi. Dari komen mereka, harga pakej yang ditawarkan agak berpatutan dengan servis yang diterima. Jadi bolehlah cuba.

Bromo Adventure Land
Phone = (+62) 81358343559
Email =  bromoleisure@gmail.com (pak wawan)
W/app = (+62) 838334776659

Pendapat saya, pakej sesuai bila travel dalam jemaah yang ramai - 5-6 orang bilangan yang terbaik sebab harga pakej yang dikenakan bergantung pada mobil bukannya bilangan jemaah. Jadi kalau dapat geng muat sebuah kereta paling cun sebab jumlah pakej yang dikenakan akan dibahagi mengikut bilangan, jadi 5-6 orang kira cantiklah muat sebuah kereta. Macam kami, hanya ber'3 tentulah pakej yang dikenakan agak membebankan kami.

Sebenarnya tak jauh bezapun harga perkhidmatan mr.wong dan travel agent, tapi kelebihan yang kami ada bila menggunakan khidmat mr wong ialah flexibility iaitu kami bebas ke mana-mana dan tentukan itinerary pilihan mengikut masa tertentu. Tambahan pulak, kebetulan masa kami ke sana, disebabkan bilangan jemaah kami hanya 3 orang, jadi mr. wong dengan sukarela menjadi 'guardian' kami. Tak ke seronok tu? Haha.

Ini pulak contact Mr Wong :

WHATSAPP / VIBER : +62858.5071.3331
MESSENGER : Yahoo dan MSN ::: sapsamsok
MOBILE :
Telkomsel [ +62821.4063.3331 ]
Axiata XL [ +62859.3135.3331 ]
FACEBOOK : Cuti.CutiSurabaya / SapSamSok


Kalau di Bandung pula.... disebabkan Bandung memang terkenal sebagai antara tempat kesukaan orang Malaya untuk shopping, rasanya untuk dapatkan khidmat supir bukan satu masalah besar. Setiap hotel ada menyediakan khidmat sewa mobil dan supir kalau hendak ke mana-mana. Pada saya kalau setakat nak berjalan-jalan di sekitar Bandung seperti Pekan Baru, Dago, Riau, FO, Cihampelas etc, naik angkutan pun boleh sampai. Tapi kena hati-hati takut silap ambil angkutan merasalah 'makan langsat' (sesat) di Kota Bandung. er.. macam kami. haha.

Manakala sewa mobil + supir di Bandung mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan Surabaya. Biasanya ratenya seperti ini (latest hingga September) :

  1. City tour + Tangkuban Parahu - Rp 500,000 (mobil + supir)
  2. City tour + Kawah Putih - Rp 600,000 (mobil + supir)
  3. City tour - Rp 400,000 (mobil + supir)

* Sewa biasanya untuk tempoh 12 jam. Kalau terlebih jam bergantung pada supir, ada yang minta bayaran, ada juga yang tak minta bayaran. Tapi kalau dapat supir yang baik, bolehlah hulurkan tips. 

Hari itu kami hanya menggunakan khidmat mobil + supir hanya untuk satu hari. Itupun kami hanya booked dengan hotel saja. Disebabkan hanya ada masa 1 hari, jadi kami request untuk ke Kawah Putih dan Tangkuban Parahu di hari yang sama dengan bayaran Rp 600,000 untuk avanza. Selebihnya untuk dalam Kota Bandung kami banyak menggunakan angkutan kota. Seronok juga bersesak-sesak dengan penduduk tempatan naik angkutan kota walaupun beberapa kali kami tersesat. haha. 


Budget? Saya hanya bawa bekalan sebanyak RM1,500 untuk perjalanan selama 8 hari dari Surabaya hingga Bandung dan kemudian balik ke Tanah Malaya. Itu semua termasuk semua - makan + supir + mobil + bromo + ijen + bandung + shopping. Alhamdulillah cukup. Masih mampu beli buah tangan untuk mak, ayah dan adik-adik. Tapi nak shopping beria memang tak mampulah. Tak apalah, saya memang sengaja limitkan belanja sebanyak itu.

Apapun tak kisahlah dengan cara bagaimana kita berjalan, yang penting kita sendiri yang memilih untuk jadikan percutian itu satu percutian yang menyeronokkan atau sebaliknya. Tepuk dada, tanya selera... ^_^

12 comments:

  1. Merasa naik angkutan kota masa kat bandung...kitaorang yg first sekali naik so tak terasa ape2 sangat...bila dah makin ramai yang naik waduh2 sesak nafas! hehehe tapi seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu MS, memang seronok walaupun bila part driver angkutan masukkan penumpang mengalahkan sardin. huihh... sesak napas. hehe.

      Delete
  2. Tq awk sharing info... Insyaallah sy pulak bakal menyusul
    nak mudah sy ikut style awk je ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. No prob emy. Apapun selamat 'berpetualang' ye. hiks

      *saje pinjam bahasa Indonesia ;)

      Delete
  3. Salam,
    Jom pegi bandung murah jer 199rm per person for 3day 2night (included hotel, transport, and entrance fee)

    Tentative Program Day1
    *Tiba di airport Bandung
    *Pasar Baru trade center
    *Lunch Check in Hotel
    *Toko Tiga ( Branded Jeans )
    *Membeli-belah di Factory Outlet At Jalan Riau (Heritage, Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The Secret )
    *Dinner dan kembali ke Hotel

    Day2
    *Gunung Tangkuban Parahu
    *Ciater Hot Spring
    *Kebun Strawberry and tea park
    *Lunch
    *Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
    *Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, Natural, etc)
    *Dinner & kembali ke Hotel

    Day3
    *Check out Hotel
    *rumah kain sulam kat taman kopo
    * cibaduyut-shoes and jacket leather original
    *Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
    *Airport transfer

    Term and condition
    *included transportation for 3day2night type kereta 7seater all included
    *included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
    *included entrance fee tangkuban perahu sahaja
    *Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
    *minimum 6 pax *not included lunch and dinner
    *not included ticket flight and airport tax
    *we dont need deposit~all payment at last day in bandung

    Mohd Tony
    Whatapps / call / sms : +62 858 6137 8328 (fast response)
    Email : Tonytransportbandung@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Thanks pm for the entry. In sha Allah nak p awal bulan 4 ni heee

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera tuan/puan semohga senantiasa semua di berikan kesihatan dan di murahkan rezeki nya (amiin) . Kami disini nak menawarkan sewa kereta tuk (bandung/jakarta city tour) bagi sesiapa tuan/puan yg dah ada plan tuk bercuti di bandung/jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di bandung/jakarta boleh WASAPP sahaja dekat number ni : +6289619522797 atau
    E-MEL: ayunk.hayukka@gmail.com
    FB: ayunk hayukka (untuk lebih detail nya) Dijamin kami bagi harga yg sangat berbaloi & service yg terbaek/layanan 5bintang ***** (insha allah) mohon maap tuan/puan apabila ada ayat yg kurang berkenan dalam promotion yg kami tawarkan ..

    Nb:yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada,tapi kami jamin yg terbaek tetap HAYUKKA BANDOENG (insha allah) jom jom bercuti di bandung murah jer TERIMAKASIH :)

    ReplyDelete
  6. I'm indonesian, jangan lupa berlibur juga ke Batu -Malang (dekat dengan Surabaya) dan Jogjakarta (menempuh perjalanan 8 jam dari terminal surabaya) :) biaya 90.0000 rupiah . Lebih hemat bila menjadi backpacker ^^ have an amazing adventure

    ReplyDelete
  7. Salam Satu Malaysia Tuan & Puan

    Kami Alifa Bandung Syariah Tour ada sedia perkhidmatan supir / fullboard pakej bercuti ke Bandung & Jakarta.

    Ada Beberapa Pakej bercuti, yaitu

    Pakej Gold Executive = supir,hotel,makan & tiket lawatan (per pax)

    Pakej Silver Busines = supir,hotel & makan (per pax)

    Pakej Bronze economic = supir & hotel (per pax)

    Pakej Transport jimat = khidmat supir sahaja (per day)


    Rate sewa Kereta per Day :
    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: Rm 105


    # Toyota Innova / Kia Pregio (8 seat)
    Rate: RM 150


    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: RM 180


    # Coaster Isuzu Elf Long (17&19 seat)
    Rate: RM 235



    * Include : minyak, parking fee, tol, driver, toll, driver meal and kereta

    * Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta.

    Sila Tuan dan Puan decide tempat lawatan boleh ikut tentatif program yg sudah di sediakan atau ikut plan sendiri. untuk layanan kami janji akan berikan layanan yg tiptop,keranah,ramah & berbudi bahasa. Our service guaranteed if service tak ok tak payah payment at last day tuh. InsyaAlloh sedikit rejeki dari tempahan anda akan disalurkan pada badan amil zakat tempahan karena company kami company syariah.

    Joom Tempah sekarang juga dan dapatkan special rate dari company kami. InsyaAlloh barokah.


    Whatsapp : +62 852 9446 6131 (Ahmad Alifa)

    email : ahmadalifabandungtour@gmail.com

    facebook & email: ahmadalifabandungtour@gmail.com

    LINE and Wechat and whatapps :

    +62 852 9446 6131

    Semoga inform yg saya berikan dapat
    memudahkan urusan untuk bercuti ke bandung.

    Terima kasih.
    Wassalam.wrwb.

    ReplyDelete
  8. Salam, harga bagi kereta sewa tu bagi seorang atau satu kereta?

    ReplyDelete