Followers

Wednesday, October 09, 2013

Trip Surabaya - Bandung (4) : Kawah Ijen

Kami bertolak agak lewat dari air terjun Madakaripura untuk teruskan perjalanan ke Bondosowo. Itulah mandi tak hengat dunia kan. Untuk sampai ke Bondosowo, perjalanan memakan masa lebih 5 jam (tambah tolak berhenti solat, singgah makan, etc) dan kami melalui beberapa pekan-pekan kecil seperti Paiton, Pantai Pasir Putih, Panarukan dan Situbondo. Plan asal nak singgah di pantai Pasir Putih pun terpaksa dibatalkan sebab bila kami dah sampai sana, matahari dah menyorokkan diri. Melepas! 

Nak tau betapa panjangnya perjalanan kami ni, saya ni berkali-kali tido-jaga-tido-jaga tak sampai-sampai jugak. Haha. Tapi sepanjang perjalanan, pemandangan di sekeliling tu memang lawa. Cuma terpulang pada mata masing-masing samada mampu tahan mengantuk atau tak. Yang pastinya untuk trip kali ni, tidur dalam kereta adalah yang paling BEST! Masuk kereta, tak sampai 5 minit dah terlelap! 

Akhirnya hampir jam 10.00pm kami sampai di Bondosowo. Pak Bakhtiar berhenti di stesen minyak. Masing-masing ambil peluang pergi toilet, basuh muka etc. Masa sampai tu, kawan Mr. Wong dan sedia menunggu. Dua orang kawan mr. wong akan joint kami mendaki dan kami kena tukar kenderaan naik jeep untuk ke Pos Patulding. Masa ni masing-masing kelam kabut cari baju, jaket, lampu suluh - sangat messy keadaan kami, dah macam nomat saya rasa. Haha. 

Jadi untuk elakkan perkara sama berulang pada kawan-kawan yang lain, saya kongsikan beberapa checklist yang diberi oleh mr.wong. Seperti biasa checklist ini akan ditokok tambah oleh saya secukup rasa.

  • Kesabaran dan kegigihan - huih! yang ni paling penting sebab kalau tak ada kedua-dua ni tak mampu kot nak sampai kat kawah!
  • Baju, seluar track jenis ringan dan kalis angin - kat kawah Ijen tu sejuk yang amat, jadi jangan lupa bawak baju yang mampu memberi haba pada tubuh korang. Jangan jadi macam kami, pakai baju tak berapa tebal, mulalah mengigil-gigil bila sampai ke puncak. Jangan lupa bawak glove sekali ye.
  • Kasut/stokin yang sesuai - masa turun paling mencabar, silap langkah boleh tergelincir dan tergolek. Jadi tapak kasut yang sesuai memainkan peranan penting!
  • Lampu suluh LED
  • Pelindung mata dan hidung (untuk yang ingin turun ke kawah untuk melihat fenomena api biru)
  • Trekking pole (kalau perlu)
  • Air Minum / Makanan seperti kuih / biskut coklat yang dapat memberi tenaga segera semasa naik dari dasar kawah.
  • Tripod kamera - rakam fenomena api biru.
  • Kalau nak turun ke blue fire boleh minta bantuan penambang (pengangkut sulfur). Walaupun mereka tak minta bayaran yang khusus, boleh sumbangkan sikit bayaran pada mereka (kalau niat bersedekah, dapat pahala kan. hehe)
  • Trekking waktu malam lebih baik daripada trekking di siang hari - tak nampak trek
  • Turun lagi susah daripada mendaki - silap haribulan boleh kejang otot betis 

* Entrance masuk : Rp25,000 (kalau mula trekking malam, masuk adalah percuma)

Sampai di Pos Patulding kira-kira jam 11.00pm, dan kami mula mendaki. Jarak dari Pos Patulding ke Kawah Ijen adalah 3km. Angka 3 itu memang nampak kecil tapi, pendakian untuk melepasi angka 3 tu bukan satu kerja yang mudah! Trek permulaannya landai dan kemudian makin mendaki memang sangat mencabar! Tambahan pulak jalan disekeliling gelap, jadi memang perlukan bantuan lampu suluh. Tapi mujur jugak malam itu bulan penuh, cahaya bulan dan lampu suluh sangat membantu.

Kami mendaki secara santai. Mr. wong dah pesan awal-awal, jangan banyak cakap, nanti tenaga habis, tak mampu nak mendaki. Kalau penat berhenti, jangan paksa diri.

Jadi masing-masing layan diri masing-masing. Seperti biasa saya layan mp3 dan berjalan secara santai. Bila terasa penat, berhenti sekejap. Sesekali bunyi batang pokok berkeriuk seperti menyapa perjalanan kami, seram juga. Kadang-kadang rasa seperti ada sesuatu berjalan di sebelah menyebabkan bulu roma berdiri tegak (jalan dalam hutan kot). Mujur ada surah-surah Al-Quran dalam mp3 (kelihatannya remeh saja, tapi pada saya ia sangat membantu untuk memberi semangat pada diri sendiri. Dalam keadaan begini, tiada sesiapa yang mampu kita bergantung selain Allah kan?).

2 jam lebih mendaki trek akhirnya kami sampai! 

Mr. Wong mengajak kami turun ke kawah untuk tengok blue fire. Mula-mula saya semangat nak turun, tapi bila kawan-kawan yang lain tak mau turun, semangat tu hilang. haha. Kepenatan melampau menyebabkan kami semua terpaksa tolak dan hanya pandang blue fire yang lawo dari jauh. 

* Ada alasan nak repeat Ijen sekali lagi sebab nak tengok blue fire!

Dan bermulalah detik-detik sengsara menunggu hari siang! Haha. Bayangkan berapa jam kami terpaksa menggigil kesejukan sebelum matahari terbit?? Hoih!! Sejuk gile! Suhu drop hingga beberapa belas darjah. Sampaikan kami bertiga terpaksa berpelukan sesama sendiri kononnya nak berkongsi haba. Haha. Masa tu menyesal tak sudah pakai baju nipis. Kesilapan besar yang kami lakukan ialah, masing-masing tak pakai baju yang tebal - saya hanya pakai 2 helai t-shirt dan wind breaker yang nipis! Padahal semua kelengkapan tu dah dibawa, tapi semuanya ditinggalkan dalam avanza! Bila terkenang balik saya rasa nak tunjal kepala sendiri!!! Tapi itulah kenangan! Bila kenangkan balik, ketawa sendiri. Kelakar!

Layan gambar tak seberapa. Tak banyak gambar yang diambil sebab mengigil kesejukan. *nanges

Dah puas layan sejuk, akhirnya mentari muncul. Masih awal pagi, dari jauh kelihatan kawah Ijen berasap-asap. Di situlah aktiviti mengumpul bongkah-bongkah sulfur dijalankan.
Dari puncak - kecik benor orang kat bawah sana kan? Sebenarnya saya naik ke puncak sebab nak tengok matahari terbit, tapi tak sampai puncak lagi, matahari dah hilang di balik awan. Itu sebab terus tala kamera ke kawah Ijen.
Tempat orang berkumpul tu kira macam check point bagi sesiapa yang nak turun ke bawah. Biasanya kalau nak tengok blue fire kena mendaki awal malam macam kami, dan sampai di puncak pukul 1/2am terus boleh turun ke bawah. 
Zoom sikit - warna kuning itulah sulfur. Kelihatan pekerja sedang mengangkut bongkah-bongkah sulfur untuk di bawa ke atas dan seterusnya dibawa ke post penimbang.
Pemandangan yang tak akan kita jumpa di Malaya
Laluan angin lintang - lalu di jalan itu memang mencabar! Angin sangat kuat dan kami bertiga yang tak berapa nak besar ni pun hampir 'terbang'! Malam tadi kami tak tahupun itulah laluan yang kami lalu untuk melintasi kawasan ini. Silap langkah boleh tergelincir dan terus masuk dalam kawah. 
Negara atas awan? Dulu berangan nak jejak awan, nah sekarang dah sampai walaupun tak dapat sentuh awan dekat-dekat.

Ce' tengok awan kat belakang mereka tu. Macam gula-gula kapas
Pemandangan biasa di sini - semuanya memukau pandangan!

Malam tadi, masa trekking tak tahupun di sekeliling kami adalah pemandangan yang sangat cantik
Pondok Bunder - tempat pekerja sulfur menimbang sulfur yang diambil dari kawah. Bila sampai di sini bermakna, perjalanan turun ke Pos Patulding masih berbaki 2 km.
Raw sulfur
Sebelum dan selepas - cederamata dari Ijen untuk kenang-kenangan. Boleh beli dengan harga yang serendah rp1,000 mengikut saiz.

Tempat permulaan mendaki - akhirnya sampai ke bawah. Malam tadi gelap, ambil gambarpun tak nampak apa-apa.
Pos Patulding

Saya nak repeat Ijen, sebab saya rasa entry ni seperti tergantung. Masih banyak sisi Ijen yang tak mampu diceritakan. Paling utama saya langsung tak mampu mengambil gambar pekerja-pekerja sulfur. Jadi semua kenangan hanya mampu disimpan untuk diri sendiri saja. Tiap kali kamera ditala ke arah mereka, tiap kali itu juga hati saya sayu. Bimbang kalau paksa diri, silap haribulan kawah Ijen tenggelam dengan air mata pulak. Apa yang saya mampu buat hanyalah memerhatikan gelagat mereka. Tapi yang saya kagum tentang mereka ialah semangat dan kecekalan yang mereka ada. Walaupun terpaksa bekerja berat, tapi riak wajah mereka selalu tersenyum seolah-seolah kerja itu biasa saja pada mereka. Rasanya itulah antara kerja yang paling berisiko di dunia. Mereka hanya menerima bayaran yang sangat rendah rp50,000-rp75,000 (tak sampai RM30 sehari). Rasanya kerja mereka langsung tak setimpal dengan bayaran yang diterima. Lagi kisah mereka di SINI


Air Terjun Belerang


Sebelum balik kami singgah di air terjun belerang. Tiada yang istimewa di sini selain airnya berbau belerang. Kawasan ini tak terjaga dan agak kotor. Tapi airnya sejuk sangat! Dengarnya kalau sesiapa yang ada penyakit kulit sesuailah mandi di sini kerana ianya boleh mengubati penyakit kulit - itupun dengan izin Allah juga kan? :)

Tempat ini cantik, sayang tidak dijaga dengan rapi
Airnya hijau dan bau belerang sangat kuat! Menusuk hidung!
Sebelum bertolak balik kami singgah makan dulu. Lupa nama restoran ni. Semalaman kesejukan, kami bertiga memang kebulur! Walaupun masing-masing bawa kudapan, tapi tak kenyang seperti makan nasi kan? haha. 

Nasi putih panas-panas berlauk tempe dan ikan masin dan sayur cicah sambal belacan. Nampak simple, tapi sedapnya!!! Lepas tu minum pulak soda gumbira, memang terbaik!

Petang nanti kita ke pantai-pantai di Jamber pulak ye.

17 comments:

  1. 5 jam perjalanan?...lama tu..tapi kalau view cantik...tak jadi nak lelap matan kan..tpkalau dah letih sgt..tak peduli dah..tdo je

    Terima kasih kepada PM dan Mr Wong ..bia ada checklist ni senang lah nanti kalau nk ke sana (berangan)

    Awan tu cantik betul...sekali pandang cam salji

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 jam perjalanan x terasa kalau sambil layan mimpi JM. hahaha

      JM, harus pergi ke sini tau, serius lawa :)

      Delete
    2. U r welcome. Saya hanya membantu membuat persiapan setakat mana yang saya mampu.

      Lagi pula, semua ini didapat dari observation saya dan feedback dari tamu-tamu. :)

      Delete
  2. bila nak repeat tu cik nani? nak itoottt!! hihihi
    *erk, i serius nk ikut nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anne,

      niat hati memang nak repeat, tapi kan bila nak repeat tu pun x tau. hahaha
      bulan 12-2 x sesuai pulak, musim hujan. huwaaa...
      err... agak2 kalau delay 4 tahun, lepas tu repeat anne sudi lagi ke nak ikott?? haha

      err.. trip lain yg dirancang itu pun entah bila la akan terlaksana kan? hahaha

      Delete
    2. insya Allah, kalau ada kelapangan sudi aje... tak kisah lah 4 bulan ke, 4 tahun ke.. hahaha

      maklumlah, masing2 busy, susah bebenor nak free serentak, hihihi..

      Delete
    3. hehe.. terharu pulak anne cakap camtu.

      ok, xpe kita cuba arrange mana yang termampu kita pergi dulu ye anne. hiks

      Delete
    4. Takpe Nani, nanti ada peluang untuk kita together2 jugak.. cuma tak sure lah plan mana yang boleh on.. =)

      Delete
  3. Cik Nani,

    Saya meminta maaf atas kesilapan saya tentang checklist Ijen. Saya terlupa kalau trip pertama saya, kami menghabiskan waktu sampai matahari terbit kat dasar kawah menikmati dunia kami dikelilingi blue fire & asap sulfur yang pekat. Jadi mungkin kerana kami berada di bawah, tak berapa terasa angin. Malam tu ikut hati memang nak layan Blue Fire lagi kat bawah. Tapi, memandangkan kalian ada kat atas, saya terpaksa gak naik balik. Si Yanto pulak pun terburu-buru nak naik.
    Maklumlah... trip kali ini saya dan Yanto didampingi 3 puteri raja... dan Mr Budi / Rudy? Hehehe... Dia dok syok layan siapa ha... Hehehe...

    Pengalaman berada di dasar kawah untuk matahari terbit memang best kerana dunia bawah itu milik kami ber 3 dan penambang je. Takde orang lain pun. Nak aim kamera kat mana, kat siapa pun... hah... ikut sedap hati. Dok foto-foto tak terasa dah matahari terbit.

    Menjelang matahari terbit, permandangan terbit kawah dari dasar kawah memang lagi cantik... Dengan bermacam tone & warna (nanti saya cari balik foto-foto tu untuk menggoda lagi...)

    Mungkin next trip, memang kena turun bawah layan Blue Fire tuh... Jgn ikut cakap si Yanto tu. Kalau terasa kehilangan blue fire tu, hidupkan api di tempat masak kat dapur... Tada... kelihatan api birunya... Hehehe...

    Izinkan saya untuk menambah sedikit checklist lagi... Jangan lupa bawa portable stove untuk masak air panas. Cik Nani, next time kita berjualan kat tepi kawah, yuk? Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr. Wong, it's ok, everybody learn from experience. dah ada pengalaman sekali, lepas ni kita dah beringat2. kan?

      Papepun saya memang jeles bila tengok mr wong dan yg lain turun blue fire. Tapi tak apalah, at least ada alasan kukuh nak repeat Ijen balik. hahaha

      portable stove tu kalau ada kat atas kawah tu, memang laku la jualan kita!! haha

      Delete
    2. Benar kata Pak Yanto. Ijen punya daya tarik tersendiri... mungkin kerana cabaran untuk tiba di puncak & turun ke dasar kawah...

      Sekarang, Bromo dah lapuk... Kita promosi Ijen pulak ye... Kekeke....

      Delete
    3. antara kelainan Ijen ialah blue fire sebab kat kawah2 lain mana ada blue fire.

      haihh memang kena repeat ni. haha

      Delete
  4. eeh eeh bila nak repeat tu?? MS nak ikot hihi
    gambar semua cantik-cantik tapi yang bawah sekali tu paling terbaek.......sedap!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat hati memang nak repeat MS, tapi x tau la bila. huahuahua

      err... kalau selepas 4 tahun baru saya boleh repeat, MS sudi ikut ke? hihi

      gambar yang bawah tu memang sedap sangat MS. walaupun simple, tapi sedapnyaaaaa...

      Delete
  5. jom repeat...

    https://www.facebook.com/events/819176804765965/

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan repeat, tapi bila tu Wallahualam

      yang pasti lepas ni kalau repeat mungkin 100% backpack :)

      Delete