Mount Bromo adalah salah tarikan kalau ke Surabaya. Bak kata orang kalau ke Surabaya tak pergi Bromo kira macam tak lengkaplah itinerary tu. (itu ayat saya je. haha). Tapi perjalanan untuk sampai ke sini ya ampun... mampu buat montot separa kematu! Ada pelbagai cara untuk sampai ke sini, samada pergi sendiri naik kenderaan awam - kosnya sudah tentu murah, sewa mobil dan supir, minyak/tol/etc bayar sendiri - kos sederhana atau ambil terus travel agent - pastinya ini kos yang paling lumayan! Jadi pilihan terletak atas poket masing-masing. Tepuk poket tanya kemampuan! hiks.
Kalau nak pergi sendiri route dia macam ni :
Airport - terminal Bungurasih (naik bas) - Probolinggo (naik bason/ ojek) - Cemara Luwang Cemoro Lawang (hasil dari pembacaan, kalau salah tolong betulkan ye)
Sebelum tu saya nak syorkan kepada sesiapa yang nak datang ke Surabaya supaya cuba Bakso Jagalan. Sedap!!! Tq mr. Wong bawa kami singgah merasa bakso di sini! Info k
etik SINI.
|
Ini portion paling besor - satu mangkuk kami kongsi 3 orang. Kuahnya sangat sedap, bebola dagingnya pula lembut dan terasa dagingnya. Walaupun gambar tak berapa nak lawa, tapi rasanya sedap tau. Tak percaya pergi Surabaya carilah gerai bakso ni :) |
Trip hari tu, kami guna method yang berkos sederhana. Jadinya untuk jimatkan kos-kos lain kami bertolak dari Surabaya seawal tengah malam. Jadi jimatlah duit kami untuk penginapan malam itu sebab masa malam dihabiskan dengan tido dalam perjalanan. Ada orang tanya, selesa ke tido dalam kereta? Boleh lena ke? Agak-agak apa kesimpulan korang kalau sepanjang perjalanan tu ada bunyi dengkuran? Apa jawapannya? hehe. Walaupun Pak Baktiar bawak Kijang Avanza macam pelesit, kami yang dibelakang ni mantain tido! Perjalanan dari Surabaya mengambil masa lebih kurang 4 jam dan sampai cun-cun aje masanya. Bangun tido, gosok-gosok mata (selekehnya kan?), terus naik jeep ke Mt. Penanjakan. Sebelum tu kami singgah pekena pop mee dan secawan teh panas sebelum mulakan pendakian ke penanjakan. Sempatlah jugak singgah di beberapa spot utama...
Bromo - Mt Penanjakan 1
Ada 2 tempat spot untuk layan view dan sunrise iaitu di Penanjakan 1 dan 2. Tapi spot yang paling best mestilah yang paling tinggikan? Disebabkan kami akan mendaki seawal pagi dan suhu di sini tersangat sejuk jadi, kenalah pakai baju yang sesuai untuk elakkan kesejukan. Tapi rasanya sejuk di Bromo tak boleh lawan sejuk di Ijen kot. Macam separuh mati kami dibuatnya tau. Jadi saya kongsikan antara barang-barang/ keperluan yang patut di bawa.
1. Jaket / Windbreaker + sweater / baju hujan plastik pakai buang
2. Sarung tangan plastik /wool
3. Tutup muka dan kepala
4. Topi
5. Sunblock
6. Kasut sukan
7. Seluar yang selesa - jeans/slack
8. Pashmina
9. Lampu Suluh (Penanjakan 1 dan 2)
10. Wang kecil dalam pecahan Rp 1,000 dan Rp 2,000 untuk ke toilet
Nota :
- Musholla disediakan untuk kemudahan pendaki di kawasan rehat - sebelum mendaki ke puncak
- Kat atas (penanjakan 1) tak ada tandas, jadi kalau nak ke tandas, di kedai-kedai makan ada sediakan tandas. Jangan lupa sediakan wang kecil kerana di sini tiada yang GRATIS!
- Toilet di area kawah Bromo sangat bersih dan
ajaibnya masuk adalah PERCUMA sebenarnya kena masukkan duit rp2,000 dalam tabung yang disediakan!!
|
They were my buddies for this trip. Tak pasti apalah gambor yang kawan saya tu nak ambik, padahal matahari kat belakang diaorang. hehe |
|
Matahari dah muncul, tapi sayangnya kami terlepas moment matahari puncul 'seketul' di depan mata sebab terpegun tengok lukisan alam depan mata! |
|
Makin cerah - perkampungan nampak kecik aje dari pandangan 'negara awan' |
|
Semeru 'terbatuk-batuk' mengeluarkan asal. |
|
Tunggu ye kawah Bromo, kejap lagi saya datang jumpa awak. hiks |
|
6.43 am : kabus dah makin menghilang, alam pun dah makin cerah |
|
6.47 am |
|
Ok, dah makin panas, itu tandanya masa untuk bergerak ke spot lain pulak |
Kawah Bromo dan Gunung Batok
Next!! Masa untuk ke melihat Mt. Bromo dengan lebih dekat. Dari penanjakan 1, naik jeep meredah lautan pasir, ambil masa lebih kurang 30 minit sampailah.
* Kat parking inilah ada tandas yang bersih dan percuma tu. hiks Tiada yang gratis di sini. huhu
|
Jalan bersimpang siur di sini adalah perkara biasa. Apapun nikmati aje pemandangan sekeliling sementara ada peluang! |
|
Tu dia, macam kat padang pasir! |
|
Jeep diparkir di sini dan kami kena berjalan kaki untuk ke kawah bromo. Kalau rasa tak larat nak berjalan kaki boleh naik kuda, tak mahal cuma rp100,000/return. Harga pulak boleh dirunding ikut jarak. Jadi, pepandailah nego ye :) |
|
Mt. Batok |
Aksi wajib!
|
Kami pilih untuk berjalan kaki, trilled sikit kan? |
|
Tapi kalau korang tak larat boleh naik kuda |
|
Sekarang musim kemarau, jadinya keadaan di sini sangat berdebu. Jangan lupa bawak mask, sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan debu masuk secara terus ke dalam hidung dan paru-paru. |
|
Kalau penat berjalan, boleh singgah rehat dulu. Siap ada gerai-gerai kecil yang menjual air dan makanan ringan. |
|
Boleh tahan semput nak menapak naik ke atas ni. Nampak macam tak berapa tinggi, tapi ada lebih 200 anak tangga tau untuk sampai ke atas tu. |
|
View dari atas lepas berjaya membilang anak tangga. |
Kawah bromo yang masih aktif.
|
Lawa betul langit hari tu! |
|
Last but not least, proud to be Malaysian! - bila tengok orang dah tak ramai cepat-cepat kami kibarkan bendera Malaysia kat sini. hiks |
Ini adalah pemandangan biasa di sini, sekali tengok macam kat gurun pulak. Semua sudut lawa!
Savannah
|
walaupun kering tapi tetap lawo |
|
Di mana-mana saja ada kuda. Saya bayangkan kalau kuda tu tak dipakai pedati, mesti gambar nampak lagi natural - kira macam amik gambar kuda liar gitu. hiks |
|
Kering... cuma bukit saja yang hijau |
Pasir Berbisik
|
Spot terakhir yang kami singgah. Lawa tempat ni, sayup mata memandang |
|
Kalau panjang umur nak repeat sekali lagi ke sini, lepas tu baru boleh tutup buku Tanah Jawa. hehe |
Lepas singgah di Pasir Berbisik, kami naik jeep dan balik. Sebelum tu kami singgah makan pagi dulu di Bromo 1 hotel? (alamak lupa nama, ni antara hotel.guesthouse yang paling laris di sini sebab dekat dengan Penanjakan 1. Lepas tu baru bergerak balik dan kami singgah mandi manda di waterfall. Airnya sejuk sampai ke tulang!!
|
Pemandangan biasa sepanjang jalan balik |
PM, cemara lawang atau cemoro lawang?? baksa jagalan tu mmgh wajib..tapi kitaorang hari sikit punya tamak..ambil big portion sorang satu..tuang cili banyak2, pastu nganga kepedasan...terus tolak tepi, tak mampu dah nak habiskan hehehe...
ReplyDeleteTu yang 1st trip... Kena buka sikit cerita ttg second trip? Hehe..
Deletemr wong, yang 1st trip, masing2 tak cukup semangkuk tapi nak minta tambah malu hehehe..tu yang 2nd time p sibuk nak singgah sini lagi..sekali hambeekkk ko...tamak punya pasal, alih2 tak habis :D
DeleteZilla, tq atas pembetulan itu :) Bakso jagalan tu nasib baik kami kongsi 1 portion besor 3 org, pilih yang campur semua, perghh!! maklumlah baru lepas makan jco free sebelum tu. hihi
DeletesubhanAllah! sangat2 lawooooo.
ReplyDeleterezeki awak juga dapat tengok pandangan yang jelas + waktu cuaca yang baik
=)
jeles2! agagaggagaa!
Cik marikh, Alhamdulillah rezeki pergi musim yang sesuai dapatlah merasa tengok pemandangan yang lawo :)
Deleteowhh rindu pulakkk trip kat sana february aritu. langit kat sana mmg cantikkkkk!~
ReplyDeleteHF, haaa... baca entry bromo/ijen kat blog kakiberangan buat kitaorg semua tak sabar nak ke sana. Bila dah sampai, dah balik teringin nak repeat lagi!!
Deletecantik giler gambar-gambar pm...terkedu aku tengok, kering kontang pun nampak menarik macam ni...tapi serius, nampak macam debu tebal sangat jer, memang patut bawak mask pun...
ReplyDeleteTq orga, kalu ko yang pergi dan ambil gambar mesti lagi lawo! hehe
DeleteSekarang musim kemarau, memang kering semua pokok dan rumput, tapi langit memang lawo time2 mcm ni. Debu x payah cakap sangat tebal, sesak nafas dibuatnya!
Arghhh...tak boleh tahan...selang 2 hari masuk website AA cari tiket ke Surabaya tapi tak ada offer lepas baca entry seblim ni....pastu baca pulak entry ni...aduss..sabor yg JM
ReplyDeleteSabar JM, mesti ada tiket murah lepas ni. Percayalah!! hee
DeleteJM, bulan 12 - 2 tak sesuai nak ke bromo/ijen, time tu biasa musim hujan, tak best jalan.
saya baru beli tiket ke Surabaya. 19-22 May 2014 1 kepala pergi balik Rm130 sahaja. naik dari JB :)
ReplyDeleteada sape2 nk join sekali ke??
Assalamualaikum. ..cantik semua pics ni..sy akn ke sana jun ini..nak guna itinerary PM ni as reference..kami pun ber3 juga..
ReplyDeletewaalaikumusalam,
Deletesila2. moga catatan tak seberapa sepanjang ke surabaya dapat membantu.
TQ sudi singgah sini