Followers

Thursday, April 09, 2009

Peraturan baru

Di tempat kerja sekarang telah keluar memo peraturan baru. Berkuatkuasa serta merta. Ape ke banggang si datin paduka ni tetapkan peraturan baru sebegini? Okeh! saya admit. Peraturan mesti dipatuhi! Tapi, peraturan itukan ditetapkan oleh manusia dan terpulang juga pada manusia2 itu untuk mematuhi atau sebaliknya. Kan??
Peraturan I :
Pemakaian kasut diwajibkan kepada semua kakitangan untuk semua dari kategori kumpulan A-D. Baiklah. Itu bisa dipatuhi kerana saya memang berkasut setiap hari ke pejabat. Walaupun sangat bermasalah bila membeli kasut yang sesuai. Kerana kaki saya bersaiz mini. Adeh!
Peraturan II :
Pemakaian name tag diwajibkan pada semua kakitangan. Wajib dipakai di sebelah atas belah kiri dada. Leceh jugak. Skema! Tapi peraturan ini tidak sepenuhnya dipatuhi. Saya hanya akan sematkan name tag di tempat sepatutnya semasa bermesyuarat sahaja. Itupun kadang-kadang terlupa. Selebihnya name tag ini akan melekat pada tali pas pejabat.
Peraturan III :
Mewajibkan penggunaan paper beg bila ke kafe. Maknanya, semua makanan yang dibeli perlu dimasukkan dalam paper beg. Tidak boleh dibawa secara terbuka menggunakan plastik. Kata si datin paduka itu, ia akan merendahkan imej kementerian. Bawa plastik tu hanya layak untuk pekerja kontrak je. Ape punya sengal alasan yang si datin paduka tu bagi saya sendiri pun tak pasti? Yang saya pasti, setiap kali ke kafe saya tak pernah bawah paper bag. Masih melenggang-lenggang mak inang sambil bimbit plastik makanan bila balik dari kafe.
Hinggalah pada suatu pagi yang indah, kami ditegur Datin W : Hangpa bawak plastik camni je? Sudah la, aku tak tau, nampak dek datin paduka habis la hangpa! Aku tak tau... [kata ala2 provoc]
Saya dan teman2 buat senyum-senyum kambing sambil bersalaman dengan datin W. Motip?? Saje mau tutup mulut dia. Lepas tu larikss!!!!
* Datin W adalah bekas boss lama yang sangat baik hati dan sporting. Hingga hari ini saya masih tak betah memanggilnya datin sebab semasa menjadi boss dia saya panggil Pn. W. Nasib baik dia tak kisah.

Wednesday, April 08, 2009

PEREMPUAN SIMPANAN

Semalam,
En. Posmen telah menghantar sesuatu untuk saya
Yang telah lama saya tunggu2
Akhirnya ia muncul juga dimuka pintu rumah saya
Perempuan simpan saya sudah sampai
Salah ke seorang perempuan memiliki 'perempuan simpanan'
hahahaha...
Perempuan simpanan ini sungguh istimewa
Manis sekali, seperti madu
Kerana ia terkandung cacatan manis bergula 10 perempuan yang bukan perempuan simpanan
Ya...
Inilah perempuan simpanan saya


PM : perempuan simpanan ini betul2 mengasyikkan!

A color's of Ulu Geroh

Saya ingin berkongsi sesuatu
Kenangan ketika di Ulu Geroh
Pada saya ia satu kenangan manis
Mungkin kerana saya pencinta alam
Yang sukakan sesuatu yang indah dan semulajadi
Tapi,
Mungkin dimata mereka2 yang lain ia cuma biasa2 saja
Tak mengapa...
Terpulang pada citarasaya masing2 untuk menilai
~ Sungai Kampar ; berjeram, air deras dan sangat sejuk ~







~ Rajah broke ; king of butterfly ~






~ Bunga lengkuas hutan ~
~ Buah ara ~


Monday, April 06, 2009

Godek-godek

Sebenarnya, blog ini sudah lama wujud, sejak 2006 lagi.
Tapi saya tak betah menggunakan blogspot sebab sudah selesa dengan blogdrive.
Tapi dek kerana kesengalan blogdrive yang melampau2, macam siput!!
Jadi,
Terpaksa la saya godek2 blogspot, belajar pape yang patut.
Buta IT la katakan.
cuba godek2 dulu

Dan rumah lama telah ditinggalkan dengan aman sekali.