Followers

Wednesday, July 29, 2009

Rahman, Mahathir, Fatimah dan Awang Goneng

Baru habis baca bibliografi tentang Tunku Abdul Rahman & Tun. Mahathir. Ini bukan bibliografi yang membosankan tau. Ceritanya dlm bentuk kartun. Sangat seronok membaca.
Terima kasih E.Yu atas buah tangan anda!
Saya suka!




Buku ini juga menarik. Cerita bersama gambar yang sangat cantik. Ceritanya mengingat saya tentang waktu kecil dengan kehidupan ria riang di kampung. Main polis sentri, main galah panjang, panjat pokok, tangguk ikan di tali air. Wah! sangat seronoklah! Fatimah juga melihat bagaimana kemusnahan kampungnya dek arus pembangunan. Erm.. harga sebuah pembangunan.
Komen ringkas tentang Fatimah's kampung ada di sini

Saya juga membesar di Trengganu. Awang Goneng bercerita segala-galanya tentang Trengganu dan kehidupan. Maaflah, saya belum habis sepenuhnya membaca buku ini.

"Guane mung di Teganung?"
"Ghitulah sokmo!"

Ini bahasa tipikal org Ganu, kata Awang Goneng

PM : mau baca buku Che det pulak!

Tuesday, July 28, 2009

Jatuh

Ada orang jatuh cinta










tapi aku....











jatuh












tangga!!!










aduhai.....

Monday, July 27, 2009

Anak kecil itu

Tadi petang,
Aku berjalan sendirian
Menyusuri pantai yang memutih
Segaris jaluran senja memerah
Kagum seketika dengan ciptaan Maha Esa

Tiba-tiba
Terpandang aku akan satu wajah
Mulus, bersih tanpa noda kekeruhan
Anak kecil itu lantas tersenyum simpul
Menggamit pandangan padanya

Kemudian
Dia berlari-lari mengejar ombak
Bermain pepasir sambil tersenyum riang
Ohhh… riangnya hati anak kecil ini,
Hidupnya penuh dengan tawa ria

Hatiku berdetik
Alangkah indahnya jika aku sepertinya
Bebas dari kekusutan duniawi
Suatu ketika dahulu aku juga sepertinya
Sentiasa riang tanpa bebanan kekalutan

Tapi,
Kenapa kini hati ini begitu gundah?
Kanapa hati ini tidak seceria dulu?
Kenapa hidup ini tidak semudah dulu?
Persoalan demi persoalan bermain di benak
Yang sukar ditafsir dengan akal fikiran

Kini aku sedar
Masa mengubah segalanya
Anak kecil itu juga akan dewasa sepertiku
Hanya kenangan waktu kecilnya di bawa bersama
Mungkin onak yang bakal ditempuhnya lebih berduri

Ya
Hidup tidak semudah melakar sebuah lukisan kehidupan
Hidup memerlukan kesabaran
Keperitan hidup harus ditempuh
Kerana itulah racun dan penawar
Untuk merencah sebuah kehidupan

Tuesday, July 21, 2009

Suatu ketika dahulu

Balik kampung baru-baru ini berkesempatan melawat adik di asrama. Itu sekolah lama. Asrama itu juga pernah didiami selama 5 tahun. Banyak kenangan manis dan pahit di situ. Sudah banyak perubahan. Bangunan sekolah sudah setinggi 4 tingkat. Zaman aku bersekolah di situ dulu mana ada. Cuma hostel dan musolla yang masih belum berubah, masih teguh berdiri seperti dulu. Walaupun kelihatan bangunannya di cat baru, tapi struktur lamanya masih seperti dulu.
Tiba-tiba terpandang satu wajah. Wajah yang amat kenali. Penyelia asrama! Setia betul dia dengan sekolah ini ye. Masih juga di sini walaupun sudah beribu-ribu murid datang dan pergi. Aku sedikit segan hendak bertegur sapa. Ye lah, dulu sopan dek kerana terikat dengan peraturan, sekarang hanya berjeans & bert-shirt saja. Tapi, mana mungkin tidak mau bertegur sapa dengan seseorang yang banyak berjasa dengan kami pelajar asrama kan? Agak kurang sopan rasanya jika tidak bertegur sapa.
"En. Alias"
"Lawat adik ke?"
"Ye... lawat adik. En. Alias kenal adik saya?"
"Kenal lah, tiga beradik kat sini semua saya kenal. Kamulah yang paling dok ngen'dhoh!"
"Iskh... malunya." *dalam hati

Owh... itu seorang aku yang dulu.

Pelajar tingkatan 1 pertama yang merasmi buku salah laku asrama pada tahun itu kerana memanjat pokok mangga di halaman asrama di kala semua murid-murid berkejar-kejar ke musolla untuk berjemaah adalah aku. Dan telah ditangkap oleh warden asrama ketika sedang asyik memetik buah mangga dan akhirnya secara tidak sengaja telah menjatuhkan buah mangga ke atas kepala warden tersebut. *aku speku mesti kepala warden tu bengjol kena buah mangga tu* Dan didenda membersihkan kolah musolla. Sonok juga, dapat main air free. hiks. Itulah peristiwa pertama dan terakhir nama masuk rekod buku salah laku. huhuhu... serik!
Budak perempuan ini jugaklah yang selalu langgar peraturan asrama. Lewat ke musolla, malas prep, ponteng gotong-royong, etc. Tapi jarang ditangkap secara terang-terangan oleh warden @ pengawas asrama. Cuma nama aku selalu dikaitkan oleh teman-teman yang tertangkap. hahaha... mana boleh tangkap sebarangan kalau tak ada bukti kan??
Tembo pernah dilakukan juga. Biasanya bab-bab meminta izin selalu diserahkan kepada aku mengepalai rombongan cik kiah jumpa penyelia asrama. Siapa lagi mangsanya? En. Alias lah. Pernah semasa kem persediaan SPM, dewan makan tutup dan kami kelaparan. Dengan penuh diplomasi berjumpa dengan En. Alias, mohon izin keluar mencari makan. Pukul 10pm kami terkedek-kedek keluar asrama. Minta izin sekali saja, tapi keluarnya berkali-kali. hahahaha.... Kesian nama En. Alias dijaja kami bila ditanya pak guard. Ambil kesempatan betul.
Sama halnya juga di sekolah. Antara budak perempuan yang culas siapkan nota amali kimia dan fizik juga adalah aku. Pernah dicubit cikgu kimia. Sakit woo... tapi seriknya sekejap je, lepas tu buat lagi. Owh.. aku bukan teacher's pet ok! Aku hanya pelajar kebiasaan yang tidak pernah cemerlang dalam mana-mana mata pelajaranpun. Malah sangat lemah dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Pernah bila terserempak dengan cikgu lama, selain bertanya khabar ada lah sedas dua gurau senda dari mereka.

"Dua-dua adik kamu bijak. Baik. Tapi kamu dulu... "
"Alhamdullah, berjaya jugak kamu..."
"Kerja di mana?"
"Haaa.... jangan nakal-nakal lagi"
Suatu ketika dahulu... Budak perempuan yang pernah di denda membasuh kolah dan tandas musolla, sangat-sangat berterima kasih kerana berkat 5 tahun berada di asrama itu, masih tidak lupa pada agamanya, malah berkat ajaran di situ dia sudah menjadi orang berilmu kini.

Suatu ketika dahulu... Budak perempuan yang selalu ponteng prep dan lambat berjemaah di musolla, walau tidak sehebat teman-teman seangkatan yang lain, tapi sangat bersyukur kerana sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Suatu ketika dahulu... Budak perempuan yang pernah dicubit guru kimia kerana selalu tidak menyiapkan laporan amali, kini tidak nakal lagi.

Owh... tiba-tiba aku rindukan waktu suatu ketika dahulu. Suatu ketika di alam persekolahan. Berdarah manis, nakal dan giler-giler. Tapi, mana mungkin diulangi kenangan dahulu. Kenangan tetap akan menjadi kenangan dan hanya mampu dikenang sebagai kenangan sahaja.
* dok ngen'dhoh = nakal
* tembo = fly

PM : Dedikasi buat semua guru-guru & bekas pelajar SMKATJ. Apa khabar korang sekarang yek???

Monday, July 20, 2009

Bon Odori 2009

Sabtu lepas, bersama-sama nilly, K.ayu dan kawan-kawannya ke 33rd Bon Odori 2009 di Stadium Matsushita, Shah Alam. 1'st time pegi. Kata kawan K.ayu yang fasih berbahasa Jepun, Bon Odori membawa maksud 'musim menari sudah tiba' biasanya akan disambut pada bulan Julai setiap tahun. Dan semua orang akan berkumpul dan akan menari tarian tradisi masing-masing. Agak menarik! Teruja tengok mereka berkimono. Sangat comel lah!

PM : psst... K.ayu, thanks for the pic!

Wednesday, July 15, 2009

Balik kampung

Sekarang musim buah-buahan
Jadi, saya amik kesempatan balik kampung
Rindulah, dah lama tak menjenguk orang-orang kesayangan
Kebetulan juga, pokok buah-buahan di belakang rumah sudah mula berbuah dan masak
Inilah ole-ole untuk semua
maaf ye, tak dapat bawak untuk korang semua

Wednesday, July 08, 2009

XXL

"Kau ni semua XS"
"Haaa??"
"Satu je XXL"
"XXL?"
"Mata! hahaha!!!"
"Keji!!!"

Tuesday, July 07, 2009

Bicara Tentang C.I.N.T.A

C... cintaku yang satu
I... impian kan nyata
N... nikmat yang berbeda
T... tanpa pengertian
A... antara kau dan aku - Cinta Kenangan Silam, XPDC

Sudah saya katakan sebelum ini, akhir-akhir ini teman-teman rapat di sekeliling saya tidak habis-habis berbicara tentang cinta. Owh... saya tidak termasuk dalam senarai meraka. Begitu juga GBS. hahaha... Kami masih menjalani kehidupan seperti biasa. Gembira dan bahagia dengan cara masing-masing.

Kata teman yang seorang itu, kehidupannya akhir-akhir ini penuh dengan keterujaan. Hingga terlalu banyak pilihan dan tak mampu membuat pilihan. Semuanya memikat hati! Seperti biasa, saya hanya tersenyum. "Selagi hati kita tidak terikat, kita masih boleh membuat pilihan. Oleh itu buatlah pilihan yang dirasakan terbaik!" Begitu juga dengan seorang teman yang kedua itu sedang melayari hari-hari bahagia bersama yang tersayang. Kelakar juga melihat gelagat orang bercinta ek. hahaha...

Jadi tidak mustahil bila 3 dara berkumpul, sayalah yang paling kesian! Melayan perasaan sendiri sedangkan masing-masing sibuk dengan h/p masing-masing. Owh... tiba-tiba simpati pada diri sendiri. hiks. Buktinya? Ketika kami sama-sama pulang dari Sarawak tempoh hari, hanya saya yang masih setia dijemput dan dihantar oleh pemandu kembali ke pejabat sedangkan mereka pulang bersama pasangan masing-masing. Owh... tidak mengapa. Saya tidak marah, jauh sekali berkecil hati. Malah saya tumpang gembira di atas kebahagian mereka.
Bila melihat reaksi masing-masing, saya cuba bertanya, apakah definasi mereka tentang cinta? Kata mereka, cintu itu suka, duka, teruja dan mendebarkan. Begitukah? Perasaan itu sangat halus dan meresap ke dalam jiwa. Dan yang pasti orang yang dicintai mampu membuat kita tersenyum, ketawa dan mungkin juga menangis. Mungkin?

Pada saya,

Cinta itu universal. Boleh diaplikasikan kepada sesiapa saja. Cinta pada Yang Maha Esa, cinta pada ibu bapa, cinta pada keluarga, teman, sahabat dan juga orang yang dicintai. Kita boleh mencintai sesiapa juga, tetapi Allah jugalah yang akan memutuskan kepada siapa cinta kita akan terikat. Dan kita boleh berharap bahawa orang yang dicintai akan mencintai kita, tetapi samada orang yang dicintai itu milik kita @ tidak, juga atas keputusan Allah. Walau sekuat manapun cinta kita padanya, jika Dia tidak mengizinkan, maka cinta itu pasti akan terkubur begitu sahaja. Jadi adalah lebih baik berserah pada-Nya.

Orang bijak pandai menyatakan, "berhati-hatilah terhadap cinta. Durinya adalah nafsu dan mawarnya adalah kesucian. Berapa banyak manusia yang telah mencium harumnya mawar, padahal mereka tidak menyedari diri mereka sebenarnya telah tertusuk duri cinta. Cinta sejati adalah cinta yang bisa menghulurkan tangan untuk memetik mawar tanpa tertusuk duri-durinya".

*dedikasi buat dua teman seperjuangan *cik jiran sebelah dan cik sayangku* yang sedang hangat ber??? oppsss!!!

Thursday, July 02, 2009

Azam

Datang awal!

Datang awal!

Datang awal!

*Bulan lepas, punch card menunjukkan rekod late clock in sebanyak 12 kali.
Saya selalu terlambat beberapa minit clock in.
Hanya beberapa minit sahaja....
Sangat cuai!