Followers

Tuesday, July 31, 2012

Masihkah ada Ramadhan?

Malam Sabtu lepas, saya 'terlayan' satu cerita di astro Prima. Biasalah astro ni... masuk bulan Ramadhan macam-macam rancangan yang ditayangkan tak kiralah dimana-mana channelpun. Tengok cerita ni, terus saya jatuh hati. Kenapa? Sebabnya boleh dikatakan 90% dialog drama ini menggunakan dialek Terengganu. Nok sukke wasse bila dengor orang blakong dalam tv cakap bahase ibunde kite! hehe. 




Memandangkan drama ni baru masuk episod ke-2, saya tak boleh komen lebih-lebih lagi. Tapi sepanjang 2 episod drama yang dah ditayangkan ni memang saya suka. Kadang-kadang bila dengar dialog pelakon tu buat saya tergelak sendiri. Sebab dialog dan dialek yang pelakon-pelakon sampaikan 'kena' je pada halwa telinga saya. Nampak 'real' bahasa Ganu yang mereka sebut tu. 

Drama ni sama macam drama Melayu lain, kisah tipikal, kisah kekeluargaan. Kisah Pak Man dan Mak Minah yang telah bertahun-tahun menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal bersendiri tanpa kehadiran anak-anak. Mereka ada 4 orang anak, 3 lelaki, 1 perempuan. Empat-empat anak ada kerenah masing-masing. Sorang sibuk carik 'pitis' sampai lupakan nak beramal, sorang pulak sibuk duk nak kejar amal akhirat sampai mengabaikan anak-anak dan isteri dan anak perempuan pulak, asyik bergaduh aje dengan suami. Dan paling menyedihkan Mak Minah bila anak bongsu mereka, Zali, yang diharapkan menjadi pengubat kedukaan mereka, walaupun telah 2 tahun tamat belajar di UK masih juga tidak pulang-pulang menjenguk mereka. Jadi kalau nak tahu penghujung cerita kena tengokla cerita ni.

Saya suka suasana dan lokasi penggambaran drama ini. Rasanya kalau tak salah saya lokasi penggambaran di sekitar Marang / Dungun. Semua tepi pantai! Lawo sunggoh!! Dengan suasana rumah perkampungan nelayan, pokok kelapa yang meliuk lintuk dan warna biru air Laut China Selatan betul-betul buat saya rindukan kampung halaman. Saya sukakan suasana begitu walaupun hakikatnya kampung saya bukan sebegitu. Sebab kampung saya tak ada pantai/laut. Yang ada hanya sawah padi dan pokok-pokok buah-buahan di sekeliling rumah. Tapi walaupun begitu, drama ini membuatkan saya rindu pada kampung!

Bagi penonton yang tak faham dialek Terengganu, korang jangan risau sebab ada subtittle dalam Bahasa Melayu. Jadi kepada yang teringin nak tonton drama ni, jangan lupa setiap hari Isnin, 10.00 - 12.00 malam di Astro Prima dan tayangan ulangan pula pada hari Sabtu pukul 11.00 - 1.00 pagi. Pada yang tak ada astro kat rumah pulak, boleh layan cerita kat SINI. Ini baru episod 1, episod 2 dan seterusnya belum ada lagi. 

PM : wase nok balik jupe mok wehhh...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya drama Masihkah ada Ramadan? yang ditayangkan do astro Prima selamat ditayangkan 4 minggu berturut-turut Isnin lepas. Tapi rasa macam tak puas lagi tengok cerita ni. Pada saya, kalau watak Zali tu dipanjangkan sedikit (meninggal selepas semua anak-anak Pok Man dan Mok Nah bersatu) lagi best. Jadi, sempatlah Zali tengok mok dan ayoh dia bahagia dulu sebelum dia meninggal dunia kan?

Tapi nak buat camne, dah memang itu kesudahan yang pengarah tentukan.... abang-abang dan kakak Zali menyesal selepas kematian Zali. Walau apapun kita patut bagi pujian kepada pengarah dan pelakon-pelakon yang terlibat. Macam kata kawan saya... gagoh-gagoh blake pelakong cite ni! ( gagoh tu bukanlah maksudnya gagah perkasa, tapi hebat!). Ramai kawan-kawan yang hairan kenapa saya taksub sangan dengan cerita ini. Ya lah... bukan sebab nak mengarah cerita/drama yang hampir 100% dilakonkan menggunakan dialeg Terengganu ni. Dan bukan senang nak pilih pelakon yang mampu bertutur dalam dialeg Terengganu dengan sebutan yang sempurna terutamanya pada halwa telinga penonton anak jati Terengganu. Jadi sebagai anak jati Terengganu, sedikit sebanyak tercalit sedikit perasaan bangga di situ! eheh!

Pada saya, kisah yang dipaparkan dalam drama ini adalah fenomena biasa hari ini. Boleh dikira dengan jari berapa ramai anak-anak yang sanggup mengabaikan ibu bapa. Tanda-tanda dah hampir akhir zaman.... perkara begini bukan satu perkara yang pelik. jadi cerita ini sedikit sebanyak memberi pengajaran dan sekaligus sebagai peringatan kepada kita supaya tidak mengabaikan ibu dan ayah sementara mereka masih ada. Jadi, tak kira siapapun kita, setinggi manapun pangkat kita, jangan kita lupakan mak dan ayah di kampung selagi mereka masih di dunia ini....

Macam kata Brahim...

Orang ternung ni pe'el macang penyu...
Ye naik telor kat Rantau Abang,
netah di Rantau Abang...
kemudian ye berenang ke lauk balik
Ye gi berenang duane pung beratuh ribu sekalipung
Sampai masa ye balik smula ke Rantau Abang
Telor dan netah balik kat Rantau Abang

Jadi, kalau ada sape2 yang termiss cerita ni, astro ada buat tayangan ulangan mulai selasa - jumaat untuk 4 episod berturut-turut pada pukul 5.30 - 7.30 pm.

Kalau tak sempat tengok jugak atau bagi yang tak ada astro, saya kongsikan link, boleh layan kat youtube (terima kasih pada yang tolong upload cerita ni kat youtube).

Episod 1

Episod 2

Episod 3

Episod 4

atau boleh tengok di SINI

PM : sukalah kata-kata mok noh pasal orang puang teranung tu... :)

Friday, July 20, 2012

Kisah 4 hari


4 hari saya tak masuk pejabat dan dalam tempoh 4 hari tu jugak beratus-ratus KM saya berjalan. Dari kota batu ke tasik yang mendamaikan dan kemudian bersesak-sesak di kotaraya metropolitan Kuala Lumpur dan akhirnya terperangkap di pusat antarabangsa memerah otak yang tak berapa nak cerdik ni sebenarnya agak memenatkan.

Tapi... bila belek kamera, tengok gambar bunga teratai ni, hati tiba-tiba jadi tenang. Nanti-nanti *kalau rajin* saya ceritakan di mana tumbuhnya teratai yang cantik ni eh.

PM : salam Ramadhan buat semua...

Selepas 4 hari


Ini baru lepas 4 hari tak masuk opis. Saya terfikir bagaimana rupa meja saya kalau selepas 40 hari eh? *pengsan*

PM : mood kerja ke laut!!!

Monday, July 09, 2012

Anggur Malaya?

Siapa kata kat Tanah Malaya ni xde anggur! Sebelum ni saya ada terbaca di negeri Perlis ada diusahakan penanaman anggur secara komersil. Dan ada satu lagi lokasi penanaman anggur yang terdapat di Tanah Malaya ni iaitu Anggur Sendayan Valley

Bila tau kat Sendayan ada ladang anggur, saya terus ajak kawan-kawan satu Malaysia ke sini. Nak ajak GBS, diorg semua sibuk dengan urusan masing-masing. Makanya, pagi-pagi buta kami dah berkumpul kat Petronas SK dan terus bergerak ke Sendayan melalui jalan dalam (Puchong-KLIA/LCCT-Nilai). 

Sehari sebelum ke sini, rakan saya telefon dulu pejabat urusan bertanya waktu yang sesuai untuk lawatan. Kami dicadangkan datang pada sebelah pagi sebab tengahari dan petang akan ada rombongan bas ke sini. Jadi kalau datang awal-awal, boleh elak panas terik dan kesesakan orang nanti. 

Rujuk SINI untuk ke Anggur Sendayan Valley (siap map dan direction sekali).

Jom layan gambar!!!

terbentang luas ladang anggur seluar 25 hektar di depan mata!
Pintu masuk : memang sentiasa berkunci. Jadi kalau sampai di depan sini nampak pintu berkunci jangan tunggu je.. CALL terus pakcik Arshad, nanti dia datang buka pintu dan bawak kita ke ladang tanaman anggur.
bayaran yang dikenakan kira masih berpatutan :)
Mula-mula pakcik Arshad bawa kami ke tapak 1 : pokok anggur ni sedang berbunga. Bunga baru je berputik. Kami ingat pokok ni baru 1'st time berbunga... rupa-rupanya dah 6 tahun usia pokok ni!
Nampak tak bunga anggur. Cinonet je.. baru berbunga.
Beza antara anggur hutan dan anggur kacuk. Daun yang berbentuk BULAT tu ialah anggur hutan dan daun yang berbentuk macam daun maple tu anggur yang dah dikacuk. Kata pakcik Arshad, setiap anggur ini dikacuk dengan anggur hutan bagi menyesuaikan pokok dengan keadaan cuaca di Tanah Malaya. Pokok anggur yang dikacuk akan menghasilkan buah yang lebih besar dan manis!
Tapak 2 : pakcik Arshad bawa kami tengok pokok anggur yang dah berbuah. Tapi buah masih belum masak. Dijangkakan anggur ini akan masak lagi 2 bulan. So, 2 bulan lagi boleh datang lagi petik anggur!
Tak masak lagi. Kalau masak buahnya akan berwarna merah kehitaman
BLACK OPAL yang belum masak. Inilah anggur yang digunakan untuk buat wine. Tapi kat anggur-anggur di sini tak dijual untuk tujuan itu. Malah tak dipasarkan ke pasaran luar pun...
Lagi black opal yang belum masak
Ini jenis anggur BLACK QUEEN
Yang ni WHITE MALAGA : jenis anggur inilah buat jeruk anggur
Tapak 3 : ni tapak anggur yang dah hampir masak. Semua buah dibalut untuk elakkan buah dimakan burung.
Buah yang dah masak. Ni rezeki kami... pakcik Arshad petik terus dari pokok dan maki terus ngap! ;D
Mereka bersama pakcik Arshad. Pakcik Arshad kata rombongan kami rombongan 1Malaysia. Hahaha. Bantai gelak je kami semua...
PM : half day trip yang berbaloi-baloi!

Thursday, July 05, 2012

Sepetang di Pantai Bagan Lalang

Ni kira entry mengimbau kenangan... Sebab dah lama gile gambar terperap dalam folder. Hari ni baru tergerak hati nak tulis entry.

Kalau x silap ni kali kedua saya ke Pantai Bagan Lalang. Kali pertama pergi waktu malam makan seafood kat kedai-kedai yang banyak dibina di tepi pantai. Tapi saya rasa seafood kat sini so so je. Nak kata murah, xdelah murah mana, nak kata segar... rasanya kalau ke pasar borong ikan, ketam, udang, sotong lepas tu bawak balik rumah dan masak sendiri lagi segar dan sedap!

Tapi kali ni kami datang siang hari. Hajat nak berkelah dan berBBQ. 

Lepas zohor kami bergerak dari rumah. Semua persiapan berkelah, ayam/daging untuk BBQ, meehun goreng, keropok, air dan lain-lain Perjalanan dari SK ke pantai melalui jalan Puchong-KLIA/LCCT mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Sampai di pantai, kami cari port untuk berkelah. Pilih port bawah pokok mengadap ke laut. Bentang tikar dan nyalakan api untuk BBQ. Orangpun tak ramai lagi. Tengok air laut geram je. Haha..

Cuaca yang sangat sesuai untuk berkelah!!!
Hotel 5 bintang - Golden Palm Tree Resort, Sepang
Gigih mereka buat photoshot tengah panas buta. Bukan dekat diorg jalan atas batu tu.

Ada sukaneka, family day kot. Happening betul suasana kat pantai petang-petang camni...
Tergelap plak gambar mereka - tengah BBQ
Dah nak masak dah BBQ kami
Sementara tunggu BBQ masak sempat lagi kami main layang-layang.
Tengah main layang-layang sempat lagi diorg melompat...
Hampir petang... orang semakin ramai datang mandi manda di pantai ni walaupun air di sini tidaklah sebersih mana
Terang mahatari hari ni..
matahari makin terbenam
Sempat tunggu sampai matahari betul-betul terbenam...
Kami berada di sana sampai gelap. Masa tu sayup-sayup kedengaran azan maghrib di surau berhampiran. Masing-masing berkemas barang untuk balik. Sebelum balik singgah surau solat maghrib dulu.

Seronok jugak dapat berkelah macamni. Walaupun pantai di sini tak secantik pantai-pantai di Terengganu, tapi kira oklah sebagai pengubat rindu pada kampung halaman kan? :D

PM : rindunya nak balik kampung...