Followers

Monday, April 29, 2013

TRIP SELEKEH (10) : Bamboo raft dari Yangdi ke Xingping - Part 1

Hari ke-4

* Pagi ni seawal 5.30 pagi kami berdua dah terjaga. As usual.. mandi, solat dan bersiap - semuanya dilakukan dalam keadaan senyap dan penuh hati-hati. Takut mengganggu 4 orang lagi dormate kami yang tengah nyenyak tidur. Fuhh... stress ok! haha

Pukul 7.00 pagi kami berdua dah bersiap dan turun bawah - menunggu 3 orang lagi bersiap. Tapi, selepas 1 jam setengah menunggu baru diaorg muncul! Itupun lepas saya g ketuk bilik barulah masing-masing muncul. Double stress!

Dek kerana mood sudah berlari-lari anak, kami terlupa nak booking tiket show malam nanti. Dah sampai stesen bus baru teringat. Satu kerja pulak cik bunga dan cik yah kena patah balik hostel untuk booked tiket show malam ni. Dan kami ber-3 pulak menunggu di stesen bus.


Masa duk menunggu ni, kami ber-3 di approach beberapa orang makcik yang menawarkan pakej boat ke Yangdi / Xing Ping. Kami tolak dengan baik walaupun sebenarnya kami sendiri tak pasti lagi apa aktiviti yang kami nak buat Yangdi / Xing Ping nanti. Trekking atau bamboo raft? Plan asal nak ke Xing Ping, tapi bila kaji balik peta, lebih baik kami terus ke Yangdi dan dari sana kami boleh hiking atau naik bot hingga ke Xing Ping.

Tapi dalam ramai-ramai makcik yang approach kami, ada sorang makcik ni sangat bersungguh-sungguh. Bila dia tanya kami nak ke mana? Kami jawab Yandi. Lepas tu beria dia tunjuk pakej di tangannya. Kami tolak dengan baik.

Tapi tak putus asa lagi ni. Dia tunjuk pulak bas yang patut kami naik. Kami angguk - sebenarnya kami dah tahu bas mana yang dinaiki.

Dah la tak faham apa yang dia cakap kan? (dialog 'itik dan ayam'). Bosan nak layan makcik tu cakap apa, saya bantai je jawab bahasa Melayu - loghat Terengganu! Haha. Kalau beria cakap English bukan dia fahampun kan?

Malas nak layan makcik tadi bercakap, saya jalan-jalan sekitar stesen bas. Ada taman awam betul-betul di seberang jalan stesen bas. Agak besar taman awam tu. Ramai juga nampak penduduk tempatan yang duk berjogging dan bersiar-siar. Cuba bayangkan kalau bunga tengah berkembang kat pokok-pokok sekitar taman tu. Mesti lawa kan? Haish... untuk tak menghampakan perasaan sendiri sekali lagi saya bayangkan bunga-bunga ini seperti 'cherry blossom'. huwaa..


Tak berapa lama lepas tu, barulah nampak bayang cik bunga dan cik yah terkedek-kedek melintas jalan. Ok, dah boleh cari bas untuk ke Yangdi. Makcik tadi yang approach kami tetap setia di situ. Bila kami jalan nak mencari bas, dia lagi laju berjalan mengalahkan kami semua.

Kami naik bas, dia pun sama-sama jugak naik bas. Masa ni dah cuak dah. Apsal makcik ni naik bas jugak? Malas nak kusutkan kepala, kami bersangka baik.. Makcik tu nak balik rumah dia kot. Tapi, kalau dia nak balik rumah dia, kenapa dia tak naik bas dari tadi lagi kan? Kenapa sibuk nak tunggu dan naik bas dengan kami semua eh? Misteri sungguh makcik ni...

Ok, kita lupakan dulu pasal makcik tu, layan gambar-gambar sepanjang perjalanan kami ke Yangdi. Walaupun kualiti gambar tak berapa nak lawa sebab ambik gambar masa bas tengah bergerak dengan keadaan jalan yang bersimpang siur, tapi tetap nak tunjuk jugak. Hehe.

Serius lawa, kiri kanan nampak view bukit bukau je.


Oh ya, tiket bas dari Yangshuo - Yangdi ialah sebanyak 8 yuan/person dan masa perjalanan ialah lebih kurang 1jam untuk sampai di pelabuhan Yangdi.

Semasa dalam bas, kami terserempak dengan dua pelancong dari Shanghai yang kami jumpa masa berbasikal semalam. Diaorang plan nak naik bamboo raft dan ajak kami sekali naik bot sama-sama, since kami ber'5 dan mereka hanya ber'2. Kiranya nak kongsi bayarlah, sebab satu bot biasanya hanya muat untuk 3-4 orang saja. Since kami memang terlebih muatan, dan belum plan apa-apa, jadi kami setuju dengan cadangan mereka. Deal!

Bayaran yang kami dapat 130yuan/person - tak tau nak kata murah atau mahal.

Tapi bila sampai di Yangdi lain pulak yang terjadi. Makcik yang 'mengekori' kami tadi tiba-tiba membuat onar...

Disebabkan tak rajin nak menaip, kita sambung dalam entry sambungan nanti. Sebelum tu jom layan dulu video 'amatur' kami berbamboo raft dari Yangdi ke Xingping.

Enjoice!!!



Sunday, April 28, 2013

TRIP SELEKEH (9) : West Street dan Tayangan 5D

Lepas makan, kami tak balik lagi - malam kan masih muda, apa kata kita jalan-jalan dulu bagi makanan jatuh dalam perut. Eh, betul ke macam tu?

Kami lintas jalan dan berjalan ke West Street. Tak jauh manapun. West street ni macam Jalan TAR (waktu siang je, malam jadi ala-ala Lot 10) kalau kat KL. Cuma kat sini takde bangunan-bangunan tinggi. Kalau bagi makcik-makcik yang suka shopping, sesuai pergi sini waktu siang. Tapi waktu malam terus bertukar! Kenapa saya kata tempat ni bertukar waktu malam? Agak-agak nak jamu mata layan 'tarian tiang' kat sini la tempatnya sebab night club bersepah!  

Macam diaolog busuk saya dengan cik bunga lah, elok pulak mak dengan anak kerja sama-sama, mak kat depan kedai duk tenun kain, anak pulak terkinja-kinja dalam club. Takpelah nak, kerjalah janji ko kerja depan mata mak. Boleh gitu?

Harmoni sungguh cara hidup diorg kat sini, cara hidup tradisi dan moden selari. Kalau lalu sepanjang West Street tu, gerai-gerai jual cederamata, baju, buah biasanya di luar bangunan dan yang berkerja pulak warga tua/ pakcik/ makcik. Manakala dalam bangunan pulak ada kelab malam. 

Ok, kita lupakan pasal budaya mereka di sini. Mungkin itu cara hidup mereka kan? Jadi sebagai 'orang asing' di tempat asing, kita hormatilah cara hidup mereka seadanya kan? Jangan yang tak elok kita ikut sudah... 

Sebenarnya kami sendiripun tak tahu tujuan kami ke West Street ni. Namapun nak cuci matakan? Hajatnya lepas pusing-pusing nanti nak singgah beli FM je. Kami dapat 4/20yuan. Lebih kurang RM2.50 satu. 

Nak beli FM di sini, kalau boleh bargain dengan harga serendah mungkin ye. Biasalah sini port pelancong, harga souvenir memang agak mahal. Jadi kena pandai tawar menawar. Agak-agak kalau tak dapat harga yang dihajati jangan susah hati, biarkan saja sebab banyak lagi kedai lain yang menjual barang yang kita hendak tu. Bukan nak beli FM/souvenir je, barang-barang lain pun macam tu jugak. Jangan tunjuk kita terlalu nakkan barang-barang tu, nanti penjual pulak yg jual mahal. Jadi kita pun kenal 'jual' lagi mahal kan? hehe.

West Street yang happening. Perasan tak bukit kat belakang tu, diorg letak lampu kat kaki bukit jadi nampak lawa je waktu malam

Disebabkan kami semua tak ada arah tuju, masa lalu di West Street tu, tiba-tiba ternampak 5D cinema. Macam biasalah bab-bab approach ni kita serah kat cik Yah untuk selesaikan. Bila tanya 'mamat' yang duk promote di kata sekarang ada promosi, 3 tayangan = 30yuan. Hah! Apa lagi kamipun setujulah dengan syarat tak nak tengok tayangan hantu. Haha. Dengan yakinnya mamat promoter bersuara nyaring tu kata no ghost, no ghost, don't worry. Sekali masuk tayangan ke-2 keluar cerita hantu. Apa lagi riuh rendah panggung!! Tapi fun lah. Seronok jugak layan 5D ni. Hahaha.


Lepas puas hati layan 5D dalam 45minit jugak kot (lupa dah), kami keluar dan jalan-jalan lagi sekitar West Street. Jamu mata dan sempat jugak curi-curi tengok 'tarian tiang' di kelab malam yang bersepah kat West Street tu. Hehe. Walaupun boleh dikatakan sepanjang West Street ni dipenuhi kelab malam, tapi kami tak rasa tempat ni bahaya. Maksudnya selamat untuk dilalui oleh orang macam kami yang bertudung ni. Cuma, beg kena jaga takut ada penyeluk saku. 

Suasana waktu malam di West Street
Antara souvenir yang dijual di West Street. Lukisan pada pinggan/piring ni sangat cantik dan halus. 
Uniknya botol/pasu ini ialah lukisannya dilukis di dalam botol/pasu. Bayangkan betapa susahnya pelukis nak masukkan berus untuk lukis dalam botol tu. Lukisannya sangat halus dan cantik. Harga pulak ikut saiz botol, dari serendah 10yuan - 100yuan.
TERBELI.... Tak nak shoppinglah kononnya kan? Sekali tengok baju ni, ada diskaun dalam 60% harga  diskaun 180yuan je, dan lepas cik Yah bargain dapat 150yuan terus saya sambar. Haha. Sesuai sangat untuk trip akhir tahun ni. muhahaha. Sebenarnya berkenan warna lain - biru lembut, tapi warna tu yang ada saiz M je, bila mintak saiz S inilah saja warna yang ada. Malas nak fikir panjang terus je beli. Sweater ni 2 in 1, kalis air, dan dalamnya ada satu lagi sweater - memang sesuai untuk hiking dalam suhu yang agak sejuk. Suka! suka!

Masing-masing dah dapat apa yang berkenan, dalam pukul 10.30pm gitu kami gerak balik hostel. Sampai hostel barulah jumpa dormate. Dia macam faham-faham je, kami ber-2 mahukan privacy, dia keluar bilik bagi kami can nak mandi dan bersiap. Mandi dan bersiap cepat-cepat. Solatpun atas katil. Haha. Nasiblah, nak rasa sangat kan? Seronok jugak sebenarnya. Sesekali dapat rasa macam ni kira experience jugak. 

Lepas semua siap, kami berdua terus tidur. Penat!!!

~ sambung lagi.

Friday, April 26, 2013

TRIP SELEKEH (8) : Restoran halal di Yangshuo

* Lepas balik dari berbasikal, kami balik ke hostel, simpan basikal dan kononnya nak tengok show malam ni. Tapi full house la pulak. Jadinya alang-alang perut dah lapar jom kita pi makan dulu.

Kalau tahun lepas masa kami datang ke Yangshuo, kami terpaksa pack makanan dari Guilin dan minta pihak hotel di Yangshuo panaskan lauk-pauk/nasi yang kami bawa sebab hotel tak sediakan masakan halal. Itupun semua makanan kena angkut ke bilik atas sebab-sebab halalan toyyiban. Tapi tu cerita tahun lepas, tahun ni dah ada restoran halal kat Yangshuo tau. Strategik pulak tu tempatnya. Lokasinya betul-betul di depan stesen bus Yangshuo. Kalau dari stesen bus, lintas jalan je mesti akan nampak restoran halal ni - di Pantao Road (jalan utama di Yangshuo).

Menu utama restoran ni ialah mee tarik. Tapi kalau nak makan nasi dengan lauk dan nasi gorengpun ada. Pilih saja menu yang ada di dinding, tak sampai 15 minit makanan siap. Sepanjang kami kat Yangshuo, 2 kali jugak kami singgah makan kat sini. Rate makanan untuk 5 orang lebih kurang 100-120yuan (Rm50-60). Tengoklah menu apa yang kami makan.

Rupa kedai mee tarik di Yangshuo. Kat depan tu ada meja untuk buat mee tarik dan terus masak kat situ jugak. Memang fresh mee dia.
Menu pulak terpampang kat dinding, tunjuk saja apa yang berkenan.
Ni lah rupa mee tarik yang baru 'ditarik' - lepas tu celur mee kat depan kedai. Sempoi gila. hehe.
Sate kambing - highly recommended, daging kambing sangat lembut dan juicy. Yang pasti tak rasa macam makan daging kambing sebab tak terasa 'rasa kambing'. Sebabnya saya yang tak makan kambing boleh makan tanpa was-was. Daging kambing ni diperap dengan rempah, (rasa rempah, pedas, masin dan manis sayur/daging memang terasa)
Mee tarik yang dimasak dengan 2 cara iaitu sup dan digoreng. Dua-dua sedap. 

Menu kegemaran cik bunga - nasi goreng dan ayam goreng berempah. Rasa ayam ni lebih kurang rasa daging kambing - order sebab salah seorang daripada kami tak makan daging.

Ni pulak menu esoknya.

Sebenarnya bukan 2 menu saja yang kami order. Sate kambing tu kami order jugak. 

Ok, tu saja entry pendek pasal makanan halal di Yangshuo. Kalau sesiapa yang berpeluang ke sini jangan lupa cuba ye. Ikutlah macam kami, sakit belakang galas makanan dari Malaya, alih-alih bila nak balik banyak yang kami 'sedekah'kan kat hostel. Hahaha. Tu semua penangan restoran mee tarik! (alasan)

Tuesday, April 23, 2013

TRIP SELEKEH (7) : Berbasikal keliling Yangshuo

* tajuk entry bukan main lagi berbasikal keliling Yangshuo... tapi sebenarnya tak sampai 20km pun. huhu

Lepas solat, bersiap kami berdua turun bawah. Sementara menunggu 3 lagi yang belum turun sempat jugak tanya pekerja hostel route untuk berbasikal. Walaupun dalam 'buku hikmah' dah ada peta untuk berbasikal di Yangshuo, saya jadi kurang yakin. Tak tahu kenapa. Haha. Bersungguh-sungguh pekerja hostel duk terangkan jalan mana yang patut kami lalu. Surprisingly her english was good! Lepas semua dah ready, kami sewa basikal dengan hostel 10yuan/day. Kebetulan tinggal 5 buah basikal je, cukup-cukup untuk kami ber'5. Warna pink tu. Haha. Comey ok!

Keluar dari lorong hostel kami belok kanan melalui deretan kedai/bangunan di kiri dan kanan jalan. Kayuhan (bunyi macam hebak je kan?) kami bermula dari Pantao Road, lalu depan bus station kemudian lalu West street hingga jumpa round-bout yang besor! Lepas round-bout kami ikut jalan ke Moonhill. Lepas tu kayuh je la basikal tu sejauh mana yang korang mampu. Jangan lupa balik ke pangkal jalan sudah. haha. Boleh rujuk peta kat bawah ni kot-kot ada sesiapa yang nak berbasikal di Yangshuo bolehlah dijadikan rujukan.

Kami pilih jalan ke Moonhill sebab route tu santai sikit dan banyak tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan nanti. Lagipun kami ada masa setengah hari je nak berbasikal. Kalau dapat sehari confirm kami pilih route ke Xingping/Fuli (berangan) - source of map
Jom!! 
Pemandangan bandar Yangshuo. Sejuk time ni. Tapi boleh pulak saya pakai seluar trek je. haish!!!


Aksi mereka dengan basikal masing-masing. Mula-mula gerak kami agak clueless jalan mana yang nak dituju. Kejap-kejap berenti tengok map. Lama-lama bosan tengok map, kami ikut je pelancong lain yang berbasikal tu. Nasib baik betul route yang kami pilih. Cuaca petang tu agak sejuk, berangin dan redup - memang sesuai nak berbasikal. Tapi tengah jalan hujan rintik-rintik, kami berhenti pakai poncho dan teruskan perjalanan. 

Ni dia round-bout yang besor tu. Kena melintas dengan berhemah untuk elakkan daripada 'terkejut' akibat dihon bertalu-talu oleh pemandu kereta/motosikal/kenderaan lain. 
Antara tempat-tempat menarik di sepanjang jalan. Boleh singgah kalau rasa nak melawat, tapi HARUS DIINGAT ye.. semua tempat-tempat macam di Guilin/Yangshuo dan China amnya semuanya BERBAYAR tau. So, pandai-pandailah pilih mana tempat yang nak masuk sebab kadang-kadang tempat-tempat tu indah khabar daru rupa. 
Sepanjang jalan. Trek berbasikal disediakan di kiri dan kanan jalan untuk kemudahan penduduk/pelancong. Lagipun majoriti penduduk di sini berbasikal dan aktiviti berbasikal antara aktiviti WAJIB kalau ke Yangshuo. Jangan tak cuba ye!
Berhenti kejap atas jambatan - pemandangan dari Li River memang lawa. 


Sepanjang jalan kiri kanan jalan dikelilingi bukit bukau. Kira tak bosan mata, ada je benda nak tengok - semuanya hijau! Antara tempat-tempat tarikan pelancong - Assembling Dragon Cave (gua yang ada pelbagai bentuk batu dan dihiasi lampu-lampu berwarna-warni. Mostly kat Guilin/Yangshuo ada banyak gua-gua macam tu. eh, kat Malayapun ada la.. silalah pergi Gua tempurung. hehe ) dan Butterfly Spring - dua-dua tempat ni kami lalu saja. Sebab kami ada agenda yang lagi BEST!

Selepas dirasakan agak jauh mengayuh (er.. kaki dah lenguh sebenarnya), kami patah balik, tapi sebelum balik, niat hati nak singgah beli strawberry kat gerai-gerai tepi jalan. Tapi bila tengok kebun strawberry, geram pulak rasa nak pertik sendiri (sayalah tu). 

Mulanya saja nak masuk lorong kebun strawberry sebab nak ambil gambar bukit yang lawa kat belakang. Kamipun singgah mintak izin dengan makcik yang tengah jual strawberry kat tepi jalan untuk melalui lorong di kebunnya.  Mujur makcik tu izinkan. Bila nak keluar, saja-saja bertanya boleh ke kalau nak petik sendiri? Dengan senang hati makcik tu mengangguk! 

Apa lagi kawam-kawam... jom kita petik strawberry!

Inilah kebun strawberry yang 'dikerjakan' oleh kami ber'5. Nasib baik makcik tu tak marah. Masa kami lalu boleh nampak kebun strwberry yang terbentang luas. Beza sikit dengan di Malaysia. Kalau kat CH, biasanya strawberry di tanam dalam pasu tanah dan diletak atas para tapi strawberry kat sini tanam atas batas terus. Cuma setiap pokok akan ditutupi dengan plastik, mungkin tujuannya untuk elakkan serangan serangga atau elakkan air hujan terkena terus pada buah kot - tu anggapan saya je.

Kami heret basikal sampai ke kebun, parking basikal dan bersiap nak masuk kebun. Eh, camne nak masuk? Kotorlah kasut kita nanti... Tiba-tiba makcik tu hulur plastik. Dia buat gaya 'sarung kaki dalam plastik' - bagus makcik ni memahami kehendak pelanggan.

Sebelum masuk 'ladang' kita possing dulu. Meh makcik kita ambik gambar sekali. Ketawa besar makcik tu bila kami ambil dia ambil gambar kaki. Dalam hati mesti makcik tu terpikir budak-budak ni tak betul agaknya. (boot biru tu makcik tu punya) 

Lepas tu laju saja kami ber'5 petik strawberry. Bayangkan kebun sebesar-besar alam kami ber'5 yang punya! Punyalah excited masing-masing. Sambil-sambil petik strawberry, sempat jugak 'curik-curik' makan. Laju je makcik tu kata.. bu yao.. bu yao... chong cheng... chong cheng... Makcik tu tak kasi kami makan ok! Lepas timbang dan bayar baru boleh makan. Tapi bila tengok makcik tu tak ada, kami curik-curik makan! Hahaha. Kang nanti kita bayar lebih kat makcik tu sebab kita dah makan awal-awal. Boleh gitu?

Tengah kami duk sibuk petik strawberry (buat macam kebun sendiri), ramai pulak orang yang singgah - nak rasa petik strawberry macam kami jugak. Senyum meleret makcik tu sebab jualan dia masyuk hari ni. Rezeki dia kan?

Sekarang musim strawberry di Yangshuo. Kalau datang musim bunga jangan lupa singgah ke kebun strawberry, petik dan rasa sendiri kemanisan buahnya. Memang terbaiklah!
Hasil kutipan kami ber'5 - Bila timbang semuanya lebih 2 kg! Cuak masing-masing macamana nak habiskan 2 kg strawberry. Tapi jangan terkejut... kami dapat habiskan semuanya dalam sekelip mata! haha. Harga per/kg ialah 20yuan (RM10). 


Hasil kami! Lepas bayar je terus semua ngap! Dan dan tu jugak makan. TAK BASUH pulak tu! Adeh.. Dah habis makan barulah tersedar. Patutlah rasa sedap dan manis je... eeiii... Kita ni duk kata diorang pengotor.. b***k tak basuh. Kita ni lagi pengotor tau! - masing-masing duk mengata semasa sendiri.

Tok Ti pun tak pernah makan strawberry dengan coklat kat Yangshuo tau. Haha
Dah, jom kita balik!
Dalam perjalanan balik, sekali lagi kami melintasi jambatan, tiba-tiba ternampak taman dan sebatang pokok berbunga pink di tepi Li River. Lawa view dari situ. Terus kami patah balik. Layan view kejap dan seperti biasa wajib ambil gambar dan 'lompat bintang'. Aksi wajib GBS ni. Haha. Kalau kat tempat orang memang 'tak tahu malu' kan? Agak-agak kalau kat sini nak ke buat aksi macam tu? er.... tak kot!

Lawa pulak bila basikal pink bertemu bunga pink kan?
Anggap je la bunga-bunga ni cherry blossom. huwaaa
~ bersambung